Ijtimak KL 2018 - bayan subuh
04/11/2018
Perhimpunan kita ini adalah semata2 kerana kita ada hubungan
yg khusus dengan usaha dakwah illallah. Hubungan yg khusus dgn dakwah maksudnya
bagaimana kebaikan agama dtg dlm diri kita dan kita juga kena fikir
untuk org lain juga dpt kebaikan agama. bukan kita hanya fikir diri kita saja.
Dlm hadis nabi bagitahu, "sebagaimana apa yg kamu suka pd diri kamu
begitu juga kamu juga akan suka perkara tersebut di beri pd org lain".
Kita suka dan telah rasa kemanisan dlm buat dakwah, kita juga kena pergi
bertebaran ke seluruh dunia supaya org lain juga dpt kemanisan dalam amal agama
dan kelazatan amalan dakwah ini. Untuk perkara ini kita dtg sini dan akan
bertebaran ke seluruh alam.
Nabi bersabda manusia spt satu jasad, mana2 bahagian yg
sakit maka seluruh anggota badan akan rasa sakit. Contohnya bila kuku pd
kaki kita sakit, anggota lain, mata, kaki, tangan akan turut rasa sakit
dan rasa risau dan berusaha nak sembuhkan kuku yg sakit itu. Begitula juga bila
ada mana2 manusia tak taat pd perintah Allah, iman makin luntur, hidup tanpa
amal agama, mereka sedang menuju ke neraka Allah, walaupun mereka di Gambia, di
Amerika, di France, di jepun, di Australia, kita di M’sia kena turut runsing
dan risau macammna mereka juga dpt amal agama yg sempurna supaya terselamat
dari azab neraka Allah. Ini maksud kita datang ke ijtimak ini.
Nabi s.a.w adalah penghulu kpd seluruh nabi, baginda
sentiasa runsing dan risau atas setiap individu umat. Mengambil fikir risau tentang
agama pd umat adalah "ain sunnah", sunnah utama, inilah fikir risau
nabi s.a.w. Kita sebagai umat juga kena ada fikir dan risau yg sama. Kita mewarisi
risau bimbang nabi tentang umat.
Apa usaha masjid? Duduk dlm masjid kena fikir org di luar
masjid. Kalau kita tak fikir atas org lain, kita telah khianat pd masjid. Nabi
s.a.w bila berada dlm masjid sentiasa fikir atas setiap individu di luar
masjid. Abu Bakar kebiasaannya bila ada dlm masjid akan fikir pd org yg
di luar masjid. Umar pun kebiasaannya, akan cari org yg tak dtg masjid. Inilah
kebiasaan mereka bila berada dlm masjid.
Sedangkan Nabi yg yg sgt tinggi kedudukannya, sehinggakan
tak dijadikan dunia ini melainkan kerana nabi muhammad s.a.w, pun sentiasa
fikir org tak dtg masjid. Satu ketika dlm satu majlis dalam masjid, Nabi
tanya anak yahudi mana? Di jawab oleh sahabat anak yahudi sakit, berada di
rumah. Nabi tak suruh sahabat tadi pergi ziarah tapi nabi sendiri
bangun dan tanya sahabat siapa2 yg sedia ikut nabi s.a.w pergi
ziarah anak yahudi tersebut. Sampai di rumah yahudi, nabi sendiri ketuk pintu.
Melihat anak tadi nabi tawarkan padanya supaya ucap kalimah. Dia lihat ayahnya
spt minta pendapat ayahnya. Ayah dia kata ikutlah dan taatlah abil qosim. Budak
tu mengucap kalimah dan kemudian meninggal dunia. Nabi begitu gembira dan
berkata Alhamdulilah, "hari ni aku sangat gembira kerana melalui aku
seorang telah terselamat dari neraka Allah". Inilah fikir nabi s.a.w. Kita
yg hadir pd hr ini nak usaha fikir yg sama.
Hanya seketika sahaja Nabi duduk dgn anak yahudi, dakwah,
sehinga berubah kehidupan yahudi tersebut. Kalau kita pergi rumah ke rumah, dakwah
pd manusia, berapa byk ganjaran akan dpt. Allah buka fikir risau ini kepada
maulana Ilyas rah. Kerunsingan nabi ada pd beliau. Beliau tidur berpusing2, menangis
setiap mlm, isteri tanya kenapa risau dan tak boleh tidur? Maulana Ilyas
kata kalau runsing ini ada pd kamu maka 2 org akan tidak boleh tidur. Siapa
saja beliau jumpa akan dakwah org tersebut. Risau dlm hati beliau bagaimana supaya
semua dpt masuk syurga.
Satu org dtg jumpa maulana Ilyas rah, cara Maulana bercakap
spt dia bercakap kepada seolah2 ribuan org ada di depannya. Kita pun kena
ada kerunsingan ni. Kawan maulana tanya kenapa tuan ckp pd seorang saja tapi
seolah2 ckp pd ribuan org. Maulana jawab walaupun saya bercakap depan
satu org tapi saya bayangkan saya sedang dakwah dlm ribuan
org2 di negaranya. Dengan fikir begini Allah telah sebar agama di seluruh
dunia.
Kami sebelum ini sudah hadir di ijtimak Zon Timur terengganu,
di Zon Utara penang, di zon selatan Johor, sudah 500 jemaah 4B/40H telah
keluar. Semua catitan amalan mereka akan masuk dlm catitan buku maulana
Ilyas. Masa dulu org hina maulana Ilyas. Mereka kata Maulana menghina ilmunya
dengan gerak jumpa manusia tetapi setelah org Mewat dpt amal agama yg sempurna
org kata maulana ilyas telah menggunakan ilmunya dgn baik. Org Mewat dtg nak
kerja di Delhi ,
maulana bayar sama spt bayaran upah pekerjaan mereka tapi mereka buat kerja
dakwah.
Satu jemaah dtg ke Nizamudin nak keluar 3 hari, Maulana
risau kalau dia tinggalkan masiid tak ada org nak buat amalan dalam masjid.
Waktu nak bawa keluar jemaah tu, Maulana nampak satu org nama HAFIZ MAQBUL,
sebelum hafiz maqbul nak bentang takazahnya, Maulama Ilyas bentang dulu takazah
dia. Hafiz maqbul kata, saya akan bawa jemaah ini. Saya mohon takazah saya
dipenuhkan dulu. Takazah saya ialah minta maulana pergi ke rumah saya, anak
perempuan saya telah meninggal, minta maulana tlg uruskan. Ini lah cara
korban org terdahulu. Hari ni telah berubah.
Satu ketika jibrail a.s dtg, arash bergegar, seorang sahabat
telah meninggal. Jibrail a.s turun nak bagitahu nabi s.a.w sahabat tersebut
telah syahid. Inilah kemulian, kematian seorang sahabat, Jibrail a.s turun dari
langit. Hari ni rumah besar, kereta besar, harta banyak, pangkat besar bukanlah
kemulian tetapi siapa akhir kalamnya dpt ucap atau tidak inilah kemulian.
Nabi dgr berita dari Jibril, terus bangun, pergi rumah
Saad bin muaz, nak tengok jenazah. Dia adalah sahabat yg tak terkenal pun, tapi
sangat mulia disisi Allah. Bila nabi masuk sahabat kosongkan bilik. Hanya nabi
dan jenazah Saad sahaja dlm bilik tersebut, Tiada siapa2. Nabi berjalan
ke sana ke sini
seolah-olah nak mengelak seseorang. Sahabat tanya kenapa nabi jln begitu. Nabi
jawab, wahai sahabat, apa yg aku nampak kamu tak nampak, apabila aku nak
masuk bilik Saad, malaikat sgt ramai turun bertingkat2, penuh ruang dlm
rumah, aku terpaksa berjalan mengelak2 kerana ramainya Malaikat. Inilah
kemulian.
Di Nizamudin, maulana Izharul hasan, sdg mesyuarat, tiba2
maulana lihat di satu arah, maulana Izhar kata, "Selamat datang, selamat
datang" , Ahli mesyuarat pun melihat ke arah pintu yang maulana kata selamat
datang tadi, tapi tak nampak sesiapa pun, bila mereka toleh pd maulana Izhar
semula didapati maulana Izhar telah meninggal. Inilah kemulian.
Di Poona, India, ada seorang da’i, dia kumpul semua anak2,
cakap pd anak2, pd waktu tahajjud, selepas jumpa dgn setiap anaknya, dari
lidahnya akhir kalam keluar kalimah lailahaillallah, kemudian meninggal dunia.
Di zaman ni pun ada org spt ini diberi kemuliaan.
Seorang sahabat tanya soalan pd nabi, bila berlaku kiamat? Nabi
tak cerita tanda2 kiamat. Nabi jawab "apa persiapan yg kamu buat untuk
berhdapan dgn hari kiamat? Kalau soalan ni ditanya pd kita apa amal yg kita dah
ada untuk persiapan akhirat? .
Di akhirat org akan menyesal hingga gigit jari habis. di
gigit pula tangannya sampai habis kerana menyesal yg amat sangat. Ada orang peluh sampai ke
hidung. Org2 ini adalah org yg telah sia2kan hidup masa di dunia. Dlm quran, ‘robbana
Absorna....’ kita nak minta balik ke dunia, tapi tak akan diberi peluang.
Dlm Quran, 89 kali Allah sebut wahai org telah beriman,
Allah cakap terus dgn kita, ya aiyuhallazi na amanu, Qu anfisakum wa ahlikum
narra, kamu kena selamatkan diri kamu, keluarga kamu dari api neraka. Hari ni
manusia buat maksiat tiada siapa fikir nak selamatkan mereka.
Satu org masuk syurga seorang diri akan rasa malu,
sepatutnya dia masuk bersama dgn ramai org. jika kita buat gasht didunia,
di akhirat nanti org yg didakwahkan itu, akan ikut dibelakang kita yakni kerana
dia menjadi sebab hidayat orang yg dia dakwahkan itu.
Bilal disusahkan, batu diletak atas dadanya, dibawah panas
matahari, dipakaikan pakaian besi, dia di susahkan begitu sekali. Satu ketika
bilal tanya nabi, saya org miskin, saya hamba, sahabat yg lain merdeka, mereka
akan dekat dgn Nabi. Nabi jawab, kamu akan masuk syurga lebih awal dari semua. Inilah
kemuliaan. Semasa mikraj, nabi dengar derapan tauk langkah kaki Bilal dlm
syurga. Suara ini tiap hari Allah dgrkan pd Ahli syurga. Inilah kemuliaan. Kubur
bilal jauh dari kubur nabi. Bila kiamat, Allah akan bangkitkan plg awal
Abu Bakar, Umar, Usman dan kemudian Bilal akan bangkit. Walaupun jarak
kubur Bilal jauh dari kubur di Baqiq tapi ia akan bangun awal bersama dgn nabi
s.a.w. Inilah kemuliaan.
Untuk kemuliaan ini kita juga perlu buat pengorbanan seperti
Bilal dan para sahabat. Oleh itu, kita perlu bagi nama untuk khuruj di jalan
Allah 4 bulan, 40 hari.
Comments
Post a Comment