Ijtimak KL 2018 - bayan maghrib

03/11/2018 - maulana mahmudul hasan

Atas muka bumi ini, semua yang sdg menjalani kehidupan, Islam atau tidak, kaya miskin, Arab atau Ajam, mereka semua adalah anak cucu Adam dan Hawa,

MAULANA YUSUF kata untuk beri cahaya kpd seluruh manusia Allah hanya guna 1 matahari, begitu juga utk beri kejayaan kpd seluruh manusia Allah hanya gunakan 1 agama sahaja iaitu agama Islam. Firman Allah dlm Quran, sesungguhnya agama disisi Allah hanya Islam, untuk kejayaan dunia atau akhirat. Dlm ayat yg lain Allah firman "Siapa yg ambil selain Islam sebagai agamanya ia akan gagal di dunia dan akhirat.

Dari Adam hingga Nabi Muhammad s.a.w, Allah kurniakan kpd nabi-nabi, 2 perkara :
1. usaha dakwah
2. kekuatan doa

Firman Allah, "jika kamu mahu hampir pd Allah, ikutlah Nabi", utk sampai pd Allah kita perlu ikut dan tiru cara Nabi s.a.w. Allah perintah pd Nabi, Sesungguhnya janji Allah pasti berlaku, Allah tak mungkir janji. kita kena yakin apa Allah janji pasti akan berlaku.

Contoh dlm solat, ada banyak saf, semua kena ikut imam, saf pertama, saf kedua dan belakang. semua kena ikut imam. kalau saf ke 14 kata, dia dah jauh dari imam, kami tak nak ikut imam, kami nak solat ikut sendiri, solat mereka tak sah. Nabi adalah imam, sahabat ikut imam, tabien ikut imam, tabit tabien ikut imam, kalau kita kata kita dah jauh dari nabi dan sahabat, kita skrg kurun ke 15 kita tak nak ikut imam, pasti kita akan gagal.

Iman yg ditarbiah oleh Nabi kpd sahabat, kena  usaha atas iman matlub atau iman yg di kehendaki Allah, mereka yakin sehingga apa yg nabi bagitau benar, walaupun mata mereka melihat mereka akan nafikan. Allah perintah "beriman sebagaimana beriman para sahabat. ibnu Abas imam mufasirin, kata aaminu kama aamannas, berimanlah kamu sebagaimana ‘annas’ beriman maksudnya ialah spt iman para sahabat. mereka belajar iman dahulu baru belajar alquran. agama akan kuat dan sempurna bila iman kita kuat sebagaimana iman para sohabat.

Maulana Yusuf kata, hakikat amalan agama tak ada pd umat hari ni. kalau ada pun yakin pd Allah tak ada, yakin pd Allah kosong, bila dtg dugaan, kita akan ketepikan agama, kita akan ambik dunia. Maulana Yusuf juga bagitau, bila umat tinggalkan dakwah, manusia akan yakin pd berita surat khabar, mereka  tak yakin pd apa yg Quran bagitau.

Contohnya, satu org sakit, doktor kata nak sembuh kamu kena pantang susu selama sebulan, walaupun susu halal, pesakit ni yakin pd doktor  dan akan tinggalkan susu, supaya ia cepat sembuh. tapi org islam hari ni, Nabi kata arak haram, kerana ia tak yakin pd sabda Nabi, ia tak mampu tinggalkan arak walaupun arak tu terang2 di haramkan Allah..

Iman spt asas bangunan, jika kuat ia kukuh tak runtuh, jika asas tak kuat ia mudah runtuh. Allah firman, alif laam mim….hudallilmuttaqin, Yakni org yg yakin pd yg ghaib, dan akhir ayat tu ‘yuu qinuun’ (mereka yg yakin) bukan ‘yuklamun’ mereka yg tahu, tapi yg yakin pd hr akhirat. hujung ayat kata ulaa-ikahumul muflihun (merekalah org yg mendapat kejayaan, al falah, bila Allah sebut Falah, kejayaan maknanya kejayaan dunia dan akhirat.

Contoh sahabat yakin, dlm majlis nabi, bunyi dentuman yg sgt kuat, bunyi batu besar yg jatuh 70,000 tahun baru tiba di dasar neraka. Ada sahabat dengar terus  jatuh mati. nabi kata sebab dia mati adalah ia yakin benar pd kata2 nabi.

Satu lagi kisah, dlm majlis, nabi cerita nikmat dlm syurga, batu batu syurga dari emas perak, bau harum kasturi, sahabat tanya, adakah aku akan dpt syurga tu. nabi baca satu ayat, tentang kerajaan yg besar. ia terus jatuh mati. hari ni yakin kita lemah, sebab tu kita susah nak amal agama.

Kisah wanita kena penyakit sawan, bila sawan datang  ia kan lupa diri hingga ia akan dedah aurat. dia minta  nabi doa supaya sembuh, nabi kata aku boleh doa supaya kamu sembuh, atau kamu kekal sabar aku janji kamu akan dpt syurga. dia kata ia pilih dpt syurga, cuma minta supaya aurat tak terbuka bila sawan dtg. ia snggup sabar supaya dpt syurga.

Nabi sabda, bermula kebaikan umat ini ialah yakin, tidak cinta dunia. Kerosakan umat ini bila ia bakhil dan cinta dunia..

Sahabat nama Abu Darda semasa dia duduk di masjid, org pertama, ke 2, ke 3 bagitau rumahnya terbakar. dia kata rumah aku pasti tak terbakar. dtg org keempat bagitau rumahnya  tak terbakar, dia kata ini betul. org hairan. dia kata, aku yakin nabi ajar satu doa,  kalau siapa baca pagi dan ptg Allah akan selamatkan hartanya. Sahabat dapat pertolongan kerana ia baca dgn penuh yakin.

Seorag sahabat Auf, kena tangkap masuk penjara. ayahnya jumpa nabi, nabi ajar baca kalimah lahaulawala.....azim. Ayahnya Malik suruh kelurga baca, isterinya baca. tali yg ikat Auf terputus. dia dpt keluar dari penjara, dia naik unta, 300 ekor unta ikut sekali. ayah dan keluarga suk. jumpa nabi, mcm mana 300 ekor unta ni. nabi kata ini harta ghanimah untuk kamu.

Hari ni yakin tak ada, amal tiada roh. Spt ular yg hidup saiznya cuma 5 inci semua takut, tapi ular saiz 5 kaki tetapi mati semua org tak takut. hari ni amal kita tak ada yakin maka tiada roh. tiada faedah kita dpt dari amal kita.

Kisah Auf ini jadi asbabul nuzul turunnya ayat quran seribu dinar ni. bila diceritakan pd Nabi. 5 perkara janji Allah pd ayat seribu dinar ni:
1. Jalan keluar dari segala kesempitan.
2. Rezeki dari arah tak sangka
3. Hapuskan amal buruknya
4. Mudahkan segala urusan dunianya
5. Besarkan/gandakan amalan nya.

Bagaimana Allah bagi rezeki yg tak sangka2. saidina Mikdaq seorang yg bertaqwa, dia buang air, ada tikus bawa 17 keping  emas dari satu lubang. akhir sekali tikus bawa uncang tunjuk kata emas dah  habis. ada 17 keping emas saja. dia rujuk pd nabi. kita juga hari ni kena  damping dan rujuk alim ulamak. Nabi tanya, adakah kamu masuk tangan kamu ke dlm lubang, dia kata  tikus bawa barang keluar, nabi kata emas tu halal bg kamu. Allah yg bg rezeki.

Satu ketika, maulana Yusuf dlm majlis khatam bukhori bagitau dalam  usaha ilmu kena lihat 3 perkara:
1. Adakah kita yakin pd ilmu tersebut
2. Adakah kita amalkan ilmu tersebut
3. Adakah kita dakwahkan ilmu tersebut untuk dpt yakin.

Kalau tidak ada amal dan yakin pd ilmu, kehidupan kita tiada agama. mungkin hidup cara yahudi atau nasara walaupon kita belajar agama. Ketiga-tiga  perkara tadi kena ada dlm menuntut ilmu.

Satu ketika nabi bagitau pd sahabat, kamu akan pergi perang, kamu akan menang dan dpt harta ghanimah, ada seorang puteri raja akan dpt ditawan. puteri tu naik baghal putih selendang hitam. seorang sahabat kata berilah puteri tu pd aku. Nabi kata ia akan jadi milik kamu. maka zaman abu bakar berlalu, zaman umar berlalu, pd zaman usman, sahabat tadi yg bernama  khurain bin Aus cari dan nampak puteri naik baghal putih, ada pakai selendang hitam  ia terus ambil, sahabat lain kata harta ghanimah belum diagihkan  lagi. dia dibawa  jumpa amir jemaah, amir jemaah kata kamu ada saksi tak kata2 nabi memberikan puteri tu pd sahabat ni. ada 2 org ansar jadi saksi kata2 nabi tu benar. maka  diberi puteri tadi kpdnya.

Ada seorang masyaikh nizamudin bg contoh kenapa umat islam dihina hari ni. Sebuah bola sepak, di sepak kesana kesini. Manakala sebuah batu penimbang, kecil, mungkin 1 kilo atau 2 kilo. tak ada org berani tendang. kalau org tanya bola itu dan jika  bola boleh jawab. sebab apa bola di tendang kesana sini, bola akan jawab,  sebab dalam aku kosong, hanya angin. tak ada isi. batu penimbang org tak berani tendang sebab ia padat, bukan kosong spt bola. hari ni umat islam kosong dari Yakin Allah, yakin tiada pd amal. umat islam dihina, diusir, ditendang sana sini. sebab kita ada pd nama saja islam. fikir dunia sama spt org kafir. sebab tiada dlm diri mereka yakin akhirat, kasih sayang tiada, maka kita org islam dihina, diusir dan ditendang sana sini.

Firman Allah, jaga diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka. siapa akan ajar anak isteri. malaikat tak akan dtg ajar anak isteri kita. kitalah yg bertanggungjawab terhadap agama anak isteri. Kita perlu hidupkan 5 amalan taklim dlm rumah kita. Setiap kita adalah brtangungjawab pd keluarga kita.
Dlm quran, lukmannulhakim bagitau anak dia, jgn kamu mensyirikkan Allah. hari ni anak2 kita tak di tarbiah, pakaian, rupaparas, kehidupan tak ikut islam. anak2 kita  ikut cara  musuh islam. kita tiada jln lain, kita kena hidupkan kembali cara hidup kita, cara nabi s.a.w.

Ada org cakap kalau sy jd PM saya akan hidupkan syariah dan hukum2 islam dalam Negara tapi kita adalah PM pada rumah kita, anak2 kita tak ikut quran, tak ikut syariat islam, itupun kita tak mampu nak tegakkan islam. Nak tegakkan  agama dlm keluarga kita, perlu kita hidupkan agama, taklim, solat, baca quran dlm rumah kita.

Nabi dan sahabat dah korban, lelaki, wanita, anak2 keluar ke jln Allah. ada sekali seorang sahabat tunggu luar kota Madinah, umur 14 tahun, tunggu jemaah balik. dia tengok ayah dîa tiada. dia pergi pada nabi tanya mana ayah saya. nabi kata ayah kamu syahid. aku jadi ayah kamu. Keadaan seperti ini dah jadi kebiasaan yg berlaku pd zaman nabi. mereka korban dgn darah untuk agama. hari ni agama di hina, manusia tolak amalan agama.

HANZALAH mlm pertama perkahwinan, keluar ke jln Allah, syahid, Nabi kata aku lihat malaikat mandikan mayatnya. Abu Bakar kata "Adakah agama turun sedangkan Abu Bakar masih hidup". ini jasbah sahabat. oleh itu marilah kita belajar korban spt para sohabat. korban harta dan diri untuk tinggikan agama. ayuh bagi nama 4 bulan ke negara jauh, negara jiran, sabah sarawak dan dalam semenanjung sila bagi nama,

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir