Malfuzat Maulana Ilyas

1. Orang-orang Islam terlalu lalai daripada doa dan mereka yg berdoa juga tidak mengetahui hakikat doa. Hakikat doa adalah mengemukakan hajat-hajat sendiri kepada Tuhan yang Maha Tinggi. Oleh kerana Tuhan itu maha Tinggi, maka doa kepadaNya pun harus dibuat dgn sepenuh perhatian dan perkataan-perkataan doa juga harus diucap dgn perasaan yang lemah dan tidak berupaya mengenai diri sendiri serta tangisan dan juga harus berdoa dgn yakin bahawa ianya pasti akan dikabulkan kerana yg diminta adalah Tuhan yg Maha Karim dan bermurah hati dan Rahim terhadap hamba-hambaNya. Kesemua khazanah dibumi dan dilangit adalah di dalam KudratNya.

2. Tuntutan ilmu yg paling awal dan paling penting ialah dengan ilmu manusia akan menghisab kehidupannya sendiri agar memahami apakah kewajipannya dan apakah kelemahannya dan akan memikirkan bagaimanakah boleh mengislah kelemahannya itu. Sebaliknya jika dia menghisab kehidupan org lain dan mencari serta menghitung kelemahan org lain maka ini adalah takabbur dan sombong ilmu yg merupakan pembinasaan bagi pemikul ilmu itu.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir