Ijtimak KL 2018 - bayan ulamak
05/11/2018 - Maulana Syamim
Semua aktiviti keilmuan akan membawa kepada kemuliaan,
ketinggian, dan peningkatan. Sebaliknya seluruh usaha dan aktiviti kejahilan
akan membawa pengusahanya kepada kerendahan, kemunduran dan kehinaan.
Kejahilan itu ada 2 macam:
1. Seorang
yang sememangnya tak tahu ttg satu perkara.
2. Seorang
yang memahami sesuatu dengan kefahaman yang salah.
Mengatakan bahawa makhluk boleh buat sesuatu adalah
kejahilan. Padahal fa’all hakiki adalah Allah swt. Allah swt mengutuskan
seluruh anbiya’ untuk mengeluarkan umat dari kejahilan dan kesemua Nabi-Nabi a.s
diutuskan untuk memperbetulkan kesalahfahaman umat terhadap Allah s.w.t.
Umat melihat bahawa segala sesuatu boleh membawa manfaat dan
mudarat. Mereka yakin bahawa emas boleh memberi manfaat, perak boleh memberi
manfaat. Bahkan setiap umat yakin dengan kelebihan yg mereka miliki, sebahagian
umat yakin dengan majoriti, sebahagian yakin dengan kekuatan mereka, sebahagian
yakin bahawa pertanian yang diusahakan boleh memberikan sesuatu. Untuk
meyakinkan umat tentang kebenaran anbiya maka Allah swt kurniakan mukjizat
kepada ambiya dan mukjizat adalah dalil nubuwwah bukanlah qudrat Allah.
Mukjizat bukanlah maksud nubuwwah bahkan maksud nubuwwah
adalah agama. Sebagaimana a’lam semesta ini bukanlah qudrat Allah tetapi ianya
adalah dalil qudratullah. Makhluk ini bukanlah qudratullah kerana qudratullah
tidak akan binasa dan fana’. Oleh yg demikian para anbiya’ datang untuk manusia
dapat makrifatullah. Firman Allah swt: tidaklah aku ciptakan jin dan manusia
melainkan untuk beribadah kepadaKu. Maksudnya adalah untuk mengenali Allah s.w.t.
Maksudnya bukanlah sekadar rupanya ibadah tetapi hendaklah menyembah Allah s.w.t
dalam keadaan mengenali qudratullah, mengetahui kehebatan dan keagungan Allah.
Hari ini ramai manusia yang beribadah dalam kejahilan, iaitu
mereka menyembah Allah tapi keyakinan kepada duit, kedai, harta benda boleh
beri manfaat. Hakikat ibadah adalah apabila kita menyembah Allah dalam keadaan
hati kita meyakini bahawa zat yang Maha Berkuasa hanyalah Allah s.w.t. Hanya
kepada Mu aku menyembah dan hanya kepada Mu aku memohon pertolongan.
Untuk mendapat hakikat makrifatullah maka kita kena tutup
mata kita dan mula berjalan di dunia dengan yakin dengan khabar yang datang
dari Allah dan Rasul. Oleh sebab itu, Allah swt mulakan Al Quran dengan Alif
Lam Mim, iaitu sebelum kita mula mempelajari ilmu agama maka kita hendaknya
mulakan pengajian dengan menafikan keilmuan kita merasakan bahawa aku tidak
mengetahui apa-apa dan mula belajar dengan meyakini bahwa kami hanya percaya
kepada apa yang Allah dan Rasul s.a.w khabarkan.
Maulana Yusuf rah. kata: Seseorang yang membaca Al Quran
dalam keadaan keyakinan yang salah. Mereka membaca Quran sedangkan keyakinan
mereka adalah kepada nilai dunia maka bacaan sedemikian tidak akan menambahkan
apa-apa melainkan kesesatan.
Untuk dapatkan hakikat ilmu maka kita hendaklah:
1. Berusaha
memperbetulkan keyakinan kita kepada zat Allah s.w.t.
2. Beramal
sesuai dengan ilmu yang dipelajari.
3. Beramal
mengikut misdaq/bertepatan dengan maksud yang sebenarnya.
Beramal dengan keliru terhadap mafhum ilmu yang dipelajari
juga satu kejahilan. Sebagai contoh bilamana dalam satu peperangan seorang
sahabat telah melompat masuk ke medan
peperangan berseorangan diri, melihat keadaan itu maka seorang tabiin berkata:
janganlah kalian mencampakkan diri kalian dalam kancah kebinasaan. Mendengar
ungkapan tersebut maka Abu Ayyub Al Ansari r.a mengangkat suaranya dalam
keadaan marah. Kamu telah terkeliru dalam memahami misdaq ayat di atas, demi
Allah ayat ini turun ke atas kami orang-orang Ansar ketikamana kami orang Ansar
yang memohon cuti dari keluar jihad di jalan Allah s.w.t.
Maksud nubuwwah:
1. Dakwah
illallah
2. Ilmi
ilahi
3. Tazkiyah
4. Akhlak
5. Hikmah
Bagaimana kelima-lima perkara ini dpt di amkan dikalangan
umat. Ulamak adalah syiar kepada Nabi Muhammad s.a.w hingga apabila umat
melihat ulamak mereka terbayangkan Nabi Muhammad s.a.w.
Comments
Post a Comment