Ijtimak sarawak 2018 - targhib utk otj markaz

15/11/18 - Maulana syamim

Dgn mesyuarat kita dpt tahu siapa rakan2 kita yg bersama dgn usaha dan siapa yg tidak. Dlm amal2 lain selain dari mesyuarat, kita tak tahu siapa dtg siapa tak dtg. Oleh itu, penting kita kena fikir utk bawa semua dtg mesyuarat. Rakan2 kita yg di saf pertama perlu dtg dan rakan2 kita yg di saf kedua juga perlu kita bawa dtg mesyuarat utk wujudkan istiqdat (kemampuan & kebolehan). Kerja kita ini bukan lazim, hanya setempat tapi ianya melampau, menular kpd org lain. maksud lazim ialah kita sahaja yg buat usaha, Maulana umar kata, usaha kita mandul.

Dlm usaha ini, kita kena wujudkan org macam kita. Sediakan amla2. inilah perbezaan nabi kita dan nabi2 yg lain. nabi2 lain buat usaha secara infradi. Mereka sendiri mujahadah dan korban dan tidak wujudkan org yg berkorban. Mereka tak sediakan amla2. sebab itu, bila mereka wafat, agama pupus dan hilang. Nabi s.a.w tak buat kerja seorang diri. Nabi s.a.w sediakan seluruh umat bersama baginda. Nabi bukan setakat buat kerja dan wujudkan org buat kerja, bahkan sediakan org yg wujud buat kerja utk wujudkan org lain buat kerja. nabi s.a.w telah wujudkan bilangan amla2 yg ramai.

Tertib kerja nabi tak berubah sampai hari kiamat. Allah telah ambil t/jawab utk pelihara nabi s.a.w dan pelihara kerja nabi s.a.w dan pelihara quran. ‘kami yg menurunkan quran dan kamilah yg akan memelihara dan menjaganya’. Quran adalah mukjizat nabi yg terbesar. Budak umur 6 thn pun boleh hafal. Tidak ada kitab2 lain di dunia yg org boleh hafal begitu banyak. Tak ramai yg hafal taurat, zabur, injil tapi ribuan org hafal quran. Org2 yahudi/nasrani mesyuarat utk hapuskan quran. dgn terhapusnya quran, maka akan terhapus islam. Mereka telah beli semua quran dan bakar tapi mereka tak dpt nak hapuskan quran dlm hati2 org islam. Allah yg ambil t/jawab utk pelihara quran. oleh itu, menjadi kewajipan org islam, dlm satu kampong, 1 org jadi hafiz quran. utk jadi alim bukan fardu ain. Mempelajari quran fardu ain. Maulana Yusuf rah. kata, dlm satu kpg kena ada maktab quran. T/jawab org alim adalah utk buka maktab2 quran. tak perlu buka madrasah besar-besar. 1 atau 2 madrasah dah cukup. Tapi utk buka maktab2 quran di masjid2 sangat2 perlu. Supaya budak2 dpt belajar quran dgn betul, tajwid yg betul dan mempelajari asas2 agama.

Mesyuarat kita adalah mesyuarat ijtima’i. kita nak fikir amal agama dari sekecil2nya sehinga sebesar2nya. Sebab tu kita kena jadikan masjid kita dari makami kpd alami. Kita adalah umat nabi yg diutus utk seluruh alam, dan mesyuarat kita juga utk seluruh alam. mesyuarat berkaitan diri kita, keluarga kita, mahalah kita, halaqah kita, daerah kita, negara kita, seluruh manusia agar dpt dtg kpd agama. Fikir adalah kerja kita dan menyebarkannya adalah kerja Allah. agama tak tersebar dgn perancangan kita, yg menyebarkan hanya Allah. kita doa, apa2 asbab yg Allah ambil utk sebarkan agama, semoga Allah terima asbab tersebut. Mana2 kerja yg Allah suka dan redho, maka Allah akan sebarkan agama. Oleh itu, mesyuarat juga kita buat supaya Allah suka dgn mesyuarat kita.

Allah akan redho dgn kita bila hati kita jadi satu. Dan kita ada jasbah utk majukan org lain lebih drp kita. Jgn letak ananiah/nafsu kita dlm mesyuarat. Kita letak agama di depan dan mesyuarat. Kita jgn rasa kena ada utk beri pandangan. Jgn menekan syor. Org tekan syor tanda ada sifat kibir. Kalau amir putus ikut perasaan dia, bukan kebaikan yg tersebar tapi keburukan yg akan tersebar. Agama tidak tersebar dgn tipu helah. Dgn tipu helah, seseorang tak akan maju. agama maju dan tersebar dgn pengorbanan. Sebab tu, dlm agama kita terima semua pengorbanan samada kecil atau besar. Kita guna setiap org kecil dan org besar. Ada kerja yg boleh disempurnakan org kecil, yg mana org besar tak boleh buat.

Di badar, nabi ambil pandangan di mana kita nak berkhemah. Satu org sahabat yg tak dikenali bagi pandangan, kita berkhemah di tempat yg berpasir dan ada sumur air. Nabi terima pandangan tersebut dan suruh sahabat cari tempat spt itu. Dlm riwayat, nama sahabat tersebut hanya ada dlm kisah ni sahaja. Tidak ada riwayat lain drp beliau.

Di khandak, nabi s.a.w terima pandangan dari salman farisi. 3 arah kita dikepung dgn bukit uhud. Satu bahagian yg terbuka kena korek parit. Sebelum ini, org2 yahudi buat perjanjian utk bantu nabi tapi di khandak, 700 org yahudi iklankan bahawa mereka tak akan bersama nabi. Ketiga-tiga kabilah yahudi telah meninggalkan perjanjian setia dgn nabi. Keadaan cuaca sangat sejuk dan sahabat tiada kelengkapan utk tahan sejuk. Makanan pun sedikit. Sahabat sangat takut. Org mekah begitu ramai. Mereka dtg dgn satu keazaman utk hancurkan kota madinah. nabi dan sahabat telah korek parit. Pd satu malam, 2 org yahudi telah dtg kpd nabi dan sedia memeluk islam. Nabi bagi mereka satu tugas, wujudkan perpecahan antara org quraish dan org yahudi. Dia telah sempurnakan tugas tersebut dan telah berlaku perpecahan dikalangan quraish dan yahudi. Allah telah selesaikan masalah tersebut. Nusrah yg kedua dari Allah, dtg taufan yg kuat, khemah2 pihak musuh telah musnah. Nusrah yg ketiga dari Allah, Allah hantar malaikat. Huzaifah r.hu nampak dgn mata dia sendiri.

Bila kita mesyuarat dgn satu hati, kasih sayang, maka pasti kita kena yakin, nusrah Allah bersama dgn kita. Walaupun hanya satu org dlm mesyuarat kita, hati dia terkhilaf, kerja mungkin boleh selesai tapi bantuan allah tak dtg. Bila nusrah/bantuan Allah akan dtg kpd org islam? Bila hati bersatu. Maulana Yusuf kata, seluruh dunia sebesar-besar manapun tak mampu hapuskan kerja ini kerana nusrah allah bersama dgn kita. Jika wujud 2 perkara dikalangan rakan2 seusaha, maka ia akan beri bahaya kpd kerja dan kpd org yg buat kerja agama.
1. buat usaha sehingga ada jasbah utk dptkan harta dan kuasa. Kita majoriti, kita ramai, kita ada kuasa, kita kena kuasai pemerintahan.
2. buat usaha sampai akhirnya kita berikhtilaf sesama kita.

Kita kena jauhkan dari 2 perkara ini. Sekarang zaman istiqbal dan zaman ikhtilaf. Bila kita buat usaha dgn mujahadah, maka akan hilang jasbah utk harta dan perselisihan. Sekarang kita semua dlm bahaya. Usaha tak dlm bahaya. Kita yg buat usaha yg dlm bahaya. Kalau kita tak tambah pengorbanan, maka batil akan menguasai kita. Bila tambah pengorbanan, org2 yg wujudkan kekhilafan juga akan dihancurkan oleh Allah s.w.t dan semangat inginkan harta dan kuasa akan terhapus dari hati. Org yg inginkan kuasa dan harta, mereka bersama batil.

Hari ni, org2 yg dianggap sebagai org lama, yg dkenali sebagi org2 khawas, mereka juga bersama2 dgn ahli batil. Mereka keluar dgn sangkaan, semua org akan bersama dgn mereka dan nizamuddin akan kosong. Siapa pun tak akan pergi ke nizamuddin. Tetapi Allah s.w.t zahirkan natijah yg sebaliknya. Kerana Allah tahu batin/dalaman seseorang. Mereka telah canang bahawa nizamuddin telah dikunci, tiada org, mereka buat markaz2 baru, tapi Allah zahirkan kedatangan 10X ganda lebih dari dulu. Hari ni, Allah telah ambil org2 yg cacat, tua, tak tahu apa2 sebagai amla Nizamuddin. Allah ambil kerja drp mereka. Ramai ulamak telah kembali ke nizamuddin. Kita doa pd Allah supaya istiqamahkan kita dlm usaha ini dan dpt terus kekal dlm usaha.

Usaha telah sampai ke tahap tapisan. Semua yg ada pemikiran yg salah, niat yg salah, tertib yg salah, semua Allah buang satu per satu. Yg ada kepentingan dunia, ananiah, Allah sisihkan. Setiap zaman telah berlaku perkara ini. Di zaman ini pun akan berlaku perkara yg sama. Semoga Allah istiqamahkan kita. Kita buat usaha dgn sifat. Taat kpd amir dan rujuk nizamuddin. Kawan2 kita yg telah beralih arah, jgn gaduh dgn mereka, jgn cerca mereka, jgn marah mereka. bahkan kita kena pujuk rayu mereka. mereka sahabat kita. Dgn kasih sayang kita ajak kembali bersama dgn kita. Kebanyakannya org2 yg Allah keluarkan tidak buat kerja pun tetapi mereka buat perancangan naikkan seseorang, jatuhkan seseorang. Org2 macam ni Allah tapis. Semoga Allah pelihara kita semua. Sekarang usaha dlm penerimaan Allah. setiap tabaqat umat ada dlm usaha ini.

Ijtimak yg besar telah berlangsung di India yg mana tak pernah berlaku sebelum ini. Org yg tak disangka2, org kpg, dtg ijtimak, keluar 4B dan buat usaha agama. Semoga Allah bagi taufik pd kita utk menghargai usaha ini. Pejam mata dan terjun dlm usaha ini. Usaha atas org lain juga supaya dtg kpd usaha ini. Kerja ini adalah kerja yg hak. Ia berjalan sebagaimana sirah nabi dan sahabat. Kerja ini ikut jejak langkah sahabat. Usaha ini dibuat dgn cara pengorbanan sahabat dan kehidupan sahabat. Maulana ilyas dlm bayannya hanya cerita kisah nabi s.a.w. Maulana Yusuf pula cerita kisah nabi s.a.w dan pengorbanan sahabat. Tak cerita kisah2 wali. Tapi hari ni semua kisah dah dicampur aduk. Maksud utk bayan bukan utk kerja. Bayan jadi maksud dan kita telah tersisih drp maksud usaha yg sebenarnya. Oleh itu, semua belajar nak bayan sahaja. Allah telah zahirkan maulana saad, bayan beliau menjurus kpd kehidupan sahabat, pengorbanan sahabat dan usaha utk bangunkan umat ini atas jln para sahabat dan pengorbanan sahabat sebagaimana maulana ilyas dan maulana Yusuf telah buat. Usaha yg sama. Sebab tu org dunia tak suka. Mereka telah buat tomahan bahawa dia telah terkeluar dari jln hadratji yg terdahulu. Mereka telah ceritakan keburukan tetapi keburukan tak ada pun dlm usaha. Mereka hanya cerita keburukan yg ada dlm diri mereka sendiri. Keburukan yg mereka cerita satu pun tak ada dlm diri beliau.

Harta zakat pun nizamuddin tak ambil. Maulana ilyas kata harta zakat ialah kotoran. Ia adalah hak org2 miskin, org2 fakir, bukan hak semua org. harta zakat ialah kemuncak bakhil/kedekut. Kalau org yg selalu belanja harta utk agama, tak sempat sampai nisab. Harta yg wajib zakat ialah bila cukup nisab dan cukup haul. Apakah kamu sebagai seorang islam sepanjang thn kamu tak jumpa org miskin, tak jumpa org fakir, tak jumpa org susah utk bagi harta kamu sehingga tak wajib zakat atas kamu? simpan sampai akhir tahun sehingga wajib zakat atas kamu? sahabat tak benarkan zakat jadi fardu atas mereka. Kebanyakan sahabat tak ambil harta zakat. Mereka sendiri mencari mana org berhajat, org fakir, org miskin. Hari ni, kita bagi zakat tapi tak ada qabul/penerimaan. Mengapa tak diterima oleh Allah? kerana wujud 2 sifat dlm org yg bagi zakat dan 2 sifat dlm org yg terima zakat. Bila Allah tak terima, Allah tak pelihara harta org tersebut dan Allah tak bagi keberkatan dan harta itu tak dpt digunakan dgn cara yg betul.

2 sifat dlm diri org bagi zakat, ada sifat bongkak dan memandang rendah pd org yg terima. Sepatutnya dia menghormati org yg terima zakat.
2 sifat dlm diri org terima zakat ada kebesaran org beri zakat dan sifat tamak. Walaupun tak berhajat pd duit zakat tapi masih terima zakat.

Org peminum arak pun kita tak boleh pandang rendah pd mereka. apatah lagi org yg jaga solat, org alim. Ini satu perkara yg bahaya. Sebab tu kita kena berjaga2. kita kena hormat para ulamak samada ilmu dia bermenafaat atau tidak. Kita kena taat org alim yg hidup ikut syariat agama. Kita menghormati semua nabi2 tapi yg kita taat hanya nabi s.a.w. Kalau kita taat semua jenis org, kita akan menyimpang dari usaha yg sebenar. Kita taat pd org2 tua di nizamuddin, insyaAllah, Allah akan kekalkan kita dlm usaha dan akan majukan kita dlm usaha. Syaitan alihkan kita dari perkara yg besar kpd perkara yg kecil. Buat madrasah pun agama, buat masjid pun agama juga. Ini kerja syaitan. Syaitan tunjukkan kekurangan dan kita tinggalkan kedua-dua perkara besar dan kecil. Semoga Allah pelihara. Syaitan adalah alim yg paling besar. Semua dia tahu. Sebab ananiah dlm diri, maka dia dimasukkan dlm neraka. Sebab ananiah tak boleh maju ke depan. Org yg ada ananiah dan kibir, dia rasa ada kemampuan, rasa ada ilmu seba tu Allah tak majukan dia ke depan. Org yg cinta harta, mungkin boleh keluar tapi org yg tinggi diri, sampai mati tak boleh keluar. Semoga Allah pelihara kita. Sebab tu kita kena mesyuarat dgn tenang, dgn kasih sayang, dgn satu hati.   

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir