mesyuarat malaysia 1998 - bayan maulana saad (1)
nizamuddin - 09/09/98 - 10.00 a.m
Natijah yang kita mahu apabila buat usaha agama ialah melihat perubahan berlaku di kalangan orang Islam supaya agama sempurna hidup. Kejayaan akan dapat hanya apabila kita buat usaha seperti yang dibuat di kurun pertama. Suasana akan wujud. Akhlak, mua’malat, mua’syarat dan lain-lain akan bertambah baik. Sesuatu perkara kenalah wujud dahulu kemudian ianya akan tersebar. Bila Islam wujud barulah ianya boleh tersebar.
Malaysia banyak export barang. Maulana pergi ke kedai dan lihat banyak barang-barang buatan Malaysia dijual disana. Kalau orang Malaysia ubahkan tumpuan mereka kepada manusia daripada barang, Malaysia akan dapat export iman, akhlak dan keseluruhan agama ke seluruh dunia.
Maulana Ilyas beritahu bahawa usaha ini ialah jual beli kebaikan. Kita jual kebaikan kita dan kita beli kebaikan orang lain. Kita kena fikir samada kita mahu memperbaiki dunia umat atau akhirat mereka. Keinginan Maulana supaya Malaysia mengexport jemaah-jemaah melebihi barang-barang. Kita kena buat usaha ikut tarekat Rasulullah s.a.w. Kita sedang buat kerja ambia a.s. Solat sahaja tak cukup. Solat berjemaah sahaja belum boleh memakmurkan masjid. Apa-apa masalah sahabat lari ke masjid. Seperti 5 solat fardhu di masjid, ada 5 amalan jemaah masjid. Masjid dibina bukan untuk solat sahaja tetapi untuk sempurnakan solatnya. Di masjid Nabi s.a.w semuanya wujud. Semua masjid kena ikut contoh ini. Selagi amalan jemaah masjid tak hidup hakikat solat tak akan terbina. Orang yang memakmurkan masjid, Allah akan beri dia hidayah dan hilangkan rasa takut pada ghairullah. Ini ada dalam Quran – jelas dan terang.
1. Ta’alim - kecantikan dalam solat
2. Halakah Tajwid - kesempurnaan dalam solat
3. Muzakarah 6 sifat - membetulkan solat
4. Gasht - menegakkan Qiam/berdiri dalam solat
Apabila keempat-empat dilaksanakan dengan baik maka solat akan dibina. Oleh itu kita sendiri perlu usaha atas solat kita. Maulana Yusuf kata perkara-perkara yang kamu dakwah akan datang dalam diri kamu sendiri.
Mesyuarat Harian - Ini ialah amalan masjid Nabi. Semua kita kena fikir sama-sama. Jadikan ini amalan kita. 5 amalan jemaah masjid ialah sama dengan amalan-amalan di masjid Nabi s.a.w.
Masjid ialah janakuasa. Kalau janakuasa itu mati 5 minit, maka gelaplah tempat itu 5 minit. Bayangkan cahaya nur Allah – bayangkan kerosakan yang akan berlaku di dunia ini. Janakuasa tiada tenaga, maka gelaplah. Masjid tak makmur maka banyaklah amalan yang rosak. Oleh itu kita kena jaga dan buat 5 amalan jemaah masjid dengan sungguh-sungguh.
Kalau buat kerja tanpa mesyuarat, macamlah tak buat kerja. Kalau satu orang tak duduk dalam mesyuarat maka dia tak akan dapat sempurnakan takazah kerana dia tidak ada fikir dan tak ambil berat tentang takazah itu. Pengorbanan dalam mesyuarat samalah pengorbanan dalam kerja. Oleh itu tingkatkanlah pengorbanan. Kelemahan dalam usaha jemaah masjid ialah kerana orang tanggungjawab tak ambil berat untuk mesyuarat. Mesyuarat jangan panjang. Mulakan dengan karguzari untuk lihat apa perlu di buat seterusnya. Semua rakan seusaha kena hadir mesyuarat.
Gasht - Gasht ialah tulang belakang usaha agama. Ini amalan Nabi. Dari hari pertama Nabi buat usaha hingga ke akhir hayatnya sehingga seluruh alam dapat hakikat solat. Kita hendaklah buat gasht seperti gasht Nabi di Taif, di bazar-bazar Mekah, orang-orang di Mina. Contohi bagaimana Rasulullah s.a.w pujuk rayu orang. Gasht cara Nabi akan dapat nusrah dari Allah. Sebanyak mana kita ikut adab dan usul sebanyak itulah kesan dalam gasht kita.
Ta’alim - Maulana Ilyas kata ta’alim kedudukannya adalah lebih tinggi dari bayan. Kalau ikut kemampuan orang awam memanglah ta’alim masjid tak akan lebih dari 5 minit. Untuk karkun hendaklah diusahakan hingga 1 ke 1½ jam. Kita sendiri hendaklah buat kerja dengan sempurna. Orang lain ditarghib. Kalau kita tak tingkatkan usaha maka orang awam tak akan tambah masa. Ta’alim bukan mengikut kemampuan orang awam. Tingkatkan masa untuk karkun.
Surat Maulana Yusuf mengenai Ta’alim :
Dalam ta’alim ada latihan. Kita kena beri tumpuan sungguh-sungguh.
Kita mesti ada rasa cinta pada ta’alim.
Dalam setiap majlis ta’alim kita hendaklah dengar dengan penuh tawajjuh.
Jangan bersandar di dinding atau tiang.
Kita dengar seperti sahabat, barulah kita akan dapat menafaat.
Sebelum ta’alim ambil wudhuk dan solat sunat taubat.
Jangan cari alasan untuk bangun dari majlis ta’alim. Jangan ikut mood.
Jangan berbual-bual dalam majlis ta’alim.
Para malaikat mengerumuni majlis-majlis ta’alim dan mendoakan makfirah.
Peserta majlis akan dapat sifat taat seperti malaikat.
Peserta majlis akan dapat nur hadith dan akan jadi asbab hidayat.
Beri penekanan pada adab dan maksud ta’alim.
Ada ketinggian dan keagongang Allah.
Selepas fadhail Quran, buat halakah tajwid – latih baca Quran dengan tajwid, baca surah lazim
Betulkan bacaan Quran secara infradi.
Baca sahaja dan jangan buat ceramah.
Di akhirnya boleh targhib untuk amal.
Baca juga cara infradi di waktu lapang.
Bila lakukan amalan kita ingatkan hadith-hadith dalam ta’alim.
Kalau kita tak tahu fadhail, amalan kita tak akan meningkat mutunya.
Oleh itu ta’alim bukan sahaja untuk dapat ghairah untuk amal tetapi untuk meningkatkan mutu amalan.
Maksud – hidup usaha Rasulullah s.a.w
Kita fikir cara fadhail
Kalau ada ramai orang, boleh muzakarah fadhail
Secara infradi belajar 6 sifat dan Quran
Lapangkan masa 8 jam hari-hari - Da’i yang jual murah akan rugi. Da’i jangan terkesan dengan amalan orang yang di dakwah. Da’i hendaklah tawajjuh pada Allah. Jangan pandang rendah pada orang yang beri masa kurang dari 8 jam. Fikir bagaimana kawan dapat beri masa 8 jam.
Kita hendaklah beri masa kita untuk agama : 4 bulan setiap tahun, 10 hari setiap bulan. 8 jam setiap hari. Keluar 3 hari dengan jemaah sendiri. Setiap kali keluar hendaklah ada orang baru.
Buatlah usaha dengan kasih sayang, hormat menghormati sesama manusia. Dalam kerja dunia kalau tak ikut disiplin akan dipecat. Orang buat usaha agama pun kena ikut disiplin. Dakwah adalah usaha yang tertinggi. Keinginan Nabi s.a.w supaya semua orang masuk syurga. Tak ada yang masuk neraka.
Maulana Syed Ahmad Khan berkata, “Usaha ini ialah untuk meghampiri semua orang dan semua orang beserta dengan dia. Sehingga musuh pun jadi sahabat. Kita perlu usaha atas sifat-sifat ini”. Setiap karkun hendaklah mengendalikan dirinya supaya disukai ramai. Rasulullah s.a.w jumpa Abu Jahal dan Umar lebih 100 kali. Sehingga Umar masuk Islam.
Comments
Post a Comment