Posts

Showing posts from August, 2016

mini jor cluster C1 - puchong

Image
18/08/2016 mini jor di masjid husna, bandar puteri, puchong 5 halaqah kehadiran : 300 org 6.00 ptg amalan karguzari - semua 5 halaqah bagi karguzari jurukarguzari : hj sabaruddin lepas maghrib bayan tashkil  : sheikh maidin lepas isyak duduk secara halaqah dan buat azam dibantu oleh : hj rahman minsin ambil azam : hj arshad syura doa dan nasihat : hj mohideen syura 10.30pm ta'am nasi : halaqah puchong andalas lauk : halaqah saujana puchong 1 hari sebelum mini jor - 17/08/2016 jemaah syura dah sampai dan kerja-kerja usuli bermula dari pagi hingga ke malam jumpa semua karkun 4B dan ulamak 4B/40H jemaah syura yg telah dibawa bergerak di halaqah pulau meranti dan putra perdana wak omar hj rahman minsin hj osman alhamdulillah, semoga Allah terima sedikit pengorbanan ini dan jadi asbab hidayat seluruh alam amin...

safar syura dalam KL untuk jor karkun 4B/ulamak

Image
jor karkun 4B & ulamak - 29sept hingga 02okt 2016 syura akan safar ke seluruh malaysia sebelum jor untuk kawasan KL/selangor jadual safar syura adalah seperi dibawah - 119 halaqah zon A - jemaah hj zaid zon B - jemaah hj abdullah cheong zon C - jemaah hj arshad total = 21 mini jor (21 cluster) mini jor utk culster C1 - 5 halaqah terlibat tarikh - 18/08/2016 hari - khamis masa - asar hingga isyak tempat - masjid al husna, bandar puteri, pusat bandar puchong azam halaqah pulau meranti semoga Allah terima dan mudahkan

mesyuarat malaysia 1998 - nasihat maulana ibrahim

nizamuddin - 11/09/98 Agama maksudnya dengar dan taat. Sebanyak mana kita dapat wujudkan ketaatan dalam diri kita maka sebanyak itu kita akan dapat hidayat.  100% taat maka 100% Allah s.w.t beri hidayat.  Sahabat telah berjanji setia dengan Rasulullah s.a.w akan dengar dan taat. Dalam hati tidak suka atau sebaliknya sahabat akan taat, dalam miskin atau kaya sahabat akan taat. Sebanyak mana sifat taat pada diri orang Islam, sejauh itu ia akan dijadikan asbab hidayat.  Perlu wujudkan dalam diri agar dalam setiap keadaan kita sentiasa  taat.  Taat ada 3 ketogori 1.   Taat kepada Allah 2.   Taat kepada Rasulullah   3.   Taat kepada zumidar/orang tanggungjawab Untuk sampai ke peringkat tertinggi kita perlu taat  kepada zumidar kerana melaluinya ia akan dapat taat kepada Rasul dan Allah s.w.t.  Tanggungjawab itu adalah berbagai, kalau kita anak, ibubapa kita adalah zumidar, jika kita penuntut kita taat kepada g...

mesyuarat malaysia 1998 - bayan subuh maulana ahmad lat

nizamuddin - 11/09/98   Oleh kerana dalam dunia ini yang penting ialah manusia, maka Allah s.w.t telah mengutamakan asbab tarbiyah kepada manusia berbanding dengan makhluk-makhluk Allah s.w.t  yang lain.  Sebagaimana yang kita maklum apabila satu jemaah dibentuk, akan dipilih zumindar  dan di tarbiyah bagaimana mereka dapat membelanjakan diri, harta dan masa mereka mengikut perintah Allah s.w.t.  Apabila diri, harta dan masa manusia digunakan dengan betul mengikut kehendak Allah s.w.t, maka manusia akan dibentuk kehidupannya.  Oleh itu ambia-ambia dihantar oleh Allah s.w.t di kalangan manusia untuk menunjukkan kehidupan suci murni yang manusia perlu ikuti, nabi-nabi adalah manusia yang maksum. Seluruh tarbiyah nabi-nabi kepada manusia ialah menunjukkan bagaimana mentauhidkan Allah s.w.t.  Asas tarbiyah manusia ialah pembinaan iman yang betul.  Jika iman manusia sempurna, keseluruhan kehidupannya akan betul.  Hari ini tumpuan manusia ...

mesyuarat malaysia 1998 - bayan subuh maulana ibrahim

nizamuddin - 10/09/98     Amalan seseorang adalah bergantung kepada niat. Niat seseorang itu Allah s.w.t mengetahui. Allah s.w.t akan membuat keputusan atas niat seseorang. Semua kerja di dunia tidak akan berlaku tanpa keizinan Allah.  Dunia adalah tempat memikul tanggungjawab, seorang anak yang bertanggungjawab akan disukai oleh keluarga.  Dunia ini Allah s.w.t jadikan untuk orang rajin bukannya malas.  Apakah sifat tanggungjawab manusia kepada Allah. Tanggungjawab pertama ialah tanggungjawab diri iaitu mentaati perintah Allah s.w.t.  Sesesiapa yang menunaikan tanggungjawab kepada Allah s.w.t akan di angkat dari segala dukacita hidup di dunia ini. Amanah manusia ialah jasadnya dan rohnya.  Kekuatan kesihatan kepada jasad,  Allah s.w.t akan tanya dalam kehidupan akhirat.  Apa yang ada pada kita adalah hak Allah s.w.t  dan bukan kita punya.  Ia adalah amanah.  Orang yang banyak menerima nikmat biasanya banyak yang l...

mesyuarat malaysia 1998 - bayan maulana saad (2)

nizamuddin - 09/09/98  -  10.00 a.m     Maksud kita membuat usaha agama ialah bagaimana perubahan dapat datang dalam diri umat, bagaimana ia dapat mengamalkan kehidupan suci murni Baginda Rasullullah s.a.w.  Umat ini tidak akan berjaya selagi ia tidak membawa kehidupan umat kurun pertama dahulu iaitu kehidupan sahabat-sahabat Rasulullah.  Melalui usaha suci murni Baginda Rasulullah s.a.w  imaniat, ibadat, mua’malat, mua’syarat dan akhlak umat akan dapat diperbaiki dan dibentuk.   Ada  orang bertanya Maulana Yusuf mengapa agama Islam tidak tersebar.  Maulana Yusuf menyatakan, “Mana ada amalan Islam waktu itu, oleh itu Islam tidak tersebar”.  Untuk mengekalkan amalan Islam yang diusahakan oleh Baginda Rasulullah s.a.w satu usaha telah dibuat oleh sahabat perlu dihidupkan semula.  Dalam mana-mana zaman apabila tumpuan bidang usaha umat dibuat, selain manusia maka umat akan mengalami kerugian besar. Maulana dalam perg...

mesyuarat malaysia 1998 - bayan maulana saad (1)

nizamuddin -  09/09/98 -  10.00 a.m     Natijah yang kita mahu apabila buat usaha agama ialah melihat perubahan berlaku di kalangan orang Islam supaya agama sempurna hidup. Kejayaan akan dapat hanya apabila kita buat usaha seperti yang dibuat di kurun pertama. Suasana akan wujud. Akhlak, mua’malat, mua’syarat dan lain-lain akan bertambah baik. Sesuatu perkara kenalah wujud dahulu kemudian ianya akan tersebar. Bila Islam wujud barulah ianya boleh tersebar. Malaysia banyak export barang. Maulana pergi ke kedai dan lihat banyak barang-barang buatan Malaysia dijual disana. Kalau orang Malaysia ubahkan tumpuan mereka kepada manusia daripada barang, Malaysia akan dapat export iman, akhlak dan keseluruhan agama ke seluruh dunia. Maulana Ilyas beritahu bahawa usaha ini ialah jual beli kebaikan. Kita jual kebaikan kita dan kita beli kebaikan orang lain. Kita kena fikir samada kita mahu memperbaiki dunia umat atau akhirat mereka. Keinginan Maulana supaya Malaysia mengexport...

mesyuarat malaysia 1998 - bayan subuh maulana ahmad lat

nizamuddin - 09/09/98    Manusia adalah semulia-mulia makhluk atau  Ashraful Mahlukat .    Ia telah diberi tanggungjawab yang amat tinggi iaitu sebagai khalifah Allah, khalifah Rasul dan khalifah kitab.  Allah s.w.t menjadikan agama sebagai petunjuk kepada manusia dalam menjalani kehidupan    dan Rasulullah s.a.w dijadikan contoh terbaik.    Setiap perkara yang Baginda    lakukan    telah diikuti oleh sahabat. Allah s.w.t sebenarnya yang mengatur kehidupan manusia. Ia yang mengaturkan pembahagian harta, adanya kaya dan miskin, berapa banyak seseorang itu makan dan minum Allah s.w.t yang tetapkan.  Dalam kehidupan ini manusia diberi ikhtiar.  Jika manusia membuat ikhtiar yang betul maka ia akan mendapat natijah yang baik di kehidupan akhirat.  Jika manusia menggunakan lidah untuk mengucap kalimah taiyibah, kesannya sampai ke langit, tiang arasyh Allah s.w.t bergoncang.  Ia tidak berhen...

mesyuarat malaysia 1998 - bayan maghrib maulana ibrahim

nizamuddin - 08/09/98 Peredaran musim seperti panas, sejuk, hujan memberi kesan kepada suasana.    Begitu juga suasana agama memberi kesan kepada kehidupan manusia.    Agama akan mati jika tidak ada suasana agama.    Oleh itu Allah s.w.t menghantar nabi dan memberi usaha agama kepada nabi-nabi.    Melalui usaha agama itu suasana akan terbentuk.    Allah s.w.t memberi usaha agama kepada nabi-nabi dan usaha itu bukan sekadar untuk menyampaikan tetapi bagaimana supaya ia memberi kesan kepada hati-hati manusia.    Oleh itu masa yang lama digunakan untuk membuat usaha agama seperti Nabi Nuh membuat usaha agama selama 950 tahun. Usaha para nabi ialah usaha ummumiyat iaitu usaha yang dibuat kepada semua lapisan masyarakat. Begitu juga usaha agama yang kita lakukan ini perlu dibuat secara ummumiyat iaitu untuk semua manusia. Dengan ini barulah usaha itu akan memberi menafaat kepada manusia. Seperti hujan yang turun ia dit...

mesyuarat malaysia 1998 - prof abdul halim

nizamuddin - 08/09/98 -  3.20 p.m Kerja agama adalah kerja yang sangat mulia. Oleh itu ia mempunyai musuhnya. Orang yang membuat usaha ini sentiasa ditipu daya oleh syaitan supaya meninggalkan kerja yang suci murni ini. Oleh itu orang tua-tua kita di masjid Banglawali telah memanggil orang tanggungjawab di seluruh dunia supaya mereka dapat membuat kerja dengan satu cara dan satu kaedah yang betul. Tujuan usaha ini dibuat supaya enam prinsip dapat tertanam di setiap hati-hati orang-orang yang melakukan kerja ini.  Melalui usaha ini hakikat kalimah dapat tertanam di jiwa,    sembahyang kita dapat mencegah fahsa’ dan mungkar, kita juga dapat mengingati Allah s.w.t  dalam setiap masa dan keadaan.  Disamping itu kita membuat usaha ini untuk membawa akhlak mulia, mengikhlaskan amalan dan membuat pengorbanan atas agama.  Orang yang membuat  usaha tetapi lupa untuk mengislahkan diri seperti orang buta membawa pelita dalam malam hari di ...