mesyuarat malaysia 1998 - bayan subuh maulana ibrahim

nizamuddin - 10/09/98
  
Amalan seseorang adalah bergantung kepada niat. Niat seseorang itu Allah s.w.t mengetahui. Allah s.w.t akan membuat keputusan atas niat seseorang. Semua kerja di dunia tidak akan berlaku tanpa keizinan Allah.  Dunia adalah tempat memikul tanggungjawab, seorang anak yang bertanggungjawab akan disukai oleh keluarga.  Dunia ini Allah s.w.t jadikan untuk orang rajin bukannya malas.  Apakah sifat tanggungjawab manusia kepada Allah.

Tanggungjawab pertama ialah tanggungjawab diri iaitu mentaati perintah Allah s.w.t.  Sesesiapa yang menunaikan tanggungjawab kepada Allah s.w.t akan di angkat dari segala dukacita hidup di dunia ini.

Amanah manusia ialah jasadnya dan rohnya.  Kekuatan kesihatan kepada jasad,  Allah s.w.t akan tanya dalam kehidupan akhirat.  Apa yang ada pada kita adalah hak Allah s.w.t  dan bukan kita punya.  Ia adalah amanah.  Orang yang banyak menerima nikmat biasanya banyak yang lupa kepada Allah s.w.t.  Oleh itu kita perlu insaf apa tanggungjawab kita kepada Allah s.w.t.  Pandangan, pendengaran, merasa adalah nikmat, semuanya akan ditanya oleh Allah s.w.t.  Allah s.w.t memberi kesan pendengaran pada telinga, kesan melihat pada mata.

Untuk menyempurnakan hak Allah s.w.t terdapat amalan yang ditunjukkan oleh Rasullulah s.a.w.  Seseorang manusia perlu mengetahui bagaimana menggunakan diri dan harta bagi menyempurnakan keinginan diri sendiri.  Jika orang itu hanya mengguna diri, harta, masa dan tenaga untuk menyempurnakan keinginan diri sendiri sahaja Allah s.w.t akan sempitkan kehidupannya.  Oleh itu bagi menggunakan diri, harta dan masa bagi menunaikan hak Allah s.w.t seseorang itu perlu mempunyai iman.  Ada orang berhijrah ke sesuatu tempat untuk menambah pendapatan.  Adakah di tempat itu ada tuhan lain.  Kesenangan di situ kerana suasana kerjanya lebih selesa.  Sebenarnya Allah s.w.t yang memberi rezeki atau menjadikan seseorang kaya  atau miskin.  Di mana ia berada jikalau Allah hendakkan seseorang itu menjadi kaya ia akan menjadi kaya.  Kekayaan yang diperolehi oleh seseorang tidak bergantung pada tempat dan keadaan.

Orang yang mengucapkan kalimah taiyibah dengan ikhlas wajib syurga baginya. Maulana telah mengambil karguzari bagaimana seorang boleh keluar ke jalan Allah s.w.t.  Beliau mengatakan, saya datang ke masjid Banglawali untuk basuh muka dan buang air, seorang istiqbal telah memerhatinya  telah menyediakannya tempat untuk sembahyang dan dari situ ia kemudiannya keluar 40 hari. Semasa keluar ia sangat sengsara kerana sebelum ini ia minum arak dan dalam masa keluar ia tidak boleh minum. Semasa keluar ia dapat belajar menghafal ayat-ayat lazim.  Selepas 40 hari ia sambung 4 bulan. Selepas beberapa ketika ia berjumpa Maulana dan memberitahu ia dalam persiapan menunaikan haji.  Jika dahulu ia datang ke Delhi jual arak tetapi sekarang ia datang untuk menunaikan haji.  Dengan kekuatan iman seseorang itu dapat mencegah dari fasha’ dan mungkar.  Allah s.w.t yang memberi hidayat dan memberi taufiq kepada seseorang dari berperangai buruk kepada berbudi pekerti mulia.  Dalam Al-Quran Allah berfirman, sesiapa yang berjihad di jalan Allah, pasti Allah s.w.t beri petunjuk.

Allah s.w.t hantar manusia ke dunia untuk mengamalkan agama, bukan untuk perniagaan dan sebagainya.  Oleh itu dalam kehidupan akhirat Allah s.w.t tidak tanya wang ringgit kita tetapi apa agama kamu.

Pelajaran pertama seseorang itu dapat semasa baru lahir ialah Allah maha besar.  Azan diperdengarkan oleh bapanya di telinga kanan dan iqamat di teliga kiri.  Seterusnya diberitahu tentang kejayaan, iaitu kejayaan dalam sembahyang.  Barang siapa yang merosakkan keyakinan, Allah s.w.t akan gagalkan rancangan-rancangannya.  Oleh itu Allah s.w.t telah jadikan seseorang itu untuk membina iman yang betul dari mula lahir hingga mati. Dengan iman yang sempurna memudahkannya mentaati perintah Alllah dan untuk membina iman-yakin itu perlu ada suasana  Jika seseorang itu menjadi orang beragama,   sekitar kehidupannya dibina dalam agama.  Manusia yang tidak beragama ia mabuk.  Ia faham benda-benda selain agama, tetapi hal-hal agama ia tidak tahu.  Satu jemaah datang ke marhalah Maulana, jumpa orang tempatan yang tidak amal agama, mutakallim mengajak orang itu ke masjid, ia kata pergilah dahulu, mutakallim pujuk rayu lagi.  Mengapa kamu paksa-paksa nanti saya tikam kamu, kamu boleh tikam saya tetapi kenalah  datang ke masjid dahulu.  Setelah sampai ke masjid ia menyertai jemaah, kemudian keluar 4 bulan.  Jemaah yang datang ia nusrah.  Ia buka kedai gula-gula di sebelah masjid, ia menjadi muazzin di masjid, selama 40 tahun dapat menjaga takbiratul’ula.

Hari ini kita perlu usaha membina iman kita ke tahap yang dapat menghindarkan kita dari fasha’ dan mungkar.  Barang siapa dapat menggunakan dirinya mengikut perintah Allah ia akan mendapat hidayat. Untuk dapatkan iman perlu gunakan diri dan harta keluar ke jalan Allah.  Hidayat bukan benda yang mudah, maksud hidayat ialah syurga. 

Apakah guna seseorang itu yang senang-lenang dengan makan-minum tetapi masuk ke neraka Allah s.w.t,  usaha agama ialah usaha ingat-mengingati orang supaya amal agama. Seseorang itu  yang ada agama tetapi tidak amal agama ia akan berada dalam kegelisahan.

Orang yang sibuk dengan dunia akan wujudkan :              
1. Sibuk dalam hal dunia dengan kerja tidak berkesudahan.
2. Hatinya dalam kegelisahan

Tanggungjawab kedua ialah perlu diwujudkan suasana agama di marhalah.  Kehidupan manusia terbina  dengan suasana.  Musim sejuk, pekedai jual baju sejuk dan musim panas jual baju cotton. Untuk bentuk suasana di marhalah usaha pertama ialah hidupkan ta’alim di rumah.  Apabila datang agama dalam rumah, bentuk suasana masjid. Masjid Banglawali bermakna Bangla Masjid, ketika itu Raja Islam telah hadiahkan rumah Bangla kepada bapa Maulana Ilyas iaitu Maulana Ismail. Apabila kita membawa masjid ke rumah, maka ahli rumah akan hidup beragama. Dengan ini perlu wujudkan suasana agama dalam rumah.  Nabi-nabi dahulu diutuskan untuk mengwujudkan mahul/suasana agama di kawasan mereka.  Jika kita tidak wujudkan suasana agama, susah untuk kita amalkan agama.  Baginda Rasulullah s.a.w bersabda, “Untuk amalkan agama seperti mengenggam bara api’. Oleh itu kita sentiasa buat gasht untuk mengerakkan agama.  Apabila suasana agama terbentuk mudah semua untuk amalkan agama. Pembentukan suasana agama di sesuatu tempat ialah sunnah nabi.

Tanggungjawab ketiga disampang kita ada agama dan menyediakan orang lain mengamalkan agama di khariah kita bagi membina suasana, maka kita perlu ke seluruh alam.  Kita jangan jadi seperti kaum Hawariyun yang memberi alasan apabila ditashkil keluar jauh dari negerinya.  Alasannya ia tidak tahu bahasa tempat itu, esoknya 6 orang Hawariyun bangun dari tidur mengetahui bahasa tempat yang hendak dihantar itu.

Orang Islam hidup dalam huru-hara kerana ia tidak menjalankan maksud ia dihantar.  Orang Islam sekarang menyibukkan diri dengan perkara-perkara dunia yang sentiasa tidak mencukupi.  Harta benda yang diberi perlu digunakan untuk maksud agama, dengan itu kerunsingan sentiasa wujud dalam hati-hati manusia.  Agama tidak tersebar dengan wang ringgit.  Jika Allah s.w.t hendak mengambil kerja dari seseorang ia tidak memerlukan harta.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir