bayan masturat

Kejayaan dalam agama. Agama datang dengan mujahadah. Sahabat mujahadah, beri pengorbanan. Sahabiah juga mujahadah, beri pengorbanan.

Maksud kita dihantar ke dunia ini bukan sekadar si laki mencari makan dan si perempuan masak, tapi adalah bagaimana kita boleh bawa agama kepada diri kita dan seluruh alam. Dari hari pertama kerasulan, Rasulullah s.a.w tidak berseorangan, tetapi bersamanya adalah Khadijah r.a (seorang perempuan), Abu Bakar r.a (seorang lelaki), Ali r.a (seorang budak), Zaid r.a (seorang hamba). Setiap kumpulan orang dapat difahamkan maksud hidup mereka.

Lelaki dan wanita kena berganding bahu, bekerjasama. Cuma medan usaha berbeza. Lelaki di luar rumah. Wanita fikir dan usaha di rumah.

Kaum wanita sebagai pendorong kepada usaha lelaki sebagaimana di belakang nabi-nabi terdapat wanita-wanita sebagai pendorong.  Sebagai contoh, Nabi Ibrahim a.s dibantu oleh Siti Hajar, Nabi Muhammad s.a.w dibantu oleh Khadijah r.ha

Usaha Nabi Nuh a.s mengambil masa yang panjang kerana tidak ada fikir daripada wanita – 950 thn

Nabi Muhammad s.a.w dan isteri-isterinya berkongsi risau atas umat dan membuat pengorbanan maka hidayah telah tersebar dalam masa yang singkat keseluruh alam – 23 thn

Yang paling awal masuk Islam adalah kaum wanita (Khadijah r.a). Yang paling awal korban harta untuk agama adalah kaum wanita (Khadijah r.a). Yang paling awal korban nyawa untuk agama adalah kaum wanita (Sumaiyyah r.a).

Khadijah r.a bukan sahaja menerima Islam, bahkan dia telah dakwahkan agama pada orang lain. Dia telah dakwah Sumiah, Fatimah Al-Khattab dan Zaid bin Harisah.

Wanita mempunyai tanggungjawab yang besar. Wanita lebih ramai di dunia ini - wanita adalah 2/3 dari penduduk dunia. Kalau wanita beragama bermakna 2/3 dunia beragama. Walaupun tiada nabi wanita, tetapi setiap nabi a.s lahir daripada wanita. Ada nabi a.s tiada bapa tapi tiada yang tiada ibu. Wanitalah yang memberi dorongan dan didikan. Anak-anak dibentuk oleh ibu.

Hidayat tersebar dengan pengorbanan. Korbankan sedikit masa kita bersama suami dan perasaan kita kerana kesemuanya ini akan dapat ganjaran dari Allah s.w.t.

Di akhirat nanti Allah s.w.t akan satukan suami-isteri di dalam syurga kerana di atas dunia mereka selalu berpisah.

Malaikat juga berdoa atas perkara ini :
· Allah s.w.t ampunkan dosa orang yang keluar di jalan Allah.
· Allah s.w.t ampunkan dosa orang yang ditinggalkan kerana keluar di jln Allah.
·Allah s.w.t satukan mereka di syurga kerana di dunia mereka dipisahkan kerana Allah

Kaum lelaki banyak habiskan masa di luar (kerja agama) yang tinggal di rumah adalah wanita.
Taybiyah anak-anak separuh dtg dari ibu dan separuh lagi dtg dgn suasana dlm rumah
Madrasah yang pertama bagi anak-anak adalah atas riba para ibu.

Yang penting bagi kaum wanila ialah istiqamah taklim di rumah. Lakukanlah taklim harian di rumah dengan penuh fikir dan kerisauan atas agama  maka dengan ini akan timbullah sifat pengorbanan dan barulah nusrah Allah s.w.t akan turun dan dengan itu tersebarlah hidayat.

Taklim adalah sunnah Rasulullah s.a.w dan merupakan amalan masjid Nabawi (amalan nabuwwah)

Pintu untuk wujudkan suasana amal ialah taklim di rumah. Supaya suasana masjid ada di rumah. Rumah jadi macam masjid, iaitu amal rumah jadi macam amal masjid. Rumah demikian dirahmati dan rahmat tersebar ke rumah-rumah lain.
           
Rumah yg ada taklim, penghuni di langit akan lihat rumah kita bercahaya-cahaya seperti kita lihat bintang-bintang di langit.

Rumah-rumah yang wujud taklim, maka rahmat dan berkat akan datang. Ketenangan dan ketenteraman akan wujud (sakinah)

Rumah-rumah yang ada taklim terpelihara, diziarah para malaikat dan diturunkan taufiq dan hidayah serta rahmat. Oleh itu segala amal-amal buruk, kegelapan, ketegangan akan keluar dari rumah kita

Taklim dibuat dengan niat untuk menyukakan Allah s.w.t. Bila Allah s.w.t suka, Allah s.w.t akan penuhkan segala keinginan saya.

Selain daripada itu, hidupkan beberapa pesanan, banyakkan istighfar, doa dan menangis.
Hidupkan juga halaqah iman (cakap kebesaran Allah) – utk tingkatkan iman

Beberapa Pesanan utk wanita :
§Sembahyang di awal waktu
§Membaca Al-Quran dan zikir
§Hidupkan taklim di rumah
§Didik anak cara sunnah
§Hidup sederhana
§Galakkan suami/muhrim keluar di jalan Allah s.w.t

Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

Begitu banyak sekali kelebihan yang akan diperolehi jika isteri-isteri meredhakan suami keluar di jalan Allah s.w.t :
§Isteri akan masuk syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya dan akan tunggu di pintu syurga.
§Isteri di rumah akan dapat semua ganjaran amalan suami semasa suaminya di jalan Allah
§Satu subhanallah yang diucapkan oleh suami maka isteri dirumah akan dapat 700,000
§500 malaikat akan jaga rumah-rumah yang suaminya keluar di jalan Allah s.w.t
§Wanita yang korbankan harta dan masa dan menghadapi kesusahan kerana suaminya keluar
di jalan Allah s.w.t maka mereka-mereka ini di akhirat nanti akan dibangkitkan bersama-sama
Khadijah dan Fatimah r.ha.

Kalau kita terima dan peluk agama yang yatim, seperti Halimatussa'diah terima dan peluk Rasulullah s.a.w yang yatim, yang menyebabkan rumahnya dipenuhi berkat dan rahmat, rumah-rumah kita juga dipenuhi berkat dan rahmat. Oleh itu doronglah orang lelaki rumah puan-puan untuk keluar dan tertiblah diri puan-puan setiap 3 bulan sekali untuk keluar bersama muhrim

Sebagai isteri dan pendorong perlu tahu nisab/tertib suami kita iaitu :
·Secepat mungkin keluar 4 bulan
·Setiap tahun 40 hari
·Setiap bulan 3 hari – 72 jam
·Setiap minggu 2 kali gasht/jaulah/ziarah
·malam markaz. Dari Asar hingga lsyraq keesokan hari.
·Dapat hadir di malam mesyuarat mingguan (di markaz dan di halaqah)
·Setiap hari 2 kali taklim iaitu taklim di masjid dan taklim di rumah
·Bagi masa 8 jam setiap hari atau sekurang-kurangnya 2 ½ jam untuk dakwah.
·Mesyuarat harian/fikir harian setiap hari di masjid/surau


Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir