jor KL 1996 - bayan maghrib maulana syamim

 09/11/96 - sri petaling

Allah s.w.t beri kekuatan dalam amalan. Kita terkesan dengan benda tapi tak dengan amalan, sebab usaha tak dibuat. Kekuatan benda (roket, bom atom, dsb) adalah sebab usaha. Kalau usaha dibuat ke atas amalan, amalan akan punyai kekuatan dan Allah s.w.t akan buat apa yang dikehendaki menerusi amalan seseorang itu. Orang-orang dahulu mengakui kekuatan orang yang beramal.

Kekuatan benda seperti bangunan dan sebagainya tak sehebat kekuatan bumi. Sekali bumi bergegar, habis hancur. Kekuatan malaikat lebih hebat daripada kekuatan bumi, dan kekuatan Jibrail a.s paling hebat daripada kekuatan malaikat-malaikat. Kampung kaum Lut a.s dihumban oleh satu penjuru sahaja daripada satu sayap sahaja daripada sayap-sayap Jibrail a.s. Kekuatan Jibrail a.s pula tak boleh lawan kekuatan amalan Rasulullah s.a.w. Di Sidratul Muntaha, Jibrail a.s akan terbinasa jika melepasi hadnya, yang dijangkau oleh jasad Rasulullah s.a.w. Kekuatan rohani Rasulullah s.a.w lebih hebat daripada jasad Baginda s.a.w. Dan ini pula untuk diberi hadiah sembahyang - jadi bayangkan kekuatan di dalam amalan sembahyang! Ini di luar daripada bayangan kita. Ia lebih daripada segala kekuatan lain. Sahabat r.a sangat suka menerima sembahyang sehingga lupa 13 tahun menderita.

Rasulullah s.a.w bertemu zat Allah s.w.t ketika mikraj. Juga Baginda s.a.w ditunjukkan kekuatan dalam ciptaan-ciptaan Allah s.w.t, kekuatan di belakang zat Allah s.w.t, syurga dan neraka, dan amal-amal yang dapat menafaat dan yang dapat mudharat. Baginda s.a.w dihadiahkan sembahyang, yang menerusinya kekuatan-kekuatan dan nikmat-nikmat ini boleh didapati. Nabi-nabi a.s diberi mukjizat sebagai bukti; ummat ini diberi sembahyang sebagai bukti. Dalam ghazwah, kurang pertolongan yang datang menerusi mukjizat, tapi banyak yang menerusi sembahyang. Nabi Musa a.s dengan mukjizat berjalan atas laut. Sahabat r.a dengan sembahyang gunakan lautan sebagai jalan: naik kuda laju-laju atas laut. Sebelum mikraj, Rasulullah s.a.w menjadi imam kepada sembahyang nabi-nabi a.s. Kalau sembahyang makmum boleh dapatkan pertolongan, bagaimana pula dengan sembahyang imam. Kita kena usahakan supaya sembahyang kita seperti sembahyang imam.

Sembahyang merangkumi segala kekuatan benda-benda. Sembahyang merangkumi segala ibadat malaikat. Sembahyang merangkumi segala pertolongan kepada nabi-nabi a.s. Sembahyang merupakan intipati segala ibadat malaikat: di langit pertama malaikat-malaikat dalam ruku', di langit kedua dalam sujud, di langit ketiga dalam qiam, di langit keempat dalam tawaf, di langit kelima dalam pembacaan al-Quran, di langit keenam dan ketujuh dalam keadaan tahlil dan tasbih, dan lain-lain tugas khas. Dalam dua rakaat sembahyang ada hubungan dengan semua amalan-amalan malaikat. Kekuatan yang ada dalam sembahyang seperti kekuatan semua malaikat.

Tiga nikmat khusus yang Rasulullah s.a.w dapat dalam mikraj, kita dapat dalam sembahyang. Sembahyang itu mikraj mukminin, jadi apa yang Rasulullah s.a.w dapat dalam mikraj, orang mukmin dapat dalam sembahyang.

Pertama : adalah melihat dan dilihat Allah s.w.t.
Kedua    : adalah berbicara dengan Allah s.w.t.
Ketiga    : adalah hampir (qurb) dengan Allah s.w.t.

Nabi-nabi a.s lain pun tak dapat kesemua ini. Nabi Musa a.s cuma berbual dengan Allah s.w.t. Musa a.s nak lihat juga Allah s.w.t, maka Allah s.w.t pancarkan nurNya sedikit sahaja ke gunung dan Nabi Musa a.s pengsan.

Dalam sembahyang kita berbicara dengan Allah s.w.t. Allah s.w.t jawab bacaan Fatihah:
kepada "Alhamdu......."       dijawab, hambaKu memuji Aku;
kepada "Arrahman....."       dijawab, wahai hamba, kau puji Aku;
kepada "Maliki............."      dijawab, wahai hamba, kau muliakan Aku;
kepada "Iyyaka..........."       dijawab, separuh kau punya, separuh Aku punya;
kepada "Ihdina............"      dijawab, apa yang kau minta Aku beri, apa yang kau minta lindungi                                                  Aku lindungi.

Dalam sembahyang kita lihat dan dilihati Allah s.w.t. Seperti hadith yang mengatakan sembahyanglah seperti kau lihat Allah s.w.t atau Allah s.w.t lihat kau. Ada dua darjat sembahyang sahaja. Seperti dipandang kekasih, begitulah dalam sembahyang datang rasa ketenangan jiwa dsb. Jika tidak demikian, maka tidak dipandang. Dalam sembahyang, kita hampir dengan Allah s.w.t. Masa sujud, kita paling rapat dengan Allah s.w.t, seolah kepala kita di antara dua "kaki" Allah s.w.t.

Sahabat r.a melompat-lompat dengan kegembiraan apabila dianugerahkan sembahyang. Kini mereka boleh berhubung langsung dengan Allah s.w.t. Mereka minta dengan Allah s.w.t, dan makhluk terpaksa beri.

Ada khazanah kekuatan di dalam sembahyang. Maulana Yusuf rah. berkata bahawa kalau kita sembahyang seperti yang dikehendaki (yakni "Sembahyang seperti kamu lihat aku sembahyang"), kalau Amerika baling bom di atas dan kita sembahyang di bawah, sembahyang akan naik dan kedua-duanya akan bertemu di udara dan akan hancurlah bom. Benda berada di dalam tangan musuh, tetapi natijahnya berada di dalam sembahyang.

Kekuatan bumi dsb. boleh dikawal dengan sembahyang. Tapi sembahyang sebegitu adalah sembahyang seperti sembahyang Rasulullah s.a.w. Jadi kita kena belajar sembahyang. Sembahyang kita hari ini tak dapat hentikan benda kecil pun - mis. Tak dapat hentikan lidah kita daripada mengumpat - jadi macamana nak hentikan bom? Sembahyang kita macam wayang: dalam perjalanan ke tempat sembahyang kita tengok macam-macam perkara, dan perkara-perkara ini dimainkan semula dalam sembahyang. Kadang-kadang di dalam sembahyang seribu perkara difikirkan, tapi sekali pun tak difikirkan Kuasa mana yang ada di hadapan kita ketika sembahyang itu.

Kita perlu usaha atas sembahyang seperti sahabat r.a usahakan. Kita keluar ke jalan Allah s.w.t bukan untuk cakapkan 6 prinsip sahaja, tapi supaya sembahyang kita jadi bermutu. Sembahyang kita tidak pun menyebabkan walau hati bergoyang - sembahyang sahabat r.a menyebabkan Arash bergoyang. Abdullah bin Rawahah r.a diancam musuh dan beliau sembahyang. Bila disebutnya "Ya Arhamarrahimin", Arash bergoyang, dan malaikat minta Allah s.w.t supaya dia dapat tolong. Bila musuh nak bunuh beliau, didengarinya "Jangan bunuh!" tiga kali. Lepas itu malaikat menjelma dan membunuhnya. Abdullah bin Rawahah r.a bertanya "Siapa kamu?" dan malaikat itu terangkan kepadanya. "Kalau orang sembahyang seperti kamu, malaikat akan turun tolong."

Dalam azan, selepas haiyya 'alash sholah bukan haiyya 'alal jannah tapi haiyya 'alal falah, yakni dalam sembahyang ada segala kejayaan dunia dan akhirat. Seorang polis trafik, daripada gerak-geri tangan dia mendapat gaji dan yakin dipelihara; kita tidak ada pun yakin gerak-geri badan dalam sembahyang mendapatkan pemeliharaan.

Kita kena usahakan 5 perkara dalam sembahyang:

1.        Yakin yang sahih
2.        Jazbah yang sahih (yakin ke atas janji-janji balasan daripada Allah s.w.t)
3.        Tariqah (cara) yang sahih
4.        Dian/ehsan (penumpuan perhatian) yang sahih  
5.        Niat yang sahih.

Ayat inna sholata tanha... ("Sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada fahsya' dan munkar") memberikan khasiat sembahyang. Ini adalah tanda mutu sembahyang. Untuk dapatkannya, kita kena keluar ke jalan Allah s.w.t dan usahakan. Ia tidak datang hanya dengan cakap atau dengar tapi dengan usaha Rasulullah s.a.w.

Tuan-tuan mahu? Sekarang cakap dengan badan: sila beri niat untuk keluar baiki sembahyang, dan Allah s.w.t akan baikkan sembahyang kita... 

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir