Malfuzat Maulana Yusuf
1. Apakah itu
islam? Islam ialah mengorbankan jiwa dan harta utk agama Allah
Apakah itu ibadat? Ibadat ialah beramal dgn ikhlas kerana Allah
Apakah itu solat? Solat ialah mengambil sesuatu dari Allah
Apakah itu dakwah? Dakwah ialah memberi sesuatu kpd makhluk
Yakinlah akan janji-janji Allah tetapi jgn dijadikan tujuan. Kerana tujuan dari
beramal ialah utk mencapai keredhaan Allah s.w.t
2. Merendahkan
org lain, menghina, membicarakan keburukan org lain; semua itu sering timbul
dan muncul di kalangan umat yg boleh menghancurkan kesatuan umat. Hukumnya
adalah haram melakukan keburukan-keburukan tersebut. Sebaliknya perkara yg
menyebabkan umat bersatu kembali ialah saling menghormati dan memuliakan,
perkara ini sangat dituntut. Kita tidak perlu mengharapkan org lain memulia dan
menghormati kita, kerana hal itu tidak menyatukan umat bahkan merosakkan umat.
4. Rasulullah
s.a.w telah membentuk umat ini dgn menanggung berbagai kesusahan dan
penderitaan. Kini, apabila dlm diri kita ada semangat perkauman dan kenegaraan
maka hal itu boleh pecah-belahkan umat, yg juga bererti meruntuhkan usaha
Rasulullah s.a.w
5. Cara utk
membaiki alam dunia hanyalah dgn mengorbankan harta, masa dan diri: menahan
kesusahan, kesempitan, lapar dahaga, panas sejuk, hanya semata-mata utk
memperjuangkan agama Allah dan berdoa di tengah malam.
7. Usaha yg
sebenar ialah usaha dakwah utk manusia taat kpd Allah, bukan usaha atas dunia.
Apabila kita tidak laksanakan usaha ini, maka manusia akan nenjadi rosak.
Sesuatu yg kita anggap bermenafaat padahal sebenarnya mudharat. Sesuatu yg kita
anggap kemuliaan sebenarnya terdapat kehinaan.
8, Apabila
manusia melakukan amal baik, maka dunia juga akan menjadi baik. Hakikatnya,
semua bergantung kpd usaha kita membetulkan amalan. Amalan-amalan baik yg telah
dilakukan oleh manusia akan diangkat ke langit dan apabila diterima oleh Allah
s.w.t maka rahmat akan mencurah ke bumi. Sebaliknya, apabila amalan itu buruk,
maka kerosakan, kezaliman, peperangan, nifaq akan terjadi di mana-mana.
9. Apabila
kehidupan kita tidak mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w sampai bila pun kita
tidak akan capai kejayaan di dunia dan akhirat, walaupun asbab sebanyak dunia
dan seisinya ada di tangan kita. Asbab dunia ialah kuasa pemerintahan,
perdagangan, pertanian dan sebagainya. Apabila tidak mengikut amalan Rasulullah
s.a.w maka semua asbab itu adalah seperti bangkai.
10. Adalah satu
fikiran yg salah bahawa Islam akan berkembang apabila kita sudah mempunyai
kuasa dan harta. Sedangkan mereka yg memiliki kuasa dan harta sedang
menguburkan agamanya hidup-hidup. Hari ini, org yg mempunyai kuasa dan harta
tidak dpt mencontohi kehidupan Abu Bakar r.a dan Umar r.a sebaliknya mereka
mengekori gelagat kaisar, kisra, shaddad, qarun dan sebagainya. Menyangka Islam
akan tegak dgn perkara itu adalah fahaman yg sungguh salah sama sekali.
Bila-bila pun Islam hanya berkembang dgn pengorbanan. Begitu juga di zaman ini,
Islam hanya berkembang dgn satu cara sahaja iaitu dgn pengorbanan.
Comments
Post a Comment