bayan hidayat (1)

26/11/2014 - nizamuddin

Sunnah paling besar ialah keluar di jln Allah s.w.t
Setiap amal dibuat cara nabi s.a.w
Cakap kebesaran dan kehebatan Allah s.w.t
Bawa 6 perkara dlm diri
Setiap org kena berdiri dan cakap 6 perkara semasa muzakarah 6 perkara
semasa muzakarah 6 perkara ulang hadith yg kita dengar dlm muntakhab
Hafal hadith dari muntakhab dan muzakarah
Bagi dakwah berdasarkan hadith yg kita hafal
Duduk dlm mesyuarat dan taat
Fikir setiap rumah hidup dgn taklim
Fikir secara ijtima’i
Semua ahli jemaah kena ada kesatuan hati
Allah letak kemampuan dlm hati org islam
Allah akan zahirkan fikir

Taklim di rumah kena buat 5 perkara :
  1. halaqah tajwid
  2. taklim kitabi
  3. muzakarah 6 perkara
  4. tashkil
  5. mesyuarat
setiap hari buat gasht/jaulah/ziarah ummumi
buat taklimi gasht bergilir-gilir
buat 2 kali taklim – pagi dan ptg
keluar 40H/4B bukan utk habiskan masa tapi utk habiskan amal
buat ummumi gasht diantara 2 waktu solat
bawa org ke masjid
bawa org kpd amal
bawa org kpd perintah Allah
satu org yg langgar perintah Allah, kemurkaan Allah ke atas mereka
setiap amal ikut sunnah nabi baru akan dpt ganjaran
lihat kebaikan kawan-kawan
maulana ilyas kata: usaha ini ialah jual beli kebaikan
banyakkan khidmat – khidmat pd amir, khidmat pd ahli jemaah, khidmat pd org tempatan – baru akan dpt sifat tawadduk
nabi s.a.w sendiri buat khidmat cari kayu api utk masak
walaupun sahabat tak bagi tapi nabi kata: ‘aku sendiri berhajat pd ganjaran tersebut’
sorokkkan bedding dari org tempatan (jgn bagi nampak) – sehingga org tempatan sangka ini jemaah malaikat
sibukkan diri dgn infradi amal dan ijtimai amal
keluarkan jemaah tunai
hidupkan 5 amal jemaah masjid
duduk dlm taklim dgn wuduk
setiap hadith ulang 3 kali
jgn tidur dlm majlis
taklim pagi – baca muntakhab hadith
taklim ptg – baca fadilat amal
semasa keluar betulkan solat
nabi kata: solat spt mana engkau lihat aku solat
kalau solat tak sempurna, di akhirat tak akan dibangunkan bersama nabi s.a.w
semasa baca surah fatihah, berhenti di setiap ayat – Allah akan jawab pd setiap ayat
4 laluan utk masukkan iman dlm hati manusia :
1. percakapan
2. pendengaran
3. penglihatan
4. fikiran
kalau kita kata : ‘secara tak sengaja berlaku’ – ini adalah syirik
bila cakap perkara yg syirik, maka syirik akan masuk dlm hati
utk bina iman, kena cakap kebesaran Allah
doa pd Allah supaya mati sebagai seorang yg beriman
hidup sebagai org islam dan mati sebagai org islam
bukannya hidup sebagai org islam tapi mati sebagai org kafir
yakin dgn janji Allah
amalkan ilmu yg kita belajar
setiap masjid yg kita pergi kita hidupkan dgn taklim
buat taklim secara ijtimai dan infradi
belajar masail – tanya masalah pd org yg tahu
nabi doa: ‘ya Allah, berilah aku ilmu yg bermenafaat’
tanpa ilmu – kegelapan
tanpa zikir – kelalaian
ambil berat zikir 300 pagi dan 300 ptg
jgn berzikir dgn keadaan lalai
zikir dgn tawajjuh : tasbihat 100, selawat 100, istighfar 100
istighfar dgn penuh penyesalan
keluar lagi dan lagi sehingga Allah ampunkan semua dosa
‘saya tak akan balik sehingga Allah ampunkan semua dosa saya’
baca quran sebelum subuh dan betulkan bacaan
lepas solat – istighfar, wirid, baca ayat kursi, baca 3 qul
belajar doa masnun utk hilangkan kelalaian
doa masnud adalah doa yg makbul
doa masnun adalah doa yg diterima
ikram muslimin – kita benci pd dosa tapi kita tak benci pd org yg buat dosa
tunaikan hak
hak adalah satu perkara yg berat
nabi kata: ‘di akhirat nanti ada org bawa pahala yg banyak tapi muflis sebab tak tunaikan hak. Semua pahala dia org akan ambil dan bila dah habis pahala, dosa org akan diberi pd dia’

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir