mesyuarat malaysia 1999 - bayan nasihat maulana zubir

nizamuddin - 08/09/99 

Tuan-tuan yang mulia,

Kita jangan minta daripada orang, minta daripada Allah s.w.t iaitu dengan doa. Kita jangan minta daripada makhluk, minta daripada Allah s.w.t. Allah s.w.t telah beri jalan untuk kita ambil daripada Allah s.w.t iaitu dengan doa dan dakwah. Kita buat usaha siang hari dan doa di waktu malam supaya Allah s.w.t suka dan redha dengan kita. Nikmat yang paling besar ialah bila Allah s.w.t redha dengan kita.

Kita kena sibukkan diri kita dengan usaha dan tawajjuh pada Allah s.w.t, minta daripada Allah s.w.t dan rahmat Allah s.w.t akan sentiasa bersama dengan kita. Bila rahmat Allah s.w.t bersama dengan kita, maka kita tidak akan gagal, kita pasti akan berjaya. Kita tidak akan selamat, kita tidak akan berjaya sehingga Allah s.w.t bersama kita, sehingga rahmat Allah s.w.t bersama kita. Bantuan Allah s.w.t akan datang dengan sifat, bukan dengan individu, bukan dengan zat. Kita kena asingkan sifat dalam diri kita. Bila kita ada sifat dalam diri kita, maka bantuan Allah s.w.t bersama dengan kita.

Allah s.w.t telah beri kita jalan, untuk ambil daripada Allah s.w.t. Kerja kita berusaha dan doa kepada Allah s.w.t. Kita buat usaha mengikut kemampuan dan kekuatan kita. Kita minta daripada Allah s.w.t mengikut kemampuan kita. Allah s.w.t akan beri mengikut kebesaranNya. Zat Allah s.w.t sangat tinggi dan sangat besar. Bila Allah s.w.t hendak beri, maka Allah s.w.t akan beri begitu banyak. Kita tidak dapat hendak bayangkan dan tidak dapat hendak fikirkan. Bila kita akan dapat? Kita akan dapat selepas kita mati. Kehidupan dunia ialah darul amal. Di dunia, kita kena buat dan apa yang kita dapat sedikit sahaja tetapi di akhirat apa yang kita akan dapat, bukan sedikit, kita akan dapat banyak dan untuk selama-lamanya. Kita akan dapat hanya bila dalam dunia ini kita buat usaha dan minta daripada Allah s.w.t. Oleh kerana itu, kita kena buat usaha sampai maut. Allah s.w.t telah beri kita amal ini, kita kena buat sampai maut. Kita tidak tahu bila kita akan mati. Setiap manusia sedang bergerak menuju kepada maut dan maut sedang menuju kepada orang itu. Tidak tahu bila dan siapa akan mati.

Zaman kita untuk buat usaha dan amal hanya masa yang pendek sahaja. Kita akan dapat balasan selama-lamanya. Kita kena buat usaha dan minta daripada Allah s.w.t, semoga Alllah s.w.t beri kita keredhaanNya. Inilah yang kita kena minta daripada Allah s.w.t. Bila Allah s.w.t redha dengan kita, inilah nikmat yang paling besar, inilah kejayaan yang paling besar. Bila Allah s.w.t akan redha? Bila kita ikut perintah-perintah Allah s.w.t dan kehidupan kita ikut perintah-perintah Allah s.w.t. Sampai mati kita ikut perintah-perintah Allah s.w.t, maka selepas maut Allah s.w.t akan beri kita kehidupan yang selama-lamanya berjaya. Kalau kita tidak ikut perintah-perintah Allah s.w.t dan kita ikut kehendak kita sendiri, maka bermula dengan sakratul maut, kita akan susah. Semoga Allah s.w.t pelihara kita.

Semoga Allah s.w.t beri kita taufiq untuk buat usaha agama sampai maut dengan ikhlas. Semoga Allah s.w.t beri taufiq pada kita. Kita kena buat usaha dan takut. Kena ikut ahli syura kita dan kita minta daripada Allah s.w.t. Empat perkara perlu datang dalam diri kita dan Allah s.w.t akan buat keputusan untuk hidayat untuk diri kita dan Allah s.w.t akan tiupkan angin rahmat, tiupkan angin iman, Allah s.w.t akan buka pintu-pintu rahmat untuk kita. Semoga Allah s.w.t terima saya dan semoga Allah s.w.t terima tuan-tuan.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir