Malfuzat Maulana Inamul Hasan
1. Kita
inginkan melalui usaha dakwah ini bagaimana seluruh umat dpt kembali ke tahap
keadaan umat pada ketika Rasulullah s.a.w tinggalkan dunia ini.
2. Melapangkan
sepagi atau sepetang di jln Allah adalah lebih baik dari segala benda di dunia
sehingga makanan, kenderaan dan najisnya akan ditimbang pd hari kiamat.
3. Sejauh mana
kita bangun utk memenuhi takazah/tuntutan agama, setakat itulah bantuan dan
pertolongan Allah akan dtg.
4. Ikhlas
adalah ruh. Ke mana ruh masuk? Ke dlm jasad. Sebab itulah perlu ada amal dahulu
kemudian ruhnya. Jika tiada amal/jasad bagaimana ikhlas akan datang?
5. Melalui
amalan ijtimai kita akan mencapai hubungan dgn Allah dan dgn menyempurnakan
amal infradi kita akan mencapai ihsan kpd Allah. Melalui
amal infradi, amal ijtimai akan mempunyai kekuatan. Perhatian khas hendaklah
diberikan di dlm berzikir dan membaca Quran dgn istiqamah.
6. Jika sunnah
Rasulullah s.a.w di langgar dlm pernikahan maka Allah s.w.t akan menghabiskan
ketaatan drp generasi itu.
7. Jalanilah
kehidupan seperti Ramadan maka kematian akan dtg seperti anak bulan aidil
fitri.
Comments
Post a Comment