Malfuzat Maulana Ilyas
1. Manusia
hidup di atas bumi utk jangkamasa yg singkat sahaja dan kehidupan di bawah bumi
adalah kehidupan yg panjang. Ada
banyak manzil yg perlu dilalui. Selepas mati, dlm kubur hingga ke tiupan sangka
kala yg pertama. Selepas tu hingga sangka kala yg kedua. Selepas itu di padang mahsyar selama
beribu-ribu thn. Kemudian kita akan dihantar ke alamat yg telah diputuskan.
Pendek kata, setelah habis jangka masa di dunia setiap manzil selepasnya adalah
beratus-ratus kali ganda lebih panjang. Masih juga betapa besar kelalaian
manusia yg mana dia tidak buat persiapan utk manzi-manzil yg lain.
2. Iman adalah
satu perasaan yg mana hamba-hamba merasai kesenangan dan kegembiraan atas
perkara-perkara yg mana Allah dan Rasul s.a.w rasa senang dan gembira. Rasa
sedih dan sakit atas perkara yg menyedihkan dan menyakiti Allah dan Rasul
s.a.w. Begitulah Allah dan Rasul s.a.w merasai sakit kerana syirik, kufur dan
juga maksiat. Oleh itu, harus kita rasa sedih dan sakit kerana melihat maksiat.
3. Kedudukan
fardu adalah terlalu tinggi drp sunat. Bahkan harus kita faham bahawa tujuan
sunat adalah utk kesempurnaan fardu yg digantikan dgnnya apabila didapati
kekurangan di dlmnya. Kesimpulannya fardu adalah perkara yg asli dan merupakan
matlamat. Amalan sunat adalah dibawahnya dan juga utk mengelokkannya. Tetapi
keadaan sesetengah manusia ialah mereka lalai drp amalan-amalan fardu dan
sebaliknya memberi keutamaan dan kesibukan di dlm amalan-amalan sunat.
Misalnya, dakwah ilal khair, amar bil makruf dan nahi anil mungkar adalah fardu
tetapi berapa ramaikah org dpt menunaikannya?
4. Perjalanan
dakwah & tabligh ini mempunyai keistimewaan yg ada dlm perjalanan
ghazwah/jihad dan harapan utk balasan juga sedemikian. Walaupun ia bukanlah
qital/perang tetapi betul-betul satu bahagian dari jihad. Dari beberapa segi ia
adalah rendah dari jihad qital tetapi dari beberapa segi yg lain adalah lebih
tinggi dari jihad qital. Dlm jihad qital ada juga bentuk kebencian dan
kemarahan dilaksanakan dgn pembunuhan tetapi perjalanan dakwah dan tabligh
hanya menelan kemarahan sahaja dan pujuk rayu manusia dan menghinakan diri
kerana agamaNya.
5. Masjid-masjid
adalah merupakan anak-anak bagi masjid nabawi. Oleh itu harus diadakan
kerja-kerja yg telah berjalan di dalam masjid Baginda s.a.w. Di dalam masjid
nabawi telah diadakan kerja taklim dan tarbiyah di samping solat. Semua
kerja-kerja yg berkaitan dengan dakwah juga telah berjalan daripada masjid
sahaja. Perwakilan untuk mengajar dan mentablighkan agama juga telah diutuskan
daripada masjid. Kita berkeinginan supaya di dalam masjid-masjid kita juga
diadakan kerja sedemikian rupa.
6. Jika usaha
dakwah tidak diterima di mana-mana tempat bahkan sebaliknya mereka dicaci atau
difitnah maka janganlah putus harapan. Pada ketika yg sedemikian kena ingat
bahawa ini adalah sunnah dan pusaka nabi-nabi dan nabi s.a.w. Tidak setiap org
bernasib baik utk dihinakan di jln Allah
7. Jgn
sekali-kali minta bala dan musibah dari Allah semasa berada di jln Allah tetapi
jika Allah hantar musibah maka harus difahami bahawa ini adalah rahmat, asbab
kifarah dosa dan ketinggian darjat. Musibah yg sedemikian di jln Allah adalah
merupakan makanan yg khas bagi ambiya a.s, siddiqin dan muqarabin.
Comments
Post a Comment