ijtimak K17 - puchong

28/07/2018 - Surau baiturrahman, Putra Heights
Bayan - ust abdullah marbuqi

Semoga Allah jadikan kita pewaris usaha ambiya a.s dan pewaris usaha saidul ambiya nabi s.a.w. Dlm akidah ahli sunnah wal jamaah, kita bertiktikad bahawa Nabi s.a.w adalah sebaik-baik makhluk. Allah telah bagi ilmu yg terbaik kpd nabi s.a.w. Bandingan ilmu yg diberi kpd nabi s.a.w dgn ilmu yg diberi kpd seluruh makhluk adalah seumpama setitik air dibandingkan dgn selautan air. Drp lautan ilmu itu, Allah bagi pd nabi s.a.w dlm masa 23 thn. 10 thn di mekah dan 10 thn di madinah. 3 thn pertama adalah nubuwwah. Thn2 yg selepasnya adalah risalah. T/jawab adalah utk seluruh umat sehingga hari kiamat. Allah telah bagi pd kita agama dan usaha agama. Rata2 org faham akan kepentingan agama. Tunaikan solat, keluarkan zakat, dll. Tak ramai yg faham atas t/jawab usaha agama. Ramai tak sedar bahawa dia adalah umat nabi s.a.w. Dia adalah pewaris kpd nabi s.a.w. Bukan sahaja mewarisi ilmu dari nabi s.a.w, bahkan mewarisi juga usaha nabi s.a.w. Ini adalah perkara yg sangat penting.

Ijtimak bukan usaha yg biasa-biasa. Ijtimak terakhir nabi s,a.w di haji widak. Dlm setiap perhimpunan umat islam ada keistimewaan. Hari jumaat, perhimpunan ijtimai, dengar azan, jawab azan, bergerak ke masjid. Org yg jawab azan, telinga sensitif, badan akan bagi tindakbalas. Kalau tak biasa jawab azan, ditakuti nanti, bila nak mati, org talkinkan, kita tak ada respon. Amalkan adab2 hari jumaat. Bila org islam berkumpul, bukan atas maksud bilangan yg ramai, tapi utk hidupkan amal. Kenapa nak berhimpun? Kerana nak tunjukkan pengabdian kita kpd Allah. Lemahnya kita depan Allah. Dtg awal ke masjid pd hari jumaat dan buat amal. Sibuk dgn solat dhuha, solat tasbih, baca quran. dtg awal hari jumaat ni bukan pukul 12 atau 1 tapi lepas subuh. Ijtimak kita pd bulan November nanti, bukan bln 11 nanti baru nak buat usaha. 6 bln sebelum ijtimak dah kena buat persiapan. Persiapan dgn amal, ada ijtimak kelompok, ijtimak zon dll.

Mandi sunat pd hari jumaat, supaya org tak lari dgn bau kita. Seluruh dosa di ampunkan. Kebersihan zahir dan batin. Dlm kita buat usaha nabi, kena jaga zahir dan batin. Dtg awal berjalan kaki ke masjid. Berjalan kaki dan tidak menunggang. Kena mujahadah. Agama kena mujahadah. Usaha ijtimak kena mujahadah. Kena buat jemaah harian, jor halaqah, ijtimak kelompok, ijtimak zon, ijtimak ni bukan perkara yg biasa. Perkara yg besar. Ijtimak adalah rahmat. Bawa 2/3 org2 awam yg tak pernah keluar dtg ke ijtimak. Dtg awal hari jumaat duduk dekat mimbar. Kena focus. Dekat2 nak ijtimak ni, selalu kena panggil. dtg ke markaz, jumpa syura, kejap2 panggil. Sampai bila? Selagi dipanggil, selagi tulah kita dtg. Tiada masa nak rilek. Semasa khutbah jumaat, barangsiapa yg bermain dgn batu, lagho, tiada pahala jumaat. Apatah lagi masa khutbah main handphone. Setiap langkah ke masjid pd hari jumaat, pahala setahun sepanjang malam qiamulail dan sepanjang hari berpuasa. Tu baru pahala ijtimak hari jumaat. Belum lagi pahala ijtimak di arafah. Meremang bulu roma bila dengar pahala org yg yg berkumpul di arafah.

Agama adalah perkara besar. Al quran adalah agama. Sahabat nabi adalah quran yg bergerak. Kitab yg tidak ada syak. Petunjuk bagi org yg bertaqwa. Agama tidak ada syak. Surah kahfi pendinding bagi segala fitnah. Kalau kita tak terlibat dgn usaha agama, kita rasa cukup dah solat, anak-isteri dah tutup aurat. Bila terlibat dgn usaha agama, maka dibentangkan t/jawab nabi s.a.w atas seluruh umat. Imam ghazali rah. kata, (meninggal 505H) kalau semua org islam, ada satu orang kafir dihujung dunia, seluruh org islam bertanggungjawab atas satu org tersebut.

Al quran adalah asal agama. Kalau quran di turunkan atas gunung, maka akan hancur-lebur berkecai gunung. Bila turun wahyu yg pertama, Allah bagi kekuatan pd nabi s.a.w, kekuatan yg sama Allah bagi pd jibrail a.s. Sebab tu nabi balik dlm keadaan menggeletar. Al quran ini yg diwariskan kpd kita. Hukum hakam Allah. Ahli quran adalah org yg disibukkan oleh quran. memahami quran. Ijtimak ini menyibukkan kita dgn bawa org kpd Allah maka barulah ada kekuatan utk mentaati perintah Allah. Walaupun bukan hafiz quran tapi jadilah quran yg bergerak. Inilah peluang yg Allah bagi pd kita. Kita sibukkan diri dgn bawa agama, sebarkan agama, fikir agama, risau agama, maka Allah akan jaga/pellihara kita.

Baca quran adalah ibadah. Apatah lagi kita yg amalkannya dan jadi org yg menggerakkannya. Utk kerja ini kita kena bagi masa. Kena bergerak. Kena hijrah. Bangun bagi azam. 4B, 40H







kehadiran - 300 org  - 9 halaqah 
puchong perdana
puchong andalas
putra perdana
saujana puchong
pulau meranti
bandar kinrara
hicom putra
hicom proton
usj

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir