Ijtimak KL 2018 - Nasihat & doa
06/11/2018 - maulana syamim
Sebagaimana yg telah diberitahu kpd tuan2, adab-usul yg
telah diterangkan, ianya merupakan kota
atau benteng utk kita. Kata maulana ilyas rah. bahawa usul2 ini adalah benteng.
Jika seseorang buat kerja agama menepati usul, adab dan tertib, maka dia berada
dlm kota/benteng dan terselamat. Tetapi sesiapa yg meninggalkan adab dan usul,
dia berada di luar kota/benteng dan syaitan akan culik dia. Kita kena usaha utk
menyempurnakan semua amal dgn adab2nya, kita kena ikatkan diri kita dgn adab
usul supaya kita terselamat.
Semasa kita keluar di jln Allah, elakkan dari membuang masa
dgn sia2. Gunakan banyak masa utk dakwah kebesaran Allah. Bila cakap kebesaran
Allah, maka keagongan Allah akan masuk dlm diri kita. Kita menyakini bahawa
pencipta yg melakukan segala-galanya hanya Allah s.w.t. Tidak ada sesuatu yg
melakukan melainkan Allah. Apa sahaja yg kita nampak berlaku, berlaku dgn
perintah dan kudrat Allah.
Taat perintah Allah dan ikut sunnah nabi s.a.w. Kejayaan
kita hanya sanya dgn ikut cara nabi s.a.w. Jika umat ini menyimpang dari cara
dan sunnah nabi s.a.w, maka pasti dan pasti mereka tidak akan berjaya.
Bayangkan semasa di uhud, nabi s.a.w ada bersama dgn sahabat, tapi ada sedikit
kelalaian dikalangan sahabat, ada segelintir sahabat yg meninggalkan pesanan
nabi. Taat pesanan tersebut satu perintah. Dgn kelalaian mereka, 70 org sahabat
telah syahid, 70 lagi ditawan dan gigi nabi telah patah. Tinggalkan satu sunnah
nabi s.a.w. Allah tukar suasana drp kemenangan kpd kekalahan. Sekarang nabi dah
tak bersama kita, apakah bila kita tinggalkan sunnah nabi s.a.w, kita akan
berjaya? Pasti tidak akan berjaya. Oleh itu kita kena usaha utk bawa semua
amalan2 kita menepati cara nabi s.a.w. Sejauhmana kita dpt ittibaq nabi s.a.w,
kita akan dpt kasih sayang Allah, dpt kekuatan utk beramal dan Allah akan terima/qabul
semua amalan2 kita.
Kita keluar di jln Allah utk bawa kehidupan sunnah dlm
setiap individu umat ini, lelaki dan wanita. Tidak ada maksud lain, hanya
inilah maksud. Bukan utk kumpulkan harta, bukan utk dptkan tanah jajahan, bukan
utk dptkan kuasa, bukan utk dptkan kerajaan, bukan utk dptkan penyokong yg
ramai, tapi semata-mata utk hidupkan sunnah nabi s.a.w. Hari ni, kita jadi hina
kerana umat telah tinggalkan sunnah baginda s.a.w. Kita jadi hina dan berbagai
musibah telah dtg kpd umat ini kerana kita telah tinggalkan sunnah nabi s.a.w.
Jika kita semua, lelaki dan wanita, dpt
amalkan 100% sunnah nabi s.a.w dlm kehidupan kita, pasti Allah s.w.t akan bagi
kejayaan dan amkan hidayat seluruh dunia.
Hari ni batil berusaha bersungguh2 utk keluarkan sunnah drp
umat ini. Mereka mentelaah sunnah nabi lebih drp kita. Mereka ada cara utk
melawan setiap sunnah. Mereka wujudkan perkara2 baru supaya umat tinggalkan
sunnah. Ini usaha mereka utk menjauhkan umat ini drp mengamalkan sunnah nabi
s.a.w. kerana mereka tahu jika umat ini berpegang pd sunnah nabi s.a.w, Allah
pasti akan memberi kejayaan.
Mereka/batil berusaha keluarkan cara sunnah nabi drp
kehidupan org islam. Cara pakaian, cara rumahtangga, cara nikah kahwin, cara
muamalat, cara perniagaan. Mereka tahu bila umat ini tinggalkan cara sunnah;
Pertama, umat akan jatuh dari pandangan
Allah. Kedua, umat tak akan dpt nusrah dari Allah. Ketiga, doa tak akan
diterima oleh Allah. Keempat, mereka akan menguasi umat ini.
Satu ketika dulu, org2 tak beriman telah menyerahkan
palestin, baitumaqdis, sham pd org islam. Semasa mereka serahkan kunci
baitulmaqdis kpd hadrat umar r.hu, khalifah ketika itu, mereka kata, selagi
org2 islam taat/patuh pd tuan dan ikut sunnah nabi s.a.w, selagi itulah masjid
ini berada di bawah kuasa dan takluk jajahan org islam. Tetapi apabila umat
islam tinggalkan cara sunnah nabi, mereka mula suka/tiru dgn cara hidup kami,
suka dgn barang2 kami, maka pd ketika itu anak2 kami akan mengambil balik
masjid dan negeri ini dari anak2 kamu. hari ni jelas baitulmaqdis telah jatuh
ke tangan mereka, sedangkan org islam adalah majoriti. Dlm hati rasa takut
kerana tinggalkan sunnah nabi s.a.w. Org islam sendiri rasa jijik dgn sunnah
nabi s.a.w. Allah letakkan rasa gerun dlm hati org islam pd org kafir. Lebih
dahsyat dari itu, mereka akan ikut telunjuk org kafir.
Oleh kerana itulah, jemaah2 dikeluarkan di jln Allah. Bila
jemaah sampai di masjid2, mereka terus bergerak jumpa umat di mahalah tersebut.
Sediakan mereka dan bawa mereka ke masjid. Bawa mereka dlm suasana/mahul iman.
Jika umat ini berada dlm suasana masjid, amalkan cara hidup nabi s.a.w, mereka
akan jauh dari kebatilan. Jika umat ini tidak berada dlm mahul masjid, tidak
amalkan sunnah nabi s.a.w, mereka akan jauh dari agama dan makin hampir pd
batil dan makin hampir kpd kekufuran.
Satu ketika, hadrat umar r.hu berjalan utk menuju ke majlis
nabi s.a.w, dlm perjalanan beliau jumpa satu org alim yahudi sedang membaca
kitab taurat. Umar r.hu singgah dan dengar. Umar minta lembaran taurat tersebut
utk dibaca dihadapan nabi s.a.w. Sampai di masjid nabawi, nabi sedang duduk dlm
satu majlis dgn para sahabat. Umar pergi duduk sekali. Bila umar sampai semua
senyap. Umar kata, dlm lembaran taurat ini ada cerita yg baik utk org islam.
Umar terus baca. Bila baca, muka nabi terus berubah. Abu bakar terus menolak
dan marah umar. Umar mohon maaf dgn nabi. Nabi s.a.w kata, ‘kalau nabi musa a.s
dtg sekalipun ketika ini, tidak ada jln kejayaan utknya melainkan ikut aku’.
Kalau tak ikut, walaupun dia nabi ulul azmi, dia tak akan berjaya. Inilah
perkara yg kita nak bawa dlm kehidupan kita, kehidupan sunnah. Tapi malangnya
hari ni, umat telah tinggalkan sunnah nabi s.a.w. Ilmu quran dan hadis adalah
ilmu yg maha hebat. Tidak ada satu ilmu yg lebih hebat drp ilmu ini. Umat ini
tidak perlu pd ilmu2 yg lain, memadai dgn ilmu yg Allah telah berikan. Allah
beri kita kitab quran. tidak ada kitab yg lebih hebat drpnya sebelum dan
selepas ini. Kita tak berhajat pd taurat dan injil. Ilmu quran sudah cukup utk
umat ini berjaya di dunia dan akhirat. Tapi malangnya umat telah tinggalkan
ilmu agama dan cari ilmu2 yg lain. Jika umat pergi kpd ilmu2 yg lain, maka
Allah akan hina mereka. Oleh kerana itu, jemaah2 telah dikeluarkan di jln Allah
utk beritahu umat tentang pentingnya belajar ilmu agama dan supaya di-amkan
perkara ini.
Jangan tuan2 salah faham, bukan kita melarang tuan2 dari
mempelajari perkara2 lain, tapi dgn syarat jgn yakin dgn ilmu tersebut dan jgn
amal ikut ilmu tersebut. Kita semua perlu ajar anak2 kita quran dan masukkan ke
maktab2 quran, dan pelajari asas ilmu tauhid, dan asas ilmu masail. Bila anak2
ada asas tauhid, asas sunnah yg betul, asas agama yg betul, insyaAllah, di mana
sahaja mereka berada tidak akan terpesong dgn arus2 kebatilan. Setiap masjid
kena wujudkan maktab quran. Hati kanak2 suci dan bersih umpama kaca. Bila ajar,
terus lekat sampai bila2.
Kita kena usahakan, lelaki dan wanita, menyempurnakan
amalan2 fardu dan sunat. Juga kita kena belajar quran sekurang2nya utk
sempurnakan ibadat kita. Jika kita belajar quran melepasi kadar fardu ain, di
akhirat kelak, Allah akan tinggikan kita. Jika kita tak belajar quran, maka di
akhirat nanti kita akan ditangkap oleh Allah dan leher kita akan dipasung oleh
Allah.
Bila keluar di jln Allah, kita nak belajar iman, belajar
solat, belajar nak sempurnakan hak2 saudara, belajar nak sempurnakan zikir
azkar, betulkan niat. Sebab tu kita kena berulang2 kali keluar dijln Allah.
Banyakkan 4 perkara, jauhkan 4 perkara. insyaAllah akan membawa kita kpd
kesempurnaan amal dan penerimaan Allah.
Perkara pertama yg perlu kita jauhkan ialah membazir dlm
perbelanjaan. Allah tak suka membazir. Belanja lebih dari keperluan. Org2 yg
membazir adalah saudara2 syaitan. Bila jadi saudara syaitan, maka Allah akan
bermuamalat dgn mereka dgn cara syaitan. Syaitan kufur pd Allah. Seseorang yg
perlu belanja di jln Allah hanya RM1000 sahaja tapi dia bawa RM2000, sebab nak
menyempurnakan keinginan nafsu syahwat. Ini membazir. Sebab belanja lebih dari
keperluan, maka anak2 dara yg sepatutnya duduk di rumah, pakai purdah, siapa
pun tak nampak muka mereka, kena dihantar bekerja bersama dikalangan lelaki utk
cari rezeki. Terpaksa bekerja kerana tak cukup keperluan. Mengapa tak cukup
keperluan? Kerana umat ini telah sibukkan diri mereka dgn perkara2 yg membazir,
perkara2 yg tak perlu. Agama jadi rosak. Elakkan dari perbelanjaan yg membazir.
Lawan drp membazir ialah sederhana. Kehidupan org islam
adalah sederhana. Elak drp belanja yg sia2 dan juga belanja ikut hawa nafsu.
Batil berusaha utk keluarkan org islam drp kesederhanaan. Rumah sederhana,
pakaian sederhana, makan sederhana. Bila org2 islam hidup sederhana, begitu
banyak belanja boleh disimpan. Belanja yg lebih drp keperluan digunakan utk
agama Allah, utk keluar di jln Allah, utk bantu org2 miskin, utk bantu org2
fakir, utk bantu anak2 yatim, utk bantu ibu2 tunggal dan banyak lagi kebajikan
yg lain. Dgn hidup sederhana akan dtg sifat dermawan/pemurah. Dan juga sifat
mengutamakan org lain lebih drp diri sendiri (isar) dan sifat
tolong-menolong/kasih sayang (hamdardi). Dgn itu, Allah akan bagi keberkatan pd
harta. Walau sedikit tapi berkat. Allah akan kayakan mereka. Kaya bukan sebab
banyak harta, tapi berkat, sedikit, cukup utk keperluan, dpt membantu jiran2,
saudara2. Sebaliknya, batil suruh kita guna pakaian yg mahal, makanan yg mahal,
kenderaan yg mahal, ada yg buat rumah sampai 50 bilik tinggal suami-isteri
berdua sahaja, siapa nak duduk? Jin dan syaitan duduk dlm rumah tu.
Bila umat keluar dari kesederhanaan, mereka jadi
kedekut/bakhil. Tak mahu belanja harta utk org lain. guna harta utk keperluan diri
sendiri, utk nafsu sendiri sebanyak mungkin, sikit pun tak mahu bagi kat org
sebab dia rasa tak cukup. Org yg ada sifat bakhil ini, bau syurga pun tak dpt. Batil
telah berusaha utk keluarkan kehidupan sederhana org2 islam kpd kehidupan mewah
dan org islam jadi jauh dari kebaikan yg telah Allah janjikan.
Nabi s.a.w menyarankan pd sahabat, lebih drp itu, bukan
setakat dermawan peringkat bawah, bukan hanya memberi yg lebih dari keperluan
sendiri, tapi pemurah yg sebenar ialah menekan keperluan diri sendiri dan
menyempurnakan hak org lain, ini dermawan peringkat tinggi. Nabi s.a.w sendiri
beramal dgn perkara tersebut.
Satu ketika, nabi s.a.w sedang duduk dlm satu majllis dgn
para sahabat, tiba2 dtg seorang fakir mengadu kpd baginda s.a.w, bahawa dia tak
ada makanan utk makan dan perlu barang keperluan. Nabi s.a.w hantar org pergi
ke rumah2 baginda, Semua 9 rumah nabi tak ada apa2 yg nak diberi pd org fakir
tadi. Nabi suruh org fakir tadi pergi ke bazaar madinah dan beli apa yg nak dan
semua bayaran hutang atas nama nabi s.a.w. Nabi sendiri menekan keperluan
sendiri dan belanja utk org lain.
Kita semua sedang keluar di jln Allah. Kita belajar utk
mengambil dari Allah. Selagi kita tak pandai mengambil dari Allah s.w.t, selagi
itulah kita terus keluar di jln Allah. ada brani? Kalau org Malaysia tunjuk perkara ni dan
jadi, satu dunia dpt hidayat. Sahabat2 telah keluar di jln Allah dan belajar
utk ambil dari khazanah Allah. Mereka bertebaran di seluruh dunia dan manusia
dpt hidayat. Hari ni, kita kata semua berlaku dgn kehendak Allah, tapi kita
juga kata tanpa kedai mana boleh jadi.
Oleh itu, kita keluar di jln Allah dgn mujahadah. Kerana
iman kita tak terbentuk lagi, tawakkal kita belum terbentuk lagi, maka kita
keluar dgn buat persiapan terlebih dahulu. Sedangkan kata maulana Yusuf rah.,
org yg keluar dgn intizam/persiapan, 1000X/cillah, tak dpt menandingi 1X/cillah
org yg keluar tanpa persediaan. Tapi dgn syarat, keluar tanpa persediaan, dari
lidah atau perlakuan, jgn dizahirkan pd sesiapa, dia hanya berdoa dan minta drp
Allah. Allah akan buka pintu rezeki utk dia dan tak akan tertutup sampai bila2.
Kalau terpaksa makan ulam, minum air kosong, dan bersabar, Allah akan buka
pintu rezeki utk dia dan utk anak isteri dia. Di zaman ini pun banyak kisah2
nusrah/bantuan ghaibiah Allah dah terjadi. Oleh kerana usaha ini usaha ijtimai,
kita kena buat di seluruh dunia, perkara ini belum lagi dtg secara ijtimai,
sebab itu hidayat yg am belum lagi sampai, kerana tahap ijtimai yg dikehendaki
itu belum sampai lagi. Secara individu ada, tapi secara ijtimai belum ada.
Bila para sahabat keluar di jln Allah, bila mereka tak dpt
kemenangan atau ada kekurangan, mereka lihat pd amal, apakah amal yg
tertinggal, apakah sunnah yg terlucut dari amalan mereka, mereka tak lihat pd
asbab.
Sekarang waktu utk berdoa. Doa dgn hati yg tawajjuh. Semoga
Allah terima. Doa ini adalah upah kerja kita. Selama ini kita berusaha utk
jayakan ijtimak ini, sekarang waktu utk minta upah dari Allah. Mulakan doa dgn
selawat pd nabi s.a.w. Doa yg tak dimulakan dgn selawat akan tergantung antara
langit dan bumi.
Comments
Post a Comment