jor KL 1996 - bayan subuh maulana syamim
06/10/96 - sri petaling
Allah s.w.t membuat
keputusan (keamanan/berkat/rahmat/azab/penyakit/pergaduhan/...) untuk keadaan
dunia menurut amalan manusia. Bukan menurut kebendaan. Seperti peniaga kira
akaun dan kemudian buat keputusan untuk perniagaannya. Seperti peniaga kira
akaun ada yang tiap-tiap hari, seminggu sekali, sebulan sekali, setahun sekali.
Allah buat keputusan setahun sekali iaitu pada 15 Syaaban.
Allah s.w.t bagi kesusahan
untuk tarik balik seseorang itu kepadaNya. Seperti seorang bapa marahkan
anaknya bukan sebab dia benci padanya, tetapi sebab dia sayang kepadanya.
Semuanya ujian dari Allah s.w.t. Kemiskinan adalah ujian. Kekayaan adalah
ujian. Jika seseorang itu tidak terkesan dengan keadaannya dalam ujian ini,
Allah s.w.t perintah supaya segala ciptaan tunduk kepada orang tersebut.
Seorang mukmin apabila dalam keadaan kaya dia tidak sombong dan ego, dan
apabila dalam keadaan miskin dia tidak takut dan undur.
Orang beriman memang
diuji, seperti ayat walanabluannakum....
Untuk mengatasi ujian-ujian ini, seperti ayat wasta'iinu... mereka perlu bersabar, yakni atas pendirian mereka
terhadap Allah s.w.t, dan bersolat, yakni membawa perintah-perintah Allah
s.w.t. Mereka perlu rujuk kepada Allah s.w.t dan Allah s.w.tlah yang mengubah
keadaan. Seorang yang kena pukul dengan kayu oleh seorang yang lain, dia patut
rayu kepada orang yang pukul itu, dan bukan kepada kayu.
Orang beriman diberi
kesusahan sebagai ujian supaya mereka dapat kemajuan. Orang tak beriman diberi
kesusahan sebagai azab. Begitulah, kalau kita balik dari jalan Allah s.w.t dan
dapati keadaan keluarga dsb tak baik, jangan salahkan karkun, buruk sangka
karkun, kerana tidak ikram keluarga dsb. Begitu juga kalau keadaan semuanya
baik, jangan sangka itu sebab pengorbanan kita keluar. Dalam semua keadaan
rujuk kepada Allah s.w.t, semua adalah kehendakNya. Kalau kita rasa asbab kita
keadaan jadi baik, bahaya nanti datang ujub
dan riak.
Sheikh Abdul Qadir
Jailani, yang juga seorang pedagang, sekali diberitahu bahawa kapal dagangnya
bersama semua muatannya telah hilang. Dia berkata, "Alhamdulillah". Beberapa ketika kemudian dia diberitahu
pula bahawa berita tadi tidak betul dan kapal dagangnya masih selamat. Dia
berkata, "Alhamdulillah".
Murid-muridnya yang ada bertanya kepada Sheikh, kenapa dia tidak menurut Quran
yang mengatakan bahawa bila musibah, hendaklah membaca "Inna lillah...". Sheikh mengatakan dia bukan membaca
kerana keadaan kapalnya, tetapi kerana keadaan hatinya. Dia memuji Allah s.w.t
kerana dalam kedua-dua keadaan hatinya tidak terkesan.
Rasulullah s.a.w telah
mendidik Sahabat-sahabat r.a supaya taat perintah Allah s.w.t dalam semua
keadaan. Kita kena belajar buat usaha ini dalam semua keadaan - suka atau tak
suka, kita kena taat. Dengan cara ini usaha ini akan maju dan kita akan maju.
Taat yang paling tinggi adalah taat bila keadaan bertentangan. Dengan taat
sebegini, Allah s.w.t berikan nusrah yang tidak terdapat di dalam amalan lain.
Asas tashkil dan
tafakud adalah sifat, bukan duit. Orang tak berduit boleh dihantar ke negara
jauh, mereka belajar minta pada Allah s.w.t. Orang berduit boleh dihantar
jemaah tempatan jalan kaki, mereka belajar taat.
Kehidupan Rasulullah
s.a.w dan Sahabat r.a adalah sebagai contoh untuk kita buat usaha. Usaha ini
adalah mudah. Kita mudahkan usaha ini jadi kita tidak mundur di semua
peringkat. Prinsip-prinsip usaha ini kita dapatkan dari Nizamuddin. Kita boleh
rujuk ke sana .
Kita rujuk secara ijtima'i. Kalau secara infradi, itu tidak menjadi usul untuk
semua. Taatlah kepada Allah s.w.t, Rasul s.a.w dan amer atau syura dan buatlah
kerja satu hati. Untuk belajar usaha ini, perlulah keluar daripada suasana yang
rosak kepada suasana yang lain. Sila beri azam untuk 4 bulan...
Comments
Post a Comment