jor KL 2004 - bayan maghrib maulana ahmad Lat (1)
Allah s.w.t telah beri kita banyak nikmat. Nikmat paling
besar yang Allah beri pada kita ialah nikmat agama.Yang membezakan antara
haiwan dan manusia ialah agama. Haiwan tidak ada agama. Allah s.w.t tidak
turunkan Quran utk haiwan, tiada syariat utk haiwan, tiada soal-jawab dlm
kubur, tiada syurga, tiada neraka. Ia bebas, boleh buat apa yg dia suka.
Manusia tidak bebas, dia terikat dgn perintah-perintah
Allah, tidak bebas dlm gerak-geri. Manusia yg ikut kehendak sendiri, buat apa
yg dia suka, org yg macam ini Quran tidak sedia panggil dia manusia, keadaan
mereka lebih hina dari haiwan. Anjing pun ingat pada tuan dia, walaupun
ditinggalkan dlm hutan yg jauh, dia dapat/boleh cari rumah tuan dia, kembali
kpd tuan dia. Binatang pun boleh cari tuan dia. Tapi manusia yg tidak kenal
Allah, tiada iman, tiada agama, lebih hina dari haiwan.
Orang yg rapat dgn Allah s.w.t, iaitu para nabi & rasul
yg maksum, Allah beri mereka agama. Agamalah nikmat yg paling besar, oleh itu
Allah s.w.t beri pada hamba-hamba yg
paling disayangi iaitu nabi dan rasul. Setiap nabi datang dengan agama dan juga
usaha atas agama. Tarbiyah umat pada jalan yg betul supaya setiap langkah dlm
kehidupan ini, setiap gerak-geri manusia dlm dunia ini mengikut perintah Allah
s.w.t. Setiap nabi yg datang, Allah bagi panduan, kitab-kitab/suhuf.
Agama ialah cara hidup yg telah dtetapkan oleh Allah s.w.t
utk hamba-hambanya yg telah diturunkan melalui para nabi. Perkara yg ditentukan
oleh manusia itu sendiri, mengikut dia punya fahaman, mengikut pemikiran, maka
itu bukan agama. Itu hanya pendapat.
Allah s.w.t jadikan para nabi sebagai contoh utk amal agama,
sebagai contoh kehidupan beragama yg dikehendaki oleh Allah s.w.t. Kehidupan
manusia mirip/mengikut apa yg ada dlm diri nabi-nabi maka kehidupan manusia ini
pun akan ada harga/ada nilai disisi Allah s.w.t. Bagaimana utk datangkan
kehidupan yg ada pada nabi yg dikehendaki oleh Allah s.w.t pada manusia? Allah
bagi usaha pada para nabi. Agama tidak datang dengan memakan satu pil, satu
ubat atau satu injection.
Nabi datang buat usaha, maka kehidupan agama akan datang dlm
kehidupan manusia. Bila nabi wafat, usaha agama tidak dibuat maka agama akan
keluar dari kehidupan manusia. Segala macam keburukan/kerosakan akan datang dlm
ibadat, muamalat, muasyarat, akhlak. Bila keburukan itu sampai ke kemuncak,
Allah s.w.t dengan belas kasihanNya, hantar lagi nabi-nabi yg lain. Nabi lain
dtg, buat usaha, maka agama akan dtg kembali dlm kehidupan manusia.
Ihsan yg khusus dari Allah iaitu Allah s.w.t hantar nabi yg
istimewa, Nabi Muhammad s.a.w. Nabi s.a.w buat usaha dakwah, ta’alim &
tazkiyah. Selepas nabi s.a.w, nabi lain tidak akan diutuskan, nabi s.a.w adalah
nabi yg akhir. 2 perkara ditinggalkan utk umat ini sebagai nikmat dan amanah
iaitu agama & usaha agama. Dalam ayat Quran, Allah ingatkan kita, dulu kamu
tidak ada agama, kamu dipinggir neraka dan Allah telah beri agama pada kamu,
dengan itu kamu telah bersatu, berkasih-sayang, telah kembali pada jalan yg
betul, ini nikmat yg Allah beri.
Nabi lain tidak akan datang, nabi s.a.w telah tinggalkan
agama dan usaha agama pada umat ini, supaya agama akan berkekalan dlm diri manusia
pada masa itu, manusia sekarang dan manusia akan datang, dan agama akan terus
disampaikan sehingga akhir zaman. Baginda s.a.w telah tinggalkan pada umat ini
usaha dakwah.
Nabi s.a.w telah tinggalkan 2 perkara, satu ialah Quran, yg
kedua ialah sunnah nabi s.a.w (cara nabi). Kehidupan mengikut Quran. Akidah,
akhlak, muamalat, muasyarat, perkahwinan, ikut apa yg ada dlm Quran dan usaha
supaya kehidupan Quran ini kekal dlm kehidupan manusia. Pertama, kamu sendiri
amalkan kehidupan Quran dan kedua kamu bawa kehidupan Quran dlm semua manusia,
sampai qiamat.
Apa itu sunnah? sunnah ialah usaha agama. Selagi buat 2
perkara ini nabi jamin, walau apa pun terjadi, umat ini tidak akan sesat, umat
ini pasti dlm jln yg betul. Umat ini tidak akan dihinakan, umat akan
dipelihara, umat ini pasti akan dapat kemuliaan.
Kerja yg kita buat ini bukan kerja yg biasa. Ini satu kerja
yg besar, kerja yg Allah beri, kerja para nabi. Kerja kenabian. Kalau kita
ambil kerja ini sebagai satu adat, orang buat kita pun buat tanpa disedari
betapa besarnya kerja ini, ia akan jadi macam main-main/satu permainan.
Kita kena buat kerja ini dengan memahami kebesaran kerja ini, ketinggian kerja ini dan yakin pada kerja ini. Bila kita buat dengan keyakinan yg betul, barulah kita akan buat kerja ini dengan betul. Maulana Ilyas rah. kata pada Maulana Yusuf, sebelum dia meninggal dunia, saya tinggalkan satu kerja, sangat besar, buat kerja ini dengan ikhlas, dgn pengorbanan, jumpa manusia dgn penuh belas kasihan, buat kerja ini dgn betul, ikut usul, dgn adab, maka usaha ini akan jadi asbab utk hidayat utk manusia akan dtg sampai qiamat. Kita kena faham betapa besar dan tingginya kerja ini.
Allah s.w.t dgn limpah kurnia dan rahmatNya telah kaitkan kita
dgn kerja ini. Satu tanggungjawab yg besar, amanah yg besar yg diberi pada umat
ini. Semasa akhir hayat nabi s.a.w, nabi s.a.w suruh Abu Bakar jadi imam solat
subuh. Aishah r.ha sangat suka, ianya bukan hanya jadi imam utk 2 rakaat, ia
adalah memimpin seluruh umat dgn mizaj kenabian, macamana hendak bawa seluruh
umat kpd kejayaan dgn penuh kasih sayang. Seluruh tanggungjawab ini perlu dipikul
oleh Abu Bakar r.a. Bukan hanya jadi imam utk 2 rakaat solat sahaja, tetapi pikul
seluruh tanggungjawab usaha agama utk bawa umat ke arah jln yg betul. Ini
adalah tanggungjawab nabi s.a.w dan mereka yg buat usaha agama.
Kita sebenarnya tak faham, betapa besarnya tanggungjawab yg
Allah beri pada kita, kita tak tahu. Ali r.a kata kalau kita tahu apa azab yg
berlaku dlm kubur, tak ada sesiapa pun berani utk kebumikan jenazah. Kalau kita
tahu betapa besar amanah, tanggungjawab yg diberi kepada kita, tidak ada
sesiapa antara kita yg hendak jadi syura, org mesyuarat, org tanggungjawab atau
bagi cadangan dlm mesyuarat. Kita tidak sedar, tidak tahu betapa tinggi dan
besarnya kerja ini.
Kalau pun kita korbankan segala-galanya supaya manusia dapat
hidayat, dapat taat perintah Allah, dapat iman, sebenarnya itu semua tiada ada
apa-apa berbanding betapa banyak rahmat, balasan, ganjaran dan kemuliaan yg
Allah beri. Perlu korbankan segala-galanya utk agama dan anggap itu semua tiada
ada apa-apa.
Apakah kerja ini? Apakah hasil kalau kita buat kerja ini dan
apakah bahaya-bahaya kerja ini. Kerja ini adalah kerja yg mudah. Maulana Ilyas rah.
bagitahu dlm malfuzatnya, “kerja saya ialah bagaimana 6 perkara ini datang dalam
kehidupan setiap orang dengan hakikat”. 6 perkara datang dlm kehidupan org
kaya, org miskin, tua, muda, peniaga, petani, besar, kecil, lelaki, wanita,
setiap org Islam dan seluruh umat, inilah kerja. Maulana Ilyas kata, kerja ini
macam satu org wanita yg telah kematian suami. Setiap masa dan keadaan, dia
akan ingat suaminya. Kalau ada apa-apa keperluan, dia akan ingat suami,
alangkah baiknya kalau ada suami.
Satu masa dulu, iman umat ini sangat tinggi, amal tinggi,
solat, doa, taqwa, tawadduq, betapa tinggi dan hampir dgn Allah. Allah s.w.t
bantu. Apa dah jadi sekarang ini, iman umat ini begitu lemah, solat lemah, doa
begitu lemah, sehingga umat ini jauh dari pandangan Allah, alangkah baiknya
keadaan umat ini macam umat dulu-dulu. Hari-hari kita kena fikir pasal umat ini,
doa dan menangis, “Ya Allah, kamulah yg boleh pulihkan umat ini kepada keadaan
umat satu masa dulu”. Inilah kesedihan yg perlu wujud dalam hati setiap orang
Islam. Dulu keadaan umat begitu baik dan bantuan Allah telah datang. Menangis
setiap saat, fikir dan risau, inilah kerja kita.
Kita kata kita org lama. Apa itu org lama? Kita kena usaha
bagaimana 6 perkara datang dlm diri kita dan 6 perkara datang dalam seluruh
umat, fikir risau datang dlm diri setiap umat. Allah s.w.t telah beri
tanggungjawab dan kerja ini adalah amanah. Kena buat kerja ini sepertimana yg
telah diberitahu oleh orang tua-tua kita. Kalau tidak buat sepertimana yg
diberitahu, itu bukan amanah, tetapi khianat.
Dakwah kebesaran Allah macamana? Kita hadkan pada Allah
khaliq, Allah malik, Allah raziq, kenapa kita kena hadkan kebesaran Allah pada
beberapa sifat sahaja? Allah s.w.t ada sifat-sifat yg lain. Kita buat kerja ini
dengan belanja duit sendiri, harta sendiri, masa sendiri. Bukan buat usaha
agama dengan perbelanjaan orang lain. Abu Bakar r.a, pada hari pertama jadi
khalifah, pergi berniaga, org tanya, bagaimana tuan boleh pergi berniaga dan
jadi khalifah, apa nak jadi dengan agama. Abu Bakar kata, kalau tidak berniaga,
macamana hendak sara anak isteri saya. Abu Bakar r.a ni siapa? Kalau hendak
dibandingkan semua iman sahabat, tidak sama dengan iman Abu Bakar, tetapi dia
juga cakap apa hendak jadi dgn keluarga kalau tidak pergi berniaga. Kita buat
usaha ini bukan dengan kita tinggalkan semua kerja-kerja yang lain. Tinggal
kerja, tinggal perniagaan, ini bukan cara kita buat kerja ini. Ini amanah. Kita
buat kerja ini bersama dgn kerja-kerja lain, bersama dgn perniagaan kita,
bersama pertanian kita, bersama dgn kerja pejabat kita, semua ini kita kena
buat. Tanggungjawab kerja agama pun kita kena sempurnakan. Kita buat kerja ini
bukan dgn mengasingkan dgn kerja-kerja yg lain, putuskan hubungan dgn semua,
tinggal perniagaan, tinggal pejabat, tak tunaikan hak anak isteri, ini bukan
tanggungjawab, ini khianat. Buat kerja agama dengan mengharapkan bantuan org
lain, ini bukan cara kita buat usaha agama. Diri kita, harta kita. Bukan ambil
dari orang lain.
Apa bahaya kerja ini? Kerja tidak jalan, tetapi kita rasa kita dah buat banyak kerja. Untuk kerja dunia, asalkan jalan sudah cukup. Kerja ini, kita sendiri kena buat. Buka kedai, anak kita buka kedai, atau pekerja buka kedai, asalkan kedai buka, perniagaan jalan. Tetapi solat, saya kena solat, anak kena solat, pekerja kena solat, tak memadai dengan kerja jalan, tapi saya sendiri kena buat. 6 perkara kena datang dlm diri saya sendiri.
Kita kata tabligh kerja yg baik, kerja yg besar, tetapi saya
sendiri tidak buat gasht, tidak keluar 3 hari, zikir pagi petang tidak buat, dalam
rumah tidak ada agama, tetapi semua jor/ijtimak hadir. Isteri pergi kerja, kita
hidup dengan pendapatan isteri, mana boleh, wanita ada syariat, lelaki ada
syariat, mana boleh kita bergantung pada pendapatan isteri, kita buat tabligh
sahaja. Kita kena buat dengan diri sendiri, ambil bahagian dalam semua amal
masjid.
Kerja ini adalah tanggungjawab dan amanah. Jangan buat
sesuatu yg merosakkan kerja ini. Contoh burung raja, terlepas dari sangkar, dapat
dengan orang yg buta, kena potong paruh, potong kepak. Inilah akibat orang yg tidak
tahu menilai sesuatu benda.
Usaha agama ini telah datang pada Rasulullah s.a.w, pada Abu
Bakar r.a, Umar r.a, Usman r.a, Ali r.a dan telah datang kepada kita iaitu org
yg tidak layak buat kerja ini sepertimana burung tadi yg telah dipotong paruh
& sayap, kita telah rosakkan kerja
ini. Kita buat kerja ini sepertimana yg diberitahu oleh org tua-tua kita. Kalau
tidak, kita melakukan khianat pada kerja ini.
Maulana Ilyas, Mualana Yusuf, Maulana Inamul Hasan, tidak
siapa antara mereka kata cakap perkara yg sama sahaja, cakap macam ini sahaja.
Kalau kita buat kerja ini ikut faham kita, akal kita, walaupun nampak ada
faedah, ada keuntungan, kerja ini tidak akan maju, kerja ini akan rosak. Kerja
ini bukan rosak dari orang luar, tetapi orang dlm kerja ini yg buat dengan kefahaman
mereka sendiri.
Bila buat kerja ikut panduan yg diberi oleh org tua-tua
kita, maka kerja meningkat, pengorbanan meningkat , yakin meningkat, agama dlm
keluarga meningkat, agama dlm perniagaan meningkat. Nasihat satu org bapa pada
anak, jgn jadi ayak/tapis. Benda-benda yg baik turun, benda yg tidak elok
tinggal. Kita usaha supaya org lain keluar jalan Allah, dapat agama, bawa agama
dlm perniagaan, pertanian, rumah tangga, dalam keluarga, ikut syariat, tetapi
kita tidak dapat apa pun, kita mengumpat, cakap pasal orang lain, dsbnya.
Kita buat usaha ini utk diri sendiri. Kalau buat kerja ikut
usul, cara yg betul, buat kerana Allah, dgn ikhlas, dgn jazbah yg betul, dgn
niat utk bagi kebaikan pada org lain, mula-mula sekali kerja ini akan bagi
kesan pada diri kita. Iman kita berubah, amal kita berubah, akhlak kita
berubah, kita dpt menafaat dari agama. Bila buat usaha agama dgn niat yg betul,
cara yg betul, ikhlas, kaedah yg betul, niat betulkan diri dan bagi kebaikan
pada org lain, maka agama akan dtg pada setiap manusia, setiap bidang kerja,
seluruh dunia akan lihat amalan agama dlm kehidupan org Islam, betapa banyak
manafaat, seluruh dunia mahu amalkan agama.
Dalam ijtimak Tongi, Hadratji kata, wujudnya usaha agama
dikalangan org Islam pada zaman ini ialah satu nikmat yg besar dari Allah
s.w.t. Allah s.w.t beri kita usaha agama sebagai satu nikmat, maka bila kita
mensyukuri nikmat ini, Allah akan tambah lagi. Kalau kita tidak mensyukuri
nikmat ini, Allah s.w.t akan tarik balik nikmat ini. Syukur pada nikmat ini
ialah bila dtg takazah agama, kita kena korbankan diri, harta kita, masa kita
utk takazah agama. Takazah keluar di jln Allah, usaha tempatan, hijrah dan
nusrah. Syukur nikmat dgn korban diri, masa, harta. Letakkan takazah agama di
depan, kemudiankan keperluan yg lain-lain. Kalau dtg takazah agama, tetapi tidak
tunaikannya maknanya kita tidak mensyukuri nikmat ini. Kita kena tanya diri
sendiri, bila dtg takazah berapa banyakkah kita telah utamakan takazah-takzah
ini, berapa banyak telah korban harta, diri dan masa utk takazah. Banyak mana
kita telah abaikan takazah dan tidak korban, kita sendiri fikir.
Mula-mula sekali kita kena taubat kerana selama ini kita
tidak letakkan kerja ini di depan, tidak buat kerja dgn sungguh-sungguh, tidak
tunaikan takazah-takazah agama. Mulai hari ini buat keputusan jadikan kerja ini
sebagai kerja kita dan kita buat kerja dgn diri, harta sendiri utk tunaikan
takazah agama. Kita juga kena minta ampun dan maaf pada seluruh umat, umat ini
telah jauh dari maksud. Kita buat keputusan utk buat usaha sungguh-sungguh. Buat
azam 4 bulan tiap-tiap tahun, 10 hari tiap-tiap bulan, 8 jam tiap-tiap hari.
Buka pintu, jgn pecah pintu.
Tuan-tuan yg ada di sini adalah hasil daripada pengorbanan
bertan-tan punya air mata tangisan dan korban. Sebelum tuan-tuan lahir, sebelum
ibubapa tuan-tuan kahwin, org telah pun buat usaha, korban, menangis doa pada
Allah. 4 bulan setiap tahun, 10 hari setiap bulan, 8 jam setiap hari tidak dtg
dgn sekelip mata. Bermula dari hari ini, siapa sedia, sila bangun dan beri
nama.
Comments
Post a Comment