mesyuarat malaysia 1997 - maulana ahmad lat
08/09/97
Untuk tarbiyah manusia Allah s.w.t telah datangkan para ambiya a.s dan rasul. Baginda Rasulullah s.a.w adalah nabi akhir zaman dan selepas Baginda, Allah s.w.t telah tanggungjawabkan kerja dakwah kepada ummatnya. Semua nabi diberi dua senjata iaitu dakwah dan doa yang mustajab. Semua ambiya a.s selain dari Rasulullah s.a.w telah menggunakan doa mustajab mereka, tetapi Rasulullah s.a.w belum menggunakan doanya kerana kerja kenabiannya belum disempurnakan selepas kemangkatannya dan akan diteruskan oleh ummatnya. Senjata doa Nabi s.a.w yang mustajab akan digunakan oleh Baginda pada hari mahsyar nanti.
Pada hari mahsyar nanti, keseluruhan manusia akan dikumpulkan di padang mahsyar yang penuh dengan kesengsaraan sehingga manusia akan berlari-lari berjumpa nabi demi nabi, dari nabi Adam a.s hingga nabi Muhammad s.a.w meminta hisab dipercepatkan. Baginda ketika itu telah sujud memuji-muji Allah s.w.t dengan menggunakan perkataan-perkataan yang belum pernah dipersembahkan oleh manusia untuk memuji Allah s.w.t di mana pujian-pujian itu Allah sendiri yang ajar Baginda sehingga kemurkaan Allah s.w.t telah reda dan meminta Nabi s.a.w mendongak kepada Allah dan menanyakan apa yang beliau minta lantas Rasulullah s.a.w memohon hisab dipercepatkan dan Rasulullah s.a.w telah menggunakan senjata doa untuk meminta doa keampunan ke atas ummatnya sehingga Allah s.w.t menerima doa Baginda dan mengampunkan ramai ummat Rasulullah s.a.w dan ramai yang berbondong-bondong memasuki syurga.
Maulana memberi tamsil bahawa kita yang membuat kerja agama ini perlu seperti perahu dalam ombak, di mana ianya perlu dikendalikan dengan sempurna supaya tidak karam.
Usaha agama sekarang kemurniaannya tetap sama seperti yang dibuat manusia kurun pertama (sahabat). Jika ia dibuat dengan teratur dan rapi pasti ia akan dapat menarik pertolongan Allah s.w.t. Masalahnya sekarang, kita yang melakukan usaha. Dalam usaha ini, Allah s.w.t sembunyikan berjuta-juta hidayat, berjuta-juta syurga untuk orang-orang yang kufur sebelum ini.
Hadzratji Maulana Inamul Hasan rah. menyatakan usaha ini bergerak dan berjalan semata-mata dengan kudrat Allah s.w.t. Maulana memberi tamsil bahawa apabila seseorang itu meganggap usaha agama berjalan hasil usaha seseorang itu ia diibaratkan seperti seekor anjing betina yang berjalan di bawah kereta lembu yang ditarik oleh lembu pada musim panas terik. Di mana apabila lembu itu menarik kereta lembu berkenaan maka anjing itu ikut berjalan. Sang anjing menganggap bahawa ia yang menarik kereta berkenaan.
Sesungguhnya kita telah diberi tanggungjawab untuk membuat usaha agama di seluruh dunia seluruh alam. Di samping itu usaha perlu juga dibuat bagi menjaga amalan infradi seperti menjaga gasht pertama, gasht kedua, tertib keluar 3 hari setiap bulan. Disamping itu, sikap ikram, rendah diri dan ikhlas perlu ditambah. Jika perkara ini tidak dijagai maka usaha dakwah seseorang itu akan cacat. Untuk mengatasi perkara ini, perlulah karkun-karkun selalu datang ke Nizamuddin supaya faham mizaj orang-orang tua di Nizamuddin.
Sesungguhnya dalam membuat usaha agama ia memerlukan mizaj (pendekatan) rasul-rasul a.s. Apa dia mizaj para ambiya :
1. Usul ialah untuk diri kita sendiri
2. Untuk orang lain, beri kemudahan dan kelonggaran
Dalam usaha dakwah ini jika perbalahan adalah disebabkan kita dan kawan-kawan kita lari dari usaha ini, kita adalah orang yang paling buruk nasibnya di dunia ini.
Orang yang berjaya dalam usaha ini ialah orang yang membuat usaha yang sentiasa berniat mengislahkan diri. Dengan cara ini kita akan dapat berbagai menafaat. Elakkan diri kita dari menjadi pakar rujuk dalam usaha dakwah, kerana jika tidak dijaga, sifat keakuan akan wujud. Oleh itu perlu sentiasa muhasabah diri supaya sifat rendah diri dan taqwa akan wujud. Takazah terbesar kita sekarang ialah penyatuan hati.
Maksud usaha ini ialah menghidupkan keseluruhan cara hidup Baginda Rasulullah s.a.w dalam kehidupan manusia. Dalam membuat kerja ini amal buruk yang bersarang di hati kita perlu dikikis. Kita perlu takut apa yang akan berlaku pada diri kita pada hari kebangkitan. Kita juga perlu sentiasa menangis tidak dapat menunaikan hak kerja ini. Perlu wujudkan kasih sayang antara satu sama lain dan penyatuan hati. Bantuan Allah s.w.t akan datang apabila kita buat usaha dengan satu hati dan kasih sayang. Dalam membuat kerja ini kita perlu fikir alami, di samping itu kita jangan lupa diri kita sendiri.
Hadzratji menyatakan, saya takut orang yang tidak buat kerja menganggap dia telah buat kerja. Jika dia tidak usaha 6 prinsip pada dirinya, selagi itu dia belum lagi buat kerja dakwah. Jika seseorang itu usianya sama dengan umur dunia dan dia membuat usaha untuk menanamkan 6 prinsip maka keyakinannya tidak akan mencapai keyakinan yang dicapai oleh Baginda s.a.w.
Semasa kita berada di masjid Banglawali kita perlu usahakan 3 perkara :
1. Fikir macam mana agama dapat diamalkan dalam setiap diri orang mukmin
2. Banyak duduk dalam amalan masjid
3. Bawa fikir yang ada kepada masjid kita.
Comments
Post a Comment