Targhib ramadan - ustaz hazim

Mesyuarat KL – 02/05/2018

Bulan Ramadan adalah anugerah dari Allah s.w.t. Bulan yg penuh dgn keberkatan dan rahmat. Bulan hidayat. Banyak peristiwa2 besar dlm sejarah berlaku pd bulan Ramadan. Perang badar, fatah mekah. Bulan Ramadan adalah bulan utk kita tingkatkan usaha. Tingkatkan usaha atas iman dan persiapan akhirat. Kena tingkatkan usaha dari segi dakwah dan ibadat. Nabi s.a.w dan para sahabat r.huma melipatgandakan usaha mereka. Mereka tak menjadikan Ramadan sebagai alasan utk tangguhkan takazah2 agama atau kurangkan usaha agama.

Dlm hayatus sahabah ada bab tentang para sahabat keluar di jln Allah pd bulan Ramadan. Inilah peluang yg paling baik kita keluar di jln Allah. Targhib khusus diberi oleh maulana Yusuf rah. bila masuk bulan Ramadan. Masjid2 juga di hidupkan dgn amal. Usaha memakmurkan masjid. 4 bulan iaitu Ramadan, syawal, zulkaedah dan zulhijjah adalah bulan yg paling baik utk keluar di jln Allah. Nabi s.a.w ikat kain pd 10 hari akhir ramadan. Bagi masa sepenuh masa di masjid.

Kita kena tingkatkan kedua-dua iaitu dakwah dan ibadat. Kita kurangkan masa utk dunia. Tapi hari ni kita kurangkan dakwah dan banyakkan ibadat. Sepatutnya kita buat gasht tapi kita baca quran. Sepatutnya kita tingkatkan kedua-duanya. Masyaikh2 kita telah berpaling sepenuhnya dari dunia dan beri tumpuan sepenuhnya utk akhirat dlm bulan Ramadan. Sebulan kita bagi tumpuan utk akhirat dunia tak akan terjejas. Kurangkan masa yg sia-sia dan bagi tumpuan penuh pd takazah dakwah dan takazah utk hidupkan amal2 masjid. Drp sekarang kita buat persiapan. Dari bln syaaban dah mula berpuasa.

Kalau bulan biasa kita bagi 3 hari setiap bln, bln Ramadan kita bagi 10 hari. Kalau bulan biasa kita bagi 2½ jam setiap hari, bln Ramadan kita bagi 8-10 jam. Hati2 manusia lembut pd bln Ramadan. Ramai org dtg ke masjid. Gunakan mereka. Ada sebahagian iktikaf, ada sebahagian buat gasht ajak org ke masjid. Selain dari tu, kita keluarkan jemaah 4B/40H/10H dari masjid kita. Sediakan setiap rakan seusaha. Usaha utk hidupkan masjd 24 jam. Bentuk jemaah dan shift2 dari pagi sampai malam. Bergilir-gilir bagi masa di masjid. Org awam pun disediakan utk bagi masa di masjid. Inilah peluang di bln Ramadan utk kita hidupkan masjid dgn amal2. Bentuk jemaah2 yg akan keluar 10H pertama, 10H kedua dan 10H ketiga dan Iktikaf 10H akhir Ramadan. Semua sedia, insyaAllah…

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir