Malfuzat Maulana Yusuf
Bilakah
bantuan Allah akan datang?
Bantuan
Allah bukan dtg kerana rupa seseorang tetapi disebabkan amal, akhlak dan sifat
manusia itu sendiri. Allah
memberi bantuan kpd rasulullah s.a.w, para sahabat dan para wali sekeliannya.
Bantuan kpd mereka bukan kerana rupa bentuk mereka tetapi asbab amalan mereka,
pengorbanan di jln Allah dan perjuangan mereka menyebarkan agama. Sekarang
apabila kita mahu bantuan Allah dikurniakan kpd kita maka kita harus
melaksanakan amalan yg mereka telah perjuangkan dan membuat usaha dakwah di jln
Allah. Apabila kita mengerjakan semua amalan ini maka kita akan lihat bantuan
Allah turut hadir bersama kita.
Bantuan
ghaib Allah akan hadir bersama kita mengikut sebanyak mana yakin kita kpd
Allah. Yakin kpd sesuatu selain Allah tidak mampu memberi apa-apa bantuan.
Semuanya berlaku dgn bantuan dan rahmat Allah.
Semasa
perang badar dan khandaq, kaum muslimin yakin bahawa selain Allah tidak ada yg
dpt dijadikan tempat berlindung dan meminta bantuan. Mereka tidak mempercayai
kekuatan yg mereka miliki. Mereka hanya berharap rahmat dan bantuan Allah, maka
Allah mengurniakan bantuan kpd mereka.
Sedangkan
semasa perang uhud dan hunain, kaum muslimin terpengaruh kpd bilangan besar
pasukan mereka, maka Allah tarbiyah mereka dgn kekalahan.
Comments
Post a Comment