jor KL 1996 - nasihat untuk org t/jawab : maulana syamim

 09/10/96 - sri petaling

Alhamdulillah, Allah s.w.t telah hubungkan kita dengan suatu usaha yang sangat mulia, yang bermula dengan manusia yang pertama di dunia ini, yakni Nabi Adam a.s. Usaha ini telah berkemuncak di zaman Nabi Nuh a.s, ketika mana dia ditentang oleh majoriti dari pelbagai segi. Pelbagai kekuatan ada bersama mereka yang menentang usaha Nabi Nuh a.s. Allah s.w.t telah menunjukkan bagaimana Nabi Nuh a.s mendapat kejayaan dan setiap penentangan di hancurkan. Begitulah usaha ini berterusan sehingga ke Nabi yang terakhir, Rasulullah s.a.w.

Di zaman Maulana Yusuf rah., seorang Eropah datang ke Nizamuddin dan menyatakan ketidaksetujuannya dengan kedatangan Rasulullah s.a.w sebagai khatamunnabiyyin. Beliau tidak setuju kenapa rahmat harus diberhenti. Maulana Umar  tidak memberi jawapan naqli kepadanya, tetapi memberi jawapan aqli: Bila seorang bayi lahir, dia diberi pakaian. Bila dia semakin besar, pakaian yang lebih besar digantikan. Demikianlah sehingga dia dewasa, bilamana dia tidak membesar lagi, dan dia boleh pakai pakaian semasa hingga dia tua. Ini sama seperti kenabian. Adam a.s punya usaha macam bayi - hanya perlu diusahakan anak-anaknya sahaja. Bagi Rasulullah s.a.w, usaha telah dewasa dan tak perlu ditambah lagi, boleh digunakan hingga akhir zaman. Nabuwwah tidak berakhir tetapi cuma Nabi yang berakhir. Usaha Nabi yang seperti Rasulullah s.a.w berterusan hingga hari qiamat, dan usaha ini telah diberikan kepada tuan-tuan!

Semua orang kafir bergabung tidak semulia satu orang Islam. Semua orang Islam bergabung tak semulia satu orang Sahabat r.a. Semua Sahabat r.a bergabung tak sama satu orang Nabi a.s. Semua Nabi a.s bergabung tak sama Rasulullah s.a.w. Dan usaha Rasulullah s.a.w yang begitu mulia itu telah Allah s.w.t pindahkan kepada bahu-bahu saya dan tuan-tuan - bagaimana kita di muliakan oleh Allah s.w.t! Renungkan tanggungjawab yang Allah s.w.t beri kepada kita.

Saya berani sumpah yang kita memang tidak layak untuk pikul usaha ini - kita tahu kelemahan, kekurangan dan dosa-dosa kita, tetapi masih Allah s.w.t pilih kita untuk buat usaha imamul ambiya' s.a.w. Kita patut timbul rasa syukur. Selepas kita syukur, kita patut doa supaya Allah s.w.t terima usaha kita. Kalau kita boleh buat gasht, 3 hari, 40 hari, dsb., ini bukan kerana keunggulan kita, tapi hanya daripada ihsan Allah s.w.t. Kalau kita boleh buat sebegini, kita dapat dua nikmat besar - istiqamah dan keuntungan usaha ini zahir dalam diri kita.

Juga kita perlu bersifat sabar sebab dalam usaha ini nikmatnya sedikit tapi susahnya banyak. Dengan kesabaran, Allah s.w.t jaga usaha kita daripada kerugian dan kerosakan dan Allah s.w.t akan majukan kita dalam usaha ini. Sabar adalah pintu untuk segala sifat-sifat baik. Saya mengatakan bahawa segala sifat-sifat baik Rasulullah s.a.w: tawakkal, taqwa, dsb., datang kerana kesabaran Rasulullah s.a.w ketika kesusahan di Mekah.

Sabar ertinya dalam apa keadaan, jangan walau sekali-sekali, sesuatu perintah Allah s.w.t itu dilanggari. Abdul Rahman bin Auf r.a mengatakan bahawa segala kemajuan dan kebaikan yang datang kepadanya adalah apabila dia buat sesuatu yang dia tak suka. Sebagai contoh, satu jemaah datang ke markaz dengan anggapan akan pergi ke suatu negara tertentu, tetapi mesyuarat memutuskan tempat yang lain daripada kehendak mereka. Kalau hati sanggup menerima keputusan mesyuarat, terbuka pintu taat, dan datanglah khair, dan terbukalah pintu berkat, pintu rahmat, dan pintu hidayat. Jika tidak taat, terbuka tiga pintu pula - amal tak diterima, nusrah Allah s.w.t tak datang, dan antara kawan pun ada perpecahan. Sahabat-sahabat r.a dilatih oleh Rasulullah s.a.w pertamanya taat. Hari ini perkara yang sama dikehendaki.

Ambiya a.s mula-mula usahakan supaya kebesaran Allah s.w.t masuk ke dalam hati-hati manusia. Memang fitrah manusia sesiapa yang dianggap besar akan didengari dan ditaati. Kalau seseorang itu dan cinta dan kebesaran seorang pengangkut najis pun, apa yang orang itu cakapkan, dia ikut. Sebaliknya kalau dia tidak ada kebesaran walau seorang raja, apa yang raja itu cakapkan, dia tidak ikut. Selagi kita tak ada cinta dan kebesaran untuk usaha agama dan orang yang membuat usaha, Allah s.w.t tak terima kita. Kalau kita tak dapat sifat taat, kita tak dapat apa-apa dalam usaha ini.

Orang-orang lama dalam usaha ini di hari pertama lagi telah ikat kita dengan ketaatan. Kita disuruh taat kepada amer. Ini dari zaman Rasulullah s.a.w lagi. Jemaah pertama di zaman Rasulullah s.a.w tiada amer, dan di tengah jalan jemaah sudah gaduh. Semenjak hari itu, semua jemaah ada amer dan ditekankan kena taat kepada amer, walaupun seseorang itu bangsawan dan amernya hamba atau kulit hitam, dsb. Kalau satu jemaah itu pergi tak ikut amer dan berpecah-belah, Rasulullah s.a.w murka.

Renung dan fikir bagaimana Rasulullah s.a.w latih sahabat-sahabat r.a, dari hari pertama, sepanjang umur Baginda s.a.w dan hingga hari terakhir pun. Bayangkan pada hari-hari terakhir hayat Rasulullah s.a.w, Baginda s.a.w melantik, ke atas orang-orang seperti Abu Bakar r.a, dll., seorang amer yang hanya berumur 16 tahun. Dalam taat itu ada khair. Kalau kita taat dengan sesuatu yang kita suka, itu khair yang kecil, kalau yang kita tak suka, ada ganjaran yang besar. Sahabat r.a diasuh supaya taat dalam keadaan mereka suka ataupun tak suka.

Ada banyak manfaat dan faedah dalam mesyuarat. Dari segi keperluan, Nabi s.a.w tak perlu buat mesyuarat sebab dah ada wahyu. Allah s.w.t perintah Rasulullah s.a.w buat mesyuarat (ada ayat dalam Quran) kerana ada khair. Dalam waktu Rasulullah s.a.w pun khair datang dengan mesyuarat.

Setelah Badar, Rasulullah s.a.w mesyuarat tentang tawanan dan satu pandangan diberi yang disokong oleh semua Sahabat r.a kecuali 3 orang (Umar r.a dan 2 orang lagi). Keputusan Rasulullah s.a.w mengambil masa 3 hari. Perbezaan pandangan adalah rahmat, tetapi perpecahan hati membawa azab. Kadang-kadang kita datang ke markaz dan ditafakud lama, berhari-hari pun tak dibentuk jemaah lagi, dan kita kritik. Ini tak patut. Mengkritik adalah haram, tapi islah adalah wajib. Rasulullah s.a.w telah buat keputusan mengikut pandangan Abu Bakar r.a. Sahabat-sahabat r.a bila ditanya pendapat, memberikan pandangan yang berbeza-beza, tetapi bila keputusan dibuat, semua bersatu. Moga Allah s.w.t memberikan kita sifat seperti ini. Esoknya Umar r.a sampai ke Masjid Nabawi (rumah beliau r.a jauh sedikit - 3 km - beliau bergilir dengan ansari datang ke masjid) dan melihat semua orang dan Rasulullah s.a.,w menangis. Beliau menanya Rasulullah s.a.w sebabnya menangis; jika diketahui, bolehlah beliau r.a turut sama menangis. Rasulullah s.a.w beritahu yang Allah s.w.t suka syor beliau dan tak suka keputusan Baginda s.a.w. Azab telah turun sampai ke atas-atas pokok tapi sebab mesyuarat ia ditarik balik. Kalau tidak semua akan binasa kecuali 3 orang tadi. Orang yang buat keputusan kena ambil kira pandangan ramai dan ambil kira kemampuan orang yang dimesyuaratkan.

Kadang-kadang amer membuat keputusan dengan tak sempat mengambil pandangan semua orang, tapi kita tak ada hak untuk menentang. Berilah pandangan untuk mengikut keputusan, dan bukan tekan; jangan buat golongan-golongan. Wahai kawan-kawan, jagalah - selamatkanlah usaha ini. Buatlah dengan mesyuarat dan ikutlah keputusannya. Berkasih-sayanglah, beradik-beradik dan tanya-menanya, dengan itu hidayat untuk semua kita dan jadi asbab hidayat orang lain.

Syaitan sentiasa usaha untuk menipu kita. Kita rasa, kan kita orang lama, usul semua dah kita tahu, dan kita lebih lama daripada faisala; buat apa kita mesyuarat - kita tahulah sendiri. Ini suatu yang bodoh. Kalau dia perkecilkan diri sedikit dan buat mesyuarat, Allah s.w.t besarkan dia. Orang yang buat usaha tanpa mesyuarat sentiasa dikekang oleh syaitan - syaitan duduk di atas kepalanya dan mempengaruhinya. Moga Allah s.w.t selamatkan kita. Di Ijtimak Bangladesh datang aduan bahawa ada orang buat usaha dengan tertib sendiri. Hadzratji rah. berkata syaitan bersila di atas otak mereka. Penyelesaiannya adalah dengan menghantar orang-orang lama yang boleh buat kerja dengan usul ke tempat berkenaan. Memang, dari pengalaman, keadaan pun dipulihkan.

Kita kena banyak takut, terutama kita yang ada di sini adalah orang-orang tanggungjawab yang Allah s.w.t pilih untuk mengendalikan usaha ini. Kita kena buat dengan usul dan tertib yang betul. Orang baru kita tak payah tekan sangat. Kalau kita buat dengan usul, orang baru pun akan ikut insyaAllah.

Kita perlu hati-hati. Ramai orang dikendalikan oleh kita. Mereka perlu ada kepercayaan kepada kita. Ini datang bila kita buat usaha dengan usul. Dengan itu mereka mudah dikendali.

Untuk itu kita perlu timbulkan tiga perkara:

1. Jangan ada pecah hati

2. Jangan langgar cara yang betul, iaitu apa yang disampaikan oleh orang-orang tua kita

3. Penyatuan fikir, iaitu apa-apa keputusan semua satu fikir ke atasnya, dengannya bantuan Allah s.w.t datang.

Untuk dapat tiga perkara ini perlu diusahakan tiga sifat:

1.        Jangan sangka buruk
2.        Jangan hebohkan keaiban orang
3.        Jangan tajassus (cari-cari keburukan orang).

Untuk dapatkan ini kita kena buat usaha dengan mujahadah. Kita kena sentiasa tambahkan korbanan. Bila ummat hidup senang-lenang tanpa mujahadah, macam-macam masalah datang. Setiap ghazwah kalau Sahabat r.a gaduh-gaduh, Rasulullah s.a.w akan suruh jalan kaki sehingga mereka letih dan senyap.

Syaitan tak usaha supaya kita minum arak dll. Apa yang dia buat adalah dia akan mencelah ketika masa keperluan – makan, tidur, tandas - supaya kita tak ikram, dan pentingkan diri dan lupa kawan. Satu cara untuk lawan adalah dengan menekan kepentingan diri dan beri laluan kepada kawan.

Tuan-tuan orang tanggungjawab - bila tuan-tuan maju dalam pengorbanan, mereka yang mengikut juga akan ikut maju insyaAllah. Tashkil saya hari ini adalah siapa yang belum keluar 4 bulan, sila bangun dan beri nama bila nak keluar...

Yang tinggal ini masyaAllah semua dah keluar 4 bulan. Tuan-tuan nak jadi pentas atau nak jadi tangga? Kalau pentas, berpentaslah sahaja. Kalau tangga, sila beri nama untuk 4 bulan tiap-tiap tahun...

Yang tinggal ini, jangan rasa malu dan terhina. Tuan-tuan nak meningkat? Senang. Tuan boleh keluar 40 hari tiap tahun, tapi tukar kepada kalendar hijrah qamari. Yang ikut kalendar syamsi tak meningkat sebab keadaan bila dia keluar sama sahaja - musim sama, dsb. - jadi dah biasa. Kalau ikut kalendar qamari, semua keadaan dalam setahun dilalui bila dia keluar tahun demi tahun...

Semoga Allah SWT menerima niat tuan-tuan. Niat mukmin lebih baik daripada amalnya. Amal ada syarat-syarat untuk penerimaan, tapi niat tiada syarat.

Kita perlu belajar: yaqin sahih; cara betul; niat betul. Kita perlu keluar. Bukan belajar dari kitab, tapi dalam dakwah.

Sila buat niat kecil - untuk datang mesyuarat Kuala Lumpur tiap hari Rabu. Ini untuk dapat fikir alami.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir