Malfuzat Maulana Ilyas
1. Layak utk
menerima zakat adalah mereka sibuk dlm kerja Allah dan bersabar dan bertawakkal
pd Allah dan tidak meminta-minta drp sesiapa dan tidak ada sifat tamak kpd
harta sesiapa. Tetapi pd zaman ini org kaya memberi zakat kpd peminta-peminta
yg professional dan merasa puas hati bahawa zakatnya sudah ditunaikan. Walhal
dia sudah rosakkan zakatnya. Inilah sebab manusia tidak melihat keberkatan dlm
hartanya. Padahal ada janji yg pasti bahawa menunaikan zakat akan menjadi asbab
keberkatan dlm harta. Jadi, sesiapa yg selepas menunaikan zakatnya pun tidak
melihat keberkatan dlm hartanya harus memahami bahawa zakatnya tidak ditunaikan
kpd penerima yg betul dan layak dan dia belum bertafakud mengenai penerima yg
betul.
2. Bagi org yg membayar zakat, tafakud mengenai penerima adalah suatu kewajipan sepertimana org yg hendak solat mesti mencari air yg suci. Penerima yg sah utk menerima zakat adalah org yg kerana mendapat harta zakat tidak akan menjadi mangsa sifat tamak haloba. Tujuan syariah utk fardukan zakat bukanlah supaya timbul tamak utk harta org kaya di dlm hati org miskin dan mereka menanti-nanti zakat drp org kaya. Sebaliknya kena sabar dan tawakkal. Maka menurut sabar dan tawakkalnya menjadi wajib bagi org kaya utk membantunya.
3. Kedudukan
zakat adalah rendah drp hadiah. Inilah sebab sedekah telah diharamkan bagi
rasulullah s.a.w tetapi hadiah baginya tidak diharamkan. Walaupun zakat adalah
fardu dan hadiah adalah mustahab, tetapi kadang-kadang pahala mustahab melebihi
pahala fardu. Sepertimana memberi salam adalah sunat dan menjawapnya adalah
fardu. Tetapi memberi salam dahulu adalah lebih baik drp memberi jawapannya.
Begitulah zakat walaupun fardu akibatnya adalah hanya membersihkan harta sahaja
manakala hadiah walaupun mustahab tetapi hasilnya adalah sukakan hati org
islam. Jadi dari segi hasil hadiah adalah afdal sebab kesukaan hati org islam adalah
lebih tinggi drp kesucian harta.
4. Manusia
harus diberitahu kelebihan hadiah, sedekah dan hutang serta kisah-kisah sahabat
r.a. Sahabat-sahabat telah mensedekahkan dgn pendapatan melalui kerja sebagai
buruh. Bukan sahaja org-org kaya di kalangan mereka telah bersedekah bahkan
org-org miskin juga telah bersedekah walau sedikit selepas mencari wang dgn
kerja sebagai buruh dan pemikul. Sebab mereka telah mengetahui kelebihan
sedekah. Jika inilah kedudukan sedekah maka hadiah adalah lebih afdal
daripadanya. Demikianlah ada banyak kelebihan utk memberi hutang kpd org.
Contohnya, apabila tempoh masa utk hutang tamat, jika selepas itu pun org yg
ambil hutang diberi kesempatan lagi, dan tidak dituntut, maka pd setiap hari
org yg memberi hutang akan memperolehi pahala sedekah.
Comments
Post a Comment