Bayan maghrib : kapt nuruddin

Shabguzari KL – 09/11/2019

Allah s.w.t hantar kita ke dunia bukan atas maksud dunia. Allah cipta dunia tapi Allah s.w.t tak ada pautan pd dunia. Dunia tidak ada harga, tak ada nilai. Sesiapa yg hubungkan diri dia dgn dunia, maka kerugian akan dtg. Maksud adalah akhirat. Alam yg kita nak pergi adalah alam ghaib dan alam yg kita duduk sekarang akan ghaib. Ghaib yg tidak dpt dilihat dgn mata, didengar dgn telinga dan tak dpt dirasa. Ini cara Allah. Ruh kita faham ghaib sebab ia telah berdepan dgn Allah tanpa perantaraan. Ruh telah berjanji dgn Allah. Tidak ada perantaraan antara kita dgn Allah. Ini maksud iman. Semua ruh telah jawab di alam arwah dulu ‘sesungguhnya Engkaulah Allah, pemelihara kami’.

Bila dtg ke dunia, Allah telah letak asbab dunia sebagai perantaraan, Allah nak tengok, adakah ruh dpt tunaikan janji, adakah dia masih lagi bersama dgn Allah. nafikan mata, nafikan akal, nafikan kemahiran, nafikan kepandaian, di belakang semua asbab adalah Allah. barulah akan wujud hubungan dgn Allah. hubungan dgn pencipta akan putus bila yakin dgn asbab. Ini keadaan umat. Allah cipta asbab. Hidup asbab. Maut asbab. Dakwah adalah cara utk menolak asbab. Perkara yg paling besar dlm kehidupan kita adalah dakwah illallah. Tidak ada perkara yg lebih tinggi drp dakwah. kita yg buat usaha, kita kena faham. Kita kena tahu nilai diri kita. di mana kita letak diri kita. hanya melalui dakwah illallah yg dibawa oleh nabi2, hanya cara ini sahaja ada kehidupan. Kehidupan yg diterima. Selain drp ini, kehidupan ditolak.

Kita adalah umat dakwah. Umat ini telah dibina melalui pengorbanan. Dakwah dan pengorbana adalah satu. Tidak ada dakwah tanpa pengorbanan. Pengorbanan ialah kita kena rugi dulu. Rugi masa, rugi harta, rugi segalanya, utk dptkan hasil yg mana telah dijanjikan setelah melaksanakan t/jawab. kita letak kehidupan infradi, peribadi di belakang. Dahulukan apa kehendak Allah. inilah maksud. Maksud umat ini hanya sanya dlm dakwah. ibadat dtg selepas dakwah. dlm dakwah ada iman. Tanpa dakwah tak ada iman. Iman adalah perintah. Iman bukan ibadat. Iman adalah dlm maksud. Iman adalah dlm usaha. Iman adalah dlm pengorbanan. Tanpa pengorbanan tiada iman. Tanpa dakwah, hanya percakapan, hanya kepercayaan, tidak ada hubungan dgn pencipta. Yg ada hanya budaya, ikut-ikutan. Usaha2 yg lain drp dakwah, tidak ada hakikat, yg ada hanya emosi/semangat.

Umat ini telah terbina atas pengorbanan yg telah dibuat dan doa yg diterima. Pengorbanan nabi ibrahim a.s, isteri dan anak. Doa utk dtgkan umat yg akan sambung kerja pengorbanan mereka. perjalanan yg dilalui oleh ibrahim a.s, itulah juga jln yg kita lalui. Jln utk menafikan asbab. Anak/isteri tak boleh jadi penghalang. Tinggalkan anak/isteri di tempat yg tiada asbab kehidupan. Yg ada hanya Allah. Allah nak bagitahu pd kita yg mewarisi kerja ini. Ibrahim a.s tolak pertolongan jibrail a.s semasa di lontar ke dlm api. Allah perintah api jadi sejuk. Janji Allah selepas pengorbanan dibuat, akan dtg nusrah ghaib Allah.

Nabi s.a.w adalah nabi terakhir. Umat ini adalah umat terakhir. Tidak ada nabi selepas ini. Tidak ada umat selepas ini. Kita penyambung kerja. jln yg sama. Ujian yg sama. Kisah nabi2 dulu adalah utk kita belajar, bukan hanya cerita. Inilah jln yg pasti kita lalui. Ini cara Allah. Allah bersama dgn usaha. Usaha agama bersama dgn pertolongan Allah. tidak ada sesiapa pun boleh bantu usaha dakwah illallah. Usaha ini milik Allah. kita kena faham nilai dakwah yg Allah bagi pd kita. kita kena buat betul2. barulah Allah bersama dgn kita. kehendak dan kemahuan kita tak akan berlaku melainkan dgn perintah Allah. kehebatan Allah akan dtg dlm usaha agama.

Umat hari ni bukan hanya sesat tapi umat dah hancur. Umat belajar asbab dari kecik. Asbab bersama dgn musuh Allah. maksud asbab utk hancurkan agama dan mematikan amal. Sains adalah makhluk. Sains adalah asbab. Pencipta asbab adalah Allah. apa sahaja perancangan dlm perintah Allah. Allah  boleh jayakan atau Allah gagalkan. Sains gagal utk terangkan mcm mana api boleh jadi sejuk, bulan boleh terbelah. Sebab iman lemah kita kata awan bawa hujan. Kita telah kufurkan diri dan bermusuh dgn Allah. usaha agama adalah utk nafikan makhluk. Nafikan asbab. Perkenalkan umat kpd pencipta. Mereka yg belum islam, bawa kpd islam. Bawa kpd keselamatan. Yg dah ada kalimah, kena usaha atas iman. Salah faham kita ialah dakwah utk org kafir. Kesalahan besar umat ini ialah tidak usaha atas iman. Iman yg ada hanya iman bayangan. iman yg dicerita. Wahai org beriman, usaha atas iman. Bukan iman rasa2.

Bersama dgn iman, ada dakwah dan pengorbanan. Umat keliru sebab tak buat usaha agama. Kita kena faham, setiap waktu, setiap masa, mana arah tuju umat. Setiap hari umat dtg kpd asbab. Bermusuh dgn Allah hanya sanya kerana asbab. Bila asbab ada dgn org kafir, maka umat akan dtg kpd kekafiran utk bantu dia. Buat perkara yg berlawanan dgn hukum hakam agama. Bila tinggalkan usaha agama, Allah dah buat keputusan akan hancurkan mereka dan ganti dgn umat lain. ini cara Allah. ini janji Allah. 700 thn agama di spain, tak buat usaha, semua masjid jadi gereja.

Tak boleh berdalih dgn Allah. tak boleh sangsi dgn janji Allah. cekalkan iman, butakan mata, pekakkan telinga, barulah Allah akan tunjukkan kedahsyatanNya. Kita tak dibenarkan komplain pasal umat. Tak boleh doa buruk utk umat. Tak boleh cerita pasal keburukan umat. Bawa umat kpd Allah. bawa umat kpd halqah iman. Hak umat atas diri kita utk didatangi. Kita kena mendatangi umat. Bukan bayan kat mimbar ni. Tak ada satu org pun diantara kita yg buat usaha yg tak didatangi. Nabi s.a.w sendiri mendatangi sahabat. Semua nabi2 bergerak jumpa umat. Semua sahabat2 bergerak jumpa umat. Duduk di rumah adalah penipuan dlm agama. Agama adalah pengorbanan. Agama kena bergerak. Yg menggerakkan ialah Allah.

Takazah dtg drp Allah sendiri. amanah dtg dari nizamuddin dan akan kembali ke madinah munawwarah. hampir. Setiap takazah agama di seluruh alam hanya dpt disempurnakan hanya dgn satu cara kerja sahaja. Tidak ada cara kedua dan ketiga. Itu semua bohong dan munafik. Ujian telah dtg kpd umat ini. inilah setinggi-tinggi ujian bila kekufuran, kemunafikan, fasik telah dtg dlm kerja nabi s.a.w. bila org hak tinggalkan hak, bagitau itu batil, kami hak, itulah syaitan paling besar sekali. Tidak ada maaf dari Allah kalau tak taubat sebelum mati. Allah akan hancurkan kehidupan dia, rumah tangga dia, harta dia. Ini pasti. Dia akan kembali kpd perangai asal dia sebelum buat tabligh. Walaupun dia seorang penulis wahyu sekalipun boleh murtad. Disebabkan dosa2 sendiri masa bersunyi diri.

Allah yg maha suci, kerja kenabian yg suci, tak boleh dicampur aduk dgn satu apa pun. Kepandaian, kemahiran, org lama, pandai bayan, zikir bergegar, tak ada kena mengena dgn Allah s.w.t. kerja ini adalah amir yg perlu diikuti. Kerja ini kena diikuti. Hak dan batil tak boleh bercampur. Jgn pandang rendah dan pandang buruk sesiapa, jgn doa buruk, kena kasihan. Ini adalah usul. Istighfar utk umat. Sesiapa yg bertentangan dgn usaha ini, dia binasakan diri dia sendiri. Asbab digunakan utk tidak keluar atau tangguh, tak buat keputusan atas diri, inilah fitnah yg besar. Usaha dakwah ialah bawa umat kpd ketaatan. Menghambakan diri kpd pencipta. Inilah usaha. Supaya semua umat kenal pencipta dan bersama pencipta dimana-mana sahaja. Inilah yg dinamakan ehsan. Maulana zakariya kata, setinggi-tinggi kewalian, itulah permulaan seorang da’i. kita kena tahu harga usaha.

Allah malu nak hisab org yg buat usaha sebab dia malukan diri dia jumpa org walaupun dia belum baik. jangan pandang rendah sesiapa. Ganjaran Allah atas umat akhir 50X sahabat. Bantuan Allah atas umat ini 10X sahabat. Kita kena yakin dan minta Allah zahirkan perkara ini kpd kita. ini janji Allah tapi kena laksanakan t/jawab dulu. Allah yg akan matikan batil melalui usaha yg hak.

Usaha kena hidup, sentiasa bernyawa. Tidak ada rehat selepas ini. rehat hanya utk org yg malas sahaja. Tunggu pencen, tunggu itu, tunggu ini, ini semua menipu Allah. lepas pencen tak boleh buat apa2, duduk atas wheelchair je sebab letak syarat dgn Allah. Allah letak syarat dgn kita utk sambut takazah bila ditashkil, bila diminta. Bukan bagitahu Allah, tunggu saya pencen. Ini bukan usaha kita. kalau sahabat tahu kita bagitahu Allah, tunggu pencen, sahabat akan kata kita ni gila. Masa tak tunggu sesiapa. Allah tak perlu sesiapa. Bila tentera bergajah nak serang kaabah, Abdul mutalib kata kaabah ada penjaga. Allah yg pelihara. Allah hantar burung kecil, ababil. Allah tak hantar malaikat pun. Allah nak tunjuk pd kita hari ni, tidak ada satu org pun yg boleh tentang usaha agama. Walaupun tak ada satu org pun buat usaha, Allah tetap pelihara usaha ini.

Allah bersama org yg lemah. Allah suka bila kita kata kita lemah. Ini cara Allah. kekuatan. pertolongan Allah bersama dgn mereka yg lemah. Sebelum buat usaha dakwah tak ada masalah. lepas buat dakwah, org kata sesat/songsang. Bersama usaha agama sentiasa ada pertentangan. Hak pasti ditentang. Setiap zaman usaha ditentang. Kita kena suka dgn penentangan. Ini adalah sunnah. Jgn bermusuh dgn org yg menentang. Menangis utk dia. Inilah kedahsyatan usaha agama. Kita kena alihkan kebencian kpd kesukaan, bukan kpd kita, tapi kpd Allah. supaya hati kita betul.

Walaupun kita seorang di mohalah kita, 10 thn buat usaha, setiap hari buat usaha, di rumah pun buat usaha, itu bukan kegagalan, Allah bersama dgn usaha. Nuh a.s buat usaha 950 thn, isteri tak ikut, anak tak ikut, hanya 80 org sahaja yg ikut. Usaha tak bersama kepandaian. 2 pujukan, siang dan malam. Pujuk manusia, pujuk Allah. usaha bersama tangisan. Pasti akan ada org keluar. Hidayat dtg melalui usaha. Jgn kita kecewa walau kita satu org. org yg buat usaha tak akan pernah kecewa dgn doanya. Sentiasa ada pengharapan dgn Allah atas hidayat. Kalau kita tak nak buat usaha, pasti dan pasti Allah akan ganti kita dgn org lain. kena jaga usul kerja yg mulia.

Kita jadi risau dunia sebab kita bersama dgn masyarakat yg risau dunia. Sebab kita tak jaga amal yg disuruh. 5 amal masjid, 5 amal rumah, istiqomah minima 2½ jam. Ini asas usaha. Sebab tu basirah kerja tak dtg. Keyakinan pd kerja tak dtg. Bukannya suruh org buat tapi kita tak buat. Sepatutnya, makin banyak masalah, makin banyak buat usaha. Pertolongan Allah di akhir. Di badar, nabi doa, kalau tak menang esok, tak akan ada lagi org akan sebut nama Engkau. Inilah sedahsyat2 doa. Allah hantar 3000 mlaikat. Asalnya pergi ke badar bukan utk perang tapi utk tahan kabilah abu sufian. Tapi Allah tashkil utk perang. tanpa persiapan perang, bulan ramadan, bukannya mesyuarat patah balik. Tak boleh re-route. Re-route rosak iman.

Org yg duduk dlm mesyuarat, org mutaharik,  kena jaga tahajjud, kena ada hubungan yg intim dgn Allah. nehej adalah utk dtgkan ketaatan supaya ada bantuan Allah. usaha agama hanya bergerak maju dgn bantuan Allah. dlm hati hanya ada Allah dan rasul. Bila Allah ambil kerja drp kita, setiap hari kena taubat sebab kita tak layak. Ini tertib kerja agama. Hari2 minta ampun dari kejahatan diri sendiri, dari nafsu yg jahat supaya kesucian kerja ini di pelihara. Allah nak tengok mujahadah kita. mujahadah akhir zaman ni sikit sahaja. cuti tanpa gaji, kena berhutang. Allah akan ganti. Ini pasti. Kena yakin. Jgn was2 dgn janji Allah. kita diharamkan utk minta melalui asbab. Saya dah buka kedai, bantulah saya. Doa mcm ni tak diterima. Minta dgn Allah melalui asbab. Kena taubat.

Cara nabi dan cara sahabat tak akan berubah sampai kiamat. Allah telah letak seluruh alam depan kita. amerika, australia, jepun, afrika, china, semua dlm t/jawab kita. Allah ikram kita, pilih mana nak pergi. Tak ada SPM pun boleh pergi. Allah dah tulis, siapa yg ada kehendak, kemahuan, istiqdat, Allah akan sampaikan. Allah akan gulung/lipat bumi ni. Satu langkah terus sampai. Yg sampaikan Allah.  balik rumah kita hanya mesyuarat dgn isteri samada cukup keperluan atau tak, bukan mesyuarat pergi atau tak pergi. Kita kena sentiasa dlm keadaan sedia. Keluar atas takazah. Apa kehendak agama di seluruh alam ketika ini. kita kena sampai. Usaha bermula dari rumah dan mohalah kita. kena sentiasa ada hubungan dgn madinah munawwarah. Ini pasti. Hampir. Allah akan laksanakan janjiNya.

Istiqamah dlm usaha ini ialah mati dlm usaha ini. kita kena buat keputusan. Setiap 100 thn ada mujadid. Sekarang ni kebatilan di takat maksimum. Kebatilan dtg dlm kerja agama. Keputusan Allah sangat dekat. Allah bersama dgn usaha. Allah akan hancurkan mereka yg menentang usaha. Usaha ini bukan utk selamatkan diri. Usaha ini utk selamatkan umat. Banyakkan doa dan tangisan utk umat. Jaga amal waktu mlm. Sentiasa merayu pd Allah. kita kena bergerak, jgn guna handphone, ini cara yahudi, ini semua batil, kena buang. Jgn guna kekafiran dlm sunnah. Walaupun betul, tak ada penerimaan, buang masa, akan kecewa, akan bergaduh.

Kita tak boleh khususkan diri, inilah fitnah. Kena duduk bersama umat, jumpa umat, inilah ijtimaiyat. Saad bin muaz telah wujudkan ijtimaiyat , menyatukan umat, buat keputusan yg betul atas bani quraizah, Allah hantar malaikat, bergegar arash allah di hari kesyahidan saad. Inilah jln kita. kita kena bergerak. Laratkan diri. Janji Allah bukan dogeng. Janji dgn Allah nak keluar, dah hujung tahun tak keluar2 jugak. Jgn berbohong dgn Allah. jgn rosakkan diri kita dan rosakkan hubungan kita dgn org lain. kita kena kasihkan umat. Jgn jatuhkan hukum. Kita bukan hidup dgn fatwa, kita hidup dgn taqwa.

Kita kena hubungkan diri dgn markaz. Markaz sri petaling wakil dari madinah. kita kena dtg kpd kenabian. Dtg kpd raudah. tempat mesyuarat seluruh alam. raudah jadi mulia sebab fikir alami dibuat disitu. Raudah tempat bayan hidayat, tempat karguzari. Rujuk kpd usaha. Bukan rujuk kpd org. jgn berdebat dgn org. kalau tak nak buat, duduk diam2. jgn kacau org nak buat usaha. Doa utk dia. Bentang takazah ke semua mohalah, supaya semua org ada fikir. Ini nehej. Seluruh dunia menunggu jemaah m’sia. Allah perintah umat ini utk keluar. Keluar dlm keadaan senang atau susah. Bukan keluar sebab ada duit atau ada cuti. Bangun bagi nama. Syiar. Dlm majlis ni ada penerimaan. Ada malaikat. Kita tullis, malaikat pun tulis. Keluar jln Allah atau maut. Maut kejar kita sama mcm rezeki kejar kita. Rezeki melalui amal. Melalui usaha di masjid. Minima 2½ jam sehari, dlm tu ada rezeki. 8 jam, rezeki mcm air hujan. Tapi bagi 8 jam bukan utk rezeki, utk laksanakan t/jawab tapi disitu Allah rahsiakan rezeki. Pasti. 

Comments

  1. Thanx for sharing ...deep and meaningful utk rakan2 seusaha..🏅🏅🏅

    ReplyDelete
  2. Syukran atas perkongsian yg sgt bermanfaat dan menginsafkan ini. Takbir!

    ReplyDelete
  3. Anonymous21.10.23

    Bayan zaman usaha dakwah tabligh setelah di rosakan

    ReplyDelete
  4. Anonymous28.10.23

    Alhamdulillah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir