Bentang takazah - ust akram

Mesyuarat bulanan KL – 13/08/2017
sri petaling

Syukur pd Allah s.w.t, Allah pilih kita utk buat usaha agama. Org yg buat usaha agama adalah org yg ada fikir sabiqun. Sabiqun bil qairot. Ada 3 golongan org islam. Pertama, golongan zolimin binafsih. Mereka tidak menyempurnakan perintah2 Allah dlm quran bahkan mereka buat apa yg dilarang dlm quran. Mereka tidak ada fikir hatta atas diri sendiri. Kedua, golongan pertengahan. Mereka adalah org2 yg soleh. Mereka menyempurnakan perintah Allah dan tinggalkan larangan Allah tetapi mereka tak ada fikir atas org lain. Ketiga, golongan sabiqun bil qairot. Mereka adalah org tabligh. Siapa kata, ibnu abbas yg kata. Mereka adalah golongan yg ada fikir atas org lain. Golongan ketiga adalah umat ini yg menyempurnakan perutusan baginda s.a.w. di hantar utk seluruh manusia seluruh alam. Mereka jadikan diri mereka utk sempurnakan maksud nabi di hantar. Maksud nabi dihantar utk seluruh manusia seluruh dunia sampai hari kiamat. Siapa yg Allah pilih utk bantu nabi s.a.w? umat ini telah dipilih oleh Allah. hanya sebahagian sahaja drp umat ini telah menyempurnakan maksud yg diberi.

Syukur pd Allah kerana Allah telah pilih kita utk duduk dlm majlis ini utk fikir, bukan setakat utk diri sendiri bahkan utk seluruh umat. Takazah dlm dunia ini adalah antara hak dan batil. Allah hantar ambiya a.s utk jadi asbab kebatilan dlm dunia ini hilang dan hak datang. Hak itu apa? Agama. Bukan nabi2 yg hancurkan batil. Allah yg hancurkan batil. Pd zaman nabi Musa a.s, kebatilan firaun sangat kuat. Allah yg hancurkan kebatilan firaun setelah musa a.s sempurnakan takazah dakwah. Bila dah sempurna tugas, baru Allah buat keputusan utk hapuskan batil. Banyak cara Allah hapuskan batil. Samada Allah bagi hidayat pd ahli batil atau Allah hancurkan ahli batil. Itu semua kerja Allah. bukan kerja kita. Dgn syarat kita sempurnakan apa yg dipertanggungjawabkan.

Dlm hadith diberitahu, zaman sahabat, bila tinggalkan 1/10 drp apa yg diperintahkan, akan binasa. Akan dtg satu zaman, bila mereka buat 1/10 drp apa yg diperintahkan, mereka berjaya. Ini utk umat akhir zaman. Apa perintah yg dimaksudkan disini? Dlm catatan kaki dlm kitab misykat, perintah tersebut ialah kerja amal makruf nahi mungkar (kerja dakwah). Bukan ibadat. Ibadat tak boleh kurang sedikit pun. Takazah2 yg dibentangkan sekarang ini ialah kerja dakwah. Kerja amal makruf nahi mungkar. Ajak manusia kpd kebaikan dan cegah manusia drp syirik. Kita sempurnakan takazah, Allah janji akan bagi kejayaan dunia dan akhirat. Allah akan bagi nusrah dan fatah. Nusrah bila sempurnakan kerja dakwah dan Fatah ialah Allah bagi kekuasan di mukabumi bila ketaatan telah sempurna. Sahabat telah korbankan nafsu dan ikut apa yg nabi s.a.w perintahkan dlm keadaan terpaksa, dlm perjanjian hudaibiyah. Turun ayat, fathul mubin, kemenangan yg nyata. Fatah akan dtg bila umat ini telah korbankan  keinginan, kefahaman dan ikut apa yg diperintahkan. Dlm keadan hati menolak, tapi taat apa yg nabi perintahkan, sabar dan taat. Sehingga saidina umar tanya bukankah kamu rasul? Mengapa terima perjanjian berat sebelah. Akal saidina umar fikir perjanjian ini menyebabkan kerugian pd umat. Bila mereka mentaati perintah nabi s.a.w, amir pd ketika itu, dlm keadaan terpaksa, maka turunlah ayat, kemenangan yg nyata. Penting utk dptkan nusrah dan fatah agar umat ini berbondong masuk agama Allah s.w.t.

Kita adalah umat yg satu. Ummatan wahidah. Umat yg satu ini ialah dari nizamuddin. Amir kita ialah nizamuddin. Takazah alam adalah dari satu tempat iaitu nizamuddin. Nizamuddin telah agihkan takazah tersebut agar setiap umat dpt dijumpai. Takazah nizamuddin adalah takazah umat. Malaysia telah diberi Lumpur beberapa takazah. Malaysia telah terima dan agihkan pd markaz2 negeri. Markaz KL telah agihkan pd kelompok2 dan halaqah2 dan seterusnya ke mahalah2. walaupun mahalah kita terima 1 sahaja drp takazah2 tersebut, kita adalah sebahagian drp ummatan wahidah.

Satu ketika, jemaah ustaz akram bergerak di Indonesia, dari Jakarta hingga bali, pd thn 1991, utk bawa org Indonesia pergi nizamuddin utk mesyuarat. Pd masa itu, mesyuarat Malaysia dan Indonesia sekali. Pd masa itu, wakil indonesia yg hadir mesyuarat 2 org sahaja. Takazah telah dibentang. Akhirnya kami sampai di temboro. Jumpa kiyai Mahmud, bapa kpd kiyai uzairon. Pd masa itu, murid di temboro sekitar 200 org sahaja. Satu pesanan kiyai Mahmud yg penting pd jemaah, kalaulah ada usaha sebijik macam tabligh, bahkan lebih baik dari tabligh, tapi tak ada kaitan dgn nizamuddin, beliau telah tunjuk pd satu lampu, walaupun lampu cantik, tapi tak ada kaitan dgn generator, ia tak akan mengeluarkan cahaya. Sebab itu penting ada hubungan dgn nizamuddin.

Takazah adalah dari nizamuddin. Kita cuba usaha utk sempurnakan takazah ini. Kalau dpt sempurnakan takazah ini, insyaAllah, Allah s.w.t akan bagi hasil dlm bentuk kejayaan.

Takazah utk 1 bulan – bln ogos sahaja:
  1. 4B negara jauh – 3j
  2. 4B IPB – 5j
  3. 4B jln kaki – 1j
  4. 40H negara jauh – 1j (china)
  5. 40H jln kaki – 5j
  6. 40H pendalaman – 15j (belanja RM3000)
  7. 40H negara jiran – 5j
  8. 40H dlm negeri – 20j
  9. 2B masturat negara jauh – 5j
  10. 40H masturat IPB – 5j
Pergi IPB supaya sohbat dgn masyaikh. Sunnah sohbat adalah sunnah yg besar. Barulah boleh jadi wakil nizamuddin utk pergi seluruh alam. Spt sahabat yg telah sohbat dgn nabi s.a.w, telah dihantar ke seluruh alam,

Jln kaki adalah satu kerja yg besar. Dlm hadith diberitahu, sebaik-baik (afdal) kedudukan manusia disisi Allah ialah mereka yg beriman kpd nabi s.a.w tapi tak melihat nabi. Dlm hadith yg lain, semulia-mulia kedudukan manusia disisi Allah, ialah org yg paling banyak jln kaki di mukabumi Allah dgn maksud memberi nasihat kpd ciptaan Allah. Kita dpt dua-dua, afdal dan mulia. Kita tak lihat nabi dan kita keluar jemaah jln kaki. Umat ini akan berjalan kaki membawa risalah nabi s.a.w.

Usaha masturat sangat penting. Jemaah lelaki dibantu oleh isteri/mahram. Kelebihan umat nabi s.a.w, wanita juga buat dakwah. Nabi2 buat dakwah sampai pintu sahaja. Tapi sekarang ni asbab jemaah masturat, dakwah sampai ke dapur2.


Semoga Allah bagi taufik utk kita dpt sambut takazah ini. insyaAllah.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir