Malfuzat Maulana Yusuf

1. Solat adalah utk memperolehi menafaat terus dari kudrat Allah dgn melibatkan anggota badan mengikut cara yg ditentukan dari hujung kaki hingga ke hujung rambut, hanya semata-mata utk mendapat keredhaan Allah. Menggunakan mata, telinga, lidah, tangan dan kaki dgn betul disamping hati sentiasa mengingati Allah, takut kpdNya dgn yakin yg benar. Solatlah bersesuaian dgn perintah Allah. Takbir, tasbih, rukuk, sujud; semua itu lebih berharga drp seisi dunia. Dirikan solat dgn yakin sedemikian, kemudian berdoa, maka Allah dgn kudratNya akan tunaikan segala hajat kita. Dengan solat spt ini juga, Allah akan mengampuni segala dosa-dosa hambaNya, mengurniakan rezeki yg berkat dan taufiq utk taat. Utk mencapai solat spt ini, kita harus memberi dakwah dan targhib kpd org lain supaya mendirikan solat dgn khusyuk dan khuduk serta yakin bahawa dgn solat kita akan memperolehi keuntungan di dunia dan akhirat. Beritahu org lain bagaimana solat rasulullah s.a.w dan para sahabatnya. Melatih diri agar solat dgn betul, memelihara wuduk dgn betul, berfikiran tenang, berdiri, rukuk dan bertawajjuh di dlm sujud. Ada 3 perkara yg harus dijaga:
-Allah sedang melihat saya
-Merasa bahawa solat saya tidak layak diterima
-Menangis dlm berdoa, "ya Allah kurniakanlah saya hakikat solat"


2. Tujuan ilmu ialah supaya wujud semangat pd diri kita utk bawa suatu dalil, apa yg dikehendaki Allah pd masa ini dari saya, kemudian melaksanakan amalan itu dgn tawajjuh kpd Allah. Ketahuilah bahawa seseorang yg safar utk menuntut ilmu agama, safarnya dikira ibadat dan 70,000 malaikat akan menghamparkan sayap mereka utknya. Bumi, langit dan seluruh makhluk akan mendoakan keampunan utknya. Tidur org alim lebih ditakuti syaitan drp ibadat seribu org abid. Tujuan kedua, mewujudkan semangat utk mencari ilmu, mendengar bacaan kitab fadhail amal, duduk di dlm halaqah taklim, menziarahi alim ulamak. ketahuilah bahawa ini adalah salah satu ibadat. Berdoa sambil menangis semoga Allah mengurniakan hakikat ilmu.

3. Banyakkan zikrullah supaya tawajjuh kpd Allah hadir di dlm hati. Seseorang yg ingat kpd Allah maka Allah akan ingat kpdnya. Selagi lidahnya bergerak utk berzikir maka Allah akan bersama-samanya, mengurniakan kasih sayang dan keampunan. Zikrullah adalah kubu drp serangan syaitan. Utk capai hakikat zikir, kita harus dakwahkan zikir kpd manusia dan memberi targhib. Di dlm fikiran harus sedar bahawa setiap saat Allah sedang melihat saya. Berdoa sambil menangis, "ya Allah, kurniakan pd saya hakikat zikir."

4. Setiap muslim adalah umat Rasulullah s.a.w yg perlu kita ikram (muliakan). Setiap org harus menunaikan hak org lain tanpa mengharapkan balasan haknya. Barangsiapa yg menyembunyikan aib saudara muslimnya, maka Allah akan menyembunyikan aibnya di akhirat. Setakat mana seseorang membantu urusan saudara muslimnya, maka setakat itu pula Allah akan membantu urusannya. Barangsiapa yg tidak menuntut haknya maka Allah akan membina istana utknya di syurga. Barangsiapa menerima kehinaan utk kemuliaan org lain kerana Allah, maka Allah akan tinggikan darjatnya. Oleh itu, kita harus targhib org lain agar mereka bersemangat memuliakan sesama muslim. Sebutkan juga betapa bernilai seorang muslim. Ceritakan kisah-kisah pengorbanan, akhlak, serta sifat mengutamakan org lain yg dimiliki oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya. Kita harus sentiasa berdoa agar Allah kurniakan kita akhlak Rasulullah s.a.w.
  
5. Setiap kali melakukan suatu amalan, kita harus berazam bahawa amalan itu hanya semata-mata kerana Allah. Jangan ada hasrat utk keuntungan dunia atau kepentingan peribadi. Apabila kita beramal (walaupun kecil) utk keredhaan Allah, maka pahala yg diterima adalah amat besar. Tanpa amalan kecil ini tidak akan terbentuk amalan yg besar. Utk membetulkan niat maka kita harus memberi dakwah kpd org lain agar membetulkan niat mereka dan menaikkan semangat melatih mengawal niat sebelum dan selepas beramal. Beritahu hati, "saya beramal hanya semata-mata utk mendapat keredhaan Allah". Jauhi perasaan merasa sudah sempurna dlm beramal. Apabila terbit perasaan ini hendaklah kita bertaubat & beristighfar, menangis kpd Allah memohon sifat ikhlas.

6. Allah s.w.t akan membina kehidupan kita apabila seluruh cabang kehidupan kita mengikuti cara yg ditunjuki oleh Rasulullah s.a.w. Untuk ikuti jalan ini tidak perlu kekayaan dari luar, hanya kekayaan yg ada dlm diri kita; iaitu yakin kpd Allah, berzikir kpdNya, takut kpdNya, yakin bahawa dgn amalan Rasulullah s.a.w pintu khazanah dan pintu kenikmatan dari Allah akan terbuka. Untuk menukar yakin dlm diri kita, bahawa kejayaan bukan terletak pd benda, tetapi dlm mentaati perintah Allah dan agar yakin kpd benda-benda keluar dari diri kita, maka kita harus lapangkan masa utk keluar di jalan Allah.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir