1996 - maulana umar
Bayan utk ulamak - pattaya, thailand
Insyallah kita akan buat hubungan dengan orang
awam. Untuk menghubungkan diri kita dengan orang awam tidak ada jalan lain
melainkan jalan dakwah. Sebab itulah alim ulamak diminta keluar satu tahun supaya
berjalan diseluruh negara ini untuk buat hubungan dgn orang awam. Ulamak adalah
untuk mengerakkan orang awam. Untuk mengerakkan orang awam kita sendiri kena
bergerak tuan2.
Macamana orang yang membawa kereta, dia
membawa kenderaan. Sebelum dia menbawa kenderaan, dia kena belajar membawa
kenderaan tadi. Kalau dia tidak belajar membawa kereta dia akan kemalangan.
Sebab itulah diminta setahun alim ulamak untuk bawa orang awam ini. Macamana
nak bawa org miskin, macamana nak bawa orang2 kaya, macamana nak jumpa
peminpin2.. Sebab itulah alim ulamak penting sangat untuk datang pada maksud
kenabian ini.
Maksud kenabian ada lima ,
pertama ialah dakwah. Setiap alim perlu datang atas maksud ini. Maksud pertama
ini dakwah ilallah. Yang kedua taklim. Yang ketiga tazkiyah. Yang keempat
akhlak. Yang kelima hikmah. Ini adalah maksud kenabian. Itulah nabi saw telah
usaha sahabat untuk datang pada maksud kenabian ini.
Hari ini kita telah terhindar dari maksud
kenabian ini. Sebab itulah kehidupan kita tidak menyamai maksud kenabian
ini,bergitu juga umat ini tidak menyamai maksud kenabian ini. Sebab itulah
fitnah tersebar diseluruh alam. Sejauh mana ulamak datang pada maksud kenabian
ini dan berhubung dengan orang awan, insyaAllah kehidupan orang awan pun juga
akan dtg diatas maksud kenabiaan ini. Sejauh mana mereka terjauh hubungan
dengan orang alim, sejauh itu juga mereka akan jauh dari maksud kenabian ini.
Mereka tenggelam dalam kejahilan.
Sebab itulah saya minta tuan2 (para ulama)
untuk niat keluar di jalan Allah satu tahun. Satu tahun darotul hadis, satu
tahun darotul tafsir, satu tahun lagi dakwahtul tabligh. Jadi beberapa tahun yg
tuan belajar itu, supaya tuan2 dapat datang pada maksud kenabian ini dan tuan2
dapat kekuatan, dapat amal ilmu tuan2. Tuan2 adalah enjin, orang awan adalah
gerabak. Kalau enjin ada kekuatan, 50 gerabak pun dia boleh bawa. Tapi kalau
lemah, satu gerabak pun tak dapat bawa. Daripada setahun tuan2 dapat kekuaatan.
Satu jemaah telah bergerak di jalan Allah 4
bulan. Di dlm jemaah ini ada org yg telah keluar satu tahun. Ada org
bela monyet dekat masjid itu. Jadi amer telah mesyuarat untuk hantar jemaah
jumpa orang itu. Jemaah yg dihantar terdiri dari orang yg alim tadi telah jumpa
orang yang bela monyet dan mengerluarkan ayat quran dan hadis pada mereka.
Apabila jemaah balik, satu orang pun tak datang. Jadi ameer shab orang yang
bijak telah hantar jemaah lain untuk jumpa mereka lagi dan jemaah kedua tadi
telah jumpa mereka lalu telah bawa mereka ke masjid. Ameer shab telah bagitahu
pada jemaah yg pertama tadi,orang alim banyak cerita tentang quran dan hadis
tetapi org tak datang.
Sebab itulah kami minta kamu untuk keluar satu
tahun untuk belajar hikmah ini. Hikmah tidak datang dengan ilmu tuan2. Hikmah
akan datang melalui susah payah mujahadah dijalan Allah tuan2. Akan datang roh
dalam ilmu, dlm iman dan sebagainya dgn mujahadah dijalan Allah tuan2. Musuh
telah meletakkan jasad saja dan keluarkan roh dari ilmu kita. Siapa dari tuan2
yang akan keluar dijalan allah satu tahun insyaAllah, bangun insyallah. Tuan2
boleh bangun bagi nama satu tahun insyallah....
Comments
Post a Comment