jor KL 1999 - karguzari (1)
27/05/99 - Sri Petaling
Allah s.w.t telah beri kita satu kerja yang mulia iaitu
kerja Rasulullah s.a.w. Dalam kerja ini ada dua tiang yang asas yang mana kerja
ini dibangunkan. Pertama ialah kita keluar di jalan Allah s.w.t dengan diri,
harta dan masa kita dan buat usaha di jalan Allah s.w.t. Kedua, ialah bila kita
tidak keluar/tidak berada di jalan Allah s.w.t, setelah kita kembali dari jalan
Allah s.w.t, dengan menggunakan masa kita dengan sepenuhnya, kita buat kerja di
marhallah kita masing-masing. Itulah yang kita panggil kerja jemaah masjid.
Bersama-sama dengan jemaah masjid kita, kita buat usaha siang dan malam.
Maulana Ilyas rah.
berkata, “Hanya ada dua kerja sahaja untuk orang Islam iaitu kita berada/keluar
di jalan Allah s.w.t atau kita mengeluarkan orang di jalan Allah s.w.t.
Usaha di tempat kita
masing-masing untuk kita keluarkan orang di jalan Allah s.w.t dan juga kita
buat usaha untuk wujudkan satu suasana di masjid kita. Oleh itu kita dapat bawa
manusia kepada amalan Rasulullah s.a.w untuk menghidupkan sembahyang berjemaah
100% bagi lelaki akil baligh dan ini adalah satu usaha yang sangat penting.
Kalau kita buat kerja
di tempat kita masing-masing, kita dapat kekalkan tahap iman kita dan dapat
kekalkan tahap amalan kita. Bila setiap hari kita buat dakwah, cakap kebesaran
Allah s.w.t dan kita mengajak manusia kepada kebesaran Allah s.w.t,di tempat
perniagaan kita, di tempat kerja kita, di rumah kita, maka kita dapat kekalkan
tahap iman dan juga amal kita.
Kita hanya keluar
sekali sahaja di jalan Allah s.w.t, keluar 4 bulan atau keluar 40 hari tetapi
untuk kerja tempatan setiap hari kita kena buat. Tiap-tiap hari takazah
keperluaan kita kena korbankan. Tiap-tiap hari kita kena mujahadah, lawan
dengan nafsu kita untuk jalankan kerja agama.
Seperti yang telah
dimesyuaratkan, kita akan ambil karguzari Kuala
Lumpur dan markaz-markaz yang lain. Mengambil
karguzari maksudnya bukanlah untuk kita menguji siapa yang lulus atau siapa
yang gagal. Sebenarnya semua orang yang buat usaha agama, semuanya lulus.
Ini adalah satu amalan
sunnah Rasulullah s.a.w. Jemaah-jemaah yan balik, Nabi s.a.w akan tanya
karguzari dan juga Nabi s.a.w akan tanya tentang keadaan iman para sahabat atau
Nabi s.a.w akan tanya tentang sesuatu kerja yang Nabi s.a.w telah beri
tanggungjawab dan juga Nabi s.a.w akan beri sedikit targhib. Kita hendaklah
berlumba-lumba memberi laporan karguzari kerja dengan niat untuk menghidupkan
satu amalan sunnah Rasulullah s.a.w.
Bila kita memberi
karguzari, untuk dapat menafaat yang paling banyak, maka kita ceritakan apa
yang kita buat sebenarnya. Contoh gasht, sudah berapa tahun, macam mana kita
buat gasht atau macam mana kita buat usaha dakwah setiap hari. Kita beritahu
macam mana kita buat dakwah. Kepada setiap orang yang bagi karguzari yang
berlainan, maka bila semua karguzari-karguzari ini dibentangkan di hadapan
kita, maka kita akan dapat menafaat yang banyak.
Dalam urusan agama ini,
kita jangan berasa malu dan segan. Kalau kita malu dan segan, kita akan rugi
dan kita akan kebelakang dalam urusan agama. Kita beritahu terus terang apa
yang kita buat di tempat kita, insya’Allah,
dengan itu semua akan dapat menafaat.
Berilah karguzari
bagaimana keadaan kerja di tempat kita, berapa orang buat gasht pertama, berapa
orang buat gasht kedua, berapa orang yang duduk dalam ta’alim di masjid kita,
berapa buah rumah yang buat ta’alim, berapa orang yang buat 2 ½ jam, macam mana
kita buat 2 ½ jam, bagaimana usaha keluarkan jemaah tunai, bagaimana nusrah
jemaah yang datang, apakah takazah-takazah yang dibentangkan, takazah-takazah
dari markaz macam mana kita sempurnakan, berapa buah rumah orang Islam di
kawasan kita, berapa orang yang datang sembahyang jemaah dsbnya.
Kita kena
makmurkan/hidupkan masjid dengan amalan, dengan zikir, dengan usaha nabi. Tanpa
kita buat apa-apa orang telah datang masuk Islam, ini hanya bilangan yang
kecil. Kalau kita buat usaha dengan sungguh-sungguh semua orang akan rasa tidak
ada apa-apa keselamatan melainkan dalam agama. Keadaan ini akan wujud oleh
usaha yang berterusan untuk makmurkan rumah Allah s.w.t.
Mesyuarat harian adalah
sebahagian daripada kerja Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w sentiasa buat
mesyuarat. Maulana Syed Ahmad Khan kata, “Mesyuarat untuk agama kedudukannya
adalah seperti wajib”. Bila mesyuarat hidup, barulah usaha dakwah akan hidup,
kemudian barulah agama akan hidup.
Rasulullah s.a.w telah
diperintahkan untuk bermesyuarat dengan sahabat-sahabat. Oleh kerana itu,
Baginda s.a.w sentiasa ambil berat tentang perkara ini. Walaupun Nabi s.a.w
dapat wahyu tetapi Nabi s.a.w pastikan/ambil berat tentang mesyuarat iaitu
mesyuarat dengan sahabat-sahabat.
Hendaklah kita usaha
supaya amalan Rasulullah s.a.w, amalan Masjid Nabawi, hidup di setiap masjid di
seluruh alam supaya setiap masjid sama-sama fikir bagaimana hendak hidupkan
agama di seluruh alam dan bagaimana kita hendak bawa seluruh umat kepada kerja
Nabi s.a.w. Ini adalah asbab untuk menyatukan hati-hati kita.
Apa itu mesyuarat?
Mesyuarat ialah kita berfikir tentang hal-hal agama. Ini adalah satu ibadat
yang sangat tinggi. Oleh kerana itulah kita kena hidupkan amalan ini di setiap
masjid. Biasanya sebelum seseorang itu buat apa-apa keputusan dalam urusan
dunia dia, dia akan tanya pandangan kawan-kawan dia yang lain. Ini kerja nabi,
kerja Rasulullah s.a.w, kerja yang paling tinggi, “Adakah kita tidak perlu buat
mesyuarat?”
Kita duduk dalam
mesyuarat harian. Kita datang dari rumah, ada yang datang dari pejabat dengan
fikir pejabat, ada yang datang dari kedai dengan fikir perniagaan, macam-macam
punya fikir. Bila duduk dalam mesyuarat, semua duduk dalam satu fikir yang
sama. Untuk ini, beri targhib 5-10 minit untuk bawa fikir semua orang kepada
agama.
Kita bukan dihantar
untuk satu wilayah dan kita bukan hanya fikir untuk satu wilayah tetapi kita
dihantar untuk seluruh alam. Kalau kita duduk dan fikir untuk satu wilayah,
kita akan dapat pengampunan daripada Allah s.w.t mengikut fikir kita, kita akan
dapat bantuan untuk fikir kita. Jika kita duduk dan fikir untuk seluruh alam,
kita akan dapat ganjaran mengikut fikir kita. Oleh kerana kita buat kerja Nabi
s.a.w dan Nabi s.a.w dihantar untuk seluruh alam maka kita juga kena fikir
seluruh alam, apa keperluan agama di tempat yang paling jauh di dunia ini.
Kita kena bentangkan
takazah dari markaz dan fikirkan mengapa takazah ini dibentangkan dan kenapa
perlu hantar jemaah ke sana
supaya wujud dalam hati orang yang duduk dalam mesyuarat bahawa memang perlu
kena hantar jemaah ke sana .
Setiap orang kena rasa diri dia kena keluar, memang perlu dan penting hantar
jemaah supaya setiap takazah ini datang dari kita, sebagai takazah kita
sendiri. Eldest kita kata bahawa apabila satu jemaah orang-orang beriman mereka
mahu/hendak mewujudkan sesuatu, Allah s.w.t akan perkenankan perkara itu.
Sekarang kita fikir memang perlu kita sempurnakan takazah itu daripada
orang-orang di masjid kita sendiri. Apa kita patut buat sekarang?
Mesyuarat adalah untuk
menggunakan kekuatan fikir kita. Jadi siapa yang layak? Orang-orang di masjid
kita atau orang-orang di masjid berhampiran atau di tempat-tempat yang lebih
jauh lagi. Kita bentangkan takazah dan kemudian kita fikirkan siapa yang sesuai
yang boleh sempunakan takazah itu.
Macam mana kita hendak
bentangkan takazah ini di masjid berhampiran? Adakah kita hendak bentangkan
dalam gasht kedua kita atau hantar jemaah 3 hari ke sana .
Macam mana kita hendak jumpa orang-orang di sana .
Semua ini kita kena fikir seperti satu orang yang jual kain, dia akan fikir
macam mana cara yang paling baik untuk jual kain. Oleh kerana ini kerja nabi,
untuk sempurnakan satu takazah agama, kita kena fikir.
Kita fikir takazah luar
negara 4 bulan, dalam negeri 40 hari, di mana kita patut hantar jemaah supaya
kita dapat bangunkan kerja di sana. Takazah bandar kita juga perlu difikirkan.
Marhallah kita juga perlu difikirkan. Berapa orang yang tinggal di marhallah
kita, berapa orang yang sembahyang, berapa orang yang belum sembahyang, macam
mana kita hendak buat dengan mereka, berapa jemaah 3 hari akan keluar, macam
mana hendak tingkatkan jemaah 3 hari, siapa yang azam 40 hari, siapa yang belum
keluar 40 hari, siapa yang hendak kita bawa kepada usaha ini, melalui siapa
hendak kita usaha atas dia, siapa yang hendak kita usuli, siapa yang munasib
untuk pergi usuli, siapa patut jumpa siapa, ini semua kita kena guna kekuatan
fikir kita dalam mesyuarat, banyak tenaga perlu digunakan.
Berapa banyak karkun 4
bulan dalam marhallah kita, berapa orang yang dapat keluar cillah (40
hari) macam mana semua dapat bagi masa
mengikut nisab mereka. Dalam tabligh tidak ada “kenapa kamu tidak keluar”. Ini
adalah kelemahan kita, jadi kita kena keraskan untuk diri kita sendiri, untuk
orang lain kita longgarkan, gunakan cara yang lembut.
Jika semua buat
mesyuarat macam ini maka Kuala Lumpur
akan jadi contoh untuk bangunkan kerja ini dan jadi asbab perantaraan hidayat
untuk seluruh alam. Semua perkara ini kena fikir barulah usaha tempatan/makami
kita akan jadi kerja yang bernyawa. Macam mana kita hendak jumpa dengan dia,
macam mana kita hendak hubungkan dia dengan kerja ini, siapa yang hendak kita
gunakan sebagai perantaraan untuk jumpa dia. Semua perkara ini kita kena
fikirkan, barulah kerja tempatan/makami kita akan bernyawa dan akan ada roh.
Satu orang peniaga yang
buat kerja dunia pun tidak akan buat sesuatu perkara dengan membuta tuli, kalau
mereka ada modal, mereka akan fikir, mereka akan tanya pandangan kawan-kawan,
mereka akan gunakan orang-orang yang mereka kenal, yang ada hubungan, yang mana
dengan mereka ini akan dapat jalankan perniagaan dsbnya. Macam itu juga usaha
agama kita kena buat, kena fikir, kena risau dan fikir cara yang paling baik.
Maulana Ilyas rah.,
satu ketika hendak sampaikan usaha dakwah kepada Mufti Ubaidullah. Masa itu ada
satu orang kata, “Saya sedia untuk sampaikan usaha dakwah itu”. Maulana Ilyas rah. kata, “Inilah perkara
yang menyebabkan saya menangis, sebenarnya tuan-tuan tidak fikir, siapa,
melalui siapa, kita hendak menjalankan sesuatu kerja”. Ada
satu orang dalam mesyuarat itu, dia ada fahaman yang dalam, dia kata, “Mufti
Ubaidullah ini ada hubungan yang baik dengan satu orang Haji. Kalau Haji ini
cakap dengan Mufti Ubaidullah dia pasti akan dengar. Jadi sekarang kita fikir
siapa akan sampaikan kepada Haji itu. Ada
satu orang, saudara dia yang tingal di satu tempat, kalau dia cakap dengan Haji
tadi maka Haji tadi akan terima apa yang disampaikan. Selepas itu ada satu
orang kata, “Siapa yang hendak sampaikan kepada saudara Haji itu”. Ada
satu orang dalam mesyuarat kata, “Saya akan sampaikan kepada saudara Haji itu,
saya ada hubungan yang baik dengan orang ini dan kalau saya cakap dengan orang
ini, dia akan sampaikan kepada Haji dan Haji akan sampaikan kepada Mufti
Ubaidullah”. Maulana Ilyas kata, “Barulah tertib betul” .
Kalau kita fikir dengan
cara ini, kita boleh sampai kepada setiap orang dalam marhallah kita samada
terus menerus ataupun melalui orang lain.
Dalam mesyuarat kita gunakan fikir kita, akal kita dan tubuh kita untuk
selesaikan masalah.
Sesiapa yang jadikan
apa-apa usaha sebagai kerja mereka sendiri, mereka aka bagi masa tiap-tiap hari
untuk kerja itu. Pekedai akan bagi masa tiap-tiap hari untuk kedainya. Peniaga
akan bagi masa tip-tiap hari untuk perniagaannya. Orang yang kerja makan gaji,
mereka akan bagi masa 6 jam atau 8 jam untuk kerja mereka manakala orang yang
bekerja sendiri mereka akan bagi masa mengikut takazah dan keperluan kerja
mereka. Kalau orang itu tidak bagi masa tiap-tiap hari untuk uruskan perniagaan
dia, maka perniagaan dia akan rugi.
Kalau kita bagi masa
tiap-tiap hari untuk agama, tiap-tiap hari iman kita akan meningkat, tiap-tiap
hari amalan kita akan meningkat, tiap-tiap hari kerja Rasulullah s.a.w akan
meningkat dalam diri kita. Bila kita buat pengorbanan untuk bagi masa tiap-tiap
hari, korbankan kemahuan dan kehendak kita, maka Allah s.w.t akan hidupkan
bahagian-bahagian agama di seluruh alam.
Kalau kita bagi masa
tiap-tiap hari, kita akan mula faham apa yang disampaikan oleh eldest kita.
Lagi banyak kita bagi masa, lagi banyak Allah s.w.t akan bagi kita faham
bagaimana hendak buat kerja ini. Allah s.w.t akan jadikan kita asbab untuk
hidupkan agama.
Apa sebenarnya masalah
kita? Kita sentiasa tengok orang lain. Bila diri kita sendiri tidak bagi masa,
maka orang lain pun tidak akan bagi masa. Setiap bangunan ada batu asasnya dan
batu asas ini tidak nampak. Kalau kita keluarkan batu asas itu maka bangunan
akan roboh. Mereka yang jadi batu asas
dalam kerja ini, mereka sangat bernasib baik. Saya kena bagi masa untuk usaha
agama kerana Allah s.w.t, orang lain bagi masa atau tidak, itu tidak mengapa.
Bila kita bagi masa tiap-tiap hari, maka kerja akan meningkat. Lama-kelamaan
orang lain pun akan bagi masa juga dan jemaah akan meningkat. Sebelum ambil
masa seseorang, kita ambil hati dia dahulu dengan kasih sayang dan ikram. Tunaikan
keperluan mereka dan bantu mereka.
Orang yang kita jumpa,
apa yang kita hendak dakwah dia bergantung pada keadaan. Adakan hubungan
dahulu. Mereka yang ada talab
untuk dengar boleh terus dakwah. Tashkil mengikut keadaan kesan. Kalau sedia
untuk 3 hari, jangan tashkil untuk 40 hari. Kalau sedia untuk 40 hari, jangan
tashkil untuk 4 bulan.
Untuk dunia yang
sementara ini, Allah s.w.t hantar kita untuk agama. Kita telah bagi masa yang
banyak untuk dunia tetapi untuk agama kita bagi masa sedikit sahaja, 2 ½ jam
sahaja. Mulai hari ini kita bagi 8 jam tiap-tiap hari, insya’Allah. Bila bagi masa 8 jam tiap-tiap hari,
satu masa nanti masjid kita akan penuh sehingga tidak ada tempat untuk orang
sembahyang.
Comments
Post a Comment