jor KL 1999 - karguzari (2)
28/05/99 - Sri Petaling
Syukur kita kepada
Allah s.w.t kerana Allah s.w.t telah jadikan kita sebagai insan/manusia.
Manusia merupakan ashraful makhlukat, sebaik-baik ciptaan Allah s.w.t. Allah
s.w.t telah ciptakan segala-galanya untuk manusia. Matahari, bulan, bintang,
langit, ikan-ikan di lautan dan semua makhluk-makhluk yang lain, semuanya telah
diciptakan oleh Allah s.w.t untuk khidmat pada insan.
Satu syair dalam bahasa
Parsi berbunyi, “Wahai manusia, Aku telah ciptakan segala-galanya, bulan,
bintang, matahari. Aku telah ciptakan untuk khidmat pada kamu. Mereka semua
khidmat pada kamu siang dan malam. Aku ciptakan kamu wahai manusia, untuk
beribadat pada Aku”
Kita semua azam untuk
bawa 100% perintah Allah s.w.t dan sunnah Nabi s.a.w dalam kehidupan kita.
Tanggungjawab kita ialah untuk amalkan keseluruhan agama dan juga bawa
manusia-manusia lain di seluruh alam kepada agama. Penduduk dunia ada lebih
kurang 5 billion tetapi hanya 1 billion sahaja yang Islam, 4 billion lagi masih
belum Islam. Semua manusia yang ada ini adalah umat Nabi s.a.w. Tanggungjawab
kita hari ini ialah untuk bawa 4 billion itu kepada Islam. Jika kita bawa 100%
perintah Allah s.w.t dan 100% sunnah Nabi s.a.w dalam kehidupan kita, maka
dengan melihat kehidupan kita, mereka akan masuk Islam.
Allah s.w.t hantar kita
ke dunia ini untuk buat kerja Nabi s.a.w. Bila satu orang uruskan kerja dia
(kerja Nabi), maka dia punya pagi-petang, dia punya makan-minum, semua ini ada
kaitan dengan kerja dia. Setiap masa dia akan ingat pada kerja. Dia akan tengok
kerja dia dahulu kemudian barulah dia akan tengok keperluan.
Dalam kerja ini ada 2
cara. Pertama, kita buat kerja ini untuk dapat pahala. Kedua, buat kerja ini
dengan niat bahawa ini adalah perintah Allah s.w.t maka dengan niat ini,
hidup-mati saya adalah untuk kerja ini.
Satu orang yang buat
kerja ini dengan melihat kepada pahala untuk diri dia, sebenarnya dia hanya
letakkan diri dia satu orang sahaja untuk kerja ini sebaliknya satu orang yang
letakkan kerja ini sebagai naib/pembantu kerja Nabi s.a.w, maka orang ini telah
letakkan seluruh umat di hadapan dia.
Satu orang telah keluar
buat gasht dan dia ditanya, “Kamu hendak ke mana?” Dia jawab, “Saya sebenarnya sedang buat kerja
bagaimana agama akan tersebar ke seluruh alam”. Dia sedang buat gasht di
marhallah dia tetapi dia punya fikir untuk seluruh alam. Dengan 2 ½ jam agama
akan tersebar ke seluruh dunia. Dengan gasht agama akan tersebar ke seluruh
dunia.
Asas kerja ini
sebenarnya ialah memberi masa tiap-tiap hari. Jika saya tidak beri dakwah
tentang kebesaran Allah s.w.t, jika saya tidak fikir tentang agama, jika saya
tidak bagi masa untuk agama maka mula-mula sekali kesannya ialah pada diri saya
iaitu saya sendiri tidak dapat meningkatkan iman saya. Usaha ini sebenarnya
bukanlah untuk betulkan/dakwah orang lain. Maksud asal daripada usaha ini ialah
untuk diri kita. Seorang dai akan letakkan diri dia yang pertama dan bukan
letakkan diri orang lain sebagai yang pertama.
Kita bagi masa 2 ½ jam
tiap-tiap hari. Cukupkah 2 ½ jam sahaja tiap-tiap hari? Hadzratji rah. beritahu
bahawa setiap orang bagi masa paling kurang 2 ½ jam dan usaha perlu dibuat
untuk meningkatkannya. Bila satu orang telah letakkan sesuatu perkara sebagai
dia punya maksud, adakah dia akan bagi sekurang-kurangnya atau paling tinggi?
Oleh itu, kita bagi
masa untuk agama sebanyak mungkin dan bukan sekurang-kurangnya. Eldest
beritahu, kita kena bagi masa sekurang-kurangnya tetapi kita kena fikir untuk
meningkatkannya setiap hari.
Maulana Yusuf rah.
kata, “Cara yang paling mudah untuk bawa sesuatu ke dalam diri kita ialah
dengan mengajak/dakwah orang lain kepada perkara tersebut”.
Apa yang hendak kita
buat dalam 2 ½ jam? 2 ½ jam hanya semata-mata untuk beri dakwah. Ta’alim, gasht
pertama, gasht kedua dsbnya tidak termasuk dalam 2 ½ jam. Kita kena lapangkan
masa 2 ½ jam tiap-tiap hari untuk usaha di marhallah kita. Kita jumpa setiap
orang. Dalam jumpa setiap orang, kita kena pastikan kesesuaian. Kesesuaian ini
sangat penting iaitu masa yang sesuai dan orang yang sesuai. Adakan hubungan
dengan semua orang, ikram dsbnya. Ikram inilah yang orang itu akan ingat, bukan
bayan yang kita bagi. Dalam masa 2 ½ jam ini kita dapat tunaikan segala takazah
yang telah kita mesyuaratkan dalam fikir harian. Jika semua orang bagi masa
tiap-tiap hari 2 ½ jam, maka tidak mustahil satu orang lama akan bawa satu
jemaah sempurna dan ramai orang akan keluar di jalan Allah s.w.t. Baki masa
barulah kita gunakan untuk zikir, baca Quran dsbnya.
Semasa ummumi gasht,
kita tidak dapat cerita panjang, masa terhad. Sebenarnya kerja ini tersebar
dengan kita bagi masa tiap-tiap hari. Hubungan dengan orang tempatan akan
terjalin dengan 2 ½ jam. Kesan sebenar akan datang dengan suasana/mahul agama.
Sebarkan salam dan banyak bagi makan. Cerita gembira dan jangan cerita azab.
Dakwah kebesaran Allah s.w.t, ini tertib ambiya a.s. Dengar apa yang dia hendak
cakap, jangan berdebat. Perdebatan bukan cara dakwah Nabi s.a.w. Beritahu juga
bahawa kita ini umat Nabi s.a.w dan naib kepada Nabi s.a.w. Kita adalah umat
untuk amal dan juga umat yang ambil fikir Nabi s.a.w, fikir bagaimana agama
boleh wujud dalam kehidupan seluruh umat dan sediakan mereka untuk buat kerja
ini.
Jangan putus asa dan
lemah semangat samada orang terima atau tidak terima dalam membuat kerja ini.
Maksud kerja ini ialah kerja ini perintah Allah s.w.t. Seorang dai tidak
melihat kepada hasil. Tambah korban. Kesan dakwah datang daripada Allah s.w.t.
Allah s.w.t yang bagi hidayat.
Kepentingan umumi gasht
dalam usaha agama sama seperti kepentingan tulang belakang kepada badan. Apa
itu umumi gasht? Umumi gasht ialah tertib yang dibawa oleh para ambiya a.s
iaitu jumpa dengan semua orang, tidak pilih-pilih. Maulana Yusuf rah. berkata
melalui gasht umumi ini kita hendak hidupkan keadaan, di mana ada orang
bergerak sebagai dai dan zakirin. Orang yang zikir kepada Allah s.w.t dan satu
orang dai tentu dia akan berjalan dengan fikir dan tertib, suasana ini perlu
diwujudkan dalam ummumi gasht. Melalui gasht kedua, gasht pertama akan jadi
kuat.
Dalam ta’alim, satu
hari sebelum hari gasht, kita cerita tentang kelebihan/fadhilat tentang ummumi
gasht iaitu bagaimana Allah s.w.t akan selamatkan kita daripada azab Allah
s.w.t dan syurga yang Allah s.w.t akan beri, supaya dalam hati setiap orang
yang duduk dalam ta’alim timbul satu keghairahan ingin bagi masa untuk buat
gasht. Selepas itu, kita tashkil siapa yang sedia buat gasht. Kedua-dua orang
lama dan baru kita tashkil. Satu malam sebelum gasht, kita doa pada Allah s.w.t,
kita bangun tahajjud dan doa, bukan sahaja kita doa supaya semua rakan-rakan
kita dan yang telah bagi azam dapat hadir gasht tetapi juga kita minta supaya
Allah s.w.t terima gasht ini. Ummumi gasht sebagai asbab untuk menyebarkan
agama ke seluruh alam. Bangun malam, doa dan menangis pada Allah s.w.t supaya
Allah s.w.t terima gasht ummumi kita.
Pada hari gasht, kita
jaga mata untuk satu hari tersebut kerana kita akan keluar jumpa orang dan
dakwah mereka kepada Allah s.w.t. Waktu sembahyang sebelum gasht, kita mula
bentuk zihin tentang kepentingan gasht. Kita datang awal ke masjid lebih kurang
20 minit sebelum waktu sembahyang dan terus mesyuarat tentang amalan-amalan
gasht, siapa yang keluar, siapa yang duduk dalam masjid dsbnya. Orang yang
hendak iklan untuk gasht duduk di saf hadapan dan bangun dengan penuh fikir dan
tawajjuh, iklan dengan suara yang lantang dan cakap lebih kurang, “Tuan-tuan
yang mulia, Allah s.w.t telah letak kejayaan kita dalam mengamalkan keseluruhan
agama, amal perintah Allah s.w.t dan sunnah Nabi s.a.w. Untuk wujudkan agama
dalam kehidupan umat manusia, Allah s.w.t telah beri pada kita kerja Nabi s.a.w
dan insya’Allah,
sebentar lagi kita akan buat. Kami harap tuan-tuan dapat lapankangkan masa
untuk bersama-sama kami”.
Dalam menceritakan
kepentingan gasht, kita cakap nilai agama, cerita tentang perjuangan Nabi
s.a.w, pengorbanan Nabi s.a.w, pengorbanan sahabat dan kita juga ceritakan
bahawa kerja ini merupakan tanggungjawab setiap umat ini sebagai pembantu/naib
kepada Nabi s.a.w dan cerita juga fadhilat tentang ummumi gasht sehingga semua
orang yang duduk dalam majlis itu sedia untuk buat ummumi gasht bersama dengan
kita, sehingga satu orang yang fikir bahawa selepas sembahyang dia hendak pergi
ke kedai, akan terus tukar niat untuk buat gasht.
Bila jemaah dibentuk,
campurkan antara orang lama dan orang baru. Mutakallim digilir-gilirkan.
Sekali-sekala kita bagi orang baru jadi mutakallim supaya dia juga dapat buat
kerja ini. Apa mutakallim hendak cakap? Cerita tentang kelebihan seorang
muslim, nilai agama, bagaimana Allah s.w.t letakkan kejayaan dalam agama dan
kita fikir macam mana hendak bawa orang yang kita jumpa, tunai. Takrir semasa
gasht adalah bayan terperinci iaitu untuk menerangkan tentang kerja ini, nilai
iman, kepentingan dakwah. Bayan selepas maghrib adalah bayan tashkil, untuk
sediakan orang keluar ke jalan Allah s.w.t. Selepas gasht, sebelum sembahyang,
kita kumpul dan fikir apa yang hendak dibentangkan dalam bayan, takazah yang
diambil dari markaz dsbnya. Fikir ini perlu dibuat sebelum waktu sembahyang
tersebut.
Bayan dalam lingkungan
6 perkara dan mesti kita letakkan kepentingan kerja dakwah. Jangan kita cakap
lama sangat tentang iman, solat sehingga habis masa dan terus tashkil. Kita
ceritakan kepentingan dan kelebihan keluar di jalan Allah s.w.t, barulah kita
tashkil, siapa sedia? Orang tashkil tidak perlu buat satu lagi bayan. Orang
tashkil perlu sediakan orang yang duduk dalam majlis itu pada tahap semangat
yang telah diwujudkan oleh orang yang bagi bayan.
Dalam fikir harian,
bentuk zihin supaya rakan-rakan kita dapat bagi masa untuk buat gasht.
Hadzratji rah. kata, melalui ummumi gasht kerja tempatan kita akan meningkat.
Melalui ummumi gasht suasana agama di marhallah kita akan meningkat. Melalui
gasht kedua, suasana agama di marhallah jiran kita akan meningkat. Melalui
keluar 3 hari, kita akan dapat meningkatkan tahap agama/suasana agama di bandar
kita. Dengan keluar 40 hari, kita akan dapat meningkatkan suasana agama di
negara kita. Dengan keluar 4 bulan, suasana agama di seluruh dunia akan
meningkat.
Kita juga boleh buat
gasht kedua kita dengan maksud untuk tunaikan takazah. Contoh, ada takazah
untuk ke Afrika, kita boleh pergi ke satu marhallah yang ada orang sesuai untuk
sempurnakan takazah itu, walaupun di situ ada orang lama dan sudah ada gasht
sendiri. Kita boleh pergi dan buat gasht kedua kita dengan niat melalui gasht
kedua tersebut takazah akan dapat disempurnakan dan jemaah dapat dibentuk.
Sehari-dua sebelum hari
gasht kedua, kita pergi ke sana ,
kita bentangkan depan mereka yang sembahyang di masjid tersebut kepentingan
kerja ini, kelebihan bagi masa untuk usaha agama, suasana agama akan meningkat,
bilangan orang datang ke masjid akan bertambah. Kita sediakan mereka. Mereka
akan kata kamu datanglah sekian tarikh dan sekian hari, kami akan sedia bersama
kamu. Kemudian barulah kita tetapkan hari dan masa. Kita datang pada hari
tersebut yang mana orang tempatan telah sedia dan kita buat kerja ini dengan
menggunakan mereka. Melalui gasht kedua ini, kita keluarkan jemaah tunai. Jika
jemaah tunai 3 hari dapat dikeluarkan maka kita telah buka jalan supaya gasht
hidup di tempat tersebut.
Gasht dibuat 2 kali
seminggu tetapi ta’alim dibuat tiap-tiap hari. Jika ta’alim tidak dibuat maka
sesungguhnya kekurangan telah berlaku dalam iman dan amal. Kita buat ta’alim
dan fikir macam mana orang tempatan juga dapat ambil bahagian dalam ta’alim
tersebut. Kita putus dalam mesyuarat, bergilir-gilir, siapa yang hendak baca
ta’alim. Secara perlahan-lahan, kita tambahkan masa ta’alim. Kalau kita tidak
tinggalkan ta’alim satu hari, memang mudah kita hendak faham apa yang berlaku
dalam diri kita kerana setiap amalan yang kita buat dalam usaha ini, kita
meletakkan seluruh alam di hadapan kita. Maksud ta’alim ialah bagaimana suasana
agama di seluruh alam dapat ditingkatkan. Bila ta’alim tidak dibuat satu hari,
kerosakan yang besar telah berlaku kerana ia telah menjadi penghalang
meningkatnya tahap agama di seluruh alam, bukan dalam diri kita sahaja.
Semua amal kita buat
dengan tertib dan cara yang betul. Cara yang betul untuk buat ta’alim ialah
kita baca dari semua kitab. Kita baca hadith dan keterangannya. Kita cakap
sepatah-dua sahaja untuk menarik minat orang yang duduk dalam ta’alim tersebut.
Ada tiga amalan yang
kita kena buat tiap-tiap hari iaitu fikir harian, ta’alim dan bagi masa 2 ½
jam. Satu amalan ialah seminggu sekali sahaja iaitu gasht pertama dan gasht
kedua. Sebulan sekali kita keluar jemaah 3 hari untuk hidupkan suasana agama di
kawasan sekitar bandar kita.
Comments
Post a Comment