mesyuarat malaysia 1997 - maulana zubir

Bayan Nasihat : 09/09/97

Maulana mendoakan semoga kedatangan karkun lama dari Malaysia ke Nizamuddin diterima oleh Allah s.w.t dan menjadi asbab hidayat seluruh dunia dan seluruh alam.  Nikmat usaha agama adalah satu nikmat yang sangat besar.  Melalui usaha ini kita akan mendapat keselamatan dan kejayaan dunia dan akhirat.

Maulana menasihatkan bahawa kita perlu melaksanakan tertib usul kerja ini dahulu sebelum menyampaikan kepada orang lain.  Seterusnya beliau menasihatkan bahawa kita perlu membuat kerja dengan satu hati.  Sejauh mana penyatuan hati sejauh itu Allah s.w.t akan buka khair dan rahmat. 

Dalam membuat kerja ini, kita perlu khidmat rakan-rakan kita dan sentiasa meletakkan rakan-rakan kita lebih baik daripada kita.  Orang yang membuat usaha agama  akan diuji oleh Allah s.w.t.  Jika kita sabar, Allah s.w.t akan suka.  Kita perlu serahkan semua hal kita dengan mesyuarat.

Maulana juga menasihatkan  kita supaya sentiasa menjaga amalam infradi.  Sejauh mana amalan ini kita jaga ia akan mewujudkan roh dalam amal ijtima’i. Setiap amalan perlu dibuat dengan usul yang betul.   Usul yang terbesar ialah penyatuan hati. Sifat ini akan datang apabila kita anggap kita rendah dan lemah. 

Dalam membuat usaha perlu sentiasa tawajjuh kepada Allah s.w.t. Seterusnya kita perlu sentiasa berdoa supaya Allah s.w.t ambil kerja dari kita.

Semua perkara yang datang perlu  diterima dengan tabah hati dan sabar.  Dengan ini Allah s.w.t  akan buka pintu rahmat dan hidayat, bukan sahaja kepada kita tetapi seluruh dunia seluruh alam.  Kita perlu sentiasa bangun malam dan meminta bantuan dari Allah.s.w.t. 

Yang mengendalikan urusan kita dan usaha kita ialah Allah s.w.t dan kita sangat bersyukur Allah s.w.t kaitkan diri kita dalam usaha ini, seterusnya janganlah kita melakukan perkara perkara yang menimbulkan kemurkaan Allah s.w.t,  takut-takut kalau Allah s.w.t singkirkan kita dari kerja ini.  Jangan kerana kerosakan amal kita akan merosakkan kerja ini.

Dalam membuat kerja ini kita perlu buat dengan sungguh-sungguh dan meminta semuanya dari Allah s.w.t.  Jika kita buat sedemikian pasti bantuan Allah s.w.t akan datang kepada kita.  Jika kita tidak bertawajjuh dengan Allah s.w.t. Allah s.w.t juga mungkin tidak mempedulikan kita.  

Masa untuk membuat kerja terhad iaitu sampai mati.  Segala hasil kerja manusia akan dibentangkan kepadanya selepas maut.  Maulana mendoakan semoga Allah s.w.t terima kita dalam kerja ini.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir