Bayan maghrib - ustaz hazim

Malam markaz
28/04/2018 sri petaling

Perkara yg paling penting utk setiap insan usahakan/capai ialah bagaimana dpt keredaan Allah. Redho Allah. ini perkara paling mahal, paling berharga, paling besar. Allah adalah rob seluruh alam. Allah pencipta semua makhluk. 7 petala langit dan bumi semua dicipta oleh Allah. Allah memelihara, menjaga, mengatur, mengawal dan mentadbir. Setiap perkara yg berlau di alam ini berlaku dgn perintah allah. Setiap perkara yg sudah berlaku, sedang berlaku, akan berlaku, semuanya berlaku dgn kehendak Allah. setiap kehidupan, kematian, mulia, hina, berjaya, gagal, susah, senang, semua keadaan ini ditentukan oleh Allah. oleh itu sangat penting kita usaha utk dpt redho Allah. supaya Allah suka pd kita, Allah sayang pd kita. Sesiapa yg dpt redho Allah maka dia akan dpt segala-galanya. Allah akan bagi pd dia kejayaan dunia dan akhirat. Dpt Allah, dpt segala-galanya. Hilang Allah maka hilang segala-galanya. Hanya Allah boleh bagi kejayaan, keselamatan, kesejahteraan, kemuliaan, dunia dan akhirat. Satu org yg dpt redho Allah maka dia akan dpt kebaikan dunia dan akhirat. Dia akan dikasihi dilangit dan dibumi. Dia akan dpt keselamatan di kubur, di mahsyar, di mizan, di titian sirat. Allah mudahkan urusan persinggahan2 tersebut dan akhirnya Allah letakkan dia dlm syurga. Kejayaan yg selama-lamanya tiada akhirnya. Persoalannya ialah macam mana nak dpt redho Allah? Apakah usaha yg perlu dibuat supaya Allah redho dgn saya, Allah gembira dgn saya, Allah senang dgn saya. Apakah pandangan Allah terhadap saya sekarang ni? Adakah Allah redho atau murka dgn saya?

Keredaan Allah bukan kerana rupaparas, harta benda, kedudukan, darjat. Allah tak pandang semua tu. Allah pandang iman dan amal manusia. Sejauh mana dia amalkan agama dlm kehidupan dia. Sejauh mana dia amakan perintah2 Allah dlm kehidupan dia. Sejauh mana dia amalkan sunnah nabi s.a.w dlm kehidupan dia. Nabi s.a.w adalah makhluk Allah yg Allah paling sayangi dan kasihi. Setiap gerak geri nabi, bercakap-diam nabi, bangun-duduk nabi, semuanya dikasihi oleh Allah. siapa yug meniru cara nabi, amalkan cara hidup nabi dlm kehidupan, maka dia juga akan dikasihi oleh Allah. Dlm ittibaq nabi ada cinta Allah. Utk dpt redho Allah, kita kena amalkan agama yg sempurna dlm kehidupan secara istiqamah. Kehidupan kita 24 jam ikut apa yg diperintah oleh Allah. Kita serah diri kita pd Allah. Kita tak ada keinginan sendiri, apa yg Allah inginkan itulah keinginan kita. Kita manusia kat dunia ni tak bebas. Org mukmin umpama unta yg dicucuk tali kat hidung dia. Disuruh jalan, dia jalan. Di suruh duduk, dia duduk waalupun tempat yg tak selesa. Dunia ini penjara bagi org beriman. Kita tak bebas di dunia ni. Cara kita berfikir pun tak bebas. Kita tak boleh cakap semua yg kita nak cakap. Kita tak boleh dengar semua benda yg kita nak dengar, kita tak boleh buat semua benda yg kita nak buat. Kita kena tundukkan diri kita pd Allah, kita adalah hamba Allah. hamba kena taat pd tuannya. Apa yg disuruh buat kita buat. Keinginan seorang hamba adalah apa yg diinginkan oleh tuannya. Keinginan ikut perintah Allah. Laksanakan perintah Allah dgn taat, rela dan gembira.

Kita nak hasilkan iman yg dpt mendorong kita taat segala perintah Allah. tinggalkan segala larangan Allah dan amalkan setiap sunnah nabi s.a.w, ini yg Allah hendak dari setiap hambaNya. Agama yg sempurna dan istiqamah dlm agama. Istiqamah dlm agama ialah org yg amalkan keseluruhan agama. Bukan hanya amal sebahagian perintah Allah yg mudah, yg sesuai dgn keinginannya, yg tak rugikan dunia dia. Perintah Allah yg berat/susah, yg rugikan dunia, dia tinggalkan. Ini bukan istiqamah dlm agama. Istiqamah ialah amal seluruh juzuk agama dlm setiap keadaan dan setiap masa dari segi iman, ibadat, muamalat, muasyarat, akhlak, ketika susah, senang, gembira, sedih, lapar, kenyang, siang, malam, sorang2, ramai2, mata, telinga, lidah, setiap anggota badan taat perintah Allah, org macam inilah yg akan dpt kejayaan yg sempurna. Inilah cara sahabat amalkan agama. Utk amalkan semua ini perlu pd kekuatan iman. Utk kekuatan iman perlu petunjuk/hidayat dari Allah. Cara utk dpt iman dan hidayat hanya satu cara iaitu usaha nabi s.a.w. Hanya dgn perantaraan usaha nabi s.a.w maka agama yg sempurna akan dtg dlm kehidupan. Nabi s.a.w telah dihantar oleh Allah s.w.t sebagai asbab hidayat utk seluruh manusia sampai hari kiamat. Rahmat utk seluruh alam. Nabi diberi agama dan usaha agama. Sejauh mana umat ini tinggalkan usaha agama, maka iman jadi lemah dan agama jadi lemah. Maka akan jauh dari Allah.

Kita nak sedarkan setiap umat tentang t/jawab usaha ini. Kita semua diamanahkan oleh Allah utk menyambung kerja nabi s.a.w. Usaha ini dipanggil dakwah illallah. Umat perlu disedarkan betapa pentingnya usaha ini. Usaha yg mulia dan tinggi. Kena laksanakan t/jawab kerja ini utk berjaya dunia dan akhirat. Hari ni, kita tak faham kepentingan usaha agama. Sebahagian kecil umat faham pentingnya solat, puasa, zakat dan amal2 agama yg lain, tapi kebanyakan kita tak faham betapa pentingnya kena laksanakan perintah dakwah ini. Dakwah adalah satu perintah dari Allah. wahai org2 beriman jadilah kamu pembantu2 agama Allah. Kita semua telah diperintah oleh Allah utk bantu agama Allah. Apa maksud bantu agama Allah? jgn keliru dgn bantu islam dan bantu org islam. Membantu org islam adalah satu bab yg berasingan. Bagi makan, bagi rumah, selesaikan hutang, dll. Selesaikan hajat satu org islam, akan dpt pahala 10 thn iktikaf. 1 malam iktikaf akan dijauhkan dari neraka sebanyak 3 parit, 1 parit jaraknya antara langit dan bumi. Ziarah org islam yg sakit, 70,000 malaikat akan doakan utk dia. Dgn membantu org islam tidak melepaskan kita dari t/jawab membantu agama Allah. Kita rasa kita dah bantu org islam tak perlu buat dakwah. Kita tak akan terlepas soalan di akhirat apa yg kamu buat utk bantu agama Allah. Apa maksud bantu islam? Ialah kita sediakan umat utk amalkan agama dlm kehidupan mereka. Bawa mereka kpd iman dan usaha atas iman. Bawa mereka kpd perintah Allah dan sunnah nabi s.a.w. Hari ni kita bagi org makan tapi tak fikir adakah dia solat atau tak solat. Keadaan org islam di sesuatu negara bergantung pd amal org islam di sana.

Kita diperintah oleh Allah utk bantu agamaNya. Cara nak bantu agama ialah sebagaimana cara yg dibuat oleh nabi s.a.w dan sahabat2. Kerja umat ini ialah menyeru manusia kpd Allah. sebanyak mana kita buat dakwah illallah maka sebanyak itulah kekuatan iman akan terbentuk dlm hati. Bilal telah dicemeti dan diseksa tapi masih sebuat ahad, ahad. Abdullah huzaifah ditawarkan separuh kerajaan rom tapi tak dpt beli iman dia. Tak akan tinggalkan islam walau sekelip mata. Walaupun nyawa diancam. Sanggup korbankan nyawa sebanyak bulu roma di badan. Dimana dpt kekuatan iman macam ni? Ini adalah bantuan ghaib dari Allah. kerana mereka membantu agama Allah. bila bantu agama Allah, pasti dan pasti Allah akan bantu kamu. Bila bantuan Allah bersama kita, maka tak ada satu kuasa pun dpt halang kita dari amalkan agama. Bila bantuan Allah tak bersama kamu, maka kamu tak akan sekali2 dpt tegakkan agama Allah. Bantu agama Allah dgn diri, harta, masa, segala kebolehan yg kita ada. Contoh kita dlm usaha dakwah ialah nabi dan sahabat.

Usaha kita hari ni ialah utk menghidupkan kembali usaha nabi s.a.w. Kehidupan sahabat adalah usul/tertib usaha. Maulana Yusuf rah. telah tulis kitab hayatus sahabah. Sebab tu jemaah bergerak seluruh dunia hari ni utk sediakan setiap umat sebagai pembantu agama Allah. Lelaki, wanita, kanak2. segala kemampuan dan kebolehan yg mereka ada kena guna utk agama Allah. Sediakan umat utk amalkan agama dlm kehidupan. Fardu yg paling penting ialah iman. Mula2 sekali kena buat usaha atas iman. Muzakarah iman. Selepas iman, usaha atas solat. Kita kena fikir risau utk sediakan seluruh umat. Niat buat usaha seluruh alam. Niat utk pergi seluruh dunia utk buat usaha. Niat utk bentuk jemaah dari masjid kita. Hantar ke seluruh dunia. Usaha ini adalah ijtima’i. Nabi tak buat sorang2, tapi nabi s.a.w telah sediakan sahabat. Pujuk rayu setiap umat. Yg bagi hidayat Allah. Allah tak akan sia2kan org yg buat usaha. Allah tak bagi ganjaran berdasarkan natijah usaha. Allah bagi ganjaran berdasarkan banyak mana kita buat usaha. Kesungguhan dlm buat usaha. Sediakan setiap org kpg kita bagi masa hari2 di masjid/surau, sehingga masjid kita hidup dgn amal 24 jam spt masjid nabi s.a.w. Sediakan setiap org islam hidupkan amal masjid nabi di setiap rumah. Setiap rumah org islam hidup amal dakwah, amal taklim, ibadat dan khidmat. 5 amal rumah (taklim, halaqah quran, 6 pts, tashkil, mesyuarat) adalah dari sirah nabi s.a.w.

Org buat usaha dakwah umpama org yg berenang. Kena berterusan buat usaha. Tak ada rehat. Tak ada cuti. Kalau berhenti akan tenggelam. Banyak takazah yg belum sempurna. Pengorbanan demi pengorbanana hingga kita mati jumpa dgn Allah s.w.t. Macam mana nak bantu rakan2 keluar dijln Allah? jadikan mereka makbul disisi Allah. Satu org hanya dpt keluar di jln Allah walaupun 3 hari dgn penerimaan/qabuliyyah Allah. bukan kerana cuti, bukan kerana duit, bukan kerana visa. Usaha supaya dia diterima oleh Allah. sibukkan dgn amal. Amal paling utama ialah amal dakwah. Betulkan yakin.  Semua sedia, insyaAllah.

Comments

  1. Anonymous14.5.18

    JzkAllah khair MasyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous25.3.24

      Terima kasih tuan...

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir