mesyuarat malaysia 1998 - prof abdul halim

nizamuddin - 08/09/98 - 3.20 p.m


Kerja agama adalah kerja yang sangat mulia. Oleh itu ia mempunyai musuhnya. Orang yang membuat usaha ini sentiasa ditipu daya oleh syaitan supaya meninggalkan kerja yang suci murni ini. Oleh itu orang tua-tua kita di masjid Banglawali telah memanggil orang tanggungjawab di seluruh dunia supaya mereka dapat membuat kerja dengan satu cara dan satu kaedah yang betul.

Tujuan usaha ini dibuat supaya enam prinsip dapat tertanam di setiap hati-hati orang-orang yang melakukan kerja ini.  Melalui usaha ini hakikat kalimah dapat tertanam di jiwa,    sembahyang kita dapat mencegah fahsa’ dan mungkar, kita juga dapat mengingati Allah s.w.t  dalam setiap masa dan keadaan.  Disamping itu kita membuat usaha ini untuk membawa akhlak mulia, mengikhlaskan amalan dan membuat pengorbanan atas agama.  Orang yang membuat  usaha tetapi lupa untuk mengislahkan diri seperti orang buta membawa pelita dalam malam hari di mana pelita itu dapat menyinari orang lain tetapi orang yang buta tidak mendapat apa-apa,  mengikut Almarhum Inamul Hassan. 

Maulana Yusuf pernah memberitahu kepada orang tanggungjawab yang datang ke masjid Banglawali ialah kamu perlu cakap seperti apa yang kami cakap tetapi jikalau kamu tidak datang ke mari kamu akan membuat usaha mengikut fikir sendiri.  Banyak usaha, usaha atas nama usaha agama di seluruh dunia . Tetapi usaha agama mempunyai tertib tersendiri. Oleh itu mereka perlu datang ke masjid Banglawali.  Semua yang membuat usaha agama perlu sentiasa niat untuk belajar.  Maulana Yusuf pernah ditanya oleh orang bahawa kamu telah banyak mengetahui, tetapi Maulana Yusuf memberitahu usaha ini seperti  kitab besar dan saya hanya mengetahui selembar dari kitab itu.

Syaitan hari ini telah menyembelih ramai orang yang membuat usaha ini dengan menyatakan saya sudah tahu. Oleh itu ia tidak mahu datang ke Nizamuddin.  Usaha agama cantuman 2 usaha iaitu usaha keluar ke jalan Allah s.w.t dan membuat usaha tempatan.  Cantuman ini seperti 2 roda kenderaan.  Kenderaan tidak boleh bergerak dengan satu roda.  Usaha ini tidak dapat berjalan dengan baik tanpa membuat 2 perkara tadi. Jika kita asyik keluar sahaja tanpa membuat usaha tempatan kita tidak dapat maksud kerja ini, seperti juga jikalau membuat kerja tempatan sahaja kita juga tidak akan mencapai maksud kerja ini.  Jika kita buat kedua-dua sekali barulah dikatakan kita telah membuat usaha cara tertib Nabi s.a.w

Bentuk usaha yang dibuat sekarang bukanlah maksud sebenar, tetapi bentuk usaha yang sebenarnya iaitu usaha untuk membawa kesempurnaan agama seperti yang ditinggalkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. Bagaimana agama yang hidup di masjid Nabawi dapat dihidupkan di masjid kita, agama yang hidup di rumah-rumah sahabat dapat dihidupkan di rumah-rumah kita dan tahap agama di pasar-pasar di Madinah dapat dihidupkan di pasar-pasar kita.

Oleh itu melalui usaha tempatan yang kita diminta melakukan ialah bertujuan sedikit demi sedikit amal masjid Nabawi dapat dibentuk di masjid kita.  5 amalan masjid ini jika dibuat akan menghapuskan penyakit-penyakit rohani di kampung kita. Jika 5 amalan masjid ini kita tidak buat kita tidak dapat diislahkan seperti yang diharapkan.  Suasana amalan akan hidup di marhalah kita hanya melalui 5 amalan masjid.  Jikalau 5 amalan masjid lemah orang yang pernah keluar walaupun telah membuat amal yang paling tinggi ia pun akan menjadi lemah. Hari ini kita telah tahu 5 amalan dan dapat membayankannya tetapi  sejauh mana kita telah membuat usaha bersungguh-sungguh.

Kebimbangan Maulana Ilyas rah. ialah mereka membuat usaha tetapi sebenarnya ia tidak membuat usaha. Kesempurnaan seseorang itu membuat usaha ialah apabila membuat usaha jemaah masjidnya, di sampig meningkatkan korbannya. Orang lama pula perlu mengikatkan diri dengan kerja tempatan seperti menjaga gasht pertama dan kedua.  Kita yang sedang membuat usaha ini perlu mengganggap kita sentiasa dalam rawatan .  Segala aspek-aspek kerja ini jikalau kita buat maka kita akan dapat diislahkan.  Jika niat kita dalam membuat usaha ini untuk islah diri maka kita akan sentiasa menjaga segala aspek kerja tempatan. Orang-orang tua (eldest) kita sentiasa meminta kita datang ke masjid Banglawali supaya kita dapat memahami segala aspek kerja ini.  Orang yang membuat 5 amalan masjid ialah orang yang mempunyai fikir untuk membina akhiratnya.  5 amalan masjid ini bukan satu amalan yang ringan, tetapi amalan yang dibuat oleh Baginda Rasulullah s.a.w dan sahabat sehingga iman, akhlak, korban mereka dapat dibina. Sahabat membuat usaha ini sehingga  akhir hayat mereka, tetapi masih belum berpuas hati dengan iman mereka.

Oleh itu kita perlu mengambil berat dan memikirkannya dan juga memikirkan sebanyak mungkin jemaah dapat dikeluarkan dari masjid kita. Dalam membuat usaha jemaah masjid perlu diusahakan bagaimana untuk menambah orang yang datang bersembahyang, duduk dalan ta’alim dan duduk dalam bayan kita. 

Perlu difikirkan juga bagaimana rakan-rakan yang pernah keluar dapat bersama membuat usaha tempatan, supaya  masa, wang ringgit yang telah banyak digunakan untuk keluar dapat dimenafaatkan. Jikalau beliau balik ke masjid mereka tidak meneruskan kerja yang telah dipelajari itu, ia adalah satu kerugian besar.

Jikalau kita tidak mengimbangi kedua-dua kerja maka kita akan rugi, masjid kita rugi dan orang tempatan kita juga akan rugi. Perkara ini penting untuk orang lama atau orang baru.  Sebenarnya syaitan telah banyak menipu karkun seluruh dunia supaya hanya mementingkan keluar ke jalan Allah s.w.t sahaja tanpa menitik beratkan membuat kerja tempatan.  Dalam kepulangan sahabat dari satu perang jihad,  Rasulullah s.a.w memberitahu bahawa sekarang kita telah kembali dari jihad kecil kepada jihad besar.

Dalam mesyuarat Malaysia yang akan datang laporan penambahan jemaah masjid perlu dimaklumkan, jumlah orang yang membuat gasht, penambahan yang duduk ta’alim dan penambahan yang duduk pada hari gasht.

Perlu kita wujudkan dalam diri kita tujuan kita membuat usaha ini ialah untuk mengislahkan diri dan apabila kita tidak titik beratkan untuk membuat usaha tempatan maka kita telah diselewengkan oleh syaitan. Oleh itu kita perlu bangun untuk membuat kerja tempatan.

Kerja Pertama - asas kerja iaitu mesyuarat harian selepas mana-mana waktu sembahyang harian.  Semua ahli jemaah perlu duduk dalam mesyuarat ini.  Mesyuarat perlu dibuat dengan penuh fikir bagaimana kita dapat sempurnakan takazah agama, ramai jemaah dapat dibentuk dan orang Islam yang akil baligh dapat bersembahyang jemaah di masjid kita.  Bagaimana suasana agama dapat diwujudkan di rumah-rumah, di khariah kita.  Untuk mencapai maksud mesyuarat ini ialah dengan membentuk jemaah 2½ jam bergerak dari rumah ke rumah

Kerja Kedua -  Kerja yang dibuat dalam 2½ jam adalah seperti berikut:

1. Fikir rakan-rakan seusaha yang telah lemah, satu jemaah dibentuk untuk menziarahi mereka supaya mereka membuat semula usaha.
2.  Satu jemaah usuli orang-orang yang telah berazam dan niat untuk keluar ke jalan Allah
3. Usaha yang berterusan ziarah dari rumah ke rumah untuk membentang nilai kalimah, keuntungan amal agama, kerugian meninggalkan amal agama  dan beri kelebihan amal dan bentangkan kepentingan keluar ke jalan Allah 4 bulan, 40 hari dan 3 hari.  Seterusnya bawa ia ke tahap kesempurnaan agama yang mampu ia laksanakan seperti datang sembahyang berjemaah. Seterusnya sediakan mereka bersama memberi masa 2½ jam untuk memakmurkan rumah Allah s.w.t sebagai satu sumbangannya sebagai orang muslim.

Apabila kita membuat bersungguh-sungguh secara berterusan dan beristiqamah, orang tempatan akan datang perlahan-lahan memakmurkan masjid. Dengan ini bayangan keadaan masjid Nabawi akan dapat diwujudkan di masjid kita. Target usaha 2½ jam ialah suatu masa orang tempatan akan bersama-sama membuat amal masjid.  Masjid yang telah menghidupkan 5 amal masjid, penambahan ahli khariah yang membuat kerja perlu dibuat.  Usaha harian adalah makanan rohani kepada orang yang membuat usaha agama bagi membina  sifat-sifat mulia.  Jika kita membuat kerja dakwah tanpa membuat kerja harian, kita akan kehilangan makanan rohani.  Orang lama dan baru yang membuat kerja harian 2½ jam imannya akan sentiasa meningkat.

Seterusnya kita perlu nusrah jemaah yang datang ke tempat kita di mana diaturkan adanya orang tempatan bersama jemaah itu.  Kerja-kerja yang dibuat dalam masa 2½ jam ialah ziarah orang sakit, ziarah keluarga yang sedang keluar ke jalan Allah dan ziarah alim ulamak.

Kerja Ketiga - Seterusnya kita kena wujudkan halaqah ta’alim di rumah dan halaqah ta’alim di masjid. Ta’alim di rumah bertujuan untuk menghidupkan suasana agama di rumah kita.  Kerja wanita ialah bagaimana untuk menghidupkan halaqah ta’alim di rumah, sembahyang awal waktu, berzikir dan mengaji Al-Quran, bertasbih pagi dan petang, didik anak-anak dalam agama dan galakkan suami keluar ke jalan Allah.  Untuk menambahkan  ahli khariah dapat menghidupkan halaqah ta’alim di rumah targhib perlu dibuat semasa ziarah 2½ jam. Tunjukkan menafaat dan keuntungan  membaca ta’alim di rumah, targhib perlu dibuat secara berterusan.

Kerja Keempat - Ialah gasht pertama di masjid sendiri dan gasht kedua di masjid jiran.  Dalam gasht kita usaha keluarkan jemaah tunai.  Sekiranya usaha berterusan setiap minggu jemaah 3 hari dapat dibentuk.

Kerja Kelima - Setiap ahli jemaah perlu keluar 3 hari setiap bulan dan keluar 72 jam, usahakan 1 orang lama membawa bersamanya 10 orang baru.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir