Ijtimak KL 2018 - bayan maghrib

04/11/2018 - maulana syamim

Allah s.w.t telah cipta 18,000 makhluk dlm alam ini. Makhluk yg terbaik ialah insan/manusia. Manusia adalah ciptaan yg terbaik bukan sebab diri dia sendiri. Asal usul manusia dari air mani yg jijik. Kemuliaan manusia bukan kerana zatnya tetapi ketinggian manusia kerana sifat2 yg ada dlm diri dia. Bila manusia usaha sifat2 yg baik dlm diri sehingga diredhoi allah, maka manusia akan jadi makhluk yg termulia. Lebih mulia drp 7 petala langit, 7 petala bumi. Akan tetapi kalau manusia tidak usahakan sifat2 yg dikehendaki oleh Allah, sebaliknya ada sifat2 yg dibenci/dimurkai oleh Allah, maka manusia akan jadi makhluk yg paling hina. Lebih hina drp anjing dan khinzir.

Dunia ini tidak berharga, yg berharga ialah manusia. Perniagaan tak berharga, yg berharga ialah peniaga. Pemerintahan tak berharga, yg berharga ialah pemerintah. Pertanian tak berharga, yg berharga ialah petani. Segala benda2 dunia tak berharga. Yg bernilai disisi Allah ialah insan/manusia. Semua benda2 dicipta oleh Allah utk berkhidmat pd manusia. Penguna lebih mulia drp benda yg digunakan. Seluruh dunia tak ada nilai walau sebelah kepak nyamuk. Kalau ada nilai, org kafir tak akan dpt minum walau seteguk air. Dunia tak ada nilai disisi Allah.

Satu org manusia tidak akan jadi org yg bernilai bila usaha atas tanah, emas, perak, pemerintahan, pertanian, perniagaan. Kerana semua benda2 ini tidak ada nilai disisi Allah. manusia akan jadi bernilai bila dia usaha atas diri dia sendiri. Seitiap anggota badan yg ada pd diri manusia lebih berharga drp 7 petala langit dan bumi. Bila manusia usahakan dlm diri segala amal2 yg dikehendaki oleh Allah, segala sifat2, maka manusia akan jadi lebih bernilai dari para malaikat.

Contoh, bila manusia usaha atas kaki, dia guna kaki utk taat perintah allah, guna kaki utk amalkan sunnah nabi s.a.w, guna kaki utk pergi ke masjid, guna kaki utk keluar di jln Allah, guna kaki utk pergi menolong anak2 yatim, guna kaki berjalan utk hidupkan agama Allah. bila guna kaki ikut kehendak Allah, perkara yg diredhoi oleh allah, maka dia akan jadi bernilai, lebih berharga drp 7 petala langit, 7 petala bumi. Sebaliknya bila manusia tidak guna kakinya utk taat perintah allah, bahkan dia guna kaki utk langgar perintah allah, buat maksiat, perkara yg dimurkai Allah, maka dia akan jadi lebih hina drp binatang dan akan dimasukkan ke dlm neraka jahannam. Allah jadikan setiap anggota manusia sangat bernilai dan berharga. Cuba kita tanya pd org buta, tak ada mata. Betapa bernilainya mata.

Kenapa anggota badan manusia bernilai? Kerana anggota badan inilah yg akan melakukan amal kebaikan. Matahari, bulan, bintang tak boleh lakukan amal. Emas, perak tak boleh lakukan amal. Yg melakukan amal ialah anggota 2 manusia. Bila manusia gunakan anggota2nya ikut perintah Allah dan sunnah nabi s.a.w, maka amal tersebut dikira sebagai amal soleh. Kalau manusia guna anggota bertentangan dgn perintah allah, maka amalan tersebut dikira sebagai amal yg tak soleh. Bila manusia baligh, apa sahaja yg dia lihat dgn mata dikira sebagai satu amal. Apa sahaja yg dia pegang dgn tangan adalah satu amal. Bila guna kaki utk melangkah adalah satu amal. Bila guna akal utk fikir adalah satu amal. Amal yg baik jadi amal soleh dan dpt redho Allah dan ganjaran adalah syurga. Akan tetapi bila guna bertentangan dgn perintah Allah dan rasul, jadi amal yg tak soleh, dimurkai Allah dan akan dimasukkan ke dlm neraka.

Siapakah raja bagi setiap anggota ini? Yg mengeluarkan arahan dan mengerakkan setiap anggota? Raja bagi anggota ialah hati. Setiap anggota akan ikut kehendak/perintah hati. Bila hati manusia baik, ada iman, maka segala amalan yg keluar dari jasad akan jadi baik. Bila amal baik keluar dari jasad, maka dunia akan jadi baik. Sebaliknya jika hati manusia rosak, seluruh jasad akan rosak. Bila jasad rosak, dunia akan jadi umpama neraka. Manusia akan berada dlm kehancuran dunia dan akhirat. manusia menzalimi satu sama lain. Dlm diri manusia ada seketul daging, jika baik, maka seluruh anggota jadi baik. Jika rosak, maka seluruh anggota jadi rosak. Ianya ialah hati. Sangat2 penting manusia usaha atas hati supaya amal dan jasad jadi baik. Sebab itu semua nabi dan rasul dihantar utk usaha atas hati2 manusia. Mereka tak usaha atas tanah, ladang, emas, perak, kilang, kerajaan, pemerintahan. Medan usaha para nabi dan rasul ialah hati2 manusia. Tempat iman ialah hati manusia.

Utk hati ini, Allah telah turunkan kalimah tauhid. Semua nabi dan rasul diberi kalimah tauhid bertentangan dgn segala asbab. Semua nabi dakwahkan kalimah ini. Hati yg ada kalimah ini akan jadi baik dan hati yg tak ada kalimah ini akan jadi musyrik. Jika 7 petala langit 7 petala bumi diletak atas sebelah neraca dan sebelah neraca diletak kalimah lailahaillallah, maka kalimah ini akan lebih berat lagi. Hati akan jadi lebih berharga.

Contoh, satu tempayan yg dibuat drp tanah, yg harga RM5. murah, tak ada nilai. Tapi bila letak intan pemata yg bernilai RM5 juta dlm tempayan tersebut, maka bekas yg tak bernilai akan jadi bernilai sebab dlm bekas tersebut adalah intan permata. Ia akan dikawal supaya tak dicuri. Begitu juga jasad kita tak ada nilai, dibuat drp tanah, tapi bila hati dipenuhkan dgn kalimah lailahaillallah muhammadurasulullah, maka jasad kita akan jadi berharga, malaikat akan jaga dan pelihara kita. Seluruh makhluk Allah akan berkhidmat utk kita.

Tapi hari ni, org islam tak anggap iman ni bernilai. Kenapa? Kerana kita tak buat usaha atas iman. Tanya hadrat bilal, khabbab, suhail rumi, abu bakar, umar, betapa bernilai kalimah ini? Kerana kalimah ini mereka dibaringkan atas api, di cucuk dgn besi yg panas. Hari ni kita dpt kalimah dgn percuma, oleh itu kita tak menghargai kalimah ini. Sebab mak bapak kita org islam, kita pun org islam. Org islam hari ni tak menghargai nikmat iman, maka org islam jadi tak bernilai di dunia ni. Kita anggap iman kecik, maka org lain pun anggap org islam ni kecik.

Selagi kita buat usaha atas kalimah ini, bumi akan kekal. Matahari akan terbit dan terbenam ikut waktunya. Bulan akan keluarkan cahaya. Bumi akan keluarkan tanaman. Seluruh sistem alam bergerak macam biasa. Kalau kita tinggalkan usaha atas kalimah, satu org pun tak ada kalimah atas muka bumi ini, maka Allah akan hancur leburkan dunia ini. Kalau ada hanya 1 org beriman pd Allah dlm 7 billion manusia, dan dia tak buat apa2 amal, hanya sebut Allah, Allah, walaupun dia pendosa, maka Allah akan kekalkan 7 petala langit 7 petala bumi ni.

Hari ini umat islam dihina kerana keyakinan yg pernah ada dlm hati org islam sptmana keyakinan yg ada dlm hati para sahabat telah tiada dlm hati org2 islam hari ni. Kita solat tapi tak ada keyakinan pd solat. Dtg solat, solat cepat2, peluh belum sempat kering lagi dah keluar dari masjid. Kenapa? Kerana tak yakin dlm solat ada kejayaan. Kita tak ada keyakinan bahawa kita akan dipelihara, dijaga, diberi rezeki dgn perantaraan solat kita. Sebab tu kita dtg solat sebagai satu adat. Solat cepat2 sebab nak tunjuk kat org dan kemudian pergi kpd asbab dgn penuh keyakinan yg kita akan dpt segala-galanya dgn asbab. Kita pergi haji tapi tak ada keyakinan terhadap haji. Kita belajar ilmu tapi tak ada keyakinan terhadap ilmu. Kekurangan yakin menyebabkan org islam dihina hari ni.

Maulana ilyas rah. begitu risau keadaan umat hari ni. Walaupun ramai ulamak, masjid banyak, madrasah banyak, segala asbab ada tapi umat tak bertambah baik. Keadaan umat makin rosak. Disebabkan kerisuan tersebut maka allah telah gunakan beliau utk hidupkan kembali usaha yg telah dibuat oleh para sahabat. Dlm setiap zaman, Allah perintah nabi2 utk usaha atas iman. Antara nabi isa a.s dan nabi s.a.w, 571 thn, tiada nabi atas mukabumi ini. Bila dakwah hidup, agama hidup. Bila dakwah tiada, maka agama akan mati. Bila nabi wafat, usaha agama terhenti, yakin rosak, iman rosak, amal jadi adat resam, agama terkeluar dari kehidupan manusia dan manusia mula jadi kufur dan syirik, kemudian Allah hantar nabi yg lain. Nabi buat usaha, manusia kembali beriman, yg beriman berjaya dan allah selamatkan. Yg ingkar, Allah hancurkan. Begitulah silsilah berterusan nabi demi nabi yg dihantar oleh Allah sehingga kpd nabi isa a.s.

Selepas nabi isa a.s diangkat ke langit ke-empat dan akan turun balik sebagai umat nabi s.a.w dan bunuh dajjal, 571 thn, tak ada kenabian. Betapa rosak keadaan dunia ketika itu. Manusia syirik pd allah. sifat tak malu. Hidup dgn sifat kehaiwanan. Tak kenal agama. Manusia jadi jahil. Di kaabah ada 360 berhala. Tawaf telanjang. Dlm keadaan demikian, Allah utuskan nabi s.a.w. nabi dibesarkan dlm masa 40 thn di kalangan org2 mekah. Nabi s.a.w dibesarkan dikalangan manusia yg rosak, jauh drp agama. Nabi lihat semua kerosakan tersebut. Nabi telah pergi ke gua hiraq mengasingkan diri. Di gua hiraq nabi telah dipakaikan dgn mahkota kenabian. Diberi t/jawab menyeru manusia kpd Allah. baginda mula buat usaha dakwah dikalangan kaumnya.

Nabi s.a.w tak betulkan kerosakan yg sedang berlaku tapi nabi dakwah kalimah ‘wahai manusia, ucaplah kalimah lailahaillallah, kamu akan berjaya’. Inilah usaha yg telah dijlnkan oleh nabi s.a.w. Bila nabi mula buat usaha, maka org2 quraish mula menentang baginda. Nabi dipanggil sebagai org gila, tukang sihir. Nabi menghadapi berbagai2 kesusahan dlm menjalankan usaha dakwah. Inilah cara Allah. bila da’i mula buat dakwah, maka da’i tersebut akan diuji oleh Allah. kesusahan akan dtg. Kesusahan satu org da’i akan jadi asbab hidayat utk umat. Segala mujahadah yg ditanggung akan buka pintu rahmat dan pintu hidayat Allah dan akan dtgkan bantuan Allah dan meredakan kemurkaan Allah.

Allah tak bagi harta pd da’i. bahkan Allah bagi kefakiran pdnya. Allah tak bagi ketinggian/kemuliaan pd da’i tapi Allah bagi zatNya pd seorang da’i. satu org yg dpt Allah, maka dia telah dpt segala-galanya. Da’i tak tamakkan harta tapi da’i tamakkan hidayat.

Telah terbukti usaha yg dibuat oleh nabi2, usaha atas kalimah, maka manusia jadi baik, telah merubah kehidupan manusia. Begitu juga, bila maulana ilyas bangun buat usaha atas kalimah, usaha atas iman, ramai yg kata usaha yg bagus tapi siapa nak buat? Allah yg akan lakukan. Allah telah tunjukkan pd seluruh dunia, usaha bergerak seluruh dunia. Dgn kekuatan usaha dakwah, hari ni kita berkumpul disini dan kehidupan manusia telah berubah.

Allah telah letakkan kekuatan yg sangat hebat dlm usaha dakwah. Tapi sangat sedikit manusia yg sedia utk buat usaha ini. Nabi telah buat usaha atas sekumpulan manusia sehingga mereka menjadi manusia yg terbaik. Tidak ada manusia yg terbaik sebelum dan selepas mereka. merekalah para sahabat. Sahabat umpama bintang2 di langit. Mana2 sahabat yg kita ikut akan berjaya. Maulana ilyas telah buat usaha atas org2 mewat, satu bangsa yg jahil, di pandang rendah, jauh dari agama, nama islam tapi ada berhala dlm rumah. Mereka ikut adat resam hindu. Maulana ilyas jadikan setiap org mewat da’i. penghulu segala kerja. kerja semua nabi2. bersama kerja ini ada bantuan Allah. bersama kerja ini ada doa semua nabi2 dan kerohanian semua nabi2. selepas nabi s.a.w, tidak ada lagi nabi yg akan dihantar. Oleh itu, umat ini telah dihantar utk buat usaha yg mulia ini. Umat ini telah diberi t/jawab kerja ini. Umat ini adalah umat da’i. kemuliaan umat terdahulu kerana ibadat tapi kemuliaan umat ini kerana usaha dakwah.

Walaupun org mewat tak reti mengucap, maulana ilyas suruh mereka dakwah kalimah. Mereka tak tahu solat, maulana ilyas suruh mereka dakwah kpd solat. Perubahan telah berlaku dlm org2 mewat. agama telah dtg dlm kehidupan mereka. hari ni, setiap rumah di mewat ada hafiz quran, ada ulamak, setiap masjid hidup 24 jam dgn amal. Allah gunakan mereka utk bangunkan agama ke seluruh dunia. Dahulu mereka fakir dan miskin, hari ni mereka guna harta utk pergi ke seluruh dunia. Inilah kekuatan yg Allah letak dlm usaha dakwah.

Maksud kita berkumpul supaya dpt sambut takazah seluruh dunia. Bila kita buat 2 perkara ni, Allah akan buat perubahan di seluruh dunia. Pertama, pergeluaran jemaah. Keluarkan jemaah sebanayak mungkin. Semua org islam sedia utk korbankan diri dan harta, bergerak di jln Allah, bandar ke bandar, dari negeri ke negeri, negara ke negara. Jemaah perlu dihantar ke seluruh dunia. Kedua, setiap rumah jadi madrasah, setiap masjid jadi madrasah, kita ada hubungan dgn alim ulamak, wujudkan halaqah taklim di rumah dan 5 amal rumah, setiap masjid dihidupkan dgn 5 amal masjid. Masjid hidup 24 jam. Siang dan malam hidup dgn amal masjid nabi s.a.w. Di zaman nabi, masjid adalah pusat belajar ilmu, belajar amal, belajar iman, masjid adalah pusat aktiviti org islam. Tapi hari ni, sudah bertahun2 masjid kita kosong dari amal. Amal masjid nabawi zaman nabi dpt dihidupkan di semua masjid2 di seluruh dunia. Org islam dpt bagi masa di masjid. Masa lapang patut digunakan utk masjid. Habiskan masa lapang di masjid boleh jadi wali allah.

Masjid tempat rahmat Allah. jiran2 Allah ialah mereka yg hidupkan amal masjid, yg memakmurkan masjid. Satu golongan yg berada di bawah naungan arash Allah ialah lelaki yg hati terpaut di masjid. Org yg berwuduk dari rumah nak pergi ke masjid, nak buat amal di masjid, dia seolah2 sedang memakai ihram utk pergi menunaikan haji. Perjalanan ke masjid dikira sebagai berjihad di jln Allah. masjid tempat keampunan Allah. siapa yg berulang alik ke masjid, dia berulang alik membawa rahmat Allah, bawa hidayat dan bawa keampunan Allah ke rumahnya. Org yg berulang alik ke masjid ialah org yg beriman. Banyak kelebihan masjid. Oleh itu kena hidupkan masjid 24 jam dan sediakan setiap org islam bagi masa di masjid. Paling kurang bagi masa lapang di masjid. 

Semua kita bagi azam utk keluar 4B di jln Allah. pergi ke seluruh dunia dan hidupkan amalan masjid ini ke seluruh dunia dan hidupkan masjid kita sendiri dgn 24 jam dgn amalan masjid nabi s.a.w. Semua sedia insyaAllah.

Allah akan hantar malaikat utk bantu mereka yg memakmurkan rumah Allah. Allah akan halang bala yg nak turun di kpg2. ini berlaku pd zaman sahabat. Allah pelihara mereka. hari ni pun perkara yg sama telah berlaku. Kita hidupkan amal masjid, bantuan Allah pasti dgn kita. Pemeliharaan Allah pasti dgn kita. Maulana Yusuf kata, kalau tak yakin dgn usaha dakwah nabi s.a.w ini ada bantuan Allah, dia satu org yg fasik sebab tak yakin dgn bantuan Allah. kita kena buat usaha ini dgn keyakinan pd janji Allah. Kita kena bergerak ke seluruh dunia. Bergerak keluar di jln Allah dgn harta dan diri kita. Setiap drp kita keluar di jln Allah. jgn seorang pun balik. Bangun bagi nama 4B Negara jauh. Org Malaysia boleh pergi ke 180 negara tanpa buat visa terlebih dahulu. Betapa besar nikmat Allah telah bagi pd org Malaysia. Semoga Allah terima. Majmak yg sangat baik. Sediakan satu sama lain. satu org keluar jln Allah boleh jadi sebab keampunan kita. Syaitan kacau kita supaya jgn keluar. Bagitahu syaitan aku tak kisah mati utk agama. Tetapkan dgn azam maka syaitan akan tinggalkan kita. 

Comments

  1. Inshaa Allah!
    Azam 1 tahun lepas tamat belajar.

    Sangat terkesan dengan penulisan ini..

    Terjumpa blog ni semasa sdg mencari maklumat tentang 4 hadraji Maulana Ilyas, Maulana Yusuf, Maulana Inamul Hassan & Maulana Saad untuk dijadikan sebagai tajuk thesis dan presentation.

    Alhamdulillah tulisan ini sangat membantu.

    Semoga Allah merahmati tuan yang merakamkan bayan yang sangat bermakna ini!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir