Bayan Subuh - Hj Abdul Wahab
07/01/2001 - Tongi Tuan-tuan yang mulia Allah s.w.t telah memberi tugas nabi dan rasul kepada kita. Semua umat ini lelaki dan perempuan, tua, muda, pemerintah, rakyat bertanggungjawab membawa kerja nabi-nabi ke seluruh alam. Maksud hidup nabi adalah maksud hidup umat ini. Dimana ada orang Islam di dunia ini samada di utara, di selatan, di timur dan di barat adalah bertanggungjawab meneruskan kerja nabi sebagai kerja mereka. Walaupun di rumah orang Islam yang tiada makanan ia pun dihantar untuk membuat kerja dakwah ke seluruh alam. Walaupun pada nenek tua atau datuk tua yang sedang terlantar sakit diatas katil, dia pun dihantar untuk membuat kerja dakwah ke seluruh alam. Jika umat ini meniru-niru sahaja pun kerja Nabi, Allah s.w.t akan jadikan asbab hidayat seluruh alam. Lebih-lebih lagi jika umat ini secara menyeluruh membuat kerja Nabi, Allah s.w.t akan mempercepatkan penyebaran hidayat ke seluruh alam. Sesungguhnya Allah s.w.t berkuasa atas segala-galanya. Apabila k...