jor KL 1999 - bayan subuh (2)
28/05/99 - Sri Petaling
Terdapat dua kehidupan,
satu kehidupan sebelum mati dan satu kehidupan lagi selepas mati. Kehidupan
dunia ini adalah satu kehidupan yang singkat iaitu kehidupan sebelum mati,
kehidupan yang akan habis satu masa nanti. Seorang telah bertanya Hadrat Usman
r.a tentang kehidupan dunia ini dan beliau memberi satu contoh, kehidupan dunia
ini boleh diibaratkan seperti satu orang yang masuk melalui pintu sebuah bilik
dan keluar melalui pintu yang lain.
Kehidupan akhirat atau
kehidupan selepas mati adalah satu kehidupan yang berkekalan dan tidak ada
penghujung. Sebenarnya tidak ada satu perkiraan yang dapat memberitahu kita
berapa lama sebenarnya kehidupan akhirat kerana tiada penghujung. Satu hari
sahaja di padang
mahsyar bersamaan 50,000 tahun bagi sebahagian manusia. Kehidupan dunia ini
hendak sampai 100 tahun pun susah.
Keadaan pada masa itu,
di padang
mahsyar, begitu huru-hara dan begitu susah. Matahari seolah-olah berada
sejengkal di atas kepala dan bumi daripada tembaga dan ada manusia tenggelam
dalam peluh dia sendiri. Oleh kerana kedahsyatan dan keperitan di padang
mahsyar, maka manusia akan berkata, “Ya Allah, kami tidak tahan lagi dengan
azab ini, campakkanlah kami ke dalam neraka”.
Pada hari itu Allah
s.w.t akan berada dalam keadaan Jalal,
Rahim dan Karim. Pada hari itu jika satu orang pernah
mengalirkan satu titisan air mata di depan Allah s.w.t maka Allah s.w.t akan
ampunkan semua dosanya. Pada hari tersebut manusia akan menangis sehingga
kering air mata, diganti dengan air mata darah dan kemudia air mata nanah
tetapi tangisan tersebut tidak akan membawa sebarang kebaikan.
Manusia akan mula
bergerak dan berjumpa nabi demi nabi, semua ambiya a.s. Tidak ada seorang pun
nabi yang berani untuk berhadapan dengan Allah s.w.t untuk minta hisab
dimulakan. Akhirnya akan bertemu dengan Nabi s.a.w dan beritahu, “Wahai kekasih
Allah, mintalah dengan Allah supaya hisab dimulakan”. Hisab dimulakan dengan
buku amalan Abu Bakar Siddiq r.a dan apabila Allah s.w.t lihat buku amalannya,
maka kemarahan Allah s.w.t akan reda.
Kehidupan dunia
ini merupakan kehidupan dimana kita
diberi peluang untuk membina kehidupan kita. Allah s.w.t tidak hantar kita di
dunia untuk kumpulkan harta sebanyak-banyaknya, mencari kemuliaan diri,
kedudukan dan sebagainya. Allah telah hantar kita ke dunia ini dan beri hanya
satu peluang dan satu peluang ini perlu digunakan dengan sebaik-baiknya kerana
peluang kedua tidak akan diberi lagi untuk bina kehidupan. Kalaulah kehidupan
yang singkat ini kita berjaya membina kehidupan yang betul, Allah s.w.t akan
beri kejayaan selepas mati, di alam kubur, di padang
mahsyar dan akhirnya Allah s.w.t akan masukkan kita ke dalam jannah, syurga
Allah s.w.t.
Apa yang diusahakan
oleh manusia itulah yang akan masuk ke dalam hati dia. Hari ini kita kena tilik
dalam hati kita, perhatikan baik-baik apa sebenarnya yang telah duduk dalam
hati kita. Apakah telah masuk dalam hati kita tentang kebesaran Allah s.w.t dan
yakin pada Allah s.w.t? Apakah telah bertambah
dalam diri kita cinta pada Allah s.w.t?
Oleh kerana usaha kita
pada hari ini hanya tertumpu pada kebendaan maka apabila kita renung dalam hati
kita sebenarnya hanya terdapat cinta pada kebendaan dan yakin pada asbab. Kita
belum dapat yakin pada Allah s.w.t. Usaha perlu dibuat supaya yakin pada Allah
s.w.t dapat dimasukkan ke dalam hati kita. Sesungguhnya semua perkara berlaku
dengan kehendak Allah s.w.t. Bukan perniagaan dan pekerjaan saya yang
sebenarnya menentukan hidup-mati saya, yang menetukannya ialah Allah s.w.t.
Kita kena usaha untuk masukkan yakin ini ke dalam hati kita sehingga kita yakin
tidak ada apa pun yang akan berlaku tanpa izin Allah s.w.t. Diri saya sendiri
pun tidak ada kuasa untuk menentukan sesuatu, yang menentukan segala-galanya
ialah zat Allah s.w.t.
Apabila kita dalam
keadaan susah, kita akan tahu apa sebenarnya yakin yang ada dalam hati kita.
Masa itu yakin yang sebenarnya akan keluar. Bila kita ada satu keperluan atau
bila kita terdesak, ke arah mana kita akan alihkan pandangan kita? Ke mana kita
akan tuju? Di situ kita akan nampak segala apa yang telah bertakhta dalam hati
kita. Adakah yakin pada Allah s.w.t atau yakin pada kebendaan. Bukan sahaja
masalah akan datang pada manusia di padang
mahsyar bila yakin dia tidak betul pada Allah s.w.t, sebenarnya kehidupan
sebelum itu pun iaitu kehidupan sebelum
mati, kehidupan kubur semuanya akan mendatangkan masalah pada manusia.
Apakah kita akan
tinggalkan dunia ini dengan membawa yakin pada diri kita, kemampuan kita, yakin
pada pekerjaan saya yang memberi makan-minum-rezeki pada saya, pejabat saya
yang memberi rezeki pada saya atau Allah s.w.t yang memberi rezeki? Yakin
inilah yang perlu kita perbaiki sebelum kita tinggalkan dunia ini.
Kita boleh menguji
tahap iman kita masing-masing. Misalnya bila kita sakit. Apakah sebenarnya
langkah pertama yang kita buat. Ke mana sebenarnya kita akan tuju. Sebenarnya
bila sakit sahaja kita akan tuju pada ubat kerana dalam hati kita telah
tertanam keyakinan pada ubat iaitu ubat yang menyembuhkan sakit. Memanglah
memakan ubat merupakan sunnah dan dibenarkan oleh agama tetapi ada banyak
perkara-perkara lain lagi yang boleh menyembuhkan sakit. Misalnya dalam surah
Fatihah terdapat ubat bagi segala penyakit, terdapat syifa’ bagi penyakit dalam
air zam-zam, dalam safar (perjalanan), dalam madu dan banyak lagi tempat-tempat
lain yang Allah s.w.t letakkan syifa’ yang menyembuhkan penyakit. Tetapi hari
ini kita hanya alihkan pandangan kita pada ubat. Sebab itu bila satu orang
sakit, dia makan ubat. Bila satu ubat tidak sembuh, cari ubat lain. Jumpa satu
doktor, tidak sembuh, jumpa doktor yang lebih pakar lagi kerana dia yakin pada
benda-benda inilah terdapatnya penyembuhan penyakit. Sepatutnya dia pergi pada
amalan misalnya amalan memberi sedekah.
Allah s.w.t beritahu dalam sedekah ada syifa’. Sedekah RM5.00, jika tidak
sembuh tambah lagi jadi RM10.00. Ini sebenarnya akan tunjuk pada kita
apa yakin yang terdapat dalam hati kita.
Seorang sahabat telah
sakit. Saudara dia telah datang berjumpa dengan Nabi s.a.w dan ceritakan
tentang kesakitan dia. Nabi s.a.w beritahu, “Berikan madu”. Maka madu telah
diberikan tetapi tidak sembuh. Datang berjumpa dengan Nabi s.a.w untuk kali
kedua. Nabi s.a.w suruh tambah madu lagi tetapi masih tidak sembuh. Datang
berjumpa dengan Nabi s.a.w untuk kali ketiga dan Nabi s.a.w beritahu, “Allah
s.w.t tidak berdusta atau berbohong,
Allah s.w.t yang mengatakan terdapat syifa’ dalam madu bagi semua penyakit
manusia”. Nabi s.a.w suruh tambah lagi. Dengan yakin tadi maka sakit dia telah
sembuh. Beza kita dengan sahabat sebenarnya ialah yakin. Kita hari ini belum
dapat yakin yang sempurna.
Itulah sebabnya kita
hari ini diseru/disuruh/disarankan supaya memberi dakwah 25 hingga 30 orang
tiap-tiap hari, cerita tentang kebesaran Allah s.w.t, kehebatan Allah s.w.t
bahawasanya Allah s.w.t yang buat segala-galanya. Segalanya berlaku dengan
kehendak dan izin Allah s.w.t. Dakwah ini perlu diberikan berulang kali supaya
yakin yang betul masuk dalam hati kita. Kita kena sampaikan kepada manusia di
seluruh dunia sesungguhnya kebendaan atau asbab tidak boleh buat apa-apa.
Kedai, pejabat, harta-benda, kedudukan ini semua sebenarnya tidak boleh buat
apa-apa melainkan dengan kehendak Allah s.w.t. Zat yang sebenarnya yang
melakukan segala sesuatu itu ialah Allah s.w.t, dakwah ini perlu diberikan.
Sahabat telah bina
yakin yang betul dengan usaha. Mereka telah usaha masukkan keyakinan yang betul
terhadap Allah s.w.t ke dalam hati. Api berlaku di Madinah. Api telah
dipadamkan dengan mnggunakan kayu. Kenapa? Mereka tidak pandang pada makhluk,
tidak pandang pada asbab. Tawajjuh/perhatian mereka hanya pada Allah s.w.t.
Mereka lihat apa yang ada dalam khazanah Allah s.w.t. Dialah yang empunya
segala sesuatu. Maka Allah s.w.t telah selesaikan masalah mereka. Dengan kayu dia
halau api keluar dari Madinah dan masukkan kembali ke tempat asal di mana ia
telah keluar.
Sahabat ada hubungan
dengan sunnah Nabi s.a.w. Apa sahaja yang Nabi s.a.w kehendaki dan perintahkan
pada mereka, mereka dengan segera dapat amalkan. Bagi mereka, mengamalkan
sunnah Nabi mudah, semudah berjalan di suatu taman bunga atau berjalan di atas
timbunan bunga. Begitu gembira mereka amalkan sunnah Nabi s.a.w. Amalan dunia
ini akan bernilai, akan tinggi nilainya apabila ia dikerjakan dengan cara Nabi
s.a.w. Inilah sebenarnya apa yang sahabat telah usahakan.
Mereka ada hubungan,
begitu asyik dan cinta kepada sunnah Nabi s.a.w. Sebab itu, disamping belajar
iman, kita kena belajar supaya cinta kepada cara hidup Nabi s.a.w. Cara hidup
yang paling berharga dan bernilai di sisi Allah s.w.t ialah cara hidup Nabi
s.a.w. Pernah berlaku dalam kehidupan Umar r.a, dia hendak potong lengan baju
yang panjang. Ada
orang telah bawa gunting tetapi dia tidak mahu. Dia letakkan kain itu di atas
satu batu, kemudian dia mula potong. Katanya, “Aku pernah lihat Nabi s.a.w
potong seperti ini”. Mungkin cara itu nampak susah dan tidak sesuai tetapi itu
adalah cara Nabi s.a.w. Nabi s.a.w buat, maka dia pun buat. Begitu sekali cinta
mereka pada cara kehidupan Nabi s.a.w.
Makanan telah dibawa
dihadapan Umar r.a. Bila diletakkan dihadapan, dia berkata, “Kamu telah
cantumkan dua makanan menjadi satu”. Dua makanan maksudnya ialah lemak dan
daging telah bersatu dalam lauk. Orang yang ke pasar beritahu daging yang tidak
ada lemak sudah habis. Yang ada cuma daging yang banyak lemak. Jadi yang
dimasak ini bukan dua benda yang berasingan tetapi daging yang beserta dengan
lemak. Umar r.a beritahu, “Saya tidak akan makan kerana Nabi s.a.w tidak pernah
makan satu jenis makanan di mana bercantum dua bahan dalam makanan tersebut”.
Walaupun lemak itu hanyalah lemak daging itu sendiri.
Kita kena lihat
bagaimana kehidupan Nabi s.a.w. Bagaimana keadaan rumah Nabi s.a.w, bagaimana
keadaan makanan yang dimakan oleh Nabi s.a.w, bagaimana tempat tidur Nabi s.a.w,
bagaimana pakaian Nabi s.a.w. Dengan melihat keadaan ini, dengan penuh
keinsafan kita kena jalankan kehidupan kita hari ini.
Seorang sahabat telah
bina satu rumah yang ada kubah. Nabi s.a.w telah lalui jalan tersebut dan tanya
sahabat yang lain, “Rumah siapa ini”. Baginda telah diberitahu ia telah dibina
oleh sekian-sekian sahabat. Satu ketika sahabat tersebut telah datang berjumpa
Nabi s.a.w dan beri salam. Baginda tidak jawab salam tersebut. 3 kali beri
salam tidak dijawab oleh Nabi s.a.w. Dia mulai risau dan berfikir mengapa Nabi
s.a.w tidak jawab salam dia. Mungkin ada
sesuatu yang dia buat yang tidak disukai oleh Nabi s.a.w. Dia sendiri cuba
cari dan selidik. Dia dapat menggagak mungkin kerana rumah itu, maka tanpa
pergi berjumpa Nabi s.a.w terlebih dahulu dia telah robohkan rumah tersebut.
Selepas roboh pun dia tidak pergi jumpa Nabi s.a.w. Pada hari yang lain Nabi
s.a.w telah lalui jalan itu dan didapati rumah tersebut sudah tiada. Nabi s.a.w
tanya, “Ke mana pergi rumah yang saya lihat sebelum ini?”. Maka seorang sahabat
telah beritahu Nabi s.a.w bahawa rumah itu telah dirobohkan oleh tuannya. Nabi
s.a.w beritahu, “Sesungguhnya perbelanjaan yang paling buruk ialah perbelanjaan
yang digunakan untuk bina bangunan”. Ada
dua jenis binaan, satu bina bangunan untuk keperluan dan satu lagi bina
bangunan untuk kemahuan.
Hari ini kita kena
tengok dalam hati apa sebenarnya yang ada. Adakah kita cinta pada kehidupan
Nabi s.a.w ataupun kita begitu gembira, seronok mengikut cara hidup yang kufur
pada Allah s.w.t.
Hari ini kita kena bawa
kesederhanaan dalam kehidupan kita. Kesederhanaan dalam kehidupan saya, isteri
saya, rumah saya, anak saya seperti kesederhanaan yang diamalkan oleh Nabi
s.a.w. Kita mungkin fikir, alhamdulillah,
saya telah bawa kehidupan yang sederhana dalam hidup saya, saya duduk dalam
majlis seperti ini, dengar kebesaran Allah s.w.t, dengar tentang cara hidup
Nabi s.a.w, kehidupan para sahabat, kehidupan akhirat maka semangat saya untuk
menjalani kehidupan sederhana akan wujud. Tetapi ini berlawanan dengan
keinginan isteri. Dia tidak dengar perkara ini, di rumah tidak diceritakan
tentang kebesaran Allah s.w.t, kehidupan Nabi s.a.w, kehidupan sahabat. Maka
bagaimana mereka boleh bersedia untuk menjalani kehidupan sederhana. Jadi
disamping kita duduk dalam majlis seperti ini dan buat dakwah, kita kena fikir
bagaimana usaha dapat dibuat ke atas mereka. Bagaimana kehidupan agama yang
sempurna dan kesederhanaan dalam hidup boleh datang dalam kehidupan isteri
saya, anak saya.
Hari ini kita hanya fikir,
sebagai ketua keluarga, sebagai suami atau ayah, tanggungjawab saya yang paling
besar ialah menyediakan keperluan hidup bagi keluarga saya, pada isteri saya
dan anak-anak. Makan-minum mereka, pakaian mereka, tempat tinggal mereka. Saya
kena sediakan semua ini. Sebenarnya sebagai seorang muslim, tanggungjawab kita
yang paling besar, sebagai seorang suami atau ketua keluarga ialah bagaimana
usaha boleh dibuat untuk membawa hati isteri dan anak-anak kepada Allah s.w.t.
Di zaman dahulu dalam
satu keluarga, seorang ibu fikir macam mana yakin yang betul boleh datang dalam
diri anaknya. Setiap hari bila anak balik dari belajar dan minta makanan,
disuruh anak sembahyang dua rakaat dahulu, minta pada Allah s.w.t. Allah s.w.t
yang beri makanan dan hilangkan lapar. Semasa anak sedang sembahyang, siibu
sediakan makanan. Selepas sembahyang baru makan. Dengan cara begini yakin anak
dapat dibentuk. Satu hari, ibu ada
urusan di tempat lain dan balik lewat. Ibu fikir dan risau dengan anak kerana
makanan tiada dirumah. Dia pun bergegas balik. Ibu takut iman/yakin anak dia
rosak. Bila sampai di rumah, tengok anak tiada masalah, senyum, gembira. Ibu
tanya, “Sudah makan?”. Anak jawab, “Sudah”. Tanya ibu, “Macam mana?”. Kata
anak, “Macam biasa, saya sembahyang dua rakaat dan kemudian makan. Hari ini
punya makanan lebih sedap dari biasa”. Maka ibu tadi terus sujud, syukur pada
Allah s.w.t. “Ya Allah, Engkau telah pelihara yakin anakku. Hari ini anakku
telah berjaya menjadi satu orang yang boleh minta terus dari Engkau”. Macam
mana keadaan kita hari ini. Kita ajar anak-anak supaya minta apa-apa sahaja
dari kita. Emak bagi, bapak bagi, maka yakin mereka telah dirosakkan.
Kita telah ditunjukkan
satu cara yang begitu mudah untuk bawa agama dalam kehidupan keluarga kita,
dalam rumahtangga kita iaitu kita perlu hidupkan ta’alim di rumah kita
masing-masing. Masalahnya sekarang ialah kita sendiri. Kita belum ada yakin
dengan sabdaan-sabdaan Nabi s.a.w dan cara hidup Nabi s.a.w dan
perintah-perintah Allah s.w.t. Disebabkan kita tidak ada yakin, maka ta’alim
pun tidak dibuat. Oleh kerana ta’alim tidak dibuat dirumah, maka kita telah
gagal membawa kehidupan agama dalam rumahtangga kita.
Satu kisah, ada seorang
pegawai besar tentera telah keluar dijalan Allah s.w.t selama 4 bulan dan telah
kembali ke rumah dengan semangat untuk mengikut cara kehidupan Nabi s.a.w. Dia
fikir macam mana suasana agama boleh wujud dalam rumah dia. Tetapi masalahnya
ialah hanya dia seorang sahaja yang bersemangat. Isterinya belum ada semangat
tersebut. Dia hendak buang TV dan sebagainya dan hendak bawa cara sunnah dalam
kehidupan rumahtangga. Isterinya tidak sedia. Mereka bertengkar sehingga ke
satu tahap hendak bercerai. Dia pun tidak tahu hendak buat apa dan tulis surat
ke Raiwind. Mereka suruh dia hidupkan ta’alim di rumah. Maka ta’alim telah
dibuat. Selepas satu jangkamasa bila dia balik ke rumah, TV sudah tidak ada.
Dia tanya isteri, “Mana TV?”. Isteri
kata dia telah letakkan TV di stor dan dikunci. Suami kata kenapa simpan, TV
tersebut boleh dijual. Isteri kata satu benda yang telah bawa kerosakkan dalam
rumahtangga saya, bagaimana boleh saya jual
pada orang lain yang mana ia boleh bawa kerosakkan pada rumah orang
itu. Memang benda ini layak diletakkan
di dalam stor dan dikunci. Bila ta’alim telah dibuat maka fikir agama telah
masuk dalam isteri dia, keluarga dia. Suasana agama telah wujud.
Kita janganlah fikir
atas ta’alim sahaja. Kita juga kena fikir macam mana wanita juga boleh beri
sumbangan untuk buat usaha atas agama Allah s.w.t. Mereka juga dapat jalankan
kerja ini. Kita lihat, orang yang mula-mula masuk Islam ialah seorang wanita
dan orang yang mula-mula sekali telah beri harta dia untuk sebarkan agama ialah
wanita iaitu Khadijah r.ha.
Bagaimana Umar r.a
telah masuk Islam. Ini satu kisah yang mahsyur, kita sudah baca dalam ta’alim.
Dengan ta’alim yang dibuat oleh saudara perempuan dia, dan dengan dakwah dia,
maka Umar r.a telah masuk Islam. Bagaimana Usman r.a telah masuk Islam. Ini
semua kisah-kisah yang terbentang di depan kita. Wanita telah menjadi asbab,
perubahan yang besar berlaku pada umat. Pada kehidupan zaman sahabat, lelaki,
wanita dan kanak-kanak, mereka semua faham tanggungjawab ini. Mereka semua tahu
bahawa mereka telah diutuskan oleh Allah s.w.t, dihantar oleh Allah s.w.t untuk
fikir bagaimana agama tersebar ke seluruh alam. Apabila semua ada fikir macam
ini, perubahan besar akan berlaku.
Satu kisah, seorang
sahabiah walaupun duduk dirumah, apabila ada wanita lain datang dia akan dakwah,
ceritakan tentang kebesaran Allah s.w.t, ajak mereka pada Islam. Ayah dia tidak
suka. Satu hari dia telah dibawa oleh dua orang lelaki untuk dicampakkan di padang
pasir. Di bawa dalam satu perjalanan yang jauh dengan tangan diikat. Bila
mereka berhenti untuk makan, sahabiah tadi tidak diberi makan. Sehinggalah ke
satu tahap dia telah begitu lemah dan hampir kepada maut. Mereka berhenti lagi,
makan dan tertidur. Bila terjaga dari tidur, mereka dapati sahabiah tadi yang
sudah separuh mati menjadi segar. Lapar dan dahaga telah hilang. Mereka jadi
hairan. Mereka tanya, “Kamu curi makanan kami?”. Kata sahabiah, “Tidak”. Mereka periksa bekas
makanan dan minuman mereka dan ternyata tidak terusik sedikit pun. Sahabiah
tadi pun menceritakan perkara yang telah berlaku. Satu baldi air telah turun dari
langit, baldi tersebut telah datang betul-betul dekat mulut dia dan dia telah
minum dari baldi tersebut hingga semua lapar, dahaga dan letih hilang dan menjadi
segar. Mereka yakin dengan
cerita itu dan faham bahawa makanan itu datang dari syurga Allah s.w.t maka dua
orang kafir itu pun mengucap syahadah dan masuk Islam. Beginilah bila wanita
ada semangat yang betul, mereka akan buat usaha atas agama Allah s.w.t.
Hari ini kita telah
keluar 3 hari, 40 hari, 4 bulan dan telah dengar bermacam-macam bayan. Bila
balik ke rumah, kita senyap dan tidak diceritakan pada anak-isteri. Kita kena
cerita dan sediakan mereka. Bila sediakan mereka, mereka juga akan jadi da’i.
Mereka juga akan faham bahawa mereka juga mempunyai tanggungjawab untuk usaha
atas agama Allah s.w.t.
Di rumah juga kita kena
buat mesyuarat tiap-tiap hari. Apa takazah yang dibentangkan di masjid, perlu
diceritakan pada isteri. Beritahu mengenai ehwal agama di seluruh dunia,
bagaimana keadaan agama di Amerika, Rusia, Filipina, China. Bagi fikir ini pada
mereka. Maka akan timbul dalam hati mereka kebimbangan, kerisauan tentang umat.
Allah s.w.t beri kelebihan untuk wanita, mereka mudah menangis. Bila doa untuk
umat, mereka akan doa menangis untuk umat. Dalam tahajjud pun akan doa. Ini
hanya akan berlaku bila kita bawa fikir ke dalam rumah kita dan bentuk zihin.
Bila kita buat usaha
agama dan bawa wanita bersama-sama buat usaha agama maka Allah s.w.t akan beri
taufiq pada kita untuk kita sendiri meningkat dalam usaha ini. Kita akan maju ke
depan dalam kerja ini dan Allah s.w.t akan mudahkan kita untuk keluar ke
jalanNya. Jemaah masturat yang pertama dari Karachi pergi ke Filipina dan buat
usaha di sana. Perubahan besar telah berlaku. Kehidupan wanita di sana mirip
kehidupan sahabat. Di Mindanao, 80% wanita pakai purdah. Allah s.w.t telah
jadikan mereka asbab hidayat untuk seluruh alam.
Satu, kita buat usaha
agama sorang-sorang. Satu lagi kita buat usaha agama dan bawa wanita kita
sekali sama-sama buat usaha agama.
Kita juga kena fikir
bagaimana usaha agama ini boleh wujud dalam semua golongan. Di kalangan
peniaga, peladang, jurutera, tentera dsbnya.
Satu ketika semasa
bayan di Karachi, Maulana Yusuf rah. beritahu jika fikir agama ini tidak dibawa
ke dalam setiap golongan umat ini maka untuk amalkan agama yang sempurna akan
jadi masalah. Bila riba diharamkan, maka golongan pertama yang akan menentang
ialah peniaga bank.
Oleh itu kita kena
fikir macam mana agama dan usaha atas agama dapat wujud dalam kehidupan kita,
kehidupan doktor, peniaga, tentera dsbnya. Apa perlu kita buat? Caranya ialah
kita kena tingkatkan korban. Yang telah keluar 40 hari, bagi masa untuk keluar
4 bulan. Yang belum keluar 40 hari bagi masa tunai untuk keluar 40 hari. Bangun
dan bagi azam.
Comments
Post a Comment