mesyuarat malaysia 1997 - maulana ibrahim
09/09/97
Maulana memberitahu dalam membuat usaha dakwah kita cuba hidupkan 3 perkara dalam kehidupan kita iaitu :
1. Berusaha bagaimana dapat mengamalkan agama yang sempurna dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
2. Berusaha meningkatkan iman, ibadat, mua’malat, saksiah dan akhlak dalam setiap kehidupan.
3. Cinta untuk ummat bertambah, cinta mematuhi hukum-hakam dan perintah Allah s.w.t bertambah, seterusnya kebesaran dan kepentingan akhirat datang dalam kehidupan.
Maulana memberitahu bahawa Baginda s.a.w pernah bersabda maksudnya bahawa usaha hidayat yang di anugerahkan kepada manusia adalah ibarat kepentingan air kepada manusia.
Apabila usaha atas iman dibuat, maka iman akan meningkat dan cinta pada iman akan bertambah. Baginda s.a.w adalah seorang yang berlemah-lembut. Oleh itu ramai yang suka mendampingi Baginda s.a.w. Suatu ketika sahabat menjemput Baginda s.a.w makan tengah hari di rumahnya, tetapi Baginda s.a.w menyatakan bahawa Baginda ingin membawa isterinya Hadzrat Aishah r.a bersama. Pelawaan itu diulangi oleh sahabat tadi sebanyak 3 kali dan Rasulullah s.a.w sedikit pun tidak marah. Kelemah-lembutan Baginda s.a.w adalah hasil rahmat Allah s.w.t.
Pengajaran :
Sikap lemah lembut sangat penting dalam membuat usaha agama, dengan lemah lembut orang akan mendampingi kita dan dengan itu ia akan taat. Sejauh mana ketaatan seseorang itu sejauh itulah hidayat akan wujud dalam diri seseorang.
Maulana seterusnya memberitahu bahawa dalam membuat usaha dakwah jangan tekankan usul. Usul-usul diadakan sebenarnya adalah untuk memudahkan usaha dakwah dan adalah untuk memudahkan kepada karkun melaksanakannya. Hadrat Muaz bin Jabal adalah Mufti dan Imam Masjid Nabawi, sahabat mengadu kepada Rasulullah s.a.w bahawa Muaz membaca Al-Quran yang panjang dalam sembahyangnya dan Rasulullah s.a.w menegur Hadrat Muaz adakah melalui pembacaannya yang panjang dalam solat subuh untuk pecah belah.
Usaha sekarang telah berkembang, oleh itu kita memerlukan rakan yang ramai. Seterusnya kita perlu sentiasa bermesyuarat. Dengan kasih sayang orang akan datang kepada kita dan sanggup melapangkan masa bagi membuat usaha agama. Mesyuarat akan mendatangkan kasih sayang, mesyuarat akan dapat menghasilkan penyatuan hati dan kasih sayang. Allah s.w.t perintahkan Baginda s.a.w bermesyuarat dengan rakan-rakan. Bermesyuarat adalah sunnah Rasulullah s.a.w. Berdasarkan mesyuarat Rasulullah s.a.w dengan sahabat banyak wahyu-wahyu baru diturunkan oleh Allah s.w.t.
Disamping itu sahabat-sahabat mempunyai sifat taat. Ketaatan datang dengan mengenepikan pandangan sendiri dan menerima keputusan yang diambil. Musibah kaum Nabi Nuh a.s kerana satu golongan dari kaum itu berdegil dengan satu keputusan yang dicapai oleh Nabi Nuh a.s. Jika manusia tidak taat, maka nafsunya akan membinasakan diri sendiri. Sangka buruk berlaku dan keaiban terdedah, dengan ini pecah belah berlaku.
Maulana Ilyas memberitahu, ‘Usaha ini ialah jual beli kebaikan’.
Seterusnya dalam membuat usaha agama pengorbanan perlu ditambah dan membuat usaha secara ummumiyat. Dalam membuat usaha jemaah masjid libatkan kerja karkun dengan mesyuarat. Dalam mesyuarat perlu diambil fikir ahli mesyuarat apa kerja yang perlu dibuat, siapa yang perlu diziarahi di marhallah kita . Dengan mesyuarat juga ramai orang berbagai golongan di masjid itu dapat dijumpai. Apabila berjumpa orang tempatan perlu membuat dengan niat yang besar, bagaimana jemaah 4 bulan ke negara jauh dapat dikeluarkan dari masjid. Melalui mesyuarat bagaimana membangunkan orang baru supaya mereka dapat membuat usaha agama dengan cara yang betul.
Terdapat 3 perkara penting yang perlu dibuat semasa keluar ke jalan Allah s.w.t.
1. Buat usaha atas diri - usahakan amal infradi dan ijtima’i.
2. Keluarkan jemaah tunai, usahakan orang tempatan supaya mempunyai niat yang sama dengan jemaah kita bagaimana jemaah tunai dihasilkan.
3. Memahamkan usaha tempatan kepada jemaah masjid supaya membuat 5 amal masjid. Jika Jemaah Masjid telah wujud perkukuhkan dan apabila belum wujud bagaimana dapat diwujudkan.
Semasa keluar ke jalan Allah jangan israf dan boros dan jangan menggunakan barang tanpa izin. Seterusnya kita perlu banyakkan masa untuk dakwah, ta’alim-ta’alum, zikir, ibadat dan khidmat.
Bayan perlu dikawal, jangan bayan mengikut semangat. Cakap dalam lingkungan 6 prinsip. Bayan tekankan iman, yakin dan pengorbanan. Perlu faham tahap pemikiran pendengar dan bercakap dengan gaya lemah lembut. Beritahu kisah-kisah benar para ambiya a.s yang diceritakan oleh Allah s.w.t dalam Al-Quran. Kisah-kisah pengorbanan sahabat boleh juga diceritakan. Bagaimana mereka membuat usaha agama bergerak seluruh dunia dan seluruh alam. Bercakap dengan ikhlas dan seterusnya tashkil 4 bulan, 40 hari. Tashkil jemaah tunai dan jika sedia bentuk jemaah usuli.
Comments
Post a Comment