bayan hidayat masturat - hj rahman minsin

22/03/2015

Muqaddimah
Kepentingan usaha agama ini dikalangan wanita .
Sebagaimana lelaki dihantar begitu juga bagi wanita. Dakwah tanggungjawab wanita juga.
Syukur Allah pilih ibu-ibu & bapa-bapa untuk keluar dijalanNya.

Maksud Keluar
Islah diri supaya agama yang sempurna hidup dalam diri kita dan umat seluruh alam.
Mewujudkan 6 sifat dalam setiap suami & isteri.
Menggalakkan lelaki supaya usaha keluarkan jemaah lelaki dan masturat pada jalan Allah secara tunai.
Fikir bagaimana 5 amal dapat hidup di setiap masjid .Ini adalah asas kerja. ,jadikan setiap masjid hidup seperti Masjid Nabi.
Wanita perlu dibentuk untuk sentiasa berfikir menghidupkan amal di rumah dan menguatkan usaha tempatan di masjid dan surau.

Tertib kerja
Taat amir .Hanya seorang amir dikalangan lelaki, tidak ada wakil amir di kalangan wanita.
Taat keputusan mesyuarat.
Diterangkan 12 usul.
Pakaian 100% berpurdah dan bersifat sederhana dan berwarna gelap.
Tidak memakai perhiasan semasa keluar.
Sediakan Set Taklim - satu buku satu wanita/lelaki. Apabila ramai wanita hadir maka dengan mudah boleh pecah kepada beberapa halqah taklim kitabi.Di waktu lapang pula setiap orang boleh baca taklim secara infradi.
Sediakan set taam.
Bawa tali dan cadar untuk tirai yang lebih.
Bawa sistem pembesar suara mudahalih bersama.
Sediakan buku mesyuarat - buku pendua dan kertas taskil secukupnya .
Kenderaan di mesyuaratkan dahulu - naik kenderaan apa ? dengan siapa?

Khidmat memasak makanan adalah dikalangan wanita.
memasak untuk jemaah dan ahli rumah sahaja.
Tuan rumah hanya dibenarkan menyediakan masakan sekali sahaja.
sekiranya orang tempatan ingin nusrah makanan, hendaklah dimesyuaratkan terlebih dahulu .
Mereka yang diputuskan untuk memasak sahaja buat keputusan mengenai menu pada hari itu.
Yang lain boleh bantu jika perlu. Makanan sebaiknya boleh dimakan oleh semua ahli jemaah.

Tiada amalan bayan/targhib dari pihak lelaki waktu gelap (malam &selepas subuh)
Tiada amalan ijtimaie selepas solat isyak.Sekiranya perlu solat isyak boleh di lewatkan sedikit demi menyempurnakan amal amal ijtimaie.
Tiada mulakat (pertemuan) di waktu malam kecuali dharurat, contoh ahlia sakit kuat.
Tiada karkuzari bertulis dari wanita - hanya secara lisan kpd suami.

Rumah hendaklah dilihat sebelum masuk & sebelum berpindah ke route seterusnya. 
.Tandas ada berapa
.Tempat wudhu ada berapa
.Ruangan Sidai baju
.Ruangan taalim, bayan, mulakat.
.Tabir & tirai.
.Ruangan memasak
.kemudahan air (buka paip untuk lihat tekanan air)
.Penghuni rumah yang lelaki/anak-anak.

Route jemaah dimesyuaratkan dengan orang tanggungjawab markas.
Semua rumah orang Islam sesuai untuk terima jemaah masturat, tidak mestinya rakan seusaha.
Tempoh maksima membuat usaha disebuah rumah 2-3 hari tidak termasuk hari perjalanan.
Tidak ada amalan sampingan (side program) walaupun ke tempat rumah taklim mingguan.
Tidak boleh keluar rumah untuk menziarahi rumah saudara mara.
Tidak dibenarkan membeli belah bersama isteri.

Waktu berpindah pastikan suami mengambil isteri masing masing.
Pastikan rumah dikemaskan setiap hari dan terutamanya sebelum meninggalkan rumah.
Pasangan yang nusrah sepenuh masa, paling ramai 2 pasang sehari semalam.
Maksud nusrah penuh ialah orang lama yang boleh membantu jemaah tuan rumah .
Syarat orang yang nusrah sepenuh masa, sama seperti jemaah yang keluar.
Untuk jemaah 10/15 hari, 1 pasangan baru boleh diserapkan selama 24 jam untuk mendedahkan mereka kepada amalan jemaah masturat.
Tuan rumah hendaklah dihubungi sebelum berangkat.

Aturcara amalan 24jam
Taalim
. Halqah Tajwid
. Kitabi
. Muzakarah 6 Perkara

Jenis-jenis kitab yang boleh dibaca
. Fadhail Amal
. Muntakhab Ahadith
. Fadilat Sadaqah.
. Di waktu tertentu - Fadhilat Ramadhan & Fadhilat Haji

Taalim pagi 2 jam hingga 2½  jam di mulai dengan
. Fadhilat Majlis
. Fadhilat Quran
. Halqah Tajwid
. Taalim Kitabi
. Muzakarah 6 perkara.

Muzakarah 6 perkara, semua orang kena cakap ke enam sifat setiap hari.
Jangka masa yang sama hendaklah diberikan pada setiap orang.
Sekiranya wanita yang hadir waktu pagi melebihi 15 orang dan mereka tidak hadir diwaktu petang, maka bayan lelaki boleh diadakan.

Selepas Zohor tiada amalan ijtimai.

Selepas Solat Asar.
Sebelum bayan Asar, taalim hendaklah dibaca lebih kurang 30 minit.
Bayan lelaki lebih kurang 40-45 minit, diikuti dengan taskil oleh ahli jemaah wanita selama 10-15 minit.
Dalam tasykil setiap wanita ahli jemaah hendaklah memberi tasykil kepada wanita tempatan yang dengar bayan.
Galakan dan dorongan kepada wanita tempatan oleh ahli jemaah wanita sangat berkesan untuk lebih mengpengaruhi hati yang telah dilembutkan melalui bayan.
Taskil dibuat melalui pujukan dengan cara memberi dakwah iman dan fadhilat sehingga wanita wanita yang hadir memberi azam-azam seterusnya menuliskan nama-nama mahram lelaki dengan kerelaan hati.
Setiap ahli jemaah membuat taskil demi membina mizaj dakwah dalam diri dan wanita yang baru boleh dipasangkan dengan wanita yang berpengalaman pada hari permulaaan, kemudian dia pun harus berpecah dan menjalankan taskil selepas setiap bayan lelaki.
Apabila kertas taskil keluar dari balik tabir barulah berdoa.
Sekiranya masa tidak mengizinkan, selepas wanita menyempurnakan taskil maka setiap wanita membaca doa kifarah majlis apabila taskil mereka telah selesai.
(Jangan rosakkan taskil dengan jamuan makan dan minum)
Lepas doa, mana-mana wanita tempatan yang masih ada, hendaklah di ikhtilat dan dakwah infradi.
Jamuan makan dan minum (jika ada) hendaklah dihidang selepas doa selesai. (bukan di penghujung bayan)
Program selepas solat maghrib dan nawafil adalah muzakarah (lebih kurang 30-45 minit).
Solat Isyak boleh dilewatkan sedikit sekiranya perlu.

antara perkara-perkara yang dimuzakarahkan
*Usaha hidupkan amal dirumah 24 jam - mesyuarat,dakwah,taklim,zikir,tarbiah anak-anak,hidupkan sunnah
*Adab makan
*Adab tandas
*Adab Tidur
*Adab Perjalanan.
*Beberapa pesanan wanita
*Hidupkan taklim di rumah
*Hidup sederhana.
*Didik anak cara sunnah.
*Muhabbah/Kasih sayang
*Sabar & Tahamul
*Halqah dakwah iman 
*Fikir alami
*Adab Mulakat
*Adab Istikbal
*Kelebihan tahajud
*Adab Usul
*Usaha tempatan lelaki/5 amal jemaah masjid
*Kaedah taskil dan ikhtilat.

Selepas isyak adalah masa untuk makan, menyudahkan amal-amal harian dsbnya.
Bila lampu dipadam, semua ahli jemaah perlu tidur, tidur awal bangun tahajud pun awal.
Tahajud sangat penting dalam usaha dakwah.
Hidupkan lampu lebih kurang 30 minit sebelum Solat subuh.
Selepas solat subuh, sempurnakan zikir harian dan tilawah quran infradi.
Boleh muzakarah lagi sehingga solat isyrak.
Selepas subuh (langit sudah cerah) sekali-sekala adakan targhib dari ahli jemaah lelaki.
Adab taklim dan apa jua adab (jika perlu) boleh disampaikan oleh pihak lelaki.
Mesyuaratkan setiap hari petugas khidmat, istiqbal, pembaca program dan karkuzari.
Taskil perlu dibuat oleh setiap wanita
Disetiap rumah usaha dibuat untuk menjadikan rumah setiap orang islam cawangan masjid iaitu dengan menghidupkan amal-amal masjid 24 jam - taklim, ibadat, khidmat, mesyuarat.
Galakkan rumah mengadakan satu amalan selepas setiap waktu solat.
Jadikan dakwah maksud hidup dan kerja utama.
Tertib masturat keluar 3H setiap 3 bulan, 10/15H setiap tahun dan 2B/40H setiap 3 tahun.
Galakkan mahram kita untuk keluar ke jalan Allah - 4B, 40H, 2B jalan kaki, Negara Jauh dan juga membuat kerja tempatan.

Pembentukan Jemaah Tunai
Di setiap rumah jemaah hendaklah berusaha sungguh-sungguh untuk mengeluarkan jemaah 3H masturat secara tunai.
pihak lelaki & wanita perlu membuat taskil tunai.
Di tempat yang usaha masturat masih baru, jemaah hendaklah menyediakan pasangan-pasangan baru untuk nusrah penuh 24 jam.
Sekiranya perlu jemaah boleh mengusahakan pasangan wanita yang berpengalaman daripada halqah untuk lengkapkan jemaah.
Melalui mesyuarat jemaah dan orang tanggungjawab markas - usaha dibuat untuk menyediakan route jemaah tunai, rumah bayan hidayat dan pembayan hidayat untuk setiap jemmah 3H masturat yang bakal dikeluarkan.
Jemaah masturat 3H yang dikeluarkan tunai, tapi di dalamnya kurang wanita berpengalaman hendaklah dihantar kerumah yang ada wanita berpengalaman dan tempat-tempat orang lama dalam usaha masturat.
Sebaik-baiknya jemaah hendaklah menyaksikan jemaah 3H tunai keluar terlebih dahulu, sebelum berpindah ke rumah diroute yang seterusnya.
  
Perkara-perkara yang tak boleh disentuh dalam bayan lelaki
.Pasal Poligami
.Purdah
.Wanita Bekerja
.Keadaan yang mengaibkan wanita.

Bayan umum hendaklah disampaikan oleh ahli jemaah yang sedang keluar.
Targhib kepada ahli jemaah boleh dibuat oleh orang lama & org tanggungjawab .
Iklani gasyt – ke rumah-rumah jiran rumah masturat untuk memaklumkan waktu taklim & bayan lelaki di rumah masturat. Ini bertujuan untuk mengundang jiran tetangga kepada tuan rumah untuk hadir dalam program.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir