jor KL 2013 - bayan subuh Ust Hamid

13/04/2013 - sri petaling

Alhamdulillah, segala puji dan syukur pd Allah yg telah beri taufiq pd kita utk luangkan masa dlm majlis zikrullah – majlis mengingati Allah
Tidak berkumpul satu kaum di rumah Allah, menceritakan, muzakarah, mempelajari kebesaran Allah, melainkan Allah akan turunkan rahmat, sakinah dan para malaikat akan mengerumuni mereka
Di akhir majlis, Malaikat akan naik berjumpa dan berdialog dgn Allah – maka Allah akan ampun dosa peserta majlis.
Org yg dtg bukan utk dengar pun akan diampunkan oleh Allah
Semoga Allah bagi ihtisab pd kita dlm amalan agama

Allah tidak berhajat pd mana-mana makhluk
Allah kaya, kita miskin
Kita berhajat pd Allah pd setiap keadaan
Utk selama-lamanya kita berhajat pd Allah.
Kita berhajat pd Allah di alam arrwah
Kita berhajat pd Allah dlm perut ibu
Kita berhajat pd Allah di atas mukabumi
Kita berhajat pd Allah dlm kubur
Kita berhajat pd Allah di akhirat
Kita berhajat pd Allah di syurga
Setiap perkara berlaku dgn kehendak Allah s.w.t
Yang memberi segala nikmat hanya Allah

Syarat pd nikmat ialah lain shakartum la aziydan-nakum
Sekiranya kamu bersyukur, Allah akan tambah nikmat tersebut
Allah bagi nikmat pd semua samada yg beriman atau tidak beriman
Dlm sesetengah keadaan Allah bagi nikmat yg lebih pd yg tidak taat, yg kufur
(istidraj – pemberian nikmat Allah tapi Allah tak redha)
Tapi utk org mukmin yg ada keimanan dan keyakinan pd Allah s.w.t – bahawa nikmat bukan satu perkara yg asal/asli.
Bagi org mukmin, tuntutan yg asli ialah keredaan Allah s.w.t. Allah kasih pd kita.
Walaupun dari segi matabenda dunia tiada apa-apa – tapi dia org yg diredhai oleh Allah s.w.t.
Walaupun sakit – tapi dia org yg diredhai oleh Allah s.w.t.
Walaupun tiada kedudukan -  tapi dia org yg diredhai oleh Allah s.w.t.
Maka keredhaan Allah  sudah cukup utk segala-galanya. Dia ialah org yg mulia
Dia lebih baik drp seluruh manusia didunia ini yg tidak ada keredaan Allah s.w.t
Makam/kedudukan hamba disisi Allah sangat tinggi
Allah sebut hamba pd nabi s.a.w
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Al-Israa' 17:1)

Allah yg mencipta 7 petala langit, 7 petala bumi
Allah yg memiliki kehidupan, Allah yg memiliki kematian
Allah yg meninggikan, Allah yg merendahkan
Allah al muiz – yg memuliakan
Allah al muzil – yg menghinakan
Allah al muhyi – yg menghidupkan
Allah al mumit – yg mematikan
Allah ar rafiq – yg meninggikan
Allah al khafidh – yg merendahkan
Allah ar razzaq – yg memberi rezeki
Allah al ghaffar – yg maha pengampun
Allah al sattar – yg maha menutup segala keaiban
Allah yg bersifat dgn segala kesempurnaan mengakui bahawa org ini adalah hamba Nya ialah satu kemuliaan drp Allah s.w.t

Dalam memilih hambaNya – Allah dtgkan berbagai-bagai ujian
Allah ada tertib. Allah ada kaedah bagaimana hamba-hamba dipilih
Daripada ribuan hamba – Allah pilih utk hampir pd Alah s.w.t
Ambis a.s adalah hamba yg dipilih oleh Allah s.w.t
Sesiapa yg melepasi ujian-ujian yg didtgkan oleh Allah s.w.t – dia akan menjadi hampir pd Allah
Ambia a.s diuji – ketabahan mereka dlm menghadapi ujian
Nabi s.a.w juga diuji dlm menjalankan usaha dakwah

Nabi s.a.w menanggung kesusahan dlm menjalankan usaha dakwah
Nabi dipanggil al amin, yg dihormati, yg amanah, yg benar, yg baik, akhlak dan sifat yg baik tapi bila mula menjalankan usaha dakwah beliau telah di keji, di maki, di cela, di cerca, di hina, pendusta, penipu, ahli sihir, memecah belahkan masyarakat
Dlm musim haji – pergi kabilah ke kabilah – di baling dgn batu
Abu Lahad b Abd Mutalib – bapa saudara nabi sendiri telah menyusahkan nabi – dia kata nabi penipu/pembohong
Nabi ada sifat sabar dan tahamul dlm menyampaikan dakwah
Kasih nabi pd umat -  bagaimana umat dpt hidayat

Kita kena sedar kita adalah umat nabi s.a.w
Allah telah pilih kita utk lahir sebagai umat nabi s.a.w sejak azali lagi
Kita telah dipilih utk menyambung kerja kenabian
Tidak akan ada nabi akan dtg selepas baginda s.a.w
T/jawab kerja kenabian telah diberi pd semua umat ini
Kita bertanggungjawab utk menyambung kerja kenabian
Dalam membuat  kerja ini – perlu ada sifat-sifat kenabian – perlu diamalkan dlm kehidupan kita
Dalam apa keadaan pun nabi bersama umat
Susah, senang, gembira, sedih – nabi sentiasa bersama sahabat
Sebagai seorang da’i - kehidupan kita menjadi ijtimai
Perkara ini perlu pengorbanan dan di latih
Kita kena korbankan kepentingan infradi kita – kita adalah hak ijtima’i

Nabi s.a.w menjadi contoh pd semua org
Akhlak nabi – adalah akhlak yg agung
Dari semua segi – iman, ibadat, muamalat, muasyarat, akhlak – contoh dlm semua keadaan
Dalam ibadat – nabi solat hingga bengkak kaki
Beribadat dan mujahadah hingga org jadi kesian
Kita/semua rakan seusaha kena jadi contoh dari semua segi
Allah telah pilih kita utk buat usaha agama
mensyukuri nikmat allah dlm kehidupan ini

kita beribadat sehingga wujud hubungan/takluk dgn Allah – ada cinta Allah dlm hati
begitu hampir dgn Allah, bermanja dgn Allah. mampu utk bermunajat dgn Allah
mampu utk berdoa panjang-panjang dgn Allah
berdoa, merayu, mengadu keadaan kita pd Allah. mohon hajat dgn Allah
sejauh mana ada takluk dgn Allah – akan dtg lazat dgn ibadat, lazat dgn zikir, lazat dgn doa
hijab – tidak ada cinta pd Allah
hubungan dgn Allah perlu dikuatkan dgn amal-amal
bila ada cinta pd Allah, maka akan dtg cinta pd makhluk
makhluk adalah keluarga Allah – yg dicipta oleh Allah
Kena ada sayang pd semua manusia  - macam mana mereka dpt beriman pd Allah, dpt selamat dari neraka Allah s.w.t
Mengadu pd Allah dlm kesusahan dan kesedihan dlm buat usaha agama

Sebaliknya jika tiada cinta Allah dlm hati – zikir tidak akan diilhamkan dlm hati kita
Kita hanya akan berkhayal tentang perkara yg kita suka, yg kita sayang

Dalam ibadat – kita jadi contoh pd masyarakat –sebagaimana ibadat nabi s.a.w
Dalam muamalat – kita jadi contoh pd masyarakat – sebagaimana muamalat nabi s.a.w
Kisah yahudi tuntut hutang dgn nabi s.a.w
Yahudi tadi nak uji sifat kenabian dan alamat/tanda kenabian
Nabi tak letak ego dlm muamalat
Nabi merendahkan diri dlm muamalat
Nabi ada sifat sabar yg tinggi – penyantun
Bila diuji kita sabar – jgn ego
Sifat ini perlu ada dlm setiap da’i

Sifat kasih sayang yg sangat mendalam terhadap manusia – mahabbah/rauf
Nabi sayang pd umat hingga sanggup minta pd allah sakit sakaratul maut seluruh umat diberi pd beliau
Di akhirat , nabi akan berada di telaga kautsar, mizan atau sirat membantu umat beliau.
Kerisauan nabi pd umat dari dunia hingga ke akhirat
Kita pula tak ada hubungan dgn nabi s.aw.. nak selawat 100X pun tak ada masa
Selawat 1X – Allah akan selawatkan atas dia 10X
Selawat 10X – Allah akan selawatkan atas dia 1000X

Dalam muasyarat pun kena ikut contoh nabi s.a.w
Cara pergaulan nabi dgn isteri, dgn sahabat
Sabar, penyayang, penyantun, akhlak yg baik
Tapi hari ni – dgn kawan kita baik, bila balik rumah jadi pemarah
Kita kena menghargai pengorbanan isteri kita
Kalau kita jaga akhlak – isteri akan jadi pembantu dlm usaha agama/usaha dakwah

Kita kena bawa sunnah dakwah dlm kehidupan. Sunnah paling besar.
Sunnah 124,00 nabi-nabi dan rasul-rasul
Menyeru manusia dgn kasih sayang
Menyeru manusia dgn akhlak kenabian – bersifat lemah lembut
Kalau kita keras – mereka akan tinggalkan kita
Cakap kasar, cakap tak ada insuran – org akan lari

Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun dari mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakkal kepadaNya. (Surah ali imran ayat 159)

Utk kesatuan hati , buat usaha dgn :
lemah lembut
maafkan
istighfar
mesyuarat
Kawan-kawan buat salah: jgn sebarkan – tutup keaiban – doa – nasihat dgn baik – maafkan
Walaupun kita ada kuasa – kita maafkan
Jangan umum kesalahan org
Jangan sebar keburukan org
Jangan suka dengar dan lihat keburukan kawan-kawan
Dengar dan lihat kebaikan kawan-kawan
Akhlak sahabat jadi sebab hidayat
Kawan kita yg banyak kelemahan – kita tengok kebaikan dia
Utk diri sendiri – kita banyak dosa – takut Allah tangkap kita dgn satu dosa
Sifat iblis – aku lebih baik – dilaknat oleh Allah
Kalau ada sifat kibir – akan dicampak ke dlm neraka

Dalam urusan dakwah – kena banyak mesyuarat
Tawanan badar – keputusan tak tepat – Allah maafkan sebab mesyuarat
Keputusan bukan tak boleh diubah
Keputusan boleh diubah dgn mesyuarat
Istiqamah dlm usaha dakwah
Jgn terkesan dgn suasana dan keadaan
Ikhlas dan istikhlas dlm usaha dakwah
Semua nabi-nabi berjaya. Tidak ada nabi yg gagal
Allah akan bantu usaha nabi sebagaimana Allah bantu nabi-nabi
Dengan usaha dakwah Allah bagi kejayaan
Dengan usaha dakwah Allah bagi keselamatan
Yakin dgn usaha dakwah  - berjaya dunia dan akhirat

Tumpuan juga perlu diberi utk halaqah iman – iman akan meningkat
Spt mana yg dibuat oleh abdullah rawahah, muaz jabal, umar r.a
Ta’al / Ijlis – mari kita duduk dan muzakarah iman seketika  

Utk belajar usaha dakwah – masa diperlukan – siapa yg sedia keluar 4B tunai?

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir