Malfuzat Maulana Yusuf
1. Semasa
Hadratji pergi ke jazirah Arab, beliau telah berkata kpd org-org di sana , "sesuatu yg
dahulu terbit dari sini telah sampai kpd kami. Perkara ini milik anda dan
sekarang juga masih tetap milik anda. Andalah yg telah mengajar agama kpd
penduduk dunia dan sekarang tugas anda tetap seperti itu juga".
2. Setelah
muzakarah mengenai adab jaulah dan berdoa maka berjalan dlm satu jemaah yg
telah dibentuk kira-kira 10 org. Mula-mula jaulah ke rumah-rumah lalu
seterusnya ke pasar atau kedai. Semua ahli jemaah harus menjaga tertib jaulah.
Semasa berjalan, rendahkan pandangan sambil berzikir. Seluruh masalah kita
adalah berhubungan dgn Allah. Masalah-masalah kita tidak ada kaitan dgn
benda-benda di pasar atau lain-lain. Pandangan dan fikiran jgn tertumpu kpd
benda-benda. Ketahuilah, ia hanya timbunan tanah. Sekiranya hati kita terpikat
kpd benda-benda dunia, maka segera kembali kpd maksud jaulah. Hati yg terpikat
kpd benda, kembalikan kpd kebesaran Allah. Ketahuilah, kita akan memasuki kubur
dan mendiami di bawahnya. Semasa jaulah, jln berdekatan dan hanya seorang yg
bercakap. Sampaikan mengenai kejayaan manusia dgn ringkas. Jemputlah orang
ramai dan sekiranya mereka bersedia terus dibawa ke masjid. Taatlah kpd amir
dan berjalan pulang sambil beristighfar.
3. Menggunakan
sesuatu barang tanpa izin tuannya adalah haram. Hal ini harus dielakkan
walaupun benda itu dianggap kecil. Kita tidak tahu, semasa kita gunakan,
mungkin pemiliknya sangat memerlukannya.
4. Saya harap
amalan yg hidup di setiap rumah sahabat dpt menjadi contoh bagi kita sekelian.
Setiap org mengorbankan masanya sekurang-kurangnya sepertiga (1/3) hidupnya,
seperti yg dilakukan oleh para sahabat r.hum di Madinah Munawwarah.
Comments
Post a Comment