mesyuarat malaysia 1998 - bayan subuh maulana ahmad lat

nizamuddin - 11/09/98 

Oleh kerana dalam dunia ini yang penting ialah manusia, maka Allah s.w.t telah mengutamakan asbab tarbiyah kepada manusia berbanding dengan makhluk-makhluk Allah s.w.t  yang lain.  Sebagaimana yang kita maklum apabila satu jemaah dibentuk, akan dipilih zumindar  dan di tarbiyah bagaimana mereka dapat membelanjakan diri, harta dan masa mereka mengikut perintah Allah s.w.t.  Apabila diri, harta dan masa manusia digunakan dengan betul mengikut kehendak Allah s.w.t, maka manusia akan dibentuk kehidupannya.  Oleh itu ambia-ambia dihantar oleh Allah s.w.t di kalangan manusia untuk menunjukkan kehidupan suci murni yang manusia perlu ikuti, nabi-nabi adalah manusia yang maksum.

Seluruh tarbiyah nabi-nabi kepada manusia ialah menunjukkan bagaimana mentauhidkan Allah s.w.t.  Asas tarbiyah manusia ialah pembinaan iman yang betul.  Jika iman manusia sempurna, keseluruhan kehidupannya akan betul.  Hari ini tumpuan manusia samada kepada makhluk atau kepada khaliq.  Sabda Rasulullah s.a.w “Barang siapa membetulkan hubungannya dengan Allah, Allah s.w.t akan membetulkan hubungannya dengan manusia”.  Rasulullah s.a.w memberitahu seluruh masalah dunia akan selesai melalui usaha agama/mentaati Allah s.w.t.  Orang miskin tidak akan resah gelisah dan meminta-minta kepada makhluk, orang kaya tidak sombong dan tamak, pemerintah tidak menzalimi rakyat dan rakyat akan menjadi taat dan tidak memberontak.  Amalan manusia akan memberi kesan kepada pentadbiran alam, sehingga memberi kesan kepada  anak yang baru lahir.  Sepasang suami isteri yang membuat hubungan jenis dan terlepas sembahyang subuh dan tidak mengqadho’nya, maka anak yang lahir dari hubungan itu menjadi anak yang lalai dan derhaka kepada ibu bapa.

Ucapan yang mengatakan kebesaran Allah s.w.t akan sampai kepada hati.  Hubungan manusia kepada Allah s.w.t tertakluk kepada hati. Nabi-nabi adalah manusia yang maksum dan semua yang dicakapkan atau dibawa oleh ambia adalah untuk kebaikan manusia walaupun apa yang dipercakapkan bertentangan dengan jasbah manusia.  Maksud kita membuat kerja ini, bagaimana hendak menyediakan manusia membuat maksud sebenar ia dihantar.  Sahabat-sahabat adalah manusia contoh terbaik, apa yang diucapkan di lidah menzahirkan apa yang ada dalam hati mereka.  Ucapan kalimah taiyibah di mulut dapat menzahirkan di hati mereka bahawa seluruh yang bersifat makhluk tidak berkuasa.  Mereka dapat mengeluarkan seluruh kebesaran makhluk dalam hati mereka.  Perkara yang tidak sepatutnya di dalam hati mereka telah dibuangkan dari dalam hati mereka.

Orang  yang kufur dan munafik hanya mengatakan ia beriman tetapi di dalam hati tidak ada iman.  Orang seperti inilah yang membawa kesesatan dan kerosakan dalam muka bumi ini. Apabila golongan ini di beritahu betulkan iman dalam diri kamu mereka engkar.  Pengharapan kita perlu hanya pada Allah s.w.t.  Jangan mengharap kepada yang lain, jika hendak meminta, mintalah kepada Allah s.w.t  jangan meminta kepada yang lain.

Kisah Abu Hurairah yang kelaparan  beberapa hari telah pengsan, orang lain menyangka ia terkena penyakit sawan, sebenarnya ia telah kelaparan dan kesusahannya tidak diberitahu kepada orang lain.  Nabi s.a.w telah bersabda kepada Abu Hurairah bahawa ehwal kamu ialah untuk memberitahu seluruh umat hingga hari qiamat. Semua amalan hendaklah mengikut cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w, apabila dalam kelaparan jangan meminta kepada makhluk tetapi harap dan minta pada Allah s.w.t .  Dalam kelaparan itu Rasulullah s.a.w memanggilnya ke rumah dan memberi satu mangkuk susu.  Rasulullah s.a.w meminta ia memanggil seluruh ahli suffah yang lain iaitu hampir 70 orang untuk meminum semangkuk susu.  Keadaan itu bertentangan dengan kemuslihatan Abu Hurairah sendiri, kerana air susu yang semangkuk itu perlu diberi kepada beliau kerana beliau dalam kelaparan.  Tetapi amalan Rasulullah s.a.w penuh keberkatan dan apabila Abu Hurairah mentaati suruhan Rasulullah s.a.w maka semangkuk susu dapat mengenyangkan sepuas-puasnya semua ahli suffah itu.

Allah s.w.t sebenarnya membawa perintahNya adalah bergantung kepada keupayaan atau kemampuan manusia untuk mentaatiNya.

Takazah agama yang dibentangkan perlu dilihat keupayaan seseorang dan ia hendaklah  dibentangkan bagi memenuhi sesuatu takazah.  Orang yang membuat kerosakan di muka bumi ini perlu di bawa kepada kebaikan dengan membuat kerja suci murni Rasulullah s.a.w.  Orang mencuri dikatakan tidak mencuri kecuali ketika ia mencuri ini ia tidak beriman, oleh itu ia telah membuat amalan yang menyusahkan orang lain seperti mengambil kasut orang, kereta orang dan sebagainya.  Orang seperti ini perlu diusahakan supaya dapat mengubah kehidupan mereka dari engkar perintah Allah s.w.t kepada mentaati perintah Allah s.w.t.

Apa maksud kalimah Laillahaillallah, ialah untuk membuang kebesaran makhluk dalam hati dan hanya masukkan kebesaran Allah s.w.t melalui membuat amalan yang dapat membina kehidupan akhirat.

Khalid Ibnu Malek dan Amru bin As dua orang sahabat karib telah datang ke Madinah. Sebelum ini ia pemusuh Islam, di Uhud ia telah berperang di sebelah tentera kafir.  Rasulullah dan seluruh ahli Madinah telah memuliakan dan tidak menghina beliau.  Seluruh ahli Madinah telah istiqbal dan Rasulullah s.a.w telah menghamparkan serbannya.  Layanan Rasulullah SAW itu telah memberi kesan kepada hati beliau dan sampai bila-bila pun ia tidak akan lupa.  Layanan itu menyebabkan ia memeluk Islam dan darinya tersebar banyak kebaikan.  Begitulah mengikut Maulana, berbahagialah seseorang itu sebab usahanya banyak kebaikan tersebar di marhalahnya.

Menafaat usaha dakwah ini tidak akan lahir kecuali kita membuat usaha dengan ikhlas dan istikhlas.  Sebagai contoh seorang yang bekerja sebagai penjaga satu kedai, tetapi ia membuka satu lagi kedai untuk anaknya.  Tuan punya kedai memberitahu orang tadi, kamu jangan kerja dengan aku, kerana tumpuan kerja kamu tidak pada kedainya tetapi dengan kedai lain. Itulah yang dimaksudkan istikhlas.  Sahabat apabila menyambut takazah dari Rasulullah s.a.w tidak memilih masa, tempat atau keadaan.  Sebagai contoh kisah Huzaifah, bagaimana ia dipilih oleh Rasulullah s.a.w untuk mengintip musuh Islam pada waktu malam yang sejuk.  Walaupun pada ketika itu musim sejuk, apabila Huzaifah sedia bangun untuk menunaikan takazah agama, maka Rasulullah s.a.w telah mendoakan Huzaifah, “Ya Allah, selamatkanlah Huzaifah dari atas, bawah, kanan, kiri”,  dan ia berjalan seolah-olah dalam bekas yang panas. Ia adalah bersesuaian dengan firman Allah s.w.t, “Sesiapa yang membantu agama Allah nescaya Allah akan membantu kamu”.  Setiap orang yang Allah ingin berikan kebaikan, nescaya Allah akan uji, jika seseorang lepas dari ujian itu ia akan dimasukkan dalam makam istiqfar.  Allah s.w.t tidak mempunyai hajat dengan makhluk apabila hendak membuat sesuatu.

Dalam membuat usaha agama kita perlu membuat cara yang ditunjukkan oleh nabi-nabi, contohnya Nabi Nuh a.s, beliau membuat usaha dakwah, Allah perintahkan membuat kapal di atas gunung.  Amalan ini menjadi bahan ketawa kaumnya.  Nabi Nuh memberitahu kaumnya Allah s.w.t perintahkan membuat kapal kerana akan berlaku banjir yang besar.  Kaumnya mentertawakannya kerana mana datang air di kawasan padang pasir.  Allah s.w.t keluarkan air dari tanah, dari batu, dari langit.  Begitu juga jika kita membuat kerja tempatan, apabila kita membuat gasht/khususi jangan membuat sangkaan orang yang akan kita ziarahi itu akan menerima kita atau tidak.  Kita perlu masukkan dalam hati bahawa hati-hati saudara itu ditangan Allah s.w.t.  Hidayat juga ditangan Allah s.w.t, kita perlu yakin sungguh-sungguh janji-janji Allah s.w.t dan melihat kudrat Allah s.w.t yang berkuasa membuat sesuatu.

Hari ini kita perlu bangun membuat pengorbanan dengan menggunakan diri, harta dan masa kita keluar ke jalan Allah s.w.t, janganlah pejabat, kedai, kilang, pertanian kita menjadi penghalang untuk kita keluar ke jalan Allah s.w.t.  Jangan sekali-kali kita membuat berbagai alasan kerana ditakuti kita akan mendapat kemungkaran Allah s.w.t sepertimana kemungkaran Allah s.w.t kepada Abu Lahab yang menolak Islam.  Ketika ia mati bumi di Mekah tidak menerima mayat Abu Lahab, sehingga mayatnya terkeluar 3 kali dari tempat pengkebumiannya.

Kita perlu membuat keputusan bahawa kerja ini maksud hidup kita.  Kita memang lemah dan daif tetapi melihat kudrat Allah s.w.t kita perlu terus membuat kerja sehingga keletihan.  Dengan dakwah sahaja manusia akan mendapat tarbiyah dan islah.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir