Bayan subuh - maulana ibrahim - 25/12/2014

25/12/2014 – nizamuddin

sebab ada banyak kemudahan hari ni maka kurang pengorbanan
bila tiada pengorbanan, maka tiada peningkatan
dari segi kuantiti banyak tapi tiada kualiti
jumlah bukan ukuran. Jumlah 4B/40H sangat banyak – cuma adat sahaja
jgn biasa dgn adat. Istiqdat (kemampuan dan kebolehan) adalah perkara yg penting
tingkatkan kekuatan usaha nabuwwah
inilah t/jawab kita. Kita buat kerja dgn betul/benar. Perlu kekuatan dlm diri
belajar kerja dan mengajar
sahabat adalah alim dan muallim. Tiada sahabat yg jahil. Walaupun dia seorang hamba, dia tak jahil
seluruh kehidupan sahabat ada dlm kehidupan nabi s.a.w
peningkatan adalah bila buat kerja dgn betul dan dgn penuh perhatian, maka Allah akan bagi kefahaman

solat dpt menjauhkan diri dari fahsyak dan mungkar
tapi kalau solat cepat-cepat tak dpt cegah  fahsyak dan mungkar
sepatutnya solat membetulkan kehidupan kita
apa kesan dari usaha nabuwwah?
Bukan sekadar habiskan masa 4B/40H
Adakah kerja telah selesai selepas 4B/40H?
Bukan hari yg kita sempurnakan tapi kerja yg sepatutnya kita sempurnakan
Kerja dah sempurna atau belum? Inilah takazah agama
Dlm usaha nabuwwah, Allah sendiri yg akan nilai
Allah maha melihat
Bila rasa Allah maha melihat, maka kita tak lalai
Apa kerugian tak buat usaha dakwah?
Dakwah adalah utk diri sendiri. Kena buat dgn sungguh-sungguh
Kebaikan akan dtg pd diri. Ini jln utk baiki diri kita sendiri
Tak cukup hanya dgn bergerak. Kena bentuk keikhlasan dlm setiap amal
Amal kecil pun Allah terima kalau ada ikhlas

Maksud dakwah/tabligh – apa yg dibawa oleh nabi s.a.w wujud dlm kehidupan kita
Dgn usaha dakwah wujud 2 perkara – 1. yakin  2. taqwa
Yakin pd apa yg disampaikan oleh nabi s.a.w
Allah yg berhak disembah. Yakin pd yg hak
Pahala, dosa, kiamat, kubur, mizan, sirat, syurga, neraka adalah hak.
Pasti semua akan dtg. Kena yakin
Syurga akan dinampakkan pd org yg bertaqwa
Neraka akan dinampakkan pd org yg langgar/ingkar perintah Allah
Yakin sehingga dtg ketakutan
Yakin sehingga dtg ketaatan
Yakin pd perkara yg ghaib
Yakin pd apa yg dijanjikan oleh Allah

Azab dari Allah amat keras. Rahmat Allah sangat luas. Bentuk takluk/hubungan dgn Allah
Timbulkan ketakutan pd Allah – jadi org yg bertaqwa
Allah maha mengetahui segala sesuatu. Apa yg ada dlm hati pun Allah tahu
Setiap daun yg gugur dlm pengetahuan Allah. Allah maha melihat
Bila ada perasan takut dilihat oleh Allah, maka akan buat kerja dgn betul
Yakin yg disertai dgn ketakutan
Bila yakin - taat semua perintah Allah dan rasul
Bila yakin - takut pd Allah
Jika takut tapi masih buat dosa/maksiat – ini adalah org yg pembohong
Buat usaha dgn betul – Allah akan tunaikan janjiNya
Buat usaha dgn yakin, taqwa, taat dan ikhlas
Ini bukan kerja 4B/40H dah  selesai
Ini kerja seumur hidup hingga mati
Buat kerja dgn cara nabuwwah
Hanya ada 1 cara sahaja yg mukammal/sempurna

Sempurnakan semua perintah Allah (ibadat, muamalat, muasyarat) dgn cara nabi s.a.w
Sempurnakan perintah Allah di mana sahaja kita berada
Bawa agama dlm kehidupan 24jam
Semua org pernah buat dosa – bila buat dosa cepat-cepat taubat
Dgn taqwa – akan dijauhkan dari jurang kebinasaan
Takazah dakwah – iman, amal dan akhlak jadi betul
Bawa usul dlm kehidupan. Bukan sekadar muzakarah

Adil ialah apa yg kita suka dan kita menyukainya utk saudara kita
Allah suka pd org yg berbuat adil. Adil dlm setiap perkara
Bagi menafaat pd og lain . Jgn ambil hak org
Satu org wanita penzina, bagi air pd seekor anjing, Allah masukkan dia dlm syurga
Bila sedekah akan dijauhkan dari bala dan musibah
Buat baik, adil dan ehsan
Jgn bergaduh. Bila bergaduh Allah akan tarik keberkatan

Agama dtg dgn dakwah
Jgn disebabkan perbuatan kita buat org marah
Bawa akhlak yg baik – baru org terima dakwah kita
Bila ada keadilan – maka akan tunaikan hak
Tiada keadilan – maka berlaku kezaliman
Dunia adalah tempat utk tunaikan hak
Akhirat adalah tempat utk terima hasil
Kalau tak tunai hak – maka di akhirat akan dituntut
Dunia bukan tempat utk sempurnakan nafsu dan keinginan

Kita amal agama dan bawa org pd agama
Tafsir kehidupan sahabat ada dlm kehidupan nabi
Tafsir kehidupan nabi ada dlm kehidupan sahabat
Semua kehidupan mereka ada dlm quran
Para sahabat adalah org yg benar
Org yg ikut jln sahabat akan jadi org yg benar
Kekuatan Allah bersama dgn org yg buat dakwah
Bila dtg nusrah Allah – lawan akan jadi kawan – org melawan akan kalah
Bila dtg keberkatan – semua jadi mudah
Bila Allah terima kita dlm usaha ini – Allah ubah kehidupan kita

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir