Ijtimak KL 2018 - Targhib utk otj halaqah

06/11/2018 - maulana syamim

Dlm masa usaha dakwah nabi s.a.w selama 23 thn, begitu banyak mujahadah, susah payah yg dilalui oleh baginda s.a.w. Walaupun mengalami berbagai kesusahan dan keperitan kerana agama, tetapi tidak ada sedikit pun keinginan dlm diri nabi s.a.w utk lihat natijah/hasil di dunia bahkan nabi s.a.w ingin natijah di akhirat. Inilah sepatutnya yg kita kena buat iaitu buat usaha sungguh2 tapi kita tak ingin apa2 pun dari harta benda dunia atau natijah dunia. Jika kita inginkan natijah di dunia, maka samada natijah baik atau buruk akan memberi kerugian kpdnya.

Jika natijah baik zahir dari pengorbanan yg dibuat, maka setiap org akan mengaku ianya dari pengorbanan saya, usaha saya, mujahadah saya. Akan dtg sifat kibir, sifat ujub dlm diri, rasa diri hebat dpt hasilkan natijah yg baik. Tapi sekiranya natijah tidak baik, syaitan akan bisik dlm hatinya, hadirkan was2 dlm diri, akan dtg sifat putus asa,

Nabi s.a.w ajar pd kita, dlm usaha kita tak lihat pd natijah di dunia, hanya lihat natijah di akhirat. Begitulah yg berlaku semasa fatah mekah, ia jadi pengajaran utk umat. Nabi s.a.w menafikan segala apa yg baginda telah buat. Semuanya disabitkan kpd Allah s.w.t. Walaupun semua yg berlaku kerana sabar, doa dan  mujahadah nabi s.a.w, tetapi nabi s.a.w menafikan segalanya. Allah yg janji dan Allah yg sempurnakan janjinya. Allah yg membantu hambaNya.

Walaupun kita dah usaha, semuanya Allah yg buat. Bila kita nafikan apa yg kita buat, akan dtg sifat tawadduk, rendah diri. Dgn sifat ini kerja akan jadi maju dan tersebar. Begitu juga dgn Maulana Yusuf rah., bayan beliau macam sihir, sesiapa yg dengar bayan beliau, rasa macam nak koyak baju, nak korbankan segala harta, masa utk agama. Semua org kata usaha ini jadi maju sebab kehebatan maulana Yusuf rah. Semasa beliau sakit dan dibawa ke hospital, dlm keadaan nazak, beliau telah baca doa yg dibaca oleh nabi s.a.w semasa fatah mekah. Menafikan semua apa yg dibuat, yg buat segala-galanya ialah Allah.

Tuan2 yg telah buat usaha di halaqah/mahalah, ijtimak berlangsung dgn baik/sempurna, kedatangan yg ramai, ini merupakan ijtimak KL yg paling berjaya, tapi jgn lihat kpd kejayaan, bahkan kita kena sentiasa lihat kpd kekurangan. Apa yg kurang dlm tashkil, apa yg kurang dlm ikhtilat. Jika kita sentiasa lihat kpd kekurangan maka akan ada 2 faedah. 1. usaha akan lebih maju  2. akan dtg sifat tawadduk
Jika kita lihat kpd kesempurnaan maka akan dtg sifat kibir. Segala amalan kita tidak akan di terima oleh Allah.

Bila org kata sebab kita usaha maju dan kita nafikan segalanya, yg buat ialah Allah, maka Allah akan matikan dia cepat kerana Allah tidak mahu ada sekutu. Dlm usaha agama, hanya Allah yg buat. Sebab itu, Allah matikan maulana Yusuf dlm usia yg muda. Begitu juga dgn nabi s.a.w. Allah matikan dlm usia yg muda bukan sebab Allah tak suka, tapi sebab Allah nak bagi darjat yg tinggi di syurga.

Sebaliknya, bila org kata sebab dia usaha maju, dan dlm hati dia mengaku yg dia yg buat jadi maju, akan dtg 2 keadaan. 1. Allah akan keluarkan dia dari usaha. 2. Allah akan hilangkan kesan dari semua kerja2 yg dia telah buat. Bayan tak ada kesan. Doa tak ada kesan. Mahabbah/kasih sayang org tak ada atas dia. Sangat penting kena jaga 2 perkara diatas. Apa pun usaha yg kita buat, sentiasa kena nafikan. Allah tak suka kita nisbatkan usaha ini pd sesiapa.

Dlm usaha ini samada kita akan maju ke atas atau jatuh ke bawah. Tidak ada mendatar. Kita kena sentiasa takut pd Allah. Kita kena letak akhirat di depan. Bila satu org jatuh drp usaha ini, kita pun tak tahu hilang kat mana, tak dpt dikesan. Sentiasa kena buat usaha dgn rasa takut. Bila buat dgn takut, Allah akan istiqamahkan kita dlm usaha ini.

Nabi selalu cerita sifat2 terpuji para sahabat. Mengapa? Supaya dtg istiqamah, kasih sayang. Kita juga kena buat usaha dgn kasih sayang. Lihat kebaikan sahabat2 kita. Menghargai usaha sahabat2 kita. Jgn sampai kita buat usaha sehingga dpt satu kedudukan dan kita mula menuntut hak. Kita mula memandang kelemahan org, kita mula marah org. Allah tak suka sifat mcm ni. Jgn tuntut hak kita, sentiasa pandang rendah dan kekurangan diri sendiri dan lihat kelebihan org lain. Maka Allah akan istiqamahkan kita dlm usaha.

Semoga Allah terima pengorbanan dan usaha tuan2. Saya cemburu dgn sifat tawadduk dan akhlak tuan2. Usaha ni bukan sampai takat ni sahaja. Usaha ini sampai hari kiamat. Di akhirat kelak, mujahid2 umat ini akan jadi saksi kpd nabi2 yg terdahulu atas risalah yg disampai. Sampai disitu, barulah usaha ini habis. Semoga Allah terima tuan2 dan Allah pelihara tuan2 drp nazar/kena pandangan buruk/kena mata/ain. 

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir