bayan ust hamzah - ganjaran belajar agama

Tahfiz Al Munawwirah Hulu Langat
25/12/2017

GANJARAN BAGI MEREKA YANG BERSUSAH PAYAH MENGHANTAR ANAK BELAJAR AGAMA

🌷 Pahala ganjaran bagi mereka yang datang majlis ilmu/belajar ilmu ni ibarat beratus-ratus tahun lamanya. Allah sembunyikan dari pengetahuan kita kerana ianya sangat mahal. Pahala ini tak nampak tapi kita kena yakin yang ia ada. Allah simpan dari dulu hingga kini.

🌷 Satu orang yang tidak ambil agama dia tidak akan berjaya dunia dan akhirat, kerana agama yang akan menyelamatkan kita.

🌷 Kita jangan banyak bertanya apa yang guru lakukan pada anak kita tetapi kita kena tanya pada guru apa yang mereka perlukan bantuan untuk anak kita

🌷 3 pihak harus gotong royong(berkejasama) : Ibu bapa, guru dan pelajar. Kena satu fikir dan sepakat untuk anak, untuk jadikan mereka Hafiz/Hafizah @ Alim/Alimah sehingga mereka berjaya.

🌷 Ibubapa yang bantu agama Allah dengan hantar anak belajar agama akan dapat buku catitan amalan di tangan kanannya.

🌷 Kita letak anak kita belajar, kita kena bantu mereka. Yang mana bantu mereka dapat cinta Rasul s.a.w dan dapat bersama dengan Rasul s.a.w

🌷 Allah akan beri keistimewaan pada pelajar agama yang mana mereka boleh beri syafaat pada sesiapa yang dia inginkan seperti syafaat Anbiyaa a.s dan anak tersebut dibenarkan beri syafaat pada mereka yang banyak membantunya. Juga mendapat syurga firdaus yang di dalamnya terdapat 10,000 mahligai.

🌷 Diberi juga Syurga Khuld. Allah beri 100,000 bandar dalam syurga yang diperbuat dari cahaya dan dalam Syurga Maa'wa Allah beri 30,000 mahligai daripada Yakult berwarna merah dan setiap dirham yang dibelanjakan dalam menuntut ilmu, setiap 1 dirham = 1 bidadari sebanyak mana bintang di langit dunia.

🌷 Jangan bimbang atas apa yang kita belanjakan untuk anak-anak yang belajar agama, kita hendaklah niat perbelanjaan itu adalah kita infaq ke madrasah. Tetapi kita hendaklah risau apa yang kita belanjakan untuk diri kita, yang mana kita akan ditanya satu hari nanti.

🌷 Orang yang bersalaman dengan pelajar agama, Allah akan haramkan dia disentuh api neraka jahannam.

🌷 Sekiranya pelajar agama meninggal dunia, Allah akan ampunkan dosa dia dan ampunkan seluruh org yang ziarahi dan solat jenazahnya.

🌷 Apabila seorang yang belajar ilmu, lalu di satu kampung maka Allah akan angkat azab kubur dan beri rahmat bagi ahli kampung tersebut.

🌷 Sentiasa bagi semangat pada anak-anak kita. Elak bawa anak kita ke tempat yang lemahkan semangat dia. Usahakan kehadiran anak kita. Jangan kerap cuti kerana 1 hari tidak hadir ibarat 40 hari tidak datang.

🌷 Menghantar anak ke madrasah ibarat menanam pokok. Untuk dapatkan hasil, kita kena bersabar dan tetap di satu tempat. Jika kita selalu pindahkan pokok tersebut maka kita tidak akan dapat hasil dari pokok tersebut.

🌷 Bila kita hantar anak ke madrasah kita hendaklah yakin 100% pada Allah. Yakin apa akan kita dapat melalui kehidupan akhirat sebab mereka yang hantar anak untuk belajar agama Allah amat besar ganjaran disisi Allah. Di dunia mungkin manusia memandang sebelah mata, tapi ganjarannya sangat besar disisi Allah Ta'ala. Yakin bahawa kita lalui kehidupan ini hanya melalui nusrah (pertolongan) Allah Ta'ala.

🌷 Didunia kita tidak nampak, tetapi di akhirat nanti Allah akan buka kan semuanya

Comments

  1. Apabila seorang yang belajar ilmu, lalu di satu kampung maka Allah akan angkat azab kubur dan beri rahmat bagi ahli kampung tersebut.

    Ada tak dalil-dalil atau hadis yang menguatkan ayat ini?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir