mesyuarat malaysia 1997 - maulana mustaqim

06/09/97

Maulana menjelaskan kita bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dihubungkan dengan usaha suci murni ini. Jika kita dapat menyempurnakan hak kerja ini pasti sekali lagi Allah s.w.t akan menyebarkan hidayahnya di seluruh dunia seluruh alam. Sesungguhnya Allah s.w.t yang membuat pilihan siapa yang dipilih untuk membuat usaha agama. Sebagaimana Allah memilih para nabi dan ambia.

Allah s.w.t menurunkan agama yang sempurna adalah untuk menafaat insan. Cara bagaimana untuk membuat usaha juga Allah telah tunjukkan. Semua tertib dan usul datang daripada Allah dan bukan ciptaan manusia atau cadangan manusia. Sesungguhnya Allah s.w.t dengan kudratNya mengambil usaha dari seseorang manusia. Sebagai contoh bagaimana Allah mengambil usaha dari Baginda Rasulullah s.a.w. Rasulullah sebelum dapat kerja kenabian tidak pernah menyembah berhala. Baginda dipanggil Al-Amin iaitu manusia yang paling dipercayai di Mekah, sehingga Baginda dipilih meletakkan batu Hajar Aswad. Kemudian Allah s.w.t telah gerakkan hati Baginda bertafakur dengan Allah di Gua Hiraq. Dalam gua, Hadzrat Jibrail a.s telah datang berjumpa dengan Baginda yang memeluk Baginda dengan kuat dan meminta Baginda membaca surah Iqrak, tetapi Baginda  menyatakan Baginda tidak boleh membaca. Jibrail a.s telah mengulangi sebanyak 3 kali dan dengan kudrat Allah barulah Baginda s.a.w dapat membaca surah itu.

Dalam membuat usaha agama jangan lihat kebolehan dan kepandaian kita, tetapi lihatlah kudrat Allah s.w.t yang berkuasa di atas segala-galanya.  Sebagaimana contoh yang ditunjukkan daripada perihal Baginda Rasulullah s.a.w, walaupun Baginda seorang ummi, tetapi apabila Allah s.w.t telah membuat keputusan hendak mengambil usaha agama dari Baginda maka walaupun Baginda seorang yang ummi Allah s.w.t sendiri yang menjadi pembimbing Rasulullah s.a.w.

Apabila Baginda turun dari gua Hiraq, Baginda berasa bimbang bagaimana hendak membuat kerja berjumpa kaumnya, bagaimana hendak membawa seluruh hati penduduk Mekah tunduk kepada Allah, sehingga Baginda demam apabila sampai ke rumahnya dan meminta isterinya menyelimuti tubuh badannya.  Baginda telah dipujuk oleh isterinya Saidatina Khadijah dan memberi kata-kata semangat.  Bahawa Baginda adalah seorang yang telah banyak memberi khidmat kepada penduduk Mekah, membantu fakir miskin, janda-janda, selalu memegang amanat, takkan kaumnya akan menolak Baginda.  Seterusnya isterinya membawa Baginda berjumpa bapa saudaranya iaitu Warakah bin Naufal.  Sepupunya menyatakan alangkah bahagianya sekiranya beliau berada di  saat Baginda di halau keluar oleh orang-orang Mekah.  Kebimbangan Nabi telah bertambah.

Nabi telah membuat usaha seorang diri.  Berbagai rintangan telah diterima oleh Baginda. Sebelum usaha Nabi, tawajjuh sahabat-sahabat Nabi kepada makhluk bukan pada Allah, sama keadaan kita sebelum kita buat dakwah tabligh, tetapi sehingga sekarang pun yakin kita pada makhluk masih belum dapat dikikis pada hati.  Sahabat-sahabat Nabi seperti Bilal dalam keadaan di heret di atas bara api, di hati beliau keluar Allah Yang Esa, Allah Yang Esa.  Dengan keadaan ini Allah campak iman dalam hati mereka.

Satu cara untuk selesaikan masalah ialah melalui sembahyang, tetapi sembahyang kita hari ini masih tidak betul bagaimana hendak mendapat bantuan Allah.  Kita yang membuat usaha masih melihat keburukan orang lain.

Baginda membuat usaha jumpa orang dan sediakan orang untuk buat usaha.  Selama 13 tahun Baginda membuat usaha di Mekah, segala bentuk penderitaan dialami oleh Baginda.  Segala bentuk kesusahan itu adalah merupakan taskiah kepada sahabat.

Setiap musim haji Baginda dakwah kabilah-kabilah yang datang.  Abu Jahal akan sentiasa membuat gangguan apabila Nabi buat dakwah.  Beliau beritahu orang yang dijumpai Nabi bahawa Nabi adalah anak saudaranya, beliau mengetahui ehwal Nabi dan menuduh Nabi majnun dan sebagainya.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir