Ijtimak KL 2018 - bayan maghrib
05/11/2018 - maulana syamim
Allah s.w.t telah kurniakan pd setiap manusia 4
nisbah/hubungan. Jika manusia jaga hubungan tersebut dan tunaikannya maka Allah
akan mudahkannya menuju jln kebaikan, jln kejayaan dan kebahagiaan. Allah akan
memelihara dan menjauhkannya dari segala kesusahan, kegagalan.
4 nisbat/hubungan tersebut:
1. manusia dgn haiwan
2. manusia dgn malaikat
3. manusia sebagai khalifah
4. manusia sebagai naib kpd nabi s.a.w.
Persamaan bubungan manusia dgn malaikat ialah dari segi
kefarduan beribadat kpd Allah. Malaikat sentiasa beribadat dan mentaati
perintah2 Allah. 7 petala langit penuh dgn malaikat yg sedang beribadat. Di
langit pertama malaikat sedang rukuk sejak ia di cipta sampai bila2 ia hanya
rukuk pd Allah. Di langit kedua, malaikat sedang sujud pd Allah. Di langit
ketiga, malaikat sedang dlm keadaan qiam. Di langit keempat, malaikat sedang
tawaf di baiturmakmur. Setiap masa ada 70,000 malaikat sedang bertawaf dan
setiap malaikat hanya dpt giliran sekali sahaja utk bertawaf. Di setiap lapisan
langit dipenuhi dgn malaikat yg sedang beribadat pd Allah.
Ibadat manusia pula, dlm 2 rakaat solat, dia ada persamaan
semua ibadat para malaikat. Contoh spt jarum dlm radio utk cari frekuensi. Bila
gerak sikit dpt frekuensi yg berlainan. Begitulah juga dgn ibadat manusia,
perubahan pergerakan dlm ibadat manusia ada hubungan dgn pergerakan ibadat
malaikat. Banyak amal manusia yg ada hubungan dgn para malaikat. Contoh, bila
satu org baca ayat kursi pd waktu malam sebelum tidur, Allaha akan hantar
malaikat utk jaganya sepanjang malam. Satu org yg masuk rumah baca bismillah,
Allah akan hantar malaikat jaga rumah
dia. Satu org keluar di jln Allah dan baca satu ayat quran, 70,000 malaikat
akan istighfar utk dia sepanjang hari. Satu org yg keluar menuntut ilmu, para
malaikat akan menghampar sayap2 mereka. Satu org yg duduk dlm majlis mengingati
Allah, para malaikat akan dtg mengerumun duduk sekali dlm majlis tersebut
bertindihan hingga ke langit dan Allah ampunkan semua dosa mereka.
Dlm diri malaikat ada sifat taat. Sentiasa mentaati perintah
Allah dan tidak memaksiati Allah. Satu org yg keluar di jln Allah 4B/40H dan
sibukkan diri dgn amal yg menyebabkan malaikat mendampingi dia, maka malaikat
akan bersohbat dgn dia. Selama 4B/40H berterusan taat perintah2 Allah dan
amalkan sunnah2 nabi dan didampingi oleh malaikat. Maka sudah pasti dia akan
dpt sifat malaikat. Sifat taat. Sifat yg akan memberi kesan pd dirinya. Sifat
malaikat berpindah kpd dirinya. Contoh, telur ayam yg diletakkan di bawah ibu
ayam, berterusan selama 21 hari, maka akan lahir anak ayam. telur mendampingi
ibu ayam hasilnya ialah anak ayam. Sebaliknya bila buat perkara memaksiati
Allah, syaitan akan bersama dgn dia, walaupun sedang berada di jln Allah.
contoh, makan tak baca bismillah, syaitan akan duduk makan bersama dgn dia.
Satu org yg bersetubuh dgn isteri tak baca bismillah, maka syaitan juga akan
bersetubuh dgn isteri dia. Satu org yg keluar di jln Allah, tapi tak jaga amal,
pergi bazaar, tak duduk dlm masjid, masjid tempat malaikat, bazaar tempat
syaitan, org yg pergi ke masjid bawa bendera iman, org pergi ke bazaar bawa
bendera syaitan. Maka sifat kesyaitanan akan mendampingi diri dia. Sifat ingkar.
Satu org yg keluar di jln Allah tapi tidak menyibukan diri dgn
amalan2 yg diperintah oleh Allah dan amalan2 sunnah, menyebabkan sifat ketaatan
tidak dtg dlm diri dia, dan sifat benci pd maksiat tidak dtg dlm diri dia, maka
menyebabkan dia keluar di jln Allah tidak menjadikan dia makin hampir kpd
allah, dia tidak diredhai allah, bahkan dia di murkai oleh Allah.
Perbezaan antara manusia dan malaikat ialah malaikat tidak
ada keinginan utk lakukan maksiat. Malaikat adalah makhluk yg dicipta drp
cahaya. Tidak ada keburukan dlm diri mereka. tidak ada keinginan, tidak ada
kemahuan, tidak ada nafsu. Dlm diri manusia ada sifat baik dan sifat buruk.
Manusia ada keinginan/nafsu/syahwat utk buat maksiat. Bersama manusia juga ada
keperluan2 yg nak disempurnakan. Malaikat tidak perlu makan, minum, tidur.
Mereka beribadat tanpa gangguan. Manusia ada hajat dan keperluian. Syahwat
sentiasa menarik manusia utk langgar perintah Allah dan keperluan2 manusia
sentiasa sibukkan manusia agar tidak dpt tunaikan perintah allah. Dlm keadaan
macamni pun manusia dpt taat perintah allah maka kedudukan manusia lebih tinggi
drp malaikat. Ibadat manusia lebih bernilai drp malaikat. Manusia akan
berpindahh ke tahap khilafah.
Manusia akan dpt sifat mengikut apa yg dia dampingi. Bila
mendampingi malaikat, akan dpt sifat malaikat. Bila mendampingi binatang,
pengembala binatang, maka sifat2 binatang tersebut akan pindah dlm diri dia.
Contoh, sapi/kerbau. Sifat sapi tiada perasaan. Tak peduli apa yg berlaku di
sekelilingnya. Jalan raya sibuk macam mana pun dia tak peduli. Bunyikan hon pun
tak gerak. Pengembali sapi akan dpt sifat sapi. Org yg megembala kambing pula
akan dpt sifat lemah lembut, sifat sabar, sifat rendah diri. Semua nabi2
ditarbiyah dgn mengembala kambing. Org yg mengembala/pelihara kuda pula akan
ada sifat sombong. Sifat sombong kuda akan dtg dlm diri dia. Cara makan, cara
berjalan, cara bercakap, sifat berlagak. Org yg mengembala unta pula ada sifat
dendam, hasad, dengki. Kalau kita sakitkan dia, dia tak balas, tapi dlm hati
ada dendam. Bila ada peluang akan balas. Sifat manusia mengikut dgn apa yg dia
bersohbat.
Satu org yg bersama dgn org yg jaga solat, maka dia pun akan
dianggap org yg jaga solat. Satu org yg selalu bersama pencuri, org akan anggap
dia pun pencuri juga. Satu org yg bersohbat dgn peminum arak, walaupun dia tak
minum arak, tapi org akan anggap dia sebagai peminum arak. Kesan bersohbat,
walaupun sifat tak dtg tapi org akan pandang serong pd dia. Org yg sohbat dgn
tukang besi, dia duduk dlm suasana kedai besi, akan dpt bau, kehitaman drp besi
tadi. Org yg duduk dlm kedai minyak wangi akan dpt bau wangi walaupun tak pakai
minyak wangi. Ini kesan bersohabt.
Bila duduk dlm suasana yg baik akan dtg perubahan yg baik
dlm diri kita. Duduk dlm suasana yg tidak baik, perubahan yg tidak baik akan
dtg dlm diri kita. Oleh itu, org yg bersohbat dgn nabi, tabiin, tabib tabiin,
ahlullah, akan dtg perubahan yg baik dlm diri mereka. org yg tunaikan perintah
Allah akan dpt khilafah di mukabumi ini.
4 jenis ibadat yg kita kena sempurnakan:
1. solat. Ibadat yg paling utama. Org yg tunaikan solat
sebagaimana yg dikehendaki oleh Allah maka mizaj dlm solat akan dtg dlm diri
dia di luar solat. Sifat ketaatan dlm solat akan dtg dlm diri dia di luar
solat. Mizaj solat ialah taat perintah Allah dan ikut sunnah nabi s.a.w. dlm
solat, setiap anggota badan di latih utk ikut kehendak Allah dan rasul. Dia tak
bebas guna anggota badan dia ikut kehendak dia. Bila satu org dpt usahakan
solat dia jadi solat yg bermutu, solat yg ada roh, maka mizaj solat akan dtg
dlm kehidupan di luar solat. Seluruh kehidupan di luar solat akan taat perintah
Allah dan ikut cara nabi s.a.w. khasiat solat ialah dpt cegah fahsyak dan
mungkar, dijauhkan dari maksiat dan dosa. Dia akan dpt kekuatan utk tinggalkan
maksiat. Khasiat ini akan kekal selama-lamanya sehingga ke hari kiamat. Khasiat
dlm garam bersifat masin. Siapa sahaja makan garam akan rasa masin. Khasiat
madu manis. Siapa sahaja makan madu akan rasa manis. Begitu juga dlm setiap
amal ada khasiat. Bila kita sempurnakan amal sebagaimana dikehendaki oleh
Allah, maka pasti dan pasti dia akan dpt khasiat amal tersebut. Akan dpt kesan
istimewa amal tersebut. Dgn tunaikan solat, akan didampingi oleh malaikat.
Jenazah org islam akan di sembahyangkan oleh para malaikat. 70,000 malaikat
telah turun utk solat jenazah saad bin muaz sehingga nabi terpaksa berjalan
berjingkit. Penting utk kita mendampingi org2 yg baik, yg soleh, yg bertaqwa.
Sifat2 yg baik akan dtg dlm diri kita.
Allah telah anugerahkan solat pd org2 beriman sebagai ganti
kpd seluruh alam ni, 7 petala langit dan 7 lapis bumi. Apa maksudnya? Segala
kekuatan zahir yg kita nampak ada pd langit dan bumi dan boleh buat
macam-macam, kesemua kekuatan tersebut Allah letak dlm 2 rakat solat. Dgn 2
rakaat solat akan dpt segala apa yg diinginkan. 2 rakaat solat akan ada
hubungan langsung dgn kudrat dan khazanah Allah. begitu sekali kekuatan yg
Allah letak dlm solat. Dgn 2 rakaat solat, Allah akan cukupkan segala keperluan
dia, selesaikan masalah dia. Bila akan dpt? Bila kita usaha solat kita
sebagaimana solat yg ditunaikan oleh nabi s.a.w. solat yg bermutu, yg ada
roh. Tanda solat kita diterima oleh
Allah ialah bila solat dpt cegah kita drp fahsyak dan mungkar. Bila kita dpt
tinggalkan fahsyak dan mungkar, ini tanda solat kita sempurna, diterima oleh
Allah dan dpt buka khazanah Allah. kalau kita solat tapi masih lagi buat
maksiat, ini tanda solat kita masih lagi belum diterima. Solat kita masih belum
sampai ke tahap/mutu yg dikehendaki oleh Allah. kita kena usaha atas solat. Dgn
solat kita dpt berhubung secara langsung dgn Allah. solat adalah mikraj org
mukmin. Allah kurniakan solat pd nabi s.a.w semasa israk mikraj.
Dlm mikraj tersebut Allah telah kurniakan 3 perkara kpd nabi
s.a.w.:
- kalam
ilahi. dpt bercakap secara langsung dgn Allah.
- didar
ilahi. dpt melihat Allah.
- qurd ilahi. dpt menghampiri Allah
Allah kurniakan solat pd umat ini. 3 perkara ini juga diberi
pd umat. Penyelesaian bagi segala masalah. hari ni manusia berbangga dpt pergi
bulan. Bawa balik tanah. Itu je. Tu pun mungkin tak betul samada sampai atau
tak sampai. Nabi s.a.w. telah melepasi 7 petala langit, syurga dan neraka
sehingga ke sidratul muntaha dan begitu hampir dgn Allah. begitu hebat nabi
s.a.w dan kemuliaan yg Allah bagi pd nabi s.a.w. dan pd malam tersebut nabi
s.a.w bawa balik solat utk umat ini. Solat utk seluruh manusia solat yg boleh
berhubung langsung dgn Allah. kita kena usaha dan bina solat. Betapa bernilai
dan betapa kekuatan yg ada dlm solat. Kita hanya akan dpt faedah drp solat bila
kita solat macam nabi solat dan sahabat. Segala apa yg nabi dan sahabat dpt
melalui solat, kita pun akan dpt.
Semasa mikraj, Nabi s.a.w bawa balik solat. Nabi tak bawa
balik atom bom, pemerintahan, tentera. Nabi bawa balik solat yg dpt
menghancurkan atom bom, solat yg dpt menundukkan kerajaan dan tebtera. Oleh
itu, kita kena usaha atas solat. Dlm bayan terakhir maulana Yusuf rah bagitahu,
kalau hari ni mereka hantar bom atom kpd kita dan org islam solat 2 rakaat, solat
yg ada hakikat, maka Allah akan tukarkan bom atom kpd buah2 tomato yg akan
jatuh berkecai.
Nabi bersabda, solat adalah penyejuk mataku. Mereka yg
meninggalkan solat seolah-olah mencucuk mata nabi s.a.w, menyakitkan hati nabi,
menyedihkan hati nabi. Kita kena jaga solat dan baiki solat. Kalam ilahi, bila
seorang mendirikan solat, seolah-olah dia sedang bercakap dgn Allah. bila baca
fatihah, Allah jawab setiap lafaz fatihah. Didar ilahi, dpt melihat Allah.
ehsan dlm solat ialah kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat Allah. hari
ni kita solat, kita tak nampak allah, kita nampak kedai, pejabat, isteri, anak,
macam2 kita nampak. Qurd ilahi, kedudukan yg hampir dgn Allah. kedudukan hamba
paling hampir dgn allah ialah ketika dia sedang sujud dlm solatnya. Ketiga-tiga
perkara ini akan dikurniakan pd kita dgn syarat solat macam nabi s.a.w dan
sahabat.
Selepas iman, tidak ada perkara yg lebih berharga melainkan
solat. Solat umpama kepala kpd badan. Hari ni kita boleh lihat manusia tanpa
tangan, tanpa kaki, tanpa mata, tapi kita tak boleh lihat manusia tanpa kepala.
Org yg tak solat tak layak dipanggil sebagai satu org yg beragama islam. Hari
ni org islam tak rasa kepentingan solat, nilai harga solat tak ada dlm hati org
islam. Isteri/anak tak solat, tak peduli. Tak ada fikir nak usaha bagaimana
isteri/anak dpt solat. Kita tak peduli siapa2 pun yg tinggalkan solat. Solat
adalah perintah Allah yg sangat besar. Satu org yg tinggalkan satu solat
seolah-olah dia telah langgar 700 perintah Allah. tinggalkan satu perintah
Allah seolah-olah kita kehilangan segala-galanya.
4 jenis ibadat yg kita kena sempurnakan:
1. solat
2. puasa
3. zakat
4. haji
puasa latih diri kita utk tunduk perintah allah. khasiat
puasa ialah taqwa. Puasa latih diri mengorbankan
keinginan/nafsu/syahwat/kemahuan kita. Bukan kita tinggalkan langsung cuma kita
kena tekan ikut perintah Allah. kesan dari puasa akan dpt sifat tawqa. Solat
dan puasa, setiap org islam kena tunaikan samada dia kaya atau miskin. Lagi 2
ibadat hanya org kaya kena tunaikan iaitu zakat dan haji. Org yg ada kemampuan.
Tunaikan zakat utk bersihakan harta mereka supaya Allah pelihara harta mereka.
Allah letak keberkatan dlm harta. Zakat dpt melatih kita utk keluarkan perasaan
cinta pd harta, kebesaran pd harta, keinginan pd harta. Satu org kaya nak
tunaikan zakat, dia kena cari org miskin dan asnaf yg layak. Bukan org dtg
minta dgn dia. Org kaya kena ada adab/perasaan hormat pd org miskin. Memuliakan
org miskin. Kemuliaan org islam lebih mulia drp kaabah. 2 sifat yg ada pd org
tunaikan zakat, zakat tertunai, tapi tidak diterima/tidak maqbul oleh Allah.
tak dpt keberkatan dlm menunaikan zakat. Tak dpt janji Allah. 2 sifat pemberi
zakat ; 1. khibir. rasa lebih baik. rasa lebih mulia. 2. pandang hina pd org miskin.
2 sifat penerima zakat 1. rasa berhajat dgn org yg bagi zakat 2. tamak pd harta. cinta pd harta
4 sifat ini menyebabkan tiada keberkatan dlm zakat yg diberi
dan zakat yg diterima.
Maksud drp haji ialah dpt mendidik kita bersifat alami,
hapuskan sifat perkauman. Pergi ke sana
sebagai hamba Allah dan ummat nabi s.a.w. tidak ada perbezaan. Semua pakai
pakaian yg sama. Semua bercakap dlm satu bahasa, labbaik…semua buat amalan yg
sama. Tawaf, wukuf, sa’i, semua buat amalan secara ijtimai. Kita beradab dan
berakhlak dgn semua org islam.
Bila kita dpt tunaikan keempat-empat ibadat ini dgn sempurna
sebagaimana yg dikehendaki oleh Allah, maka setiap khasiat dlm amal tersebut
akan dtg dlm diri kita. Akan timbul dlm diri kita fikir atas seluruh umat. Kita
akan belajar utk korbankan diri dan harta umat. Maka Allah akan bagi khilafah.
Amalan yg diterima oleh Allah sebab pengorbanan dlm amal. Susah payah yg ditanggung utk tunaikan amal tersebut.
Contoh, satu org tunaikan solat fardu di masjid, Allah gandakan pahala 27 kali
ganda. Di masjid jamek dpt 500 kali ganda. Dlm bulan Ramadan, 1 fardu
digandakan 70 kali fardu. Satu org yg tunaikan haji, susah payah, pengorbanan,
dpt 100,000 kali ganda. Org yg keluar di jln Allah, lebih mujahadah, di caci,
di maki, dia sabar, dpt ganjaran 700,000 kali ganda. Setiap amal 700,000,
setiap ringgit 700,000 kali ganda.
Bila kita buat usaha utk keluarkan yakin selain dari allah
dari hati kita, bina hubungan/takluk dgn Allah melalui ibadat kita, maka
natijahnya Allah akan angkat kita sebagai khalifahNya di atas mukabumi ini. Apa
maksud allah jadikan khalifah? Allah akan zahirkan sifat2Nya pd org tersebut.
Allah akan zahirkan melalui khalifahNya. Contoh, Allah ada sifat rahim. Maka
dlm diri khalifah akan ada sifat kasih sayang. Allah pemberi rezeki/razzaq.
Allah zahirkan melalui khalifahNya. Makan utk diri sendiri adalah sifat
kehaiwanan. Khalifah Allah ada fikir utk bagi makan pd org lain. malaikat tak
boleh jadi khalifah allah. Allah bagi kemuliaan pd manusia.
Dgn perantaraan dakwah, mujahadah, Allah pilih sahabat2 jadi
khalifah allah. dgn perantaraan dakwah, Allah bina keyakinan dlm diri. Keyakinan
pd kudrat allah. keyakinan pd kehidupan akhirat. dgn perantaraan ibadat yg ada
yakin yg betul dpt menarik khazah allah. kalau kita tak usaha atas keyakinan
dan amal ibadat yg betul maka kita akan jatuh dari sifat khalifah kpd sifat
kehaiwanan.
3 kategori sifat kehaiwanana:
1. hanya fikir utk kesenangan diri sendiri sahaja. Lembu,
kambing
2. penuhkan keinginan dgn susahkan yg lain. harimau, buaya
3. menyusahkan yg lain walaupun tak dpt apa2 faedah. Ular,
kala jengking
Nabi s.a.w telah usaha atas para sahabat sehingga mereka
jadi khalifah Allah atas muka bumi ini. Dgn memberi akan dtg kasih sayang. Dgn
mengambil akan timbul perpecahan. Kisah kepala kambing yg telah berpindah 7
rumah hingga kembali ke rumah yg pertama. Mengutamakan org lain.
Bila kita tak belajar utk ambil dari allah, maka kita akan
jadi org yg ambil dari makhluk. Sifat mengambil akan timbul perpecahan,
permusuhan, kebencian. Org kaya nak ambik dari org miskin. Org miskin nak ambik
dari org kaya. Bapa nak ambik dari anak. Anak nak ambik dari bapak. Semua
tempat bergaduh. Dunia jadi umpama neraka. Penindasan, kezaliman, permusuhan.
Semua keburukan ini berlaku sebab kita berebut nak ambik drp org. Bila usaha
atas iman, ibadat yg betul, dgn akhlak yg baik, maka dunia akan jadi macam
syurga. Ada
kasih sayang. Kesatuan. Tolong menolong. Sifat memberi. Dunia jadi sejahtera. Apa
yg diambil dari allah, dibahagi-bahagikan kpd makhluk2 Allah yg lain. dgn
akhlak spt ini maka islam akan tersebar ke seluruh alam. atas maksud inilah
kita semua berkumpul hari ni. Kita keluar di jln Allah utk usaha bina yakin pd
allah. sempurnakan ibadat dan dpt ambil secara langsung faedah dari khazanah
allah. org yg meminta2 akan dibangkitkan di akhirat wajah tanpa daging. Kita tak
nak jadi peminta dgn makhluk. Kita hanya nak minta dgn allah. kita usaha atas
diri kita dan kita sediakan org lain supaya mereka juga usaha atas diri mereka.
kita kena buat pengorbanan, pergi ke seluruh dunia. Korbankan harta dan diri dan
sediakan manusia jadi khalifah Allah.
Comments
Post a Comment