Malfuzat Maulana Yusuf

Setiap zaman, ambiya a.s diutuskan utk menentang setiap bentuk kekufuran. Mereka berkata, "kejayaan kita tidak ada hubungan dgn kebendaan, melainkan berhubung langsung dgn Allah. Apabila amalan kita betul, walaupun kita dlm keadaan lemah maka pasti kita akan dpt kejayaan. Sebaliknya apabila amalan kita rosak, maka Allah menzahirkan kekuasaanNya melalui kekuatan-kekuatan yg besar." Utk mencapai kejayaan, kita perlu membetulkan amalan.

Rasulullah s.a.w diutuskan utk menghapuskan semua kekufuran dlm pemerintahan, harta benda, pertanian dan sebagainya. Nabi s.a.w bukan berusaha atas perkara tersebut malah bermujahadah dan berkorban. Perkara batil tersebar dgn segala asbab kesenangan sedangkan perkara yg hak tersebar dgn segala kesusahan dan penderitaan. Perkara batil tegak dgn kekuasaan dan kebendaan sedangkan yg hak tertegak dgn kesusahan dan kemiskinan.

Dgn sebab kerja dakwah ini, sekarang wujud sedikit kesanggupan utk bermujahadah dan berkorban. Yg sangat dikhuatiri dlm usaha ini ialah mencampurkan yg hak dgn yg batil. Apabila ini terjadi maka ruh kerja ini akan keluar. Utk memelihara kerja ini maka setiap pendakwah harus berusaha mengorbankan segala kesenangannya dan membiasakan diri utk hidup bermujahadah, hidup sederhana sedikit demi sedikit. Apabila khuruj maka keluar dgn jemaah jln kaki.

Utk menguatkan kerja dakwah ini, cara adat, suratkhabar, majalah, radio dan TV sangat dilarang dan harus ditinggalkan kerana cara-cara tersebut tidak mendatangkan taqwa. Cara kerja yg benar ialah jaulah, taklim, tashkil dan sebagainya. Apabila perlu mesyuarat maka jemput rakan-rakan seusaha utk mesyuarat. Mereka yg tidak bergiat dlm amalan ummumi hendaknya tidak dilibatkan dlm mesyuarat.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir