Malfuzat Maulana Inamul Hasan
1. Awal dan
akhir manusia ialah debu. Bukan sahaja manusia malah segala benda dtg dari debu
dan akan berkumpul semula dengannya. Inilah hakikat dunia. Inilah keadaan
manusia bahawa di dlm tempoh yg singkat di antaranya dia diberikan harta dan
kecantikan. Akan tetapi manusia melupakan permulaannya dan memalingkan wajahnya
dari tempat terakhir, menjadi takabbur dan angkuh dgn keadaan sekarang.
2. Apa itu
taqwa? Sebagaimana seorang melalui jalan penuh semak berduri menjaga dirinya
dan pakaiannya, begitulah seorang perlu hidup di dunia. Taqwa memelihara
seseorang dari perkara yg haram, perkara yg tidak dibenarkan, yg sia-sia dan
tidak berfaedah. Apabila taqwa dtg maka banyak perkara-perkara yg dibenarkan
juga harus ditinggalkan.
3. Apa itu
istikhlas? Satu kerja sahaja iaitu dakwah yg kita buat. Kita hanya akan
melakukan kerja itu sahaja. Kita tidak akan buat kerja yg lain. Tetapi usaha
agama yg lain juga berjalan. Jangan kita memandang ringan akan mereka. Juga
jangan kita mengkritik mereka. Jangan kita mencari kelemahan mereka.
4. Kita perlu
bersyukur kpd Allah kerana mempunyai hubungan dgn agama. 3 bahagian syukur :
menyebut dgn lidah, merasakan di dlm hati, anggota badan berusaha utk beramal
mengikut tuntutanNya. Inilah syukur yg sebenar.
5. Tidak kira
sebanyak mana seseorang itu membuat usaha agama, ianya tidak akan layak utk
dipersembahkan ke hadrat Ilahi. Sebab itulah kita perlu meminta ampun. Allah
s.w.t adalah syakur. Ia menghargai. Ia tidak membiarkan apapun menjadi sia-sia.
Kita tidak akan dpt mengira banyaknya kurniaan Allah. Kita tidak akan dpt
membayangkannya pun.
6. Sahabat
Rasulullah s.a.w terbahagi kpd 2 kumpulan, samada muhajir atau ansar. Keadaan
pertama ialah hijrah dan keadaan kedua ialah nusrah. "Kalaulah
tidak kerana hijrah, sudah tentu aku menjadi ansar" (hadis termizi)
Bahkan hari
ini jika umat terbahagi kpd 2 kumpulan ini, satu melakukan hijrah dan yg lain
nusrah, maka agama akan hidup di seluruh dunia. Fikirlah utk seluruh dunia dan
carilah jln bagaimana manusia dpt diselamatkan dari jahannam.
Comments
Post a Comment