dakwah & doa

Yang memang menjadi kelemahan kita adalah doa. Dengan berdoa kita menzahirkan kelemahan diri dan kekuatan serta kekuasaan Allah s.w.t. Dengan doa barulah segala usaha kita akan ada roh. Nasihat orang tua-tua kita , bagi setiap 1kg usaha buatlah 10kg doa. Da’i-da’i sepatutnya menghabiskan masa satu jam setiap hari dalam berdoa. Setelah penat berusaha tidak pula kita berdoa, segala usaha kita akan jadi sia-sia. Dakwah dan doa tidak boleh dipisahkan.

Kata Mehji Mehrab: “Ummumi gasht, khususi gasht, bayan dan sebagainya adalah jasad. Doa seperti roh. Bila ada roh barulah amalan tadi ada manafaat. Oleh itu selepas tiap usaha berdoalah kepada Allah. Doa dengan angkat tangan adalah bentuk. Apa yang keluar dari mulut adalah lafaz. Hakikat doa ialah apa yang di dalam hati. Kalau dalam hati ada fikir, Allah s.w.t akan terima walaupun tanpa dilafaz”.

Kata Maulana Ubaidullah: “Doa sangatlah penting. Dalam memulakan amal dan menyelesaikan amalan hendaklah berdoa. Puasa, solat dan haji bermula dengan doa dan disudahi dengan doa. Sesiapa yang tidak berdoa, dia telah pergi ke arah yang salah”.

Kata Mufti Zainal Abidin: “Doa adalah amalan yang Allah sukai. Doa yang tidak harus dilupakan ialah doa yang difardhukan oleh Allah. Dalam sembahyang kita baca Al-Fatihah 17 kali satu hari. Doa hidayah difardhukan oleh Allah. Doa-doa lain adalah mustahab dan masnun. Allah fardhukan kita doa hidayah agar manusia faham hidayah itu penting. Walaupun seorang kaya macam Firaun tetapi tiada hidayah, dia tidak dapat apa-apa. Walaupun satu orang tiada satu zarah pun tetapi dia ada hidayah dialah orang yang berjaya”.

Ada beberapa orang yang doa mereka panjang-panjang. Di dalam mimpi mereka telah didatangi oleh Rasulullah s.a.w sambil berpesan: Kamu selalu berdoa panjang-panjang tetapi kenapa kamu tidak berdoa untuk ummat ku. Doakanlah, "Ya Allah ampunkan ummat Rasulullah s.a.w, Ya Allah berikan hidayah untuk ummat Rasulullah s.a.w, Ya Allah kasihanilah ummat Rasulullah s.a.w”.

Kata Hadzratji: “Di malam hari berdoalah kepada Allah agar kita dicurahi hidayah, juga untuk orang tempatan, seluruh ummat dan manusia amnya. Andai kita tidak berdoa maka usaha kita tidaklah sempurna dan segala penat lelah kita tidak akan berjaya. Jika dakwah dan doa dijalankan, usaha kita akan berjaya. Gunakan malam hari untuk berdoa atas usaha di siang hari”.

Orang tua-tua kita di Mewat, apabila esok ada gasht, di malam hari mereka bangun berdoa sambil menangis-menangis: “Ya Allah, esok ialah hari gasht kami. Ini kerja Nabi sedangkan kami tidak tahu hendak buat usaha ini. Tolonglah kami. Berikanlah hidayat, berikanlah kesan. Saya lemah, ya Allah. Saya jahil, ya Allah. Benar-benar saya tidak tahu, berikanlah saya hikmah, kekuatan dan kesabaran”.

Amalan doa sangat penting. Doa di dalam tahajjud pula adalah amalan sahabat. Di siang hari mereka di atas belakang kuda, di malam hari di atas sejadah. Cubalah tidur dengan penuh adab dan niat tahajjud. Dan sebelum tidur bacalah kelebihannya lagi dan lagi.

Ada satu lagi amalan yang diajarkan oleh orang-orang alim, untuk bangun tahajjud di waktu yang mustajab bacalah ayat Quran dari surah Al-Kahfi iaitu 4 ayat terakhir yang bermula dari ayat Innal-lazi-na-amanu. Selepas membaca ayat tersebut, niatkan pukul berapa hendak bangun. Insya’allah ianya terbukti mujarab.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir