Posts

Showing posts from September, 2016

Jor karkun 4B & ulamak 2016 - penempatan

Image
jor utk karkun 4B & ulamak yg dah keluar 40H/4B/1thn ada lebih kurang 1200 di seluruh malaysia plan penempatan utk setiap markaz kerja-kerja pemasangan khemah sedang berjalan khemah markaz KL - hanya utk 1000 org ada 3000 karkun 4B di KL baki lagi 2000 diputuskan utk iktikaf di masjid berhampiran halaqah pulau meranti iktikaf di masjid abdul rahman auf bersama 22 halaqah yg lain

mesyuarat malaysia 1997 - maulana yaakob

06/09/97 Maulana memberitahu rata-rata di dunia ini  menyangka kejayaan kehidupan mereka pada harta.  Oleh itu mereka siang malam telah berusaha untuk menambahkan harta.  Mereka telah menggunakan perempuan-perempuan mereka dan anak-anak gadis untuk mengumpulkan harta, dan ada juga yang telah menggunakan kanak-kanak untuk mengumpulkan harta. Semua manusia di seluruh dunia dalam kegelisahan kerana telah meletakkan harta sebagai asas kejayaan dan penyelesaian masalah. Kehidupan manusia sekarang dalam huru-hara, masalah silih berganti,  kerosakan demi kerosakan telah berlaku.  Penipuan dan pembohongan berlaku di mana-mana, rasuah, pencurian, penzinaan, pembunuhan dan berbagai kerosakan telah berlaku.  Kesemua ini disebabkan manusia menumpu kehidupan untuk mendapatkan harta. Untuk membaiki keadaan tersebut manusia perlu dibawa keyakinan yang betul, iaitu kejayaan bukan pada harta tetapi kejayaan atau kegagalan di tangan Allah s.w.t.  Qaru...

mesyuarat malaysia 1997 - maulana ahmad lat

08/09/97 Untuk tarbiyah manusia Allah s.w.t telah datangkan para ambiya a.s dan rasul. Baginda Rasulullah s.a.w adalah nabi akhir zaman dan selepas Baginda, Allah s.w.t telah tanggungjawabkan kerja dakwah kepada ummatnya. Semua nabi diberi dua senjata iaitu dakwah dan doa yang mustajab. Semua ambiya a.s selain dari Rasulullah s.a.w telah menggunakan doa mustajab mereka, tetapi Rasulullah s.a.w belum menggunakan doanya kerana kerja kenabiannya belum disempurnakan selepas kemangkatannya dan akan diteruskan oleh ummatnya. Senjata doa Nabi s.a.w yang mustajab akan digunakan oleh Baginda pada hari mahsyar nanti. Pada hari mahsyar nanti, keseluruhan manusia akan dikumpulkan di  padang  mahsyar yang penuh dengan kesengsaraan sehingga manusia akan berlari-lari berjumpa nabi demi nabi, dari nabi Adam a.s hingga nabi Muhammad s.a.w meminta hisab dipercepatkan. Baginda ketika itu telah sujud memuji-muji Allah s.w.t dengan menggunakan perkataan-perkataan yang belum pernah diper...

mesyuarat malaysia 1997 - maulana saad

Pesanan Maulana Saad -  09/09/97 -  3.00 p.m Asas kerja ini berkembang bergantung kepada sifat taat.  Sejauh mana kita taat, kita akan dapat bantuan Allah s.w.t.  Sesuatu perkara perlu kita tanya dahulu baru kita amal.    Itu tanda sifat taat.    Tetapi jika buat dahulu perkara yang difikir ada faedah itu bukan taat.   Jika kita amal apa yang disuruh, amal-amal itu akan menjadi pembuka jalan.  Sebelum kita buat sepatutnya kita tanya dengan elders.  Biasanya semangat yang menggerakkan kita tetapi kadang-kadang semangat itu tidak betul. Jika kita dapat melaksanakan sesuatu takazah tetapi ada kecacatan,  Allah s.w.t akan memaafkan, sebagai contoh seorang sahabat iaitu Huzaifah r.a telah menunaikan satu takazah yang diminta oleh Rasulullah s.a.w iaitu mengintip tentera musuh di waktu malam gelap.  Apabila sampai ke tempat musuh Huzaifah r.a berpeluang membunuh ketua musuh dan dia telah mengeluarkan anak pan...

mesyuarat malaysia 1997 - maulana ibrahim

07/09/97 Allah s.w.t menjadikan manusia sebagai Ashraful Makhlukat dan tidak membiarkan begitu sahaja sebaliknya Allah telah lantik manusia sebagai khalifahNya di muka bumi ini. Untuk memimpin manusia ke jalan kehidupan sebenar, Allah s.w.t telah turunkan agama yang sempurna. Apakah agama dan bagaimana ia datang dalam kehidupan manusia dan apakah kesannya? Apakah agama : Agama ialah apa yang dibawa oleh Baginda Rasulullah s.a.w. Agama bukan beberapa amalan, tetapi kesempurnaan amalan iaitu merangkumi akidah,ibadat, mua’malat, mua’syarat dan akhlak. Bagaimana agama datang dalam kehidupan : Agama akan datang dalam kehidupan apabila manusia membuat usaha ke atasnya.  Dalam menjalani kehidupan ini manusia perlu belajar bagaimana hendak mengamalkan agama. Apabila kehidupan manusia ada agama maka semua pihak akan faham tanggungjawab mereka.  Seorang bapa akan faham tanggungjawab apabila ia ada agama, seorang isteri akan faham tanggungjawabnya begitu juga seorang ...

mesyuarat malaysia 1997 - maulana ibrahim

09/09/97 Allah s.w.t menjadikan manusia sebagai ciptaan Allah s.w.t yang paling mulia. Kehidupan manusia di dunia adalah sementara, tetapi dalam masa kehidupan sementara inilah yang menentukan kejayaan dalam kehidupan akhirat. Samada kubur seseorang itu menjadi taman syurga atau lubang neraka, samada ia dapat melintas titian sirat, samada mendapat buku catatan amal dengan tangan kanan dan samada dimasukkan ke syurga atau neraka. Semuanya akan ditentukan dalam kehidupan di dunia yang sementara ini. Semua makhluk-makhluk Allah menghabiskan masa kehidupan tersebut termasuk binatang, burung dan lain-lain makhluk Allah. Bagi makhluk-makhluk ini kehidupan mereka dihisab berbeza  dengan manusia. Oleh kerana manusia adalah  ashraful makhlukat  dan melaksanakan kerja naib-nabi maka kehidupan di dunia ini akan diperkira oleh Allah s.w.t. Allah s.w.t adalah  khaliq , Allah s.w.t telah turunkan agama yang sempurna melalui nabi-nabiNya. Dalam Al-Quran, Allah s.w.t me...

mesyuarat malaysia 1997 - maulana ibrahim

09/09/97 Maulana memberitahu dalam membuat usaha dakwah kita  cuba  hidupkan 3 perkara dalam kehidupan kita iaitu :       1.   Berusaha bagaimana  dapat mengamalkan agama  yang sempurna dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. 2.   Berusaha meningkatkan iman, ibadat, mua’malat, saksiah dan akhlak dalam setiap kehidupan. 3.   Cinta untuk ummat bertambah, cinta mematuhi hukum-hakam dan perintah Allah s.w.t  bertambah, seterusnya kebesaran dan kepentingan akhirat datang dalam kehidupan. Maulana memberitahu bahawa Baginda s.a.w pernah bersabda  maksudnya bahawa usaha hidayat yang di anugerahkan kepada manusia adalah ibarat kepentingan air kepada manusia.     Apabila usaha atas iman dibuat, maka iman akan meningkat dan cinta pada iman akan bertambah.  Baginda s.a.w adalah seorang yang berlemah-lembut.  Oleh itu ramai yang suka mendampingi Baginda s.a.w.  Suatu ketika sahabat menjemput Bag...

mesyuarat malaysia 1997 - maulana zubir

Bayan Nasihat : 09/09/97 Maulana mendoakan semoga kedatangan karkun lama dari  Malaysia  ke Nizamuddin diterima oleh Allah s.w.t dan menjadi asbab hidayat seluruh dunia dan seluruh alam.  Nikmat usaha agama adalah satu nikmat yang sangat besar.  Melalui usaha ini kita akan mendapat keselamatan dan kejayaan dunia dan akhirat. Maulana menasihatkan bahawa kita perlu melaksanakan tertib usul kerja ini dahulu sebelum menyampaikan kepada orang lain.  Seterusnya beliau menasihatkan bahawa kita perlu membuat kerja dengan satu hati.  Sejauh mana penyatuan hati sejauh itu Allah s.w.t akan buka  khair  dan rahmat.  Dalam membuat kerja ini, kita perlu khidmat rakan-rakan kita dan sentiasa meletakkan rakan-rakan kita lebih baik daripada kita.  Orang yang membuat usaha agama  akan diuji oleh Allah s.w.t.  Jika kita sabar, Allah s.w.t akan suka.  Kita perlu serahkan semua hal kita dengan mesyuarat. Maulana juga menasih...

mesyuarat malaysia 1997 - maulana mustaqim

06/09/97 Maulana menjelaskan kita bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dihubungkan dengan usaha suci murni ini. Jika kita dapat menyempurnakan hak kerja ini pasti sekali lagi Allah s.w.t akan menyebarkan hidayahnya di seluruh dunia seluruh alam. Sesungguhnya Allah s.w.t yang membuat pilihan siapa yang dipilih untuk membuat usaha agama. Sebagaimana Allah memilih para nabi dan ambia. Allah s.w.t menurunkan agama yang sempurna adalah untuk menafaat insan. Cara bagaimana untuk membuat usaha juga Allah telah tunjukkan. Semua tertib dan usul datang daripada Allah dan bukan ciptaan manusia atau cadangan manusia. Sesungguhnya Allah s.w.t dengan kudratNya mengambil usaha dari seseorang manusia. Sebagai contoh bagaimana Allah mengambil usaha dari Baginda Rasulullah s.a.w. Rasulullah sebelum dapat kerja kenabian tidak pernah menyembah berhala. Baginda dipanggil Al-Amin iaitu manusia yang paling dipercayai di Mekah, sehingga Baginda dipilih meletakkan batu Hajar Aswad. Kemudian Allah s.w.t ...

mesyuarat malaysia 1997 - maulana daud

09/09/97 Allah s.w.t menjadikan lelaki dan wanita untuk mengamalkan agama.  Satu orang atau 50 orang jika ada dalam sesuatu tempat ia perlu amalkan agama.  Ini semua kerana semua kita akan mengalami kematian. Maulana Daud menceritakan bagaimana kisah kerja masturat di Nizamuddin.  Kerja ini bermula apabila seorang perempuan di New Delhi telah mengesyorkan kepada Maulana Daud bahawa Maulana Ilyas telah menghantar jemaah lelaki mengapa jemaah masturat tidak dikeluarkan ke jalan Allah.  Terdapat 7 dan 6 pasang masturat telah sedia untuk  keluar ke jalan Allah s.w.t.  Maulana Ilyas telah meminta Maulana Daud bertanya 3 orang syura Nizamuddin iaitu Maulana Yusuf, Innamul Hassan dan Kadhi Daud akan pendapat mereka yang Maulana Ilyas akan mengeluarkan jemaah masturat.  Kesemua mereka tidak bersetuju.  Hadzratji Maulana Ilyas rah. telah pergi ke tempat jemaah yang dibentuk bersama Maulana Nor Mohammad dan memberi targhib kepada jemaah.  Jemaa...

mesyuarat malaysia 1997 - meiji mehrab

08/09/97 Semua manusia akan melalui 3 ketetapan : 1.  Kematian 2.  Selepas kematian , kedudukan, pangkat, kuasa, harta tidak akan dibawa 3.   Hanya amalan sahaja yang akan dibawa selepas kematian Allah s.w.t telah melantik 124,000 nabi untuk memimpin manusia menjalani kehidupannya sebelum kematian. Sekarang semua nabi-nabi itu telah tiada lagi di dunia ini. Jutaan manusia yang mendokong perintah Allah dan melanggari telah mengalami kematian. Selepas kematian  manusia tidak akan membawa harta, kedudukan, pangkat tetapi hanya membawa amalan mereka sama ada  yang baik atau yang buruk. Manusia tidak boleh membuat pilihan untuk membawa amalan yang baik sahaja. Terdapat tiga lagi ketetapan yang semua manusia pasti melaluinya. Ketetapan ini semuanya Allah telah nyatakan di dalam Zabur, Taurat, Injil dan Quran. 1.  Apabila manusia telah mati dan pergi ke alam akhirat, kematian tidak akan datang lagi  2.   Apabila manusia telah me...